Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Tafsir

 

al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin

(Fadlan bin Mohd. Othman)

 

 

 

 

Mujahid

 

Beliau ialah Mujahid bin Jabr al-Makki maula kepada al-Sa’ib bin Abi al-Sa’ib al-Makhzumi. Beliau lahir pada tahun 21 Hijrah. Beliau mempelajari tafsir al-Quran daripada Ibnu Abbas. Ibnu Ishaq meriwayatkan bahawa Mujahid berkata:

 

عرضت المصحف على ابن عباس ثلاث عرضات من فاتحته إلى خاتمته أوقفه عند كل آية وأسأله عنها.

 

Maksudnya:

 

“Aku telah membuka al-Quran di depan Ibnu Abbas sebanyak tiga kali bermula daripada al-Fatihah sehingga al-Nas. Aku memberhentikannya pada setiap ayat dan bertanya tentangnya.”

 

 

Sufyan al-Thauri berkata:

إذا جاءت التفسير عن مجاهد فحسبك به.

 

Maksudnya:

“Sekiranya datang tafsir daripada Mujahid, ianya cukup untuk kamu.”

 

 

Imam al-Syafi‘i dan al-Bukhari mengiktiraf tafsir Mujahid. Imam al-Bukhari sering membawa tafsir Mujahid dalam kitab sahihnya.

 

Al-Imam al-Zahabi berkata:

أجمعت الأمة على إمامة مجاهد والاحتجاج به.

 

Maksudnya:

“Umat ini telah berijmak ke atas keimaman Mujahid dan penerimaan pendapatnya.”

 

Beliau wafat di Mekah pada tahun 104H semasa sujud. Umurnya semasa itu ialah 83 tahun.

 

 

 

 

 

 

Qatadah

 

Beliau ialah Qatadah bin Da‘amah al-Sadusi al-Basri. Dilahirkan buta pada tahun 61H. Beliau telah bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan mempunyai hafalan yang kuat. Beliau berkata:

 

ما قلت لمحدث قط أعد لي، وما سمعت أذناي شيئا قط إلا وعاه قلبي.

 

Maksudnya:

“Aku tidak pernah minta supaya seorang muhaddith (alim dalam hadith) mengulangi hadithnya.

Apa yang didengar oleh dua telingaku pasti akan diingati oleh hatiku.”

 

 

Imam Ahmad telah menceritakan riwayat hidup Qatadah secara panjang lebar. Beliau menjelaskan ilmu, fikah dan pengetahuannya tentang tafsir dan pendapat-pendapat ulamak. Beliau juga menyifatkan Qatadah dengan hafalan kuat dan kefahaman yang mendalam. Beliau berkata:

 

قلما تجد من يتقدمه أما المثل لعل، وقال: هو أحفظ أهل البصرة، لم يسمع شيئا إلا حفظه.

 

Maksudnya:

“Amat sukar untuk kamu berjumpa dengan orang yang melebihi Qatadah.

Yang setanding dengannya mungkin ada.”

 

Imam Ahmad berkata lagi,

“Beliau adalah orang yang paling kuat hafalannya di kalangan penduduk Basrah.

Apa sahaja yang beliau dengar, pasti akan diingatinya.”

 

 

Qatadah wafat di Wasit pada tahun 117H. Ketika itu umurnya 52 tahun.