Soalan

Saya akan memasuki universiti tempatan dalam bidang seni kulinari dan masakan. Namun bidang ini melibatkan arak. Soalan saya, apakah hukumnya jika saya terlibat dalam masakan dan hidangan yang melibatkan arak?

Ezatul, Kota Bahru, Kelantan.

Jawapan:

Pilihan sebaiknya ialah tidak menceburi bidang yang melibatkan arak kerana semua orang yang ada kaitan secara terus dengan arak telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w.: “Allah melaknat khamar, peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, alat pemerahnya, pembawanya dan orang yang dibawakan kepadanya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3674] Saya pasti di Malaysia ada universiti yang mengajar jurusan itu tanpa melibatkan arak. Akan tetapi seandai tidak ada yang bebas arak, maka muka bumi Allah ini amat luas. Pilihlah jurusan lain yang tidak dilaknat oleh Allah, sebaliknya dirahmati dan diberkati-Nya.