|
||||
|
2-1 Kewajipan Muslim Dalam Tafsir Al-Quran
Semasa mentafsirkan al-Quran, seorang muslim wajib merasakan bahawa dia adalah penterjemah bagi Allah Ta‘ala dan saksi terhadap apa yang Allah Ta‘ala maksudkan daripada kata-kataNya. Dia mestilah menghormati kesaksian ini dan takut untuk mengatakan sesuatu tentang Allah Ta‘ala tanpa ilmu kerana perbuatan itu menjadikannya terjerebak dalam perkara haram lalu dicela pada hari kiamat. Firman Allah Ta‘ala (al-A‘raf 7:33) - Maksudnya:
Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."
Firman Allah Ta‘ala lagi (al-Zumar 39:60) - Maksudnya:
Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombong diri?'
Kewajipan Muslim Dalam Tafsir Al-Quran : Rujukan Dalam Tafsir Al-QuranPerselisihan Dalam Pentafsiran Dengan Al-Ma’thur (Riwayat) Terjemahan Al-Quran : Para Sahabat Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Tafsir Para Tabi’in Yang Terkenal Dalam Ilmu Tafsir Ayat-Ayat Muhkam (Jelas) Dan Mutasyabih (Samar atau Menyerupai) Sangkaan Wujudnya Percanggahan Dalam Al-Quran Sumpah (Al-Qasam) : Al-Qasas (Kisah) : Al-Israiliyat (Berita-Berita Bani Israil)
|
||||