Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

 

al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin

(Fadlan bin Mohd. Othman)

 

 

 

 

Kaedah-Kaedah Penggunaan Al-Qasam (Sumpah)

 

1. Asalnya hendaklah dinyatakan al-muqsam bihi (benda yang disumpah dengannya) seperti dalam contoh-contoh lepas. Akan tetapi:

 

a.  al-Muqsam bihi (benda yang disumpah dengannya) boleh juga disembunyikan seperti:

 

أحلف عليك لتجتهدن.

Maksudnya: Saya bersumpah supaya kamu benar-benar berusaha.

 

b.  al-Muqsam bihi (benda yang disumpah dengannya) boleh juga disembunyikan bersama fi‘il (kata kerja) sumpah. Cara ini banyak digunakan seperti firman Allah Ta‘ala (al-Takathur 102:8) - Maksudnya:

Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan

(yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

 

2.  Asalnya hendaklah dinyatakan al-muqsam ‘alaihi (benda yang disumpah berkenaannya). Cara ini juga banyak digunakan seperti firman Allah Ta‘ala (al-Taghabun 64:7) - Maksudnya:

Katakanlah “Tidak demikian, demi Tuhanku, benar-benar kamu akan dibangkitkan.”

 

Akan tetapi:

 

a.  al-Muqsam ‘alaihi (benda yang disumpah berkenaannya) boleh disembunyikan seperti firman Allah Ta‘ala (Qaf 50:1) - Maksudnya: Qaaf, demi al-Quran yang sangat mulia.

       

al-Muqsam ‘alaihi (benda yang disumpah berkenaannya) dalam ayat ini ialah:

لَيَهْلِكُنَّ.

            Maksudnya: Pasti mereka akan binasa.

 

 

b  al-Muqsam ‘alaihi (benda yang disumpah berkenaannya) mesti disembunyikan apabila berada di hadapan sumpah, atau wujud sesuatu yang mewakilinya. Ini dinyatakan oleh Ibnu Hisyam dalam kitab al-Mughni dan beliau membawa contoh:

زيد قائم والله.

      Maksudnya: Zaid berdiri, demi Allah.

     

Dan juga:

زيد والله قائم.

      Maksudnya: Zaid demi Allah, berdiri.

 

 

 

 

 

 

Faedah Al-Qasam (Sumpah)

 

al-Qasam (sumpah) mempunyai dua faedah iaitu:

  1. Menerangkan keagungan benda yang disumpah dengannya.

  2. Menerangkan kepentingan benda yang disumpah berkenaannya dan memberi penekanan terhadapnya.

 

Oleh itu tidak wajar bersumpah kecuali dalam keadaan-keadaan berikut:

  1. Benda yang disumpah berkenaannya mempunyai kepentingan.

  2. Orang yang mendengar meraguinya.

  3. Orang yang mendengar mengingkarinya.