Soalan:

Saya mempunyai ibu bapa yang sangat kuat mengongkong sedangkan saya kini sudah bekerja dan bukan budak sekolah sehinggakan semua pergerakan saya dipantau. Ia membuatkan saya cukup rimas dan tertekan kerana tidak langsung diberi peluang untuk berdikari. Apa yang perlu saya lakukan?

 

Jawapan:

Pertama sekali hendaklah disedari bahawa ibubapa memiliki hak yang sangat besar ke atas anak-anak sehingga Rasulullah pernah mengingatkan: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1821/1899] 

Adakalanya ibubapa amat menyayangi anak-anak sehingga mereka tidak sedar bahawa anak-anak sudah besar dan mampu berdikari. Oleh itu apa yang boleh anda lakukan ialah berbicara dengan ibubapa dengan penuh hormat dan rendah diri. Sampaikan apa yang anda rasakan dan mintalah dengan penuh hikmah agar mereka memberikan kebebasan kepada anda. Seterusnya berilah masa kepada ibubapa anda untuk berubah secara bertahap-tahap daripada kongkongan kepada kebebasan.