|
||||
1-3 Penurunan (Nuzul) Al-Quran Tanpa Sebab (Punca) Dan Bersebab (Berpunca)
Penurunan (nuzul) al-Quran terbahagi kepada dua:
1- Penurunan tanpa sebab (punca) tertentu, iaitu yang tidak didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran adalah di bawah bahagian ini. Contohnya ialah firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:75) - Maksudnya:
Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah “Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada Kami, pastilah Kami akan bersedekah dan pastilah Kami termasuk orang-orang yang salih.”
Ayat ini turun tanpa sebab tertentu kecuali untuk menerangkan keadaan sesetengah golongan munafiq. Adapun kisah yang masyhur yang dinyatakan oleh kebanyakan ahli tafsir dan pemberi tazkirah bahawa ayat ini turun disebabkan perbuatan Tha‘labah bin Hatib, kisah ini adalah lemah dan tidak sah.
2- Penurunan bersebab (berpunca), iaitu yang didahului oleh sebab-sebab yang memerlukan penjelasan al-Quran. Sebab (punca) itu pula terdiri daripada beberapa bentuk:
Antara Faedah Mengetahui Asbab Al-Nuzul (Sebab-Sebab Atau Punca-Punca Penurunan Al-Quran)
[1] Kisah ini dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam Tafsirnya (Jld. 2, Hlm. 368) dan al-Tabari (Jld. 10, Hlm. 172).
Nuzul (Penurunan) Al-Quran : Ayat Pertama Yang Turun Penurunan (Nuzul) Al-Quran Tanpa Sebab (Punca) Dan Bersebab (Berpunca) Keumuman Lafaz Dan Pengkhususan Sebab Ayat Mekah (Makkiyyah) Dan Ayat Madinah (Madaniyyah) Tertib (Susunan) Al-Quran : Penulisan Dan Pengumpulan Al-Quran
|
||||