Soalan:
Bolehkah saya berpuasa ganti dua atau tiga hari sebelum masuk bulan Ramadhan?

Asma, Marang, Terengganu.

Jawapan:

Hadis berikut menjadi rujukan: “Janganlah seseorang kalian mendahului bulan Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, melainkan bagi orang yang biasa berpuasa, maka tidaklah mengapa dia berpuasa pada hari itu.” [Shahih al-Bukhari, no: 1914]

Berdasarkan hadis ini, dilarang sengaja berpuasa sehari dua sebelum masuknya bulan Ramadhan. Adapun bagi orang yang berpuasa kerana sebab tertentu, seperti kelaziman puasa sunat atau puasa ganti, maka dibolehkan baginya berpuasa