Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

 

al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin

(Fadlan bin Mohd. Othman)

 

 

 

 

2 - 9  Sumpah (Al-Qasam)

 

            Sumpah (di dalam al-Qur’an) ialah menekankan sesuatu dengan menyebut benda yang agung dengan huruf wau dan sebagainya. Huruf-huruf yang menjadi alat untuk bersumpah adalah tiga iaitu:

 

1.  Huruf ‘wau’. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Zariyat 51:23) - Maksudnya:

Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu benar-benar akan terjadi.

  • Fi‘il (kata kerja) sumpah mestilah disembunyikan.

  • Selepas ‘wau’ pula, mestilah disusuli kata nama zahir (ism zahir).

 

 

2.  Huruf ‘ba’. Contohnya firman Allah Ta‘ala ( al-Qiyamah 75:1) - Maksudnya:

Aku bersumpah dengan hari Kiamat.

 

Fi‘il (kata kerja) sumpah boleh dizahirkan sebagaimana dalam contoh ini.

 

Fi‘il (kata kerja) sumpah boleh juga disembunyikan sebagaimana dalam firman Allah Ta‘ala tentang Iblis (Sad 38:82) - Maksudnya:

Iblis menjawab “Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

  • Selepas ‘ba’ boleh diikuti kata nama zahir (ism zahir) seperti dalam contoh ini.

  • Selepas ‘ba’ boleh juga diikuti ganti nama (dhamir) seperti dalam contoh berikut:

الله ربي وبه أحلف لينصرن المؤمنين.

Maksudnya:

“Allah tuhanku, aku bersumpah denganNya bahawa dia akan menolong

orang-orang yang beriman.”

 

 

3.  Huruf ‘ta’. Contohnya firman Allah Ta‘ala (al-Nahl 16:56) - Maksudnya:

Demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu ada-adakan.

 

  • Fi‘il (kata kerja) sumpah mestilah disembunyikah.

  • Selepas ‘ta’ mestilah lafaz “Allah” atau “rabb” seperti:

تـَرَبِّ الـكعـبة لأحجن إن شاء الله.

Maksudnya: Demi Tuhan Ka‘bah, pasti aku akan menunaikan haji insyaAllah.

 

 

Kaedah-Kaedah Penggunaan Al-Qasam (Sumpah)

Faedah Al-Qasam (Sumpah)

 

 

 

    

Kewajipan Muslim Dalam Tafsir Al-Quran : Rujukan Dalam Tafsir Al-Quran

Perselisihan Dalam Pentafsiran Dengan Al-Ma’thur (Riwayat)

Terjemahan Al-Quran : Para Sahabat Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Tafsir

Para Tabi’in Yang Terkenal Dalam Ilmu Tafsir

Ayat-Ayat Muhkam (Jelas) Dan Mutasyabih (Samar atau Menyerupai)

Sangkaan Wujudnya Percanggahan Dalam Al-Quran

Sumpah (Al-Qasam) : Al-Qasas (Kisah) : Al-Israiliyat (Berita-Berita Bani Israil)

Al-Dhamir (Ganti Nama)

 

Tafsir : Kandungan