Soalan:
Saya ingin bertanya, adik-beradik sering diumpamakan seperti setandan pisang, dan bukan semua buahnya elok. Dalam adik-beradik, mestikah salah seseorang itu akan kurang (kepandaian, tingkah-laku dan perangai) berbanding adik-beradiknya yang lain?

Azlin, Bangi.


Jawapan:
Allah ialah tuhan: “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya.” [Surah al-Sajdah, ayat 7]. Justeru apabila Allah mencipta manusia, termasuklah adik beradik, ia dicipta dengan sebaik-baiknya, baik dari aspek fizikal, mental, rohani dan selainnya. Maka tidaklah benar perumpamaan setandan pisang itu.

Jika ada salah seorang yang “kurang”, sebenarnya kebaikan dirinya masih tersembunyi. Jika dicari, dikeluar dan ditonjolkan, nescaya dia akan menyerlah sebagaimana adik beradik yang lain juga.