Tazkirah hari ini, sabda Rasulullah s.a.w.:

 

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَة.ِ

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ.

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَة.ِ

وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ.

 

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ.

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ

وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ.

 

وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ.

Sesiapa menghilangkan daripada seorang mukmin satu masalah daripada masalah dunia, Allah akan menghilangkan daripadanya satu masalah daripada masalah akhirat. Sesiapa memudahkan orang yang berada dalam kesulitan, Allah akan memudahkan ke atasnya (dalam urusan) dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi mana hamba itu menolong saudaranya.

Sesiapa yang menempuh satu jalan dalam rangka mencari ilmu, Allah mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah berhimpun satu kaum di dalam salah satu masjid Allah, mereka membaca al-Qur’an dan tadarus sesama mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan mereka diliputi dengan rahmat sementara dikelilingi oleh malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka kepada para malaikat yang berada di sisi-Nya.

Sesiapa yang memperlahankan amalannya (malas, sedikit beramal) maka hubungan nasabnya tidak akan dapat mempercepatkan amalannya. [Shahih Muslim, no: 4867/2699]

 

Kutuk-kutuk Siti Kasim.... apa kata kita doakan dia?

Hayatilah hadis berikut daripada Abu Hurairah,

Thufail dan para sahabatnya mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu berkata,

"Ya Rasulullah, sesungguhnya kabilah Daus telah kafir dan membangkang!

Oleh itu, doalah kepada Allah agar mereka mendapatkan kecelakaan!"

Seseorang menambah, "Binasalah kabilah Daus!"

Namun Rasulullah s.a.w. berdoa:

اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَائْتِ بِهِمْ

"Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka (ke Madinah)"

(Shahih Muslim, no. 4586/2524)

Jika orang kafir didoakan petunjuk, maka sudah tentu orang Islam lebih layak kita doakan petunjuk daripada Allah.

Dah biasa bangun sahur (30-45 minit sebelum azan Subuh) pada bulan Ramadhan?

Ayuh kita teruskan bangun sahur selepas Ramadhan untuk beribadah, khasnya beristighfar.

Ikuti tazkirah berikut drpd Abu Numair Nawawi Subandi