Soalan:

Saya ada kawan bukan Islam. Dia sering bawa bekalan makanan dari rumah dan mempelawa saya makan bersamanya. Katanya, makanan itu halal tetapi saya tetap ragu-ragu. Bagaimana caranya untuk saya menolak supaya dia tidak berkecil hati?

Julieana Roslan, Georgetown, Pulau Pinang.

 

Jawapan:

Keraguan bukanlah hujah untuk menghukum sesuatu makanan sebagai haram (tidak halal). Memandangkan yang membawa makanan tersebut adalah kawan anda, maka persaksiannya bahawa makanan tersebut adalah halal sudah cukup sebagai hujah bahawa ia sememangnya halal.