|
Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas.
Oleh: Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin
|
||
|
Kata Pengantar Penyunting :: Kata Pengantar Syaikh al-‘Utsaimin :: Makna Haid Dan Hikmahnya :: Masa Haid Dan Tempohnya Perkara-Perkara Yang Berlaku Ketika Haid :: Hukum-Hukum Haid :: Istihadah Dan Hukum-Hukumnya Nifas Dan Hukum-Hukumnya :: Hukum Penggunaan Ubat-Ubatan :: Kata Penutup
Kata Pengantar Penyunting Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Alhamdulillah, buku di tangan para pembaca sekarang ini ialah edisi terjemahan buku Risalah fi al-Dima’a al-Thabi’iyyah li al-Nisa’ yang secara harfiyah bermaksud Risalah Berkenaan Darah-Darah Fitrah Wanita. Ia adalah karya seorang ulama besar dunia Islam yang bernama Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin. Buku ini dipilih khas sebagai hidangan ilmu kepada para pembaca yang dihormati sekalian kerana beberapa sebab:
Pengenalan ringkas kepada Syaikh al-‘Utsaimin. Abu ‘Abd Allah Muhammad bin al-Shalih bin Muhammad bin al-‘Utsaimin al-Wuhaybi al-Tamimi lahir pada 27 Ramadhan tahun 1347H di bandar ‘Unayzah, Arab Saudi. Sejak awal beliau diberi pendidikan agama yang mendalam. Antara gurunya yang terkenal ialah Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Nashr al-Sa’di dan Syaikh ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah bin Baz. Sejak tahun 1371H beliau sudah mula mengajar di beberapa institusi pengajian. Kemudian beliau, yang terkenal dengan gelaran Syaikh al-‘Utsaimin sahaja, menjadi salah seorang ahli majlis fatwa Arab Saudi dan aktif menulis dalam pelbagai subjek. Sebagai ahli majlis fatwa, Syaikh al-‘Utsaimin banyak menerima soalan daripada para muslimah berkenaan persoalan haid, istihadah dan nifas. Pengalaman ini membolehkan beliau mengupas persoalan ini dari pelbagai sudut dan wajah sebagaimana yang akan dapat disaksikan sendiri oleh para pembaca dalam buku ini insya-Allah. Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah meninggal dunia pada tahun 1421H.
Metode Menterjemah dan Menyunting. Prinsip penting dalam menterjemah sesebuah buku ialah bersifat jujur. Kejujuran ini tidak terletak pada penyampaian bahasa tetapi pada penyampaian ilmu. Ini kerana masing-masing bahasa Arab dan bahasa Melayu memiliki ciri-ciri bahasa dan gaya penyampaian yang tersendiri sehingga tidak mungkin ia dapat diwakili secara tepat antara satu sama lain. Prinsip ini menjadi dasar utama dalam menterjemah dan menyunting buku ini. Dalam ertikata lain, buku edisi terjemahan bahasa Melayu ini memiliki ilmu dan kaedah perbahasan yang berasal daripada Syaikh al-‘Utsaimin akan tetapi dengan gaya bahasa dan cara penyampaian yang sesuai dengan bahasa Melayu. Proses menterjemah dan menyunting buku ini melalui 2 tahap:
Penghargaan. Selain usaha keras Ustaz Azzahari, buku ini juga menerima bantuan dan pembaikan daripada beberapa rakan yang lain. Semoga Allah membalasi jasa baik mereka dengan sesuatu yang lebih baik. Seandainya wujud apa-apa kesilapan, teguran atau pembaikan, dialu-alukan untuk menghubung Ustaz Azzahari di alamat e-mel abuhusna@al-nidaa.com.my atau saya di alamat e-mel hafizfirdaus@yahoo.com Sekian, Assalamualaikum waRahmatullahi waBarakatuh.
Kata Pengantar Penyunting :: Kata Pengantar Syaikh al-‘Utsaimin :: Makna Haid Dan Hikmahnya :: Masa Haid Dan Tempohnya Perkara-Perkara Yang Berlaku Ketika Haid :: Hukum-Hukum Haid :: Istihadah Dan Hukum-Hukumnya Nifas Dan Hukum-Hukumnya :: Hukum Penggunaan Ubat-Ubatan :: Kata Penutup
|