Tazkirah hari ini,

Apa lagi yang tak jelas dalam isu DZN dan pendirian Islam?

Apakah kita selama ini telah tidur lena dengan ayat 8 surah al Mumtahanah yang menyuruh berbuat baik kepada belum Islam sehingga kita tidak tahu tentang ayat 9?

Ayat 8:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengUSIR kamu dari negerimu.

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Ayat 9:

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai WALI kamu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengUSIR kamu dari negerimu, dan MEMBANTU (orang lain) untuk mengusirmu.

Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai WALI, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.