Assalaamu`alaikom wa rahmatullah

Dimaklumkan e-Buku yang terbaru dalam laman bertajuk "7 Tipudaya Syaitan ke Atas Umat Islam". Buku ini bukan sahaja mendedahkan tipudaya syaitan dalam rangka membawa manusia menjadi temannya di neraka kelak, tetapi lebih menarik lagi kita diajak 'berkenalan' dengan makhluk Allah ini secara lebih dekat lagi. Bermula dengan asal - usul mereka, bagaimana bermula permusuhan dan dendam kesumat mereka terhadap manusia kepada mengenali ciri-ciri dan tipudaya mereka. Tidak berakhir di situ, kita juga diberikan tips dan panduan bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada tipudaya mereka. Semoga kita dapat merasai bahangnya dan bersiap siaga dalam menentang permusuhan yang tidak berkesudahan ini.

Sila layari bahagian e-Buku bagi memulakan perkenalan anda dengan mereka.