Soalan:

Pernah terlintas di hati saya, alangkah baik jika kucing jiran saya dilanggar kereta kerana ia sering mencederakan kucing saya. Baru-baru ini kucingjiran saya itu benar-benar dilanggar kereta sehingga mati. Berdosakah saya?

Nuradila, Setiawan, Perak.

 

Jawapan:Andatidak berdosa kerana Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapayang ingin melakukan amal kebaikan akan tetapi dia tidak melakukannya, ditulisbaginya satu kebaikan. Dan barangsiapa yang ingin melakukan amal kebaikan laludia melakukannya, ditulis baginya sepuluh sehingga digandakan kepada tujuhratus. Dan barangsiapa yang ingin melakukan amal keburukan lalu dia tidakmelakukannya, tidak ditulis (apa-apa kesalahan baginya) dan jika dilakukan,ditulis baginya (pada kadar kesalahan tersebut).” [Shahih Muslim,no: 130]Namunpada masa akan datang jika anda berhadapan dengan sesuatu yang tidakmenyenangkan, teruslah tegur tuannya secara hikmah agar punca masalah dapatdiselesaikan. Jangan sekadar melintaskan sesuatu yang tidak baik di dalam hatikerana ia tidak membawa apa-apa perubahan.