Assalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa siri buku Apakah Jihad Di Jalan Allah (Buku 1 & 2) karangan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah telah dimuat naik dalam format pdf. Buku bersiri ini tidak lain (sepertimana ulasan penulis) adalah bertujuan untuk membincangkan "...satu bab yang tersangat penting di dalam syari'at Islam yang telah dilupa atau disalah ertikan".

Buku 1 memperkenalkan 'jihad di jalan Allah' dengan memulakan perbincangan tentang definisi jihad dan kepentingannya di dalam Islam. Dalam ruang lingkup definisi, juga di sertakan beberapa istilah lain yang berkaitan dengan jihad. Kemudian buku ini membawa kepada perbincangan tentang keutamaan jihad dan kemuliaan para mujahid sepertimana yang disebut dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Sebelum meneruskan perbincangan tentang jihad kepada hukum-hukum dan syarat-syarat nya melalui buku 2, buku 1 mengakhiri perbincangan awal dengan memperbetulkan beberapa salah faham tentang amalan jihad.

Buku 2 kemudiannya meneruskan perbincangan dengan mengemukakan hukum-hukum serta syarat-syarat untuk melakukan jihad. Perbincangan tentang hukum dan syarat dilakukan secara terperinci, dengan harapan jihad tidak akan lagi disama-ertikan dengan terorism yang ditkuti dan dikecam umum sebagaimana yang difahami khalayak terutama golongan bukan Islam kini.

Sila layari laman e-Buku untuk mula memahami semula erti jihad sebenar.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh