Soalan 1: Memberi Nama Kepada Anak.

Memilih nama anaksememangnya tugas penting dalam kehidupan ibubapa. Ada pendapat yang mengatakanmemberi anak nama “Muhammad” hukumnya adalah sunat. Boleh berikan pendapatberkenaan hal tersebut?

Mila, Beseri, Perlis.

Jawapan:

Terdapat beberapa riwayat hadis yangmenerangkan keutamaan memberi nama “Ahmad” dan “Muhammad” kepada seorang anak.Akan tetapi hadis-hadis tersebut semuanya lemah (dha’if), tidak ada yangsahih. Imam Ibn Bukair al-Baghdadi rahimahullah telah menulis sebuahkitab dalam bab ini, berjudul Fadhail Man Ismuhu Ahmad wa Muhammad. Didalamnya beliau telah menghimpun hadis-hadis berkenaan keutamaan memberi nama“Ahmad” dan “Muhammad” kepada seorang anak, namun tidak ada di antarahadis-hadis itu yang sahih.

Kesimpulannya, boleh memberi anakdengan nama “Muhammad” ataupun “Ahmad”. Namun jangan berkeyakinan hukumnyasunat dan dapat menjana pahala. Ini kerana hukum sunat tidak boleh disandarkankepada hadis yang lemah.


Soalan 2: Keadilan Kepada Anak-Anak.

Saya memiliki sepasangcahaya mata yang berlainan jantina. Bolehkah saya memberikan hadiah atau barangkepada salah seorang anak sementara seorang lagi saya tidak berikan apa-apa?Apa sebarang hukum berkenaan hal ini di dalam Islam?

Bapa penyayang, SungaiBuloh, Selangor.

Jawapan:

Ibubapa hendaklah bersikap adil kepada anak-anak semampu yang boleh, baikdalam urusan kasih sayang, perhatian, pendidikan, pembelian barang danpemberian hadiah. Jika ibubapa menjauhi sikap adil kepada anak-anak, dibimbangiia menimbulkan perasaan cemburu, dengki dan persaingan tidak sihat di antaraanak-anak. Bahkan kesannya juga mungkin dirasai oleh ibubapa satu masa kelak dimana anak-anak pula yang akan tidak bersikap adil dalam berbakti kepada mereka.

Khusus berkenaan pemberian hadiah, Nu’man bin Basyir menerangkan bahawaayahnya pernah memberinya sebuah hadiah namun ia dibantah oleh ibunya – Umrahbinti Rawahah. Ibunya berkata dia tidak redha akan pemberian itu sehinggalah iadipersaksikan oleh Rasulullah SAW. Lalu ayah Nu’man pergi berjumpa Rasulullahuntuk meminta baginda mempersaksikan pemberiannya itu.

Namun Rasulullah bertanya: “Apakah kamu melakukan hal yang sama kepadasemua anak-anak kamu?” Ayah Nu’man menjawab: “Tidak.” Maka Rasulullah bersabda:“Bertaqwalah kepada Allah dan bersikap adillah kepada anak-anak kamu.” Ayahkubalik dan mengambil kembali pemberiannya itu. [Shahih Muslim, 1623-4]

Justeru bersikap adil kepada anak-anak, sama ada dalam persoalan memberihadiah atau selainnya, termasuk ciri ketaqwaan ibubapa kepada Allah dandipandang berat oleh Islam.

 

Soalan 3: Cara Didik Anak.

Sebagai ibubapa kadangkala terdetik di fikiran mengenai cara mendidikanak-anak…adakah betul cara yang saya gunakan selama ini. Bolehkah beri panduancara mendidik anak paling berkesan menurut sunnah?

Fakrul Amri, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Ini adalah soalan yang besar yang tidak dapat dimuatkan dalam ruanganyang kecil ini. Sekadar beberapa perkara yang dapat saya kongsikan:

1.    Pendidikan terbaik ialah daripadaibubapa sendiri. Justeru cuba elak menghantar anak-anak ke pusat penjagaan dariawal pagi hingga lewat petang sementara ibubapa sibuk hendak menjadi hartawan.Atau elakkan dari menyerahkan semua tugas pendidikan kepada guru sekolah.Sekali sekala ada baiknya pergi melawat ke zoo untuk mengambil iktibarbagaimana haiwan-haiwan menjaga anak-anak mereka sendiri sepenuhnya.

2.     Ikuti pendidikan dengan praktikkehidupan seharian. Jika inginkan anak-anak membaca buku, ibubapa sendiri perlusering berteman dengan buku. Jangan harap anak-anak akan membaca jika ibubapa seringberteman dengan TV dan hiburan yang lain.

3.   Alam anak-anak ialah alam bermain,justeru berikan mereka ruang untuk bermain. Susun jadual agar anak-anak dapatbermain, berehat dan belajar pada kadar pertengahan. Atas nota yang sama,jangan ukur kemampuan anak berdasarkan ukuran orang dewasa. Ukurlah kematangandan kemampuan mereka berdasarkan ukuran fasa anak-anak.

4.   Apabila mendidik anak-anak dalamsubjek agama, beri perhatian kepada tauhid. Perkenalkan anak-anak kepada Allahdan segala ciptaan, perbuatan dan kurniaan-Nya. Subjek tauhid jauh lebihpenting dari subjek fardhu ain yang lazim menjadi silibus di Malaysia.

5.   Banyakkan pembelajaran dari pelbagaisumber yang dipercayai. Kata-kata pujangga menyebut: “Kalimah hikmah ialahbarangan umat Islam yang hilang. Oleh itu di mana jua kamu menjumpainya,ambillah ia.” Maka di samping buku-buku pendidikan anak oleh tokoh Islam,manfaatkan juga buku-buku oleh tokoh belum Islam.

 

Alhamdulillah, tahniah ke atas penghijrahan yang diusahakan. Soalan puansebenarnya merujuk kepada kepercayaan “Dosa Warisan”. Ia asalnya adalah aqidahagama lain yang telah menyelinap ke dalam kepercayaan sebahagian umat Islam.Atas aqidah “Dosa Warisan” ini, ramai orang memandang hina kepada anak yatim keranamerupakan hasil hubungan luar nikah dan menghukum anak-anak yang mengalamisesuatu kecacatan sebagai kesan dari kesalahan lampau ibu atau bapa mereka.

Dalam Islam, dosa atau kesalahantidak diwarisi. Seseorang itu tidak akan dizalimi dengan dosa orang-orangsebelum mereka atau selain mereka sebagaimana firman Allah s.w.t.: Sesiapayang membawa amal kebaikan (pada Hari Kiamat), maka baginya (balasan) sepuluhkali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amalkejahatan, maka dia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya;sedang mereka tidak dizalimi (sedikitpun). [al-An’aam6:160]