Soalan:
Saya bercita-cita menjadi pramugari, tetapi adakah kerja ini sesuai untuk muslimat bertudung?

Nor Saadah, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Jawapan:
Setakat ini di Malaysia semua syarikat penerbangan mensyaratkan pramugari mereka tidak bertudung. Maka cita-cita anda untuk menjadi pramugari sebenarnya tidak selari dengan syari’at Islam kerana memakai tudung dan menutup aurat hukumnya wajib berdasarkan firman Allah s.w.t.:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya … janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka.” [sebahagian ayat 31 surah al-Nur]