|
||||
|
Hikmah Wujudnya Muhkam Dan
Mutasyabih
Sekiranya seluruh al-Quran adalah muhkam, tiadalah hikmah dalam menjadikannya ujian terhadap kepercayaan dan amalan manusia kerana pengertiannya jelas dan tidak wujud peluang untuk menyelewengkannya atau berpaut kepada kesamarannya untuk menimbulkan fitnah dan mentakwilnya (memberi erti salah). Sekiranya seluruh al-Quran adalah mutasyabih, hilanglah peranannya sebagai penjelas dan petunjuk kepada manusia. Al-Quran juga tidak dapat diamalkan dan tidak dapat membina aqidah yang tepat. Pastinya Allah Ta‘ala mempunyai hikmah tersendiri dalam menjadikan sebahagian al-Quran muhkam yang menjadi rujukan apabila wujud kesamaran, dan sebahagiannya mutasyabih sebagai ujian terhadap hamba-hambaNya untuk membezakan orang yang benar-benar beriman daripada orang yang hatinya sesat. Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman mengetahui bahawa seluruh al-Quran adalah dari sisi Allah Ta‘ala. Apa yang datang daripada Allah Ta‘ala pasti semuanya benar dan tidak boleh wujud kebatilan atau percanggahan di dalamnya berdasarkan:
Orang yang hatinya sesat pula akan menjadikan ayat-ayat mutasyabih (samar) sebagai media untuk menyelewengkan ayat-ayat muhkam (jelas) dan mengikut hawa nafsunya dengan meragui berita-beritanya serta enggan mengikut hukum-hukumnya. Disebabkan inilah anda dapati kebanyakan orang yang sesat dalam aqidah dan amalan memperdalilkan ayat-ayat mutasyabih dalam menegakkan kebatilan mereka.
|
||||