Soalan:
Adakah berdosa sekiranya saya melihat tubuh badan wanita yang bukan Islam yang berpakaian seksi seperti yang ditonjolkan di dalam muzik video atau majalah-majalah?

Syafina, Pulau Pinang.


Jawapan:
Wanita yang berpakaian seksi ialah wanita yang tidak menutup aurat. Kita dilarang melihat aurat sesama wanita tanpa mengira Islam atau bukan Islam berdasarkan keumuman larangan Rasulullah s.a.w.:

Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuhkan badannya kepada badan wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih Muslim, no: 338]

Lebih lanjut rujuk buku saya Islam, Jantina dan Seks.