Shar bin Husyab berkata bahawa dia bertanya kepada Umm Salamah radhiallahu 'anha (isteri Rasulullah),

“Wahai ibu orang-orang beriman, apakah doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda di sisi kamu?”

Maka Umm Salamah menjawab, “Baginda paling banyak membaca doa

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ.

Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

قَالَتْ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ دُعَاءَكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ؟

قَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلَّا وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.

Umm Salamah berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kamu banyak berdoa Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu?”

Rasulullah menjawab, “Wahai Umm Salamah, sesungguhnya tidaklah seorang pun daripada anak cucu Adam melainkan hatinya di antara dua jari daripada jari-jemari Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Dia tegakkan (atas kebenaran) dan sesiapa yang Allah kehendaki, Dia palingkan (daripada kebenaran).

[Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 3444/3522]