Soalan: 

Saya ingin  mendapat penjelasan daripada ustaz, apakah hukum makan dan minum di rumah orang meninggal dunia?

Adrina Deraman, Sekinchan, Selangor.

 

Jawapan:

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dalam keadaan sedih. Sebagai umat Islam yang memahami situasi keluarga yang baru kematian, tidak digalakkan menyusahkan keluarga tersebut dengan makan minum di rumahnya. Ia akan menambah beban ke atas mereka, kerana terpaksa menjadi tuan rumah kepada tetamu yang makan di rumah mereka. Apa yang diajar oleh Islam ialah kita mengucapkan takziah, membantu dalam urusan jenazah dan memudahkan urusan mereka seperti menyediakan makanan. 

Inilah yang diajar oleh Rasulullah. Ketika datang berita kematian seorang sahabat yang bernama Ja’far, Rasulullah bersabda: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana mereka ditimpa dengan sesuatu yang menyibukkan.” [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 1599/1610]