Soalan:

Kawan saya merajuk dengan saya secara tiba-tiba. Saya tak tahu apa puncanya. Saya cuma tegur dengan cara baik, tapi dibuatnya tak endah. Saya sedih sangat sebab dia satu-satunya kawan baik saya. Apa yang perlu saya buat ustaz?

Nina, Pekan Pahang.

 

Jawapan:

Kawan yang baik lagi benar ialah berani menegur serta berani menerima teguran. Kawan seperti inilah yang termasuk dalam ciri-ciri “berpesan-pesan dengan kebenaran” dalam firman Allah: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Asr 103:1-3]

Jika kawan itu enggan menerima, maka beralihlah kepada kawan yang lain. Dunia ini luas, orangnya pelbagai. Jangan disempitkan dan dibataskan kepada seorang sahaja.