Perkataan
Syi‘ah dari sudut bahasa.
Dari sudut bahasa,
Syi‘ah (شيعة)
disebut sebagai Syi‘ah seseorang (شيعة
الرجل),
bererti pengikutnya (أتباعه),
pendokongnya (أنصاره)
dan puaknya sahaja (الفرقة
على حدة).
Ia diungkap untuk seorang atau dua orang atau ramai, lelaki dan wanita.
Penggunaan
istilah ini di dalam al-Qur’an antara lain boleh dirujuk dalam ayat 15
surah al-Qasas:
Dan masuklah ia (Musa) ke bandar (Mesir) dalam
masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua
orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri (Syi‘ah)
dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari
golongannya (Syi‘ah) meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari
pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati.
(pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan,
sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya).”
[al-Qasas
28:15]
Maksud
Syi‘ah dari sudut istilah.
Gelaran Syi‘ah
lazimnya ditujukan kepada setiap orang yang setia (wala’)
kepada ‘Ali bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya radhiallahu
‘anhum, sehingga ia menjadi nama gelaran yang khusus bagi mereka.
Pembahagian
Syi‘ah kepada 3 golongan:
Mazhab Syi‘ah
boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan beberapa
kategori seperti akidah, politik, fiqh dan sebagainya.
Yang penting dalam perbahasan
buku ini ialah pendirian atau mazhab Syi‘ah apabila
berinteraksi dengan kedudukan para sahabat dan persoalan khalifah (الإمامة),
di mana ia dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan:
Pertama:
al-Tasyaiyu’
(التشيع).
Bertitik tolak
daripada penolakan di atas maka terbentuk 4 asas berikut yang menjadi
iktikad Syi‘ah al-Rafidhah:
1. Bahawa
khalifah pertama yang hak selepas kewafatan Rasulullah ialah ‘Ali
diikuti dengan Husain dan keturunannya.
2. Bahawa
para sahabat sehinggalah ke umat Islam masa kini dari kalangan Ahl
al-Sunnah telah membelakangi nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang
menetapkan jawatan khalifah mereka (‘Ali, Husain dan keturunannya).
3. Bahawa
kerana sikap Ahl al-Sunnah yang membelakangi al-Qur’an dan al-Sunnah
sepertimana poin 2 di atas, maka mereka, sejak dari Abu Bakar, ‘Umar,
‘Utsman dan para sahabat seluruhnya sehingga ke umat Islam hari ini
berada di dalam kesesatan.
4. Bahawa
mazhab yang benar di dalam Islam ialah Mazhab Syi‘ah manakala
Mazhab Ahl al-Sunnah adalah mazhab yang salah.
Buku ini insya-Allah
akan memberi tumpuan kepada membahas dan menjawab nas-nas al-Qur’an
dan al-Sunnah serta kisah sejarah yang digunakan oleh Syi‘ah al-Rafidhah
untuk membentuk 4 asas di atas. Atas tujuan singkatan perkataan,
Syi‘ah al-Rafidhah akan disebut sebagai “Syi‘ah” sahaja di
dalam buku ini.
Pengenalan
ringkas kepada sejarah kelahiran Syi‘ah.
Faktor kedua yang
penulis maksudkan ialah peranan Bangsa Parsi. Peranan mereka
dapat diringkaskan kepada peringkat-peringkat berikut ini:
-
Sejak
sejarah mula ditulis, telah wujud persaingan antara Bangsa Parsi dan
Bangsa Arab dari sudut kebudayaan, tamadun, kepercayaan agama dan
sebagainya. Persaingan ini sering kali bertukar menjadi peperangan
dengan kemenangan selalunya berada di pihak Parsi.
-
Ini
merupakan satu tragedi yang amat buruk bagi bangsa Parsi.
Sebahagian mereka ada yang memeluk Islam dengan ikhlas. Namun
sebahagian lagi, khasnya mereka yang memiliki semangat kebangsaan
yang amat kuat serta kesetiaan yang tinggi kepada dinasti kesultanan,
pura-pura memeluk Islam dengan objektif ingin membalas dendam dari
jalan dalam.
-
Setelah
terbunuhnya ‘Utsman, ‘Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah
umat Islam. Ketika itu para sahabat berbeza pendapat untuk menghukum
para pembunuh ‘Utsman. ‘Ali bin Abi Thalib mewakili kelompok pertama
yang berpendapat yang utama ialah menyatukan semula umat Islam dan
meredakan kekecohan yang wujud pada saat itu, kemudian barulah
dijatuhkan hukuman kepada para pembunuh ‘Utsman. Kelompok kedua pula
berpendapat yang utama ialah menjatuhkan hukuman kerana hanya ini
akan dapat menyatukan semula umat Islam dan meredakan kekecohan.
-
Setelah
berpuas hati dengan peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin, mereka
beralih mengangkat ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib sebagai
khalifah yang diiktiraf. Sebabnya, Husain bin ‘Ali telah berkahwin
dengan Syahr Banu, puteri Raja Yazdajird bin Syah Rayar bin Kisra
daripada Empayar Sasanid Parsi. Puteri Syahr Banu telah melahirkan
‘Ali bin Husain maka dengan itu mereka mengangkat beliau sebagai
khalifah yang baru kerana memiliki darah kesultanan Parsi.
-
Kepimpinan
yang baru ini mereka gelar “Imam” agar lebih sesuai dengan imej
Islam. Akan tetapi diterapkan beberapa ciri yang tidak berasal
daripada Islam seperti penetapan waris tahta (konsep dinasti), suci
(sifat maksum – terpelihara dari dosa dan kesilapan) dan memiliki
kekuasaan dalam penentuan syari‘at agama (dijadikan sumber syari‘at).
Mengikut sebahagian pengkaji, 3 ciri ini adalah sesuatu yang berasal
daripada tradisi Empayar Sasanid.
-
Demi
membenarkan kedudukan “Imam” mereka yang baru ini, mereka mencipta
teori bahawa al-Qur’an dan al-Sunnah telah menetap dan mewasiatkan
jawatan khalifah kepada ‘Ali dan keturunannya, menetapkan kesucian
mereka dan mengangkat mereka sebagai penentu syari‘at agama.
-
Akan
tetapi penetapan dan pewasiatan ini mereka hadkan hanya kepada
keturunan ‘Ali bin Husain bin ‘Ali yang dilahirkan oleh Puteri Syahr
Banu. ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dimasukkan sama semata-mata
untuk melengkapkan teori ini.
Keturunan-keturunan lain
daripada para isteri Hasan dan Husain tidak mereka masukkan
dalam “penetapan dan pewasiatan” ini kerana mereka tidak memiliki
darah Parsi.
-
Berkat
hidayah dan ilmu yang Allah kurniakan kepada ‘Ali bin Husain bin
‘Ali dan keturunannya, mereka semua menolak pengangkatan diri mereka
sebagai “Imam”. Mereka beriktikad bahawa sistem khalifah bercirikan
pewarisan, maksum dan penentu syari‘at agama tidak pernah ditetapkan
oleh Allah dan Rasul-Nya, bahawa Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman adalah
3 khalifah pertama umat Islam yang sah. Mereka bertiga memiliki
keutamaan dan kemuliaan yang melebihi semua orang manakala mereka
(‘Ali bin Husain dan keturunannya) hanyalah manusia biasa.
-
Mereka
(bangsa Parsi) menolak iktikad ‘Ali bin Husain dan keturunannya.
Akan tetapi demi menjaga kebenaran teori “penetapan dan pewasiatan”
dan menjaga maruah bangsa, mereka meneruskan konsep “Imam” dengan
mencipta pelbagai dusta ke atas ‘Ali bin Husain dan keturunannya dan
menyembunyikan iktikad mereka yang sebenar.
-
Keturunan
‘Ali bin Husain terhenti pada al-Hasan bin ‘Ali bin Muhammad bin
Ja’far al-Askari (260H) rahimahullah kerana beliau tidak
memiliki anak.
Untuk menyelesaikan masalah
ini mereka mencipta teori baru, iaitu teori Imam pengganti yang
ghaib. Imam pengganti ini mereka namakan Imam Mahdi, meminjam
daripada iktikad Ahl al-Sunnah tentang kedatangan Imam Mahdi
pada akhir zaman nanti sebagaimana yang dikhabarkan oleh hadis-hadis
yang mutawatir sifatnya. Sejak tahun 260H sehingga ke hari
ini, mereka meneruskan teori baru ini sebagai kesinambungan daripada
teori pertama yang mereka dirikan sejak awal lagi.
-
Sehingga
hari ini teori-teori di atas masih diperjuangkan oleh bangsa Parsi,
pertama sebagai mempertahankan maruah bangsa dan kedua untuk
menjauhkan umat Islam daripada agama mereka yang tulen sebagai
balasan kepada tindakan umat Islam yang telah memusnahkan “Dinasti”
mereka 1400 tahun yang lalu. Oleh itu bukanlah merupakan satu
keasingan bahawa satu-satunya negara yang memainkan peranan aktif
dalam mengembangkan dakwah Syi‘ah sehingga hari ini ialah
negara asal bangsa Parsi, iaitu Iran.
-
Aliran Syi‘ah di Iran dikenali sebagai al-Itsna
‘Asyariyyah,
bermaksud “12 Imamah”, namun ciri-ciri aliran 12 Imamah
ini tidak jauh daripada ciri-ciri Syi‘ah al-Rafidhah.
Negara Iran merupakan pusat
sumber ilmu ajaran Syi‘ah, kebanyakan tokoh besar Syi‘ah
semuanya berasal dari Iran manakala misi-misi dakwah dijalankan oleh
wakil-wakil Iran seperti pihak kedutaan,
pertubuhan bebas, syarikat perindustrian yang datang melabur
sehinggalah kepada para pensyarah yang mengajar di pusat pengajian
tinggi negara-negara Ahl al-Sunnah. Antara misi dakwah mereka
ialah:
1. Melantik
dan melatih juru dakwah yang terdiri daripada bangsa negara itu
sendiri.
2. Menterjemah
dan meluaskan penerbitan buku-buku pro-Syi‘ah yang asalnya
dalam bahasa Parsi.
3. Menjalankan
projek kebajikan ke atas orang-orang miskin untuk “membeli”
keyakinan mereka. Ini umpama strategi dakwah da‘i Kristian.
4. Mendirikan
laman-laman web dalam bahasa ibunda negara tersebut bagi meluaskan
jangkauan dakwah tanpa pantauan daripada
pihak berwajib.
Demikian
ringkasan sejarah
kelahiran Syi‘ah sehingga ke hari ini.
Sekalipun Mazhab Syi‘ah
dalam bentuknya yang umum, yakni dengan pelbagai alirannya, tersebar
di beberapa negara, akan tetapi satu-satunya negara yang memainkan
peranan aktif menyebar luaskan secara khusus Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah
ialah Iran. Ini jelas menunjukkan bahawa ia, Mazhab Syi‘ah al-Rafidhah,
adalah sesuatu yang berkaitan dengan bangsa Parsi.
Ini
berbeza dengan Mazhab Ahl al-Sunnah yang disebar luaskan oleh
semua negara Islam, menunjukkan ia bukan sesuatu yang terikat kerana
bangsa. Hakikat ini perlu diperhatikan oleh semua pihak agar mereka
dapat menyusun semula strategi memantau gerakan Syi‘ah di
negara masing-masing.