Soalan:

Saya merupakan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja sementara suami saya pula suka menangguh-nangguhkannya. Sikap ini banyak menyusahkan dirinya dan akhirnya saya juga turut menerima akibat. Bagaimana cara untuk mengatasi sikap ini?

 

Jawapan:

Allah mencipta masa agar kita dapat melakukan pelbagai urusan satu per satu. Jika semua urusan hendak dilakukan segera, maka ia akan memberi tekanan dalam hidup, mudah merungut dan cepat marah. Pun begitu, ini tidaklah bermakna kita kerap menangguhkan sesuatu urusan sehingga akhirnya ia tidak siap dan menimbulkan suasana kelam-kabut atau menghasilkan kualiti yang minimum.

Justeru dalam suasana di atas, sebagai isteri hendaklah anda berlapang dada kerana individu yang berbeza memiliki kadar kerja yang berbeza. Sebahagian orang memang cepat, sebahagian lagi sederhana dan ada yang memang perlahan. Andai benar suami amat perlahan dan suka menangguh, maka berilah motivasi kepadanya. Jangan tanya: “Abang, bila nak baiki pintu ini?”, sebaliknya berkatalah: “Kami sekeluarga amat bergembira apabila abang pintu ini. Abang memang serba boleh!”