Telah sampai kepada saya video di bawah oleh Ustaz Abdul Somad (UAS).

 

Beberapa ulasan saya, fokus kepada amalan zikir, selawat dan doa di antara Solat Tarawih:

(1) Tawaf yang dilakukan oleh warga Mekah ketika waktu rehat di antara Solat Tarawih, ia tidak melibatkan seluruh warga Mekah.

Sebaliknya ia adalah pilihan masing-masing. Maksudnya, sebahagian ada yang tawaf, sebahagian ada yang baca al-Qur'an, sebahagian ada yang berzikir dan begitulah seterusnya. Ini sebagaimana yang diterangkan sendiri oleh UAS pada minit 0.58.

Maka tawaf ketika waktu rehat di antara Solat Tarawih bukanlah S.O.P atau M.O.U. seluruh warga Mekah. Ini berbeza dengan bacaan zikir, selawat dan doa yang dilakukan ketika waktu rehat di antara Solat Tarawih di Malaysia.

Lafaz-lafaznya sudah ditentukan. Ini dibuktikan sendiri melalui saranan UAS agar lafaz-lafaz itu ditulis atas kertas dan dibalut dengan plastik (laminate). Lihat minit 1.43.

Maka di sinilah letaknya hukum bid'ah, yakni pada penetapan lafaz-lafaz tersebut dan pada pengkhususan membacanya ketika waktu rehat di antara Solat Tarawih sahaja.

Seolah-olah sudah ada S.O.P. atau M.O.U. bagi seluruh warga Malaysia. Adapun jika masing-masing membaca al-Qur'an, berzikir, beeselawat dan berdoa secara bebas mengikut pilihan sendiri, maka ia bukanlah bid'ah.

 

(2) Minit 1.16

Memang masyhur disebut-sebut bahawa warga Madinah menambah rakaat Solat Tarawih menjadi 36+3 sebagai timbalan kepada warga Mekah yang tawaf di antara solat-solat Tarawih.

Sebenarnya ada pendapat lain, yakni mereka menambah rakaat sebagai timbalan kepada bacaan ayat al-Qur'an yang pendek. Berikut penjelasan Imam Abu Bakar al-Tharthusi (520H), seorang imam dalam Mazhab Maliki. Dalam kitabnya yang khas tentang masalah bid'ah, beliau berkata,

Para sahabat kami (Malikiyah) menjawab dengan jawaban yang benar, yang dapat menyatukan semua riwayat. Mereka berkata,

"Mungkin Umar pertama kali memerintahkan kepada mereka 11 rakaat dengan bacaan yang amat panjang. Pada rakaat pertama, imam membaca sekitar dua ratus ayat, kerana berdiri lama adalah yang terbaik dalam shalat.

Tatkala masyarakat tidak lagi kuat menanggung hal itu, maka Umar memerintahkan 23 rakaat demi meringankan lamanya bacaan. Dia menutupi kurangnya keutamaan dengan tambahan rakaat. Maka mereka membaca surat al-Baqarah dalam 8 rakaat atau 12 rakaat sesuai dengan hadits al-A’raj tadi.”

Telah dikatakan, bahwa pada waktu itu imam membaca antara 20 ayat hingga 30 ayat. Hal ini berlangsung terus hingga Yaumul Harrah (penyerangan terhadap Madinah oleh Yazid Ibn Mu’awiyyah) tahun 60 H maka terasa berat bagi mereka lamanya bacaan. Akhirnya mereka mengurangi bacaan dan menambah bilangannya menjadi 36 rakaat ditambah 3 witir. Dan inilah yang berlaku kemudian. Bahkan diriwayatkan, bahwa yang pertama kali memerintahkan mereka solat 36 rakaat ditambah dengan 3 witir ialah Khalifah Muawiyah Ibn Abi Sufyan (wafat 60 H). Kemudian hal tersebut dilakukan terus oleh khalifah sesudahnya.

Lebih dari itu, Imam Malik menyatakan, solat 39 rakaat itu telah ada semenjak zaman Khalifah Utsman. Kemudian Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz (wafat 101 H) memerintahkan agar imam membaca 10 ayat pada tiap rakaat. Inilah yang dilakukan oleh para imam, dan disepakati oleh jama’ah kaum muslimin, maka ini yang paling utama dari segi takhfif (meringankan).

[al-Hawadits wa al-Bida' , ms. 143]

 

(3) Minit 2.22

Selawat duduk dalam kategori doa. Buktinya, ia dimulakan dengan, "Allahumma sholli...", bermaksud, "Ya Allah, selawatlah...".

Apabila berdoa, adabnya adalah dengan suara yang perlahan, bukan secara kuat. Firman Allah s.w.t.,

 

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A'raaf 7:55)

Demikian juga apabila berzikir, hendaklah dengan suara yang perlahan. Firman Allah s.w.t.,

 

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (al-A'raaf 7:205)

Justeru membaca zikir, selawat dan doa seperti yang dilakukan di M'sia bukan sahaja bid'ah tetapi juga menyalahi perintah Allah dalam dua ayat di atas.

 

(4) Minit 2.59

Doa yang dibacakan adalah doa yang khusus pada 10 malam terakhir Ramadhan. Dalilnya adalah hadis yang dibacakan sendiri oleh UAS pada minit 3.15. Maka ia adalah doa yang khusus, bulan umum untuk dibaca sepanjang Ramadhan.