Soalan: 

Bolehkah kita berdoa menyebut nama kekasih setiap kali selepas solat untuk minta dijodohkan bersama?

Khairunnisa’ Mokhtar, Rawang, Selangor.

 

Jawapan:

Ya, boleh. Namun adalah lebih utama berdoa agar Allah menjodohkan anda dengan suami yang memiliki ciri-ciri terpuji setelah bernikah kelak. Ini kerana yang dikehendaki bukan seorang kekasih tetapi seorang suami yang memiliki ciri-ciri terpuji, di mana dia dikasihi kerana ciri-ciri tersebut. Lebih penting, ciri-ciri tersebut berkekalan selepas bernikah kelak kerana ramai lelaki yang hanya “manis” sebelum bernikah, tetapi bertukar menjadi “tawar”, bahkan “pahit” beberapa ketika selepas bernikah.