|
Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas.
Oleh: Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin
|
||
|
Kata Pengantar Penyunting :: Kata Pengantar Syaikh al-‘Utsaimin :: Makna Haid Dan Hikmahnya :: Masa Haid Dan Tempohnya Perkara-Perkara Yang Berlaku Ketika Haid :: Hukum-Hukum Haid :: Istihadah Dan Hukum-Hukumnya Nifas Dan Hukum-Hukumnya :: Hukum Penggunaan Ubat-Ubatan :: Kata Penutup
Kata Pengantar Syaikh al-‘Utsaimin Sesungguhnya darah-darah yang keluar daripada wanita seperti haid, istihadah dan nifas termasuk dalam perkara yang sangat penting di dalam ilmu fiqh Islam. Ia memerlukan penjelasan dan pengetahuan serta pembeza antara yang betul dan salah daripada hujah para ahli ilmu. Dalam perkara ini yang menjadi pegangan hendaklah petunjuk yang datang daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana kedua-duanya adalah asas bagi terbinanya hukum-hukum Allah. Dengan hukum-hukum inilah hamba-hamba-Nya mengabdikan diri kepada-Nya. Lebih dari itu berpegang kepada apa yang datang daripada al-Qur’an dan al-Sunnah memberi ketenangan pada hati, melapangkan dada serta menyelesaikan tanggungan kewajipan (bara-atu zimmah). Selain dari keduanya tidak dapat dibuat hujah kerana tidak ada hujah melainkan pada kalam (perkataan) Allah dan kalam Rasul-Nya.
Firman Allah Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ 4:59]
Risalah ringkas di tangan anda ini membahas berkenaan darah haid, istihadah dan nifas dan hukum-hukumnya. Ia terdiri daripada beberapa bab:
Kata Pengantar Penyunting :: Kata Pengantar Syaikh al-‘Utsaimin :: Makna Haid Dan Hikmahnya :: Masa Haid Dan Tempohnya Perkara-Perkara Yang Berlaku Ketika Haid :: Hukum-Hukum Haid :: Istihadah Dan Hukum-Hukumnya Nifas Dan Hukum-Hukumnya :: Hukum Penggunaan Ubat-Ubatan :: Kata Penutup
|