Soalan:

Saya mempunyai seorang jiran yang tinggal berseorangan dan beliau lumpuh dari pinggang ke kaki. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk dia bersolat?

Asmah Arshad, Air Hitam, Johor.

 

Jawapan:

Orang tersebut tetap wajib melaksanakan solat lima kali sehari, hanya dia melaksanakannya sekadar yang mampu. Jika dia dapat bergerak di atas kerusi roda, maka dia ke sumber air untuk ambil wudhu’ dan kemudian solat di atas kerusi rodanya sambil menghadap kiblat. Dia rukuk dan sujud dengan menundukkan kepala serta badan, kadar tunduk untuk sujud adalah lebih rendah berbanding rukuk.

Jika dia tidak dapat bergerak, maka anda atau sesiapa lain dapat membantu mewudhu’kannya dan membantunya solat dalam keadaan duduk bersila di atas lantai atau katilnya.