Pendahuluan
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره
ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا
من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله
اللهم صل على نبينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم،
وبعد:
Perkataan
Ahli Sunnah jika dilihat dari sudut istilah, bermaksud para
pengikut Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Penggunaan
istilah Ahli Sunnah dengan maksud ini bermula sejak dari
zaman Sahabat radhiallahu 'anhum, setelah berlakunya ‘fitnah’
yang melahirkan pelbagai puak yang menyeleweng daripada ajaran Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam yang sebenar. Dalam sebuah
athar
yang sahih, Ibn Sirin rahimahullah (110H) berkata:
لم يكونوا يسألون عن الإسناد،
فلما وقعة الفتنة قالوا: سموا لنا رجالكم فينظر إلى
أهل
السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى
أهل البدع فلا
يؤخذ حديثهم.
Maksudnya:
Mereka (para perawi hadith) tidak pernah usul periksa tentang sanad, tetapi
tatkala berlakunya fitnah, mereka berkata:
"Beritahu kami siapakah lelaki-lelaki (perawi-perawi) kamu?" Maka
diperhatikan kepada Ahli Sunnah lalu diambil hadith (riwayat)
mereka, dan diperhatikan pula kepada Ahli Bid’ah
lalu tidak diambil hadith (riwayat) mereka".
Kata-kata Ibn
Sirin ini selain daripada menunjukkan permulaan penggunaan istilah
Ahli Sunnah, ia juga menunjukkan permulaan penggunaan istilah Ahli Bid’ah sebagai gelaran terhadap puak-puak yang
menyalahi Sunnah. Istilah Ahli Sunnah dilihat lebih khusus
daripada istilah Ahli Sunnah Wal Jama’ah, kerana
istilah Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu umum bagi
seluruh umat Islam yang memperakui kekhilafahan Khulafa’ Rasyidin,
Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali,
meskipun mereka tidak mengikut Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dalam beberapa aspek yang lain.
Sedangkan istilah Ahli Sunnah itu pula menjurus kepada orang
yang berpegang teguh dengan jalan pemikiran, pendekatan, perbuatan,
perkataan, pembawaan dan pegangan Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam dalam semua hal ehwal keagamaan.
Definisi Dan Pembahagian Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
Sunnah Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam bukan bermaksud hukum sunat yang
menjadi lawan kepada hukum wajib, tetapi ia bermaksud: jalan
pemikiran, pendekatan, perbuatan, perkataan, pembawaan dan pegangan
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam beribadat dan
beragama. Secara umumnya, Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam terbahagi kepada dua bahagian:
·
Pertama,
Sunnah ‘Amaliyyah,
·
Kedua,
Sunnah Tarkiyyah.
Sunnah
‘Amaliyyah
bermaksud apa sahaja yang disuruh atau digalakkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ke atas umatnya supaya mereka
melakukannya, seperti qiyamullail, berpuasa dan berkahwin.
Manakala Sunnah Tarkiyyah pula bermaksud apa sahaja yang
ditinggalkan (tidak dilakukan) oleh Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam dan Baginda tidak pernah menyuruh atau
menggalakkannya. Dengan perkataan lain, jika melakukan amalan (keagamaan)
yang dilakukan oleh Nabi itu dilihat sebagai mengikut Sunnah, maka
tidak melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi itu juga
dilihat sebagai mengikut Sunnah. Asas bagi pemahaman Sunnah
Tarkiyyah ini dapat diambil daripada beberapa dalil, antaranya
ialah sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه.
Maksudnya:
“Antara ciri keelokan Islam
seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya”.
Segala bentuk
amalan keagamaan yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam adalah termasuk dalam jenis perkara yang tidak
diperlukan oleh seseorang muslim, kerana jika ia perlu nescaya
Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya
sebagai ikutan bagi umatnya. Tetapi bila sesuatu amalan itu tidak
dilakukan oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam, maka ia
menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak perlu, dan meninggalkan
perkara yang tidak perlu itu dilihat sebagai mengikut Sunnah,
manakala melakukannya pula dilihat sebagai tidak mengikut Sunnah.
Antara contoh
Sunnah tarkiyyah yang telah sedia dihayati oleh umat Islam ialah
tidak mendahulukan khutbah ke atas solat hari raya, tidak melaungkan
azan dan iqamah untuk solat Hari Raya, solat al-istisqa’ dan
solat jenazah, tidak melakukan solat sunat rawatib secara berjamaah
dan tidak berdoa secara berjamaah sebelum solat fardu. Umat Islam
tidak melakukan semua perkara itu kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam tidak pernah melakukannya. Justeru, prinsip ikutan
terhadap Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sama
ada dengan melakukan apa yang Baginda lakukan (dalam perkara
keagamaan) atau meninggalkan (tidak melakukan) apa yang Baginda
tinggalkan.
Kewajipan Dan
Kepentingan Menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
Setiap muslim
wajib berpegang teguh dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam kerana ia adalah manifestasi ajaran Islam yang sebenar,
yang boleh menyelamatkan mereka daripada terpesong ke jalan
kesesatan. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما، كتاب الله وسنتي.
Maksudnya:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang
dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku”.
Setiap muslim
juga semestinya menyedari bahawa menepati Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah satu daripada dua syarat
penerimaan amalan di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala,
sebagaimana sabdanya:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد.
Maksudnya: “Sesiapa yang
mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi)
cara kami, maka ia adalah tertolak”.
Bahkan setiap
muslim juga semestinya menyedari bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam tidak mengaku umat bagi sesiapa yang tidak mengikuti Sunnahnya, sebagaimana sabdanya:
...فمن رغب عن سنتي فليس مني.
Maksudnya:
“…Maka, sesiapa yang tidak ikut
Sunnahku, dia bukan dari (kalangan umat) ku”.
Dalam satu
khutbah yang bersemangat, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا
كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين تمسكوا بها
وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل
بدعة ضلالة
Maksudnya:
“Maka, sesungguhnya sesiapa di
antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak
perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan
Sunnah Khulafa’ Rashidin Mahdiyyin,
gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham, dan hendaklah kamu
jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia
adalah bid’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat”.
Dari sudut
bahasa, ungkapan فعليكم
yang bermaksud “hendaklah kamu berpegang” diistilahkan sebagai ism fi’l amar (katanama suruhan) yang membawa konsekuensi hukum
wajib. Kedudukan maksud suruhan yang terkandung dalam hadith ini
sama seperti kedudukan maksud suruhan yang terkandung dalam firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala: كتب عليكم الصيام
yang bermaksud:
“Diwajibkan ke atas kamu berpuasa”.
Oleh itu, perintah supaya berpegang teguh dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti yang terkandung dalam
hadith itu mesti difahami sebagai suatu tuntutan yang wajib
dilaksanakan oleh seluruh umat Islam sama seperti kewajipan solat,
puasa dan lain-lain.
Khutbah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ini dilihat
mengandungi mukjizat ilmiah yang besar kerana ia menggambarkan
suasana perselisihan yang akan berlaku kepada umat Islam selepas
kewafatan Baginda. Justeru, Baginda dengan tegas mengingatkan
kepada sesiapa yang hidup pada zaman perselisihan itu supaya
menghadapinya dengan cara berpegang teguh dengan Sunnahnya dan
juga Sunnah para Khalifah yang menggantinya.
Selain daripada
menggambarkan suasana perselisihan, khutbah Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam itu juga mengisyaratkan kepada bahaya
pemikiran dan amalan bid’ah sebagai faktor yang
menyebabkan berlakunya perselisihan tersebut. Menjelaskan
kepentingan berpegang teguh dengan Sunnah Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam ini, Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H)
berkata (maksudnya):
“Maka wajib ke
atas setiap individu mencurahkan segala usaha dan tenaga untuk
mengetahui apa yang dibawa olehnya (Rasulullah) serta mematuhinya,
kerana inilah saja jalan pelepasan daripada azab yang pedih dan juga
jalan kejayaan bagi mendapat nikmat syurga”.
Kaedah usul telah menetapkan bahawa Ma La Yatim Al-Wajib Illa
Bihi Fahuwa Wajib, maksudnya: "Perkara yang tidak sempurna
perkara wajib melainkan dengannya, maka ia juga adalah wajib".
Justeru, oleh kerana kewajipan berpegang dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu tidak akan terhasil melainkan
dengan adanya usaha untuk menghidup dan menegakkannya, maka usaha
menghidup dan menegakkan Sunnah itu juga mesti dilihat sebagai suatu
kewajipan ke atas setiap muslim.
Usaha
menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dilihat
sebagai amat penting kerana setiap Sunnah yang dihidupkan bererti
mematikan satu amalan bid’ah manakala membiarkan hidupnya
satu amalan bid’ah akan mengakibatkan matinya satu Sunnah.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
سيلي أموركم بعدي
رجال يطفئون السنة ويعملون بالبدعة.
Maksudnya:
“Urusan kamu selepasku akan
dikuasai oleh kaum lelaki yang akan memadamkan Sunnah dan beramal
dengan (amalan) bid’ah”.
Dalam sebuah
hadith lain, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu
Huzaifah Ibn Al-Yaman radhiallahu 'anh bahawa kebaikan yang
ada pada umat Islam menjadi pudar kerana adanya unsur dakhan
di kalangan mereka. Bila Huzaifah bertanya apakah unsur dakhan
itu, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:
قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هديي، تعرف منهم
وتنكر.
Maksudnya:
“Golongan yang tidak beramal
dengan Sunnahku dan yang tidak berhidayah dengan petunjukku, kamu
mengetahui dan mengingkari mereka”.
Seperti hadith
sebelumnya, hadith ini juga mengandungi mukjizat ilmiah yang besar
kerana ia menggambarkan kelemahan yang menimpa umat Islam disebabkan
tindakan mereka meninggalkan Sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam, kemudian menggantikannya dengan amalan bid’ah
yang mereka ciptakan. Justeru untuk memastikan prinsip berpegang
dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu
benar-benar mantap, umat Islam tiada pilihan melainkan terlebih
dahulu menjauhi segala amalan bid’ah, kerana rawatan bagi
sesuatu penyakit bermula dengan mencegah faktor yang menyebabkan
timbulnya penyakit tersebut.
Cabaran
Menghidupkan Sunnah
Usaha
menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sering
kali dipandang serong oleh pihak-pihak yang tidak memahami
kepentingannya. Ada yang menganggap Sunnah Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam sebagai perkara kecil, remeh temeh, titik
bengik yang tidak harus diberi perhatian dalam dunia yang serba
moden ini. Ada pula yang menolak Sunnah Nabi kerana menganggapnya
tidak sesuai dengan kehidupan moden, dan ada juga yang menolaknya
bila didapati ia kontradik dengan budaya dan amalan rutin bangsanya.
Penolakan
sesetengah pihak terhadap Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam disebabkan kejahilan mereka tentang perkara itu
bukanlah cabaran yang paling utama bagi Ahli Sunnah, kerana
orang jahil yang jujur akan mudah menerima kebenaran setelah
mendapat penjelasan yang tepat dan terperinci. Tetapi cabaran paling
besar yang perlu dihadapi sebenarnya datang daripada Ahli Bid’ah
yang sengaja melontarkan pelbagai tohmahan terhadap Ahli Sunnah
secara jahat dan khianat, semata-mata untuk memburukkan usaha mereka,
sehingga ada yang tergamak menggelarkan mereka (Ahli Sunnah)
dengan pelbagai gelaran negatif.
Dalam konteks Malaysia, antara individu yang dilihat paling banyak
dan paling lantang membuat tohmahan ke atas Ahli Sunnah ialah
seorang yang bernama Zamihan Mat Zin Al-Ghari
(selepas ini dipanggil Al-Ghari sahaja), melalui beberapa buah
tulisannya, seperti Kesahihan As-Salaf Dan Al-Khalaf,
yang kemudiannya beliau terbitkan dengan judul As-Salafiyyah
Al-Wahhabiyyah…Satu Penilaian.
Tohmahan
Terhadap Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
Kata-kata
Al-Ghari
ini jelas menggambarkan tohmahan, kecaman, celaan, pemfasikan
dan malah suatu bentuk pengkafiran terhadap para Sahabat radhiallahu 'anhum
kerana beliau mengaitkan faktor penafian
daripada mengikuti para Sahabat itu dengan gejala murtad. Apabila
penolakan terhadap sebahagian daripada para Sahabat radhiallahu 'anhum
dikaitkan dengan faktor kemurtadan, bermakna beliau telah
mentohmah sebahagian daripada para Sahabat dengan tohmahan murtad.
Dengan kenyataan ini, maka Al-Ghari dilihat
cenderung kepada prinsip pemikiran Rafidah (pelampau
Syiah) atau Khawarij yang telah mengkafirkan sebahagian daripada Sahabat Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Kecenderungan Al-Ghari kepada
ideologi pelampau Syiah atau Khawarij ini jelas
bercanggah dengan pegangan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang melihat semua Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
itu sebagai adil (tidak melakukan perkara fasiq apatah lagi perkara
kufur). Keadilan para Sahabat ini telah disahkan melalui banyak nas
syara’ dan juga melalui kata-kata para ulama muktabar. Antaranya,
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ
وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ
عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي
تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ
الْعَظِيمُ
Maksudnya:
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama
(masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan
orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada
mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi
mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya, Itulah kemenangan yang besar”.
Dalam surah yang sama, Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
لَقَد تَّابَ الله عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ
وَالأَنصَارِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ مِن بَعْدِ
مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِّنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ
إِنَّهُ بِهِمْ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi,
orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar yang mengikuti Nabi
dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir
berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka”.
Manakala Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam pula bersabda:
لا
تسبوا أصحابي! لا تسبوا أصحابي فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل
أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه.
Maksudnya:
“Jangan kamu kecam Sahabat-sahabat ku! Jangan
kamu cela Sahabat-sahabat ku! Kerana demi (Allah) yang nyawaku di
tanganNya, jika seseorang kamu menginfaqkan emas sebesar Bukit Uhud
sekalipun nescaya tidak menyamai nilai secupak emas atau setengah
cupak emas yang dibelanjakan oleh mereka”.
Dalam menghuraikan maksud hadith ini, An-Nawawi
rahimahullah (676H) berkata (maksudnya):
“Dan ketahuilah bahawa mencela Sahabat
radhiallahu 'anhum adalah haram, (bahkan) dari
seburuk-buruk perkara haram, samada mereka yang terlibat dalam
fitnah-fitnah atau pun tidak, kerana mereka adalah mujtahid…”.
Dalam kitabnya yang lain, An-Nawawi
berkata (maksudnya):
“Sahabat secara keseluruhannya mempunyai
keistimewaan, iaitu tidak perlu dipersoalkan tentang keadilan
mereka, kerana mereka adalah adil secara mutlak berdasarkan
nas-nas Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’
mereka (ulama) yang diiktiraf, bahawa mereka kesemuanya adalah adil,
termasuklah yang terlibat di dalam fitnah-fitnah”.
Selain daripada itu, An-Nawawi juga
telah memetik kata-kata Al-Qadhi ‘Iyadh
al-Yahsubi (yang bermaksud):
“…Dan mazhab kami (mazhab Maliki) dan mazhab
jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang mencela Sahabat mesti
dijatuhkan hukum ta’zir
(mengikut budibicara hakim), manakala sebahagian ulama Maliki
berpendapat mesti dibunuh”.
Abu Zura’h
Ar-Razi mengungkapkan katanya yang bermaksud:
“Apabila kamu melihat seorang lelaki mengkritik
seseorang Sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
maka ketahuilah bahawa lelaki itu adalah seorang zindiq
(anti Islam). Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam itu adalah benar, Al-Quran adalah benar, apa yang
dibawa oleh Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam (As-Sunnah)
adalah benar, sedangkan Al-Quran dan As-Sunnah itu kedua-duanya
disampaikan kepada kita oleh para Sahabat Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam. Sesungguhnya mereka (pengkritik Sahabat) ingin
mentajrih (menilai buruk) saksi-saksi kita supaya mereka
boleh menolak Al-Quran dan As- Sunnah, sedangkan mereka lebih
layak untuk ditajrihkan kerana mereka adalah
zanadiqah (kata jamak bagi zindiq)”.
Ibn ‘Abd Al-Barr al-Qurtubi (463H)
berkata (maksudnya):
“Kami tidak perlu lagi mengkaji tentang
hal-ehwal mereka (Sahabat) kerana golongan yang benar dari kalangan
umat Islam iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat
bahawa mereka adalah adil”.
Al-Ghazali (505H) pula berkata (maksudnya):
“Generasi Salaf (tiga generasi terawal)
dan jumhur Khalaf (generasi selepas Salaf) berpendapat
bahawa keadilan mereka (Sahabat) telah dimaklumi dengan penta’dilan
(akuan baik) Allah dan pujianNya terhadap mereka. Maka inilah
aqidah kami tentang mereka, kecuali telah sabit secara qatei’
ada yang melakukan perkara fasiq sedangkan dia mengetahuinya,
tetapi yang demikian itu adalah sesuatu yang tidak pernah sabit.
Justeru, mereka (Sahabat) tidak berhajat kepada penta’dilan (daripada
manusia)”.
Al-Hafiz Ibn As-Solah (642H) pula berkata (maksudnya):
“Kemudian, sesungguhnya seluruh umat
berijma’ (bersepakat) menta’dilkan semua Sahabat
termasuklah mereka yang terlibat dalam fitnah-fitnah, maka yang
demikian itu adalah ijma’ ulama yang boleh dipakai ijma’ mereka, kerana berbaik sangka terhadap mereka (Sahabat)
dan kerana melihat kepada kesan terhadap mereka. Seolah-olah Allah
Subhanahu wa Ta’ala telah membuka peluang ijma’ untuk
itu kerana mereka (Sahabat) adalah periwayat syariat, Wallahua’lam”.
Manakala Ibn Taimiyyah pula mengungkapkan
katanya yang bermaksud:
“Dan tidak syak lagi bahawa tujuan di sebalik
mengkritik dan mengecam Sahabat ialah untuk melenyapkan Al-Kitab dan
As-Sunnah”.
Petikan kata-kata daripada para
tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di atas jelas menunjukkan
betapa besarnya kesalahan mengecam dan mencela para Sahabat radhiallahu 'anhum. Persoalannya di sini, jika tindakan mengecam
Sahabat itu dilihat oleh para ulama sebagai haram, zindiq,
menyalahi ijma’, wajib dita’zir atau dihukum bunuh,
maka apa pula hukumnya mereka yang mentohmah para Sahabat sebagai
murtad (kafir)? Sedangkan, mengkafir orang Islam biasa yang bukan
dari kalangan Sahabat pun sudah cukup untuk membalikkan hukum kafir
itu kepada diri sendiri.
Kejahatan
Al-Ghari
lebih ketara lagi apabila beliau cuba menegakkan ideologi sesatnya itu dengan memetik sebuah hadith
sahih riwayat Muslim, dengan matan (lafaz):
في
أصحابي اثنا عشر منافقا…
Maksudnya:
“Pada sahabatku
terdapat 12 orang munafiq, lapan daripada mereka tidak dapat
memasuki syurga sehinggalah unta dapat memasuki lubang jarum”.
Matan hadith ini sengaja dipilih
khusus oleh Al-Ghari untuk
menjustifikasikan pendapatnya bahawa sebahagian daripada Sahabat
tidak boleh dijadikan ikutan. Sedangkan maksud sebenar perkataan ashabi
(sahabatku) dalam hadith ini ialah sebagaimana
yang dinyatakan oleh An-Nawawi di dalam syarahnya al-Minhaj ialah, iaitu: “Mereka yang dinisbahkan kepada persahabatan dengan
Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam (dari kalangan Umat
Baginda)”.
Maksud ini dijelaskan oleh riwayat kedua yang juga diriwayatkan oleh
Muslim selepas riwayat di atas dengan lafaz:
في أمتي
اثنا عشر منافقا…
Maksudnya;
“Pada umatku terdapat 12 orang munafiq…”.
Perkataan ‘umatku’ dalam
riwayat kedua adalah tafsiran bagi maksud perkataan ‘sahabatku’
dalam riwayat pertama, kerana kedua-duanya adalah daripada riwayat
Huzaifah Ibn al-Yaman radhiallahu 'anh.
Dengan perkataan lain, ia bermaksud:
“Mereka yang dinisbahkan
kepada persahabatan dengan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
dalam konteks bahasanya dan bukannya dalam konteks istilah para
ulama. Kerana mengikut istilah para ulama, definisi Sahabat ialah: sesiapa yang sempat berjumpa Nabi
Shallallahu 'alaihi wasallam
(sewaktu
Baginda masih hidup), beriman dengan Baginda, dan kemudiannya
mati dalam Islam”.
Oleh kerana syarat untuk diiktiraf
sebagai Sahabat mengikut definisi ini ialah mesti beriman dengan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, maka dengan syarat
ini, bermakna golongan munafiqin awal-awal lagi terkeluar daripada
definisi istilah, kerana mereka pada hakikatnya adalah tidak beriman.
Namun, dari segi bahasa, mereka masih lagi dinisbahkan kepada
persahabatan dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
kerana mereka memang hidup pada zaman Baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam dan bergaul dengan Baginda Shallallahu ‘alaihi
wasallam.
Penggunaan istilah Sahabat dengan
maksud bahasa untuk golongan munafiqin telahpun berlaku pada zaman
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi, sewaktu
‘Umar Ibn al-Khattab radhiallahu
'anh meminta kebenaran Baginda untuk memancung kepala Ibn Ubai,
Baginda melarang beliau dengan sabdanya:
دعه! لا يتحدث الناس أن محمدا يقتل
أصحابه.
Maksudnya:
“Biarkan dia! (supaya) Jangan ada orang
mengatakan bahawa Muhammad membunuh
sahabatnya”.
Hadith ini
menunjukkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
memanggil Ibn Ubai dengan gelaran sahabat, sedangkan telah sedia
dimaklumi bahawa beliau (Ibn Ubai) ialah ketua golongan munafiqin.
Ini bermakna, penggunaan perkataan sahabat itu hanyalah
dengan maksud bahasanya sahaja dan bukan dengan maksud istilah.
Justeru, perkataan sahabat yang digunakan untuk 12 orang
munafiqin dalam hadith berkenaan bukanlah bermaksud sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang sebenar, tetapi ia bermaksud:
golongan Munafiqin dari kalangan Umat Baginda Shallallahu
‘alaihi wasallam.
Di
sini jelas betapa Al-Ghari telah mentahrifkan (memesongkan)
hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada maksudnya
yang sebenar sedangkan pemesongan seumpama ini sudah pasti tergolong
dalam pembohongan ke atas Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam,
sebagaimana sabdanya:
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار.
Maksudnya: “Sesiapa yang berdusta
ke atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya dalam
neraka”.
Tohmahan Terhadap Ulama
Seseorang yang tergamak mentohmah
para Sahabat radhiallahu 'anhum dengan kemurtadan dan
tergamak pula mentahrifkan maksud hadith Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam, pasti tidak akan kekok untuk mentohmah para
ulama. Justeru sebahagian besar perbahasan buku Al-Ghari
itu berkisar pada pembohongan dan pengkhianatan
terhadap para ulama.
Antara ulama yang paling teruk
dizalimi oleh beliau ialah Al-Imam Al-’Allamah Sheikh
Al-Islam Abu Al-’Abbas Taqiyyuddin Ahmad Ibn ‘Abd
Al-Halim Ibn Taimiyyah rahimahullah. Dalam kitabnya itu, Al-Ghari
telah menyenaraikan sebanyak 14 isu-isu aqidah yang kononnya
menjadi pegangan Ibn Taimiyyah secara sesat, antaranya beliau
menyatakan bahawa Ibn Taimiyyah beri’tiqad
dengan Qidamul Alam dengan nau’. (alam itu sediakala
dengan jenisnya).
Al-Ghari menyertakan beberapa
rujukan tentang isu tersebut, antaranya ialah Kitab Ibn Taimiyyah
sendiri yang berjudul Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah dan Muwafaqat Sahih Al-Manqul Li Sarih Al-Ma’qul
(juga
dikenali dengan judul Dar’u Ta’arud Al-’Aql
Bi An-Naql).
Setelah dirujuk kepada kedua-dua
kitab Ibn Taimiyyah yang asal, didapati Ibn Taimiyyah tidak pernah
berkata dan beri’tiqad sedemikian, sebaliknya beliau
hanya menjelaskan pendapat dan hujjah akal golongan Falasifah
dan Ad-Dahriyyin yang mengatakan alam ini qadim bi an-nau’,
kemudian beliau menolak pendapat dan hujah-hujah tersebut dengan
menggunakan hujah-hujah daripada lojik akal juga. Dalam kitab
Dar’u Ta’arud Al-’Aql Bi An-Naql, Ibn Taimiyyah berkata:
والفلاسفة
تجوّز مثل ذلك في دوام النوع دون أشخاصه ولكن
الدهرية
منهم ظنوا أن حركات الأفلاك من هذا الباب
وأنها قديمة النوع فاعتقدوا قدمها وليس لهم على ذلك دليل أصلا.
Maksudnya: “Dan golongan Falasifah
mengharuskan yang demikian itu dalam kes keberkekalan jenis alam dan
bukan bahan-bahannya, tetapi golongan Ad-Dahriyyah
dari kalangan mereka (Falasifah) menganggap bahawa pergerakan
falak-falak itu termasuk dalam bab ini dan bahawa ia (falak-falak
itu) qadim dari segi jenisnya. Maka (disebabkan anggapan
itu) mereka (Ad-Dahriyyah) beri’tiqad bahawa ia (falak-falak)
itu qadim, dan mereka langsung tidak mempunyai dalil untuk
dakwaan itu”.
Manakala dalam kitab Minhaj As-Sunnah
pula ibaratnya lebih panjang, dimana Ibn Taimiyyah memulakannya
dengan mengemukakan shubuhat dan hujah golongan Falasifah yang mengatakan alam itu
qadim dengan jenisnya. Beliau
berkata:
فإن قيل:
ما ذكرتموه يدل على أنه يمتنع أن يكون العالم خاليا عن الحوادث ثم تحدث
فيه، لكن نحن نقول: إنه لم يزل مشتملا على الحوادث مثل
جنس حركات الأفلاك، فأما أشخاص الحوادث فإنها حادثة بالاتفاق...
Maksudnya: “Maka sekiranya dikatakan
(oleh Falasifah): “Apa yang kamu (Ahli Sunnah)
sebutkan itu menunjukkan ternafinya bahawa alam itu sunyi daripada
benda-benda baru kemudian barulah berlaku (benda-benda baru) di
dalamnya, tetapi kami (Falasifah) berpendapat
bahawa alam itu masih merangkumi benda-benda baru manakala yang
qadim itu adalah asal-usul alam iaitu falaq-falaq dan jenis
benda-benda baru seperti bentuk pergerakan falaq-falaq itu,
adapun bahan-bahan yang baru maka ia memang baru tanpa khilaf (antara
Falasifah dengan Ahli Sunnah)…”.
Azwira Abdul
Aziz
Semenyih,
Selangor Darul
Ehsan.
21 Feb 2006
Tohmahan Pertama:
Ibn Taimiyyah Dan Ibn al-Qayyim
Pencetus
Fahaman Tajsim Dan Tashbih.
Ada yang berpendapat bahawa istilah
Ahli
Sunnah Wal Jama’ah berasal daripada athar
Ibn ‘Abbas ketika beliau mentafsirkan maksud ayat
106 surah Ali ‘Imran, dengan katanya yang
bermaksud: “Maka adapun golongan yang putih berseri muka
mereka ialah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan
orang berilmu, manakala golongan yang hitam muka mereka pula
ialah Ahli Bid’ah dan kesesatan”.
Tetapi ia adalah riwayat
yang terlalu lemah kerana dalam sanadnya ada seorang perawi
bernama Mujasyi’ Ibn ‘Amr, yang
dinilai oleh Ibn Ma’in sebagai salah seorang
pemalsu hadith, manakala Al-Bukhari pula menilainya sebagai
mungkar majhul dan Al-’Uqaili menilainya
sebagai mungkar al-hadith. Lihat: Al-Lalakai,
Hibatullah Ibn Al-Hasan, Syarh Usul I ‘tiqad
Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah, Tahqiq: Ahmad Sa’d
Hamdan, Dar At-Tayyibah, Riyadh, 1408H, 1: 71, No: 74.
Az-Zahabi, Muhammad Ibn Ahmad Ibn ‘Uthman, Mizan Al-I’tidal Fi Naqd Ar-Rijal, Tahqiq:
‘Ali Muhammad Al-Bajawi dan Fathiyyah
‘Ali
Al-Bajawi, Dar Al-Fikr Al-Arabi, t.th, 4: 356, No: 7066.