Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

 

al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin

(Fadlan bin Mohd. Othman)

 

 

 

 

1-5   Ayat Mekah (Makkiyyah) Dan Ayat Madinah (Madaniyyah)

 

            al-Quran turun ke atas Nabi s.a.w. secara beransur-ansur selama 23 tahun, kebanyakan waktunya Nabi s.a.w. berada di Mekah. Firman Allah Ta‘ala (al-Isra’ 17:106) - Maksudnya:

 

Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur

agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia

dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.

 

 

Oleh sebab itu, para ulamak telah membahagikan al-Quran kepada:

  1. al-Makki: iaitu ayat yang turun ke atas Nabi s.a.w. sebelum hijrah.

  2. al-Madani: iaitu ayat yang turun ke atas Nabi s.a.w. selepas hijrah.

Berdasarkan perkara ini, kita dapati firman Allah Ta‘ala (al-Maidah 5:3) - Maksudnya:

 

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,

dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu,

dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.

 

 

Kita dapati ayat ini tergolong dalam bahagian al-Madaniyyah walaupun ianya turun ke atas Nabi s.a.w. pada hari Haji di Arafah (yang letaknya di persekitaran Mekah). Umar pernah berkata:

 

قد عرفنا ذلك اليوم ، والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم،

 

نزلت وهو قائم بعرفة يوم الجمعة.[1]

Maksudnya:

 

Kami mengetahui hari itu dan tempat di mana ayat itu turun ke atas Nabi s.a.w.

Ianya telah turun semasa Baginda s.a.w. berada di Arafah pada hari Jumaat.


 

 

Perbezaan Bentuk Dan Isi Ayat Makkiyyah Dan Madaniyyah

Faedah Mengetahui Ayat Makkiyyah Dan Madaniyyah

Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-ansur

 

 


[1] Hadith riwayat al-Bukhari: “Kitab Iman, Bab Penambahan Iman dan pengurangannya,” No. 45, dan Muslim: “Kitab Tafsir, Bab Tafsir beberapa ayat,” No. 3015.

 

Nuzul (Penurunan) Al-Quran : Ayat Pertama Yang Turun

Penurunan (Nuzul) Al-Quran Tanpa Sebab (Punca) Dan Bersebab (Berpunca)

Keumuman Lafaz Dan Pengkhususan Sebab

Ayat Mekah (Makkiyyah) Dan Ayat Madinah (Madaniyyah)

Tertib (Susunan) Al-Quran : Penulisan Dan Pengumpulan Al-Quran

 

Al-Quran : Kandungan