Article Index


Nikah Mut'ah:

1. Nabi saw mengharamkan nikah mut'ah semasa Fathul Mekkah diriwayatkan oleh Ali dan Ibn Abbas raa.


2. Nabi saw tidak mengharamkan nikah mut'ah di Khaibar sebagaimana yg dilapurkan. Ali menjelaskan yg diharamkan di Khaibar ialah pengharaman daging keldai.


3. Dalam kitab hadis tertinggi ASWJ, Syahihain: ada dua versi:

  • versi Ibn mas'ud menghalalkan Mut'ah manakala
  • versi Ali Abi Talib, adalah hadis larangan.

Ibn Qayyim mengatakan: Mut'ah ialah hukum di mana ia diharamkan setelah diharuskan. Dari sini jelas, Syi'ah telah berpegang dgn hadis Ibn Mas'ud dan meninggalkan Imam pertama Imamiah.


Jika MAB bertanyakan manakah nas Al-Qur'an mengharamkan mut'ah, mengharamkan perhambaan, menegah meniduri hamba perempuan, mencegah poligami tanpa had, sudah tentu tidak ada, kerana deklarasi Hak Asasi Manusia di isytiharkan di Perancis hanyalah pada abad ke 19. (Poligami kemudian dihadkan kepada empat).

Seluruh manusia ketika itu mendokong perhambaan, mendokong poligami tanpa had, boleh menyerang negara lain dan menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai harta rampasan perang dan boleh ditiduri/dirogol sesuka hati.(kerana ia adalah harta rampasan perang).., dunia masa itu adalah dunia tidak bertamaddun dan Eropah dalam gelap gulita.


Islam tidak mengharamkan perhambaan, Islam tidak mengharamkan persetubuhan dgn hamba perempuan, atau mut'ah kerana di masa itu ia adalah aktiviti biasa manusia dan tiada mana-mana negara atau bangsa yg membantahnya.
Akhirnya manusia bersepakat ingin menghentikan perhambaan dan mengisytiharkan hak asasi manusia, maka itulah kehendak Islam pada asalnya.

Apa yang di lakukan oleh MAB ialah ingin kekal di atas satu sistem feqah yg kuno, yang tidak boleh direformasi langsung kerana terlalu bergantung kepada Imam-Imam yang maksum, maka MAB ingin terus menghalalkan perhambaan, meniduri hamba perempuan dan bermut'ah, sedangkan feqh jenis ini adalah feqh kuno yg hanya tinggal sejarah sahaja dalam feqah ASWJ.

Manakala seluruh manusia dan tamaddun hari telah bersepakat mengharamkan perhambaan, meniduri hamba perempuan dan mereka telah mengiktiraf hak-hak wanita sebagai manusia dan hak yg sama dgn lelaki.

ASWJ juga sudah shift fokus hukum zakatnya, kalau di zaman dahulu, hukum zakat berputar disekitar unta dan lembu atau kurma dan gandum, sekarang zakat shift pula kepada zakat gaji dan upah serta saham dan bond.

Mut'ah yg dipertahankan oleh MAB akan membawa Islam 1500 tahun kebelakang dan menjadikan Islam dari ASWJ sebagai sasaran serangan manusia seluruhnya. Oleh kerana tak berapa cerdik dan fanatik kaum Syi'ah, ASWJ juga menanggung kepedihannya.

MAB memang suka kepada tradisi silam:

  • Dalam politik mereka ingin mengekalkan sistem Imamiah sebagaimana sistem Maharaja Merak (kuasa politik secara warisan dan wasiat),
  • Sistem Ulama' kekal sebagaimana agama Majusi, ulama' adalah bayangan Tuhan di bumi, maksum dan boleh menjelma semula secara reincarnasi;
  • Sistem feqah pula kekal dan tidak berubah sedangkan persekitaran telah jauh berubah...

Rumusan:

Akhir nya wanita Iran akan bangkit melawan enakmen hukum Mut'ah yg kuno itu. Inilah penjelasan Prof al-Imam Muhammad Qutb (Syubhat hawla Islam), Prof al-Imam Muhammad Abu Zahrah (Tarikh Madzaahib Islami); Syaikh Syak'ah (Islam bila Madzhab....)