Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa dua buku ilmiah karangan dan susunan Kapten Hafiz Firdaus  dan satu buku tulisan al-Syeikh ‘Abd.al-Razzaq bin ‘Abd. al-Muhsin al-Badr dan diterjemahkan oleh Mohd Amin Yaacob telah dimuat naik dalam bentuk e-buku. Tajuk buku-buku tersebut adalah seperti berikut:

1. Hukum dan Adab Berjamaah dalam Islam- buku ini ditulis bagi menjawab beberapa persoalan asas yang acapkali bermain diminda umum tentang keperluan berada dalam satu-satu jamaah. Turut dibincangkan adalah tentang tiga kumpulan yang sering menjadi perhatian umum iaitu Wahabi, Khawarij dan Syiah. Sebaris kata penulis, "Semoga buku ini dapat membantu anda mengorak langkah yang sebaiknya demi agama, umat dan diri anda sendiri. Insya-Allah."

2. Islam, Jantina dan Seks - buku ini merupakan himpunan risalah dan nota kuliah penulis yang menyentuh pelbagai isu seperti rahsia Isra' dan Mi'raj, pengajaran penting sebelum Hijrah, perihal sumpah dan zikr. Ia juga memuatkan dua artikel yang menyentuh persepsi mereka yang bukan Islam terhadap Allah dan Islam, sekaligus memberikan panduan kepada para dai'e dalam mengupas persoalan tersebut bersama rakan bukan Islam mereka.

3. Tauhid 3T: Penjelasan dan Pembelaan - buku ini ditulis bagi menyangkal penulisan Hassan bin Ali al-Saqqaf bertajuk al-Tandid bi man ‘Addada al-Tauhid: Ibtal Muhawalah al-Taslith fi al-Tauhid wa al-‘Aqidah al-Islamiyah yang telah berani menghukum ke atas umat Islam yang mentauhidkan Allah dari sudut Rububiyah, Uluhiyyah serta Asma’ wa al-Sifat sebagai golongan yang menganuti akidah Triniti. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Triniti tersebut dan apakah yang benar?

Sila layari laman e-buku Hafiz Firdaus Abdullah dan Penulis Lain untuk memulakan pembacaan.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh