Soalan: 
Apakah hukum menolak syari’at yang termaktub dalam al-Qur’an, umpama dalam bab menutup aurat?
Farid Ariffin, Jerantut, Pahang.

Jawapan:
Soalan di atas mencerminkan budaya menghukum yang mendominasi pemikiran umat IslamMalaysia, manakala soalan yang mencerminkan budaya dakwah dan tarbiyah masih kekurangan. Soalan yang lebih penting ialah mengapa seseorang itu ingin menolaksyari’at yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah?Apakah kerana penyampaian yang tidak jelas, silibus yang membosankan, percakapan yang tidak diikuti dengan contoh perbuatan dan salah faham yang tidak diluruskan?Atau kerana faktor orang yang menolak itu sendiri seperti kekeliruan, pengaruhluar, kelemahan jati diri, sejarah serta latar belakang didikan keluarga sejakawal?
Dengan memberi fokuskepada faktor yang menyebabkan seseorang menolak berbanding hukum orang yang menolak, kita akan dapat menarik lebih ramai orang kepada syari’at Islam.Inilah yang kita kehendaki.