Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat

 

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

Kandungan  Kepelbagian Pendapat Yang Dibenarkan  Sebab-sebab berlakunya Kepelbagaian Pendapat 1 Cara mendapat Rahmat Allah 1  Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat 2  Cara mendapat Rahmat Allah 2  Antara Persatuan Umat dan Kepelbagaian Pendapat Ini Adalah Ujian Allah

 

 

 

Kategori Pertama:

 

Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat Kategori Pertama.

Mungkin ada yang bertanya, jika pokok atau ushulnya adalah sesuatu yang disepakati, kenapakah hasil yang muncul daripadanya adalah pelbagai? Ringkasnya, persoalan ini dapat dijawab sebagai berikut:

1.      Sebahagian nas, yakni ayat al-Qur’an atau al-Sunnah, ada yang memiliki satu maksud (Qath’ie) manakala sebahagian lain ada yang memiliki beberapa maksud (Dzanni). Terhadap nas yang memiliki satu maksud, memang tidak ada kepelbagaian pendapat yang dibenarkan. Akan tetapi bagi nas yang memiliki beberapa maksud, kepelbagaian pendapat mungkin berlaku dan ini dibenarkan.

2.      Setiap hadis perlu dinilai darjat kekuatannya sebelum dapat dijadikan sumber hukum. Akan tetapi dalam menilai kekuatan hadis, berlaku kepelbagaian pendapat sehingga sebahagian tokoh mungkin menilai sesebuah hadis sebagai sahih manakala sebahagian tokoh yang lain mungkin menilai hadis yang sama sebagai dhaif. Ini adalah kepelbagaian pendapat yang dibenarkan selagi mana tokoh-tokoh tersebut adalah mereka yang layak untuk menilai darjat hadis.

    3. al-Qur’an dan al-Sunnah perlu difahami mengikut kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu yang telah digariskan oleh para ilmuan Islam. Namun adakalanya timbul kepelbagaian dalam memilih metod kefahaman atau kaedah yang paling tepat, sehingga akhirnya menghasilkan kesimpulan hukum yang pelbagai. Ini sekali lagi merupakan kepelbagaian yang dibenarkan selagi mana ia terhasil daripada mereka yang layak untuk berijtihad.[1]

 

 Cara mendapat Rahmat Allah disebalik kepelbagaian pendapat kategori pertama
 


[1] Contoh-contoh bagi kepelbagaian ini telah saya kemukakan dalam buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam (Jahabersa, Johor Bahru, 2004)..

 


Kandungan  Kepelbagian Pendapat Yang Dibenarkan  Sebab-sebab berlakunya Kepelbagaian Pendapat 1 Cara mendapat Rahmat Allah 1  Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat 2  Cara mendapat Rahmat Allah 2  Antara Persatuan Umat dan Kepelbagaian Pendapat Ini Adalah Ujian Allah