Wahai suami, janganlah terburu-buru atau sesuka hati menceraikan isteri.

Ini kerana Allah telah berfirman,

 

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ

أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

Kemudian jika kamu benci kepada mereka, (janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak.

(al-Nisa' 4:19)

Wahai suami, janganlah kamu terburu-buru mengejar yang kamu suka atau anggap baik sehingga menceraikan yang sedia ada.

Ini kerana Allah telah berfirman,

 

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ

لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

(al-Baqarah 2:216)