Soalan:

Ada pendapat mengatakan bahawa rambut yang telah digunting perlu ditanam. Apa pandangan ustaz mengenai perkara ini?

Aidawati, Tanah Merah, Kelantan.

 

Jawapan:

Demikian adalah pendapat atau amalan kebiasaan masyarakat kita. Setahu saya tidak ada petunjuk agama dalam persoalan ini. Pada zaman Rasulullah, menggunting dan mencukur rambut adalah satu perkara biasa, apatah lagi ketika amalan haji dan umrah (tahallul). Namun Rasulullah tidak pula menyuruh agar rambut-rambut tersebut ditanam. 

Oleh itu boleh saja membuang rambut itu dan boleh juga menanamnya. Tidak ada apa-apa kesialan jika rambut itu dibuang dan tidak ada apa-apa keutamaan jika rambut itu ditanam.