2
Berkenalan Dengan Para Imam Mazhab
Tidaklah
sempurna kefahaman kita tentang mazhab-mazhab
Islam yang empat jika kita tidak meninjau terlebih
dahulu riwayat hidup para imam mazhab tersebut.
Bab ini dimulakan dengan sejarah hidup Abu Hanifah
kerana beliau adalah yang terawal di antara mereka.
Imam
Abu Hanifah
Imam
Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu'man bin Tsabit
bin Zhuthi' lahir pada tahun 80H/699M di Kufah,
Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal
sebagai pusat ilmu pada ketika itu. Ianya diasaskan
oleh �Abd Allah ibn
Mas�ud radhiallahu �anh
(32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat
hidup bersama �Ali bin Abi Talib radhiallahu
�anh. Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta
dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang
lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal
Qur'an.
Abu
Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang
tokoh agama yang masyhur pada ketika itu
bernama al-Sya�bi.
Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa
yang terpendam dalam Abu Hanifah, al-Sya'bi menasihatkan
beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke
dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan
dorongan al-Sya'bi,
Abu
Hanifah mula menceburkan diri secara khusus
mempelajari ilmu-ilmu Islam.
Abu
Hanifah mula belajar dengan mendalam ilmu-ilmu
qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya
ialah ilmu hadis dan fiqh. Beliau
banyak meluangkan
masa dan tenaga
mendalaminya. Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya
dengan bergurukan kepada al-Sya�bi
dan
beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat,
jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.
Beliau
kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah untuk berguru
bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu�bah.
Setelah sekian lama berguru dengan Shu�bah yang
pada ketika itu terkenal sebagai Amir
al-Mu�minin fi Hadis (Pemimpin umat dalam
bidang hadis), beliau diizinkan gurunya untuk
mula mengajar hadis kepada orang ramai. Berkata
Shu'bah:
Sebagaimana
aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya
matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa
ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.
Abu
Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya
di Kufah dan Basrah. Beliau kemudiannya turun
ke Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana
beliau duduk berguru kepada �Atha�
bin Abi Rabah. Kemudiannya Abu Hanifah duduk pula
bersama Ikrimah, seorang tokoh besar di Mekah
yang juga merupakan anak murid kepada �Abd Allah
ibn �Abbas, �Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah dan
�Abd Allah ibn �Umar radhiallahu �anhum.
Kehandalan Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadis dan
fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya
membenarkan Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk
Mekah.
Abu
Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di
Madinah bersama
Baqir dan Ja�afar al-Siddiq. Kemudiannya beliau
duduk bersebelahan dengan Malik bin Anas, tokoh
besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Abu Hanifah
13 tahun lebih tua daripada
Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta
belajar. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal
dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Abu Hanifah
telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad
sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah.
Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan
perjuangan Hammad, Abu Hanifah bersetuju kepada
jawatan tersebut.
Mulai
di sinilah Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh
besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata
pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya.
Disamping mengajar, Abu Hanifah ialah juga seorang
pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili
antara dua tanggung-jawabnya ini sebagaimana terang
anak muridnya al-Fudail ibn �Iyyad:
Adalah
Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam
bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan
harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang
yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam
atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari,
banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali
apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama,
amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran
dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.
Pada
zaman pemerintahan
Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali
meminta beliau menjawat kedudukan qadi
kerajaan. Abu Hanifah berkeras menolak tawaran
itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur
marah lalu dia menghantar Abu Hanifah ke penjara.
Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan
al-Mansur
terpaksa membenarkan Abu Hanifah meneruskan pengajarannya
walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang
ramai mula mengerumuni penjara untuk belajar bersama
Abu Hanifah, al-Mansur
merasakan kedudukannya mula tergugat. al-Mansur
merasakan Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya
sebelum terlambat.
Akhirnya
Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M
ketika di
dalam
penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni
orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau
dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian
tokoh ilmuan Islam ini dirasai oleh dunia Islam.
Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya
didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Abu
Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan
mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada
masyarakat. Antara anak-anak murid Abu Hanifah
yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf
(182H/798M) dan Muhammad bin
Hasan
al-Syaibani (189H/805M).
Imam
Malik bin Anas
Imam
Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M.
Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan
tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi
yang dididik oleh para sahabat Rasulullah shallallahu
�alaihi wasallam, radhiallahu �anhum. Sejarah
keluarganya juga ada hubung-kait dengan ilmu Islam
dengan datuknya sendiri seorang perawi dan penghafal
hadis yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail
Nafi� adalah seorang tokoh hadis kota Madinah
pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin
Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya
hadis. Abu Suhail Nafi� ialah seorang tabi�in
yang sempat menghafal hadis daripada �Abd Allah
ibn �Umar, �A'isyah binti Abu Bakar, Umm Salamah,
Abu Hurairah dan Abu Sa�id al-Khudri radhiallahu
�anhum.
Selain
Nafi�,
Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Ja'afar
al-Siddiq,
cucu kepada al-Hasan, cucu kepada Rasulullah shallallahu
�alaihi wasallam. Malik juga duduk belajar
di Masjid Nabawi berguru dengan Muhammad Yahya
al-Ansari, Abu Hazim Salmah al-Dinar, Yahya bin
Sa'ad dan Hisham bin �Urwah.
Mereka ini semua ialah anak murid kepada sahabat-sahabat
Rasulullah shallallahu
�alaihi wasallam. Suasana kehidupan Malik
bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan
para tabi�in
amatlah menguntungkannya. Para tabi�in
ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat
Rasulullah shallallahu
�alaihi wasallam. Mereka sempat belajar, mendengar
hadis dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara
terus. Inilah antara sebab kenapa Malik bin Anas
tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila
pergi menunaikan ibadat hajinya.
Malik
bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh
agama di Masjid Nabawi. Ajarannya menarik sejumlah
orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai mufti Madinah pada ketika
itu. Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadis-hadis Rasulullah shallallahu
�alaihi wasallam di
dalam
kitabnya Al
Muwattha'. Kitabnya ini menjadi hafalan
dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah
dikatakan oleh al-Syafi�e sebagai:
Tidak
wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada
al-Qur'an melainkan kitab Imam Malik ini.
Antara
tokoh besar yang duduk belajar bersama Malik ialah
Abu Hanifah dari Kufah. Selain itu diriwayatkan
bahawa sebanyak 1300 tokoh-tokoh lain yang duduk
bersama menuntut ilmu bersama Malik di Masjid
Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris,
yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam
al-Syafi�e. Ketinggian ilmu Malik bin Anas pernah
diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai:
Malik
adalah penghulu dari para penghulu ahli ilmu dan
dia pula seorang imam dalam bidang hadis dan fiqh.
Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Malik
?
Malik
pernah dihukum oleh gabenor Madinah pada tahun
147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa
hukum talak yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan
Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika
itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk
perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang
enggan akan terjatuh talak ke atas isterinya !
Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama'
daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa
Malik untuk mengesahkan fatwa mereka.
Malik enggan malah mengeluarkan fatwa menyatakan
bahawa talak sedemikian tidak sah
(tidak jatuh talaknya).
Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah
sehingga bahunya patah dan terkeluar daripada
kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat
sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan
memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan
sahaja di tepi badannya.
Malik
kemudiannya dibebaskan dan beliau kembali mengajar
di Madinah sehinggalah beliau meninggal
dunia pada 11 Rabiul-Awal tahun 179H/796M. Di
antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah
�Abd al-Rahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M),
Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan
Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).
Imam
al-Syafi�e
Imam
al-Syafi�e
lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M.
Nama sebenarnya ialah Muhammad
bin Idris al-Syafi�e. Beliau mempunyai pertalian
darah Quraish dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya.
Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Mekah
untuk ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap
berada di sana menuntut ilmu. Di Mekah al-Syafi�e
memulakan perguruannya kepada Muslim bin Khalid
al-Zanji, mufti Kota Mekah ketika itu.
Kitab
ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah
al-Muwattha' karangan Malik bin Anas dan al-Syafi�e dalam usia mudanya
15 tahun telahpun menghafal keseluruhan kitab
tersebut. al-Syafi�e kemudiannya berhijrah ke
Madinah untuk berguru dengan penulis kitab itu
sendiri. Ketika itu al-Syafi�e berumur 20 tahun
dan beliau terus duduk bersama Malik sehinggalah
kematiannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan al-Syafi�e
sebagai murid terpintar Malik bin Anas mulai diiktiraf
ramai. al-Syafi�e mengambil alih sebentar kedudukan
Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi sehinggalah
beliau ditawarkan kedudukan pejabat oleh Gabenor
Yaman. Jawatan al-Syafi�e di Yaman
tidak lama kerana beliau
telah
difitnah
sebagai pengikut Mazhab Syi�ah. Selain itu pelbagai
konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah
beliau dirantai dan dihantar ke penjara Baghdad, pusat pemerintahan
Dinasti Abbasid ketika itu.
al-Syafi�e
dibawa menghadap ke Khalifah Harun al-Rashid dan
beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya.
Kehandalan serta kecekapan al-Syafi�e membela
dirinya dengan pelbagai hujah agama menyebabkan
Harun tertarik kepadanya. al-Syafi�e dibebaskan
dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini
al-Syafi�e telah berkenalan dengan anak
murid Abu
Hanifah dan duduk berguru bersama
mereka,
terutamanya Muhammad bin
al-Hasan
al-Syaibani.
Suasana ini memberikan kelebihan yang penting
bagi al-Syafi�e, iaitu beliau berkesempatan untuk
belajar dan membanding antara dua ajaran Islam:
ajaran
Malik bin Anas dan ajaran Abu Hanifah.
Pada
tahun 188H/804M, al-Syafi�e berhijrah ke Mesir.
Sebelum itu beliau singgah sebentar di Mekah dan
di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa
memberi kelas pengajian. al-Syafi�e kini mula
diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak
meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan
antara ajaran Malik bin Anas dan Abu Hanifah.
Usahanya ini tidak disambut baik oleh penduduk
Mekah kerana kebiasaan mereka kepada ajaran Malik.
Pada
tahun 194H/810M, al-Syafi�e kembali semula ke
Baghdad dan beliau dipelawa untuk memegang
jawatan qadi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak
dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. al-Syafi�e
kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya
di sana. Daud bin �Ali
pernah ditanya akan kelebihan al-Syafi�e berbanding
tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau
menjawab:
al-Syafi�e
mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya
apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Dia
seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan i'tiqad
yang benar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui
hadis sahih dan hadis daif, nasikh, mansukh, menghafal
al-Qur'an dan Hadis, perjalanan hidup para Khulafa'
al-Rashidun dan amat pandai mengarang.
Dalam
usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara
ajaran Malik bin Anas dan Abu Hanifah, al-Syafi�e
menghadapi banyak tentangan daripada pengikut-pengikut
Mazhab Maliki yang taksub kepada guru mereka.
Pada satu malam dalam perjalanan balik ke rumah
dari kuliah Maghribnya di Mesir, al-Syafi�e telah
dipukul sehingga menyebabkan kematiannya. Pada
ketika itu al-Syafi�e juga sedang menghadapi penyakit
buasir yang agak serius.
al-Syafi�e
meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M
di Mesir.
Beliau meninggalkan
kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung
dalam bidang usul fiqh berjudul al-Risala.
Kitab ini adalah yang terawal
dalam
menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada
sesebuah nas al-Qur�an dan al-Sunnah.
Selain itu al-Syafi�e juga meninggalkan kitab
fiqhnya yang masyhur
berjudul al-Umm.
Ajaran
al-Syafi�e diteruskan oleh beberapa anak muridnya
yang utama seperti Abu Yakub al-Buwayti (231H/846M),
Rabi� bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu
Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M).
Imam
Ahmad bin Hanbal
Imam
Abu �Abd Allah Ahmad bin Muhammad
bin Hanbal dilahirkan di Baghdad pada tahun 164H/781M.
Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia
pada umur muda 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan
oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Ahmad bin
Hanbal menghafal al-Qur�an
sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun dia sudah
menjadi penghafal hadis yang terkenal. Ahmad bin
Hanbal meneruskan pengajian hadisnya dengan sekian
ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan
telah menghafal lebih daripada sejuta hadis termasuk
barisan perawinya.
Pada
tahun 189H/805M Ahmad bin Hanbal berhijrah ke
Basrah dan tidak lama kemudian ke Mekah dan Madinah
untuk menuntut ilmu.
Di sana beliau sempat duduk berguru dengan al-Syafi�e.
Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu
Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, �Umar
ibn �Abd Allah ibn Khalid, �Abd al-Rahman ibn
Mahdi dan Abu Bakar ibn �Iyasy. Pada tahun 198H
Ahmad bin Hanbal ke Yaman pula untuk berguru dengan
�Abd al-Razzaq ibn Humam, seorang ahli hadis yang
besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang
berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya
ini Ahmad mula menulis hadis-hadis yang dihafalnya
setelah sekian lama.
Ahmad
bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula
mengajar. Kehebatannya
sebagai seorang ahli hadis dan
pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka
mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara
anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh
hadis terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu
Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata:
Ahmad
bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam
bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang
lebih mengetahui tentang al-Sunnah selain dia.
Dia tidak pernah bersenda gurau, dia selalu berdiam
diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.
Ahmad
bin Hanbal pernah mengalami pengalaman hidup dalam
penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mu�tazilah
yang
diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka
(pemerintah) memaksa Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut.
Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau
dirotan dalam penjara sehingga tidak sedarkan
diri.
Ketegasan
Ahmad dan tekanan daripada
orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah
terpaksa membebaskan beliau. Ahmad kemudian meneruskan
pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya
pada tahun 241H/856M. Ahmad bin Hanbal meninggalkan
kepada dunia Islam kitab hadisnya yang terkenal
iaitu al-Musnad
yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadis
Rasulullah shallallahu �alaihi wasallam
dan atsar para sahabat radhiallahu �anhum.
Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan
ayah mereka, iaitu �Abd Allah bin Ahmad dan Salih
bin Ahmad.
Demikian
secara ringkas
riwayat hidup para
imam
mazhab yang masyhur. Selain
itu terdapat juga beberapa tokoh yang tidak kurang
hebatnya yang hidup sezaman dengan mereka. Akan
tetapi kerana beberapa sebab
tertentu,
mazhab para tokoh ini tidak bertahan lama
atau tidak menjadi masyhur.
Antara tokoh-tokoh yang
dimaksudkan itu ialah:
�
Imam
al-Awza�e.
Nama sebenar beliau
ialah �Abd al-Rahman
ibn al-Awza�e
Dilahirkan di kota Ba�labek, Syria pada tahun
89H/708M. Terkenal sebagai seorang tokoh hadis
yang
terkemuka pada zamannya. Antara prinsip ajaran fiqhnya ialah menjauhkan
penggunaan kaedah qiyas
apabila wujudnya dalil yang jelas dalam al-Qur�an
dan al-Sunnah. Mazhab al-Awza�e terkenal di Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan sehinggalah
ke kurun ke 10M apabila Mazhab al-Syafi�e mula
mempengaruhi penduduk di sana. al-Awza�e meninggal
dunia di Beirut pada tahun 157H/774M. Prinsip-prinsip
ajaran beliau berkenaan penggunaan qiyas banyak tertulis di dalam kitab-kitab usul fiqh hingga ke hari
ini.
�
Imam
Zaid adalah
cucu kepada Ali bin Abi Talib melalui anaknya
Hasan. Beliau di lahirkan di Madinah pada tahun
81H/700M dan menumpukan perhatian kepada ilmu
al-Qur�an dan al-Sunnah.
Beliau mengajar di beberapa bandar dan kota, antaranya
Madinah, Basrah Kufah dan Wasit. Ajarannya masih
diamalkan hingga kini di beberapa lokasi terpencil
di Yaman.
�
Imam
al-Layts ibn
Sa�ad berketurunan
Parsi, lahir di Mesir pada tahun 97H/716M. Beliau
mempelajari jurusan-jurusan ilmu Islam daripada Abu Hanifah dan Malik bin Anas. Ketokohannya
di Mesir sangat terserlah sehinggakan al-Syafi�e
juga berhijrah ke sana untuk duduk belajar bersama
anak-anak muridnya. al-Layts meninggal dunia pada
tahun 174H/791M dan ajaran-ajarannya tidak tersebar
luas kerana beliau melarang anak muridnya menulisnya.
�
Imam
Sufyan al-Tsauri
lahir di Kufah pada tahun 100H/719M dan merupakan
salah orang ulama�
yang besar
di
sana
di samping Abu Hanifah. Beliau berani
menyuarakan
ketidak-setujuannya terhadap beberapa prinsip
pemerintahan Abbasid ketika itu yang tidak sehaluan
dengan ajaran Islam. Sufyan al-Tsauri diburu oleh
pihak pemerintah menyebabkan beliau banyak menghabiskan
masa hidupnya mengajar dalam persembunyian hinggalah
ke hari kematiannya pada tahun 160H/777M.
�
Imam
Dawud al-Zahiri
lahir
di Kufah pada tahun 236H/851M. Nama sebenarnya
ialah Dawud bin �Ali. Beliau pernah
berguru
dengan al-Syafi�e dan Ahmad bin Hanbal dalam ilmu
hadis dan fiqh. Dawud
bin �Ali berpegang kepada
prinsipnya yang tersendiri iaitu hanya menerima
nas al-Qur�an dan al-Sunnah dalam bentuknya yang zahir tanpa
ditakwil
atau diqiyaskan.
Oleh itulah beliau terkenal sebagai al-Zahiri yang berasal
dari perkataan �zahir�. Dawud bin �Ali meninggal
dunia pada tahun 270H/883M dan mazhabnya banyak
didokongi oleh tokoh ilmuan yang terkenal pada
kurun ke 11M, iaitu Imam Ibn Hazm (456H/1064M).
�
Imam
al-Tabari
atau nama sebenarnya Muhammad ibn Jarir
ibn
Yazid al-Tabari
lahir di Tabaristan pada tahun 224H/839M. Beliau
banyak merantau menuntut ilmu di seluruh semenanjung
Arab sehingga ke Mesir. Beliau sempat mendalami
ajaran-ajaran Abu Hanifah, Malik dan al-Syafi�e.
Sekembalinya ke tempat asalnya beliau mula mengajar
kepada orang ramai. Antara hasil tulisannya yang
terkenal ialah kitab tafsir berjudul Jami�
al-Bayan yang
terkenal sehingga hari ini.
Demikian
riwayat hidup ringkas beberapa tokoh-tokoh Islam
terawal yang memainkan peranan penting dalam menghidup
dan memajukan Islam dari sudut
keilmuannya. Mereka mengorbankan keseluruhan hidup
mereka untuk mencari dan menyebarkan ilmu. Jasa-jasa
mereka dapat
kita
manfaatkan hingga hari
ini.
Tokoh-tokoh
Islam di atas juga dikenali sebagai imam-imam
mujtahid. Imam Mujtahid bermaksud imam yang melakukan
ijtihad. Ijtihad dari
sudut bahasa bererti:
Mencurah
segala kemampuan dalam segala perbuatan. Kata-kata
ijtihad tidak dipergunakan kecuali kepada hal-hal
yang mengandungi kesulitan dan memerlukan banyak
tenaga.
Sementara
dari
sudut syara',
ijtihad
bererti:
Mencurah
segala kemampuan bagi mendapatkan hukum syara�
yang bersifat praktikal dengan cara istimbat �
mengambil kesimpulan hukum.
Seorang
yang berijtihad
dengan menggali, menganalisa dan mengkaji sumber-sumber
ilmuan Islam dari al-Qur�an dan al-Sunnah
digelar
sebagai seorang Mujtahid sepertimana tokoh-tokoh yang dihuraikan
biografi mereka di atas.
^Kembali
Ke Atas
|
3. Pegangan
Dan Prinsip Para Imam Mazhab
|