Tauhid 3T: Penjelasan Dan Pembelaan.

 

 Oleh: al-Syeikh ‘Abd.al-Razzaq bin ‘Abd. al-Muhsin al-Badr

Terjemahan: Mohd Amin Yaacob

 

 

Kata-kata Sambutan:
al-Syeikh Solih bin Fauzan bin ‘Abd. Allah al-Fauzan

           

 

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang menghancurkan kebatilan dengan kebenaran. Hakikatnya kebatilan itu sesuatu yang menerima kebinasaan jua. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

 

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا

 

Dan katakanlah: “Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". (Surah al-Isra: 17:81)

 

          Selawat serta Salam ke atas Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam. Menerusinya Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Baginda meninggalkan umatnya di atas jalan cahaya yang tidak melampauinya melainkan golongan yang menerima kebinasaan.

          Antara hikmah (kebijaksanaan) Allah Subhanahu Wa Ta’ala di mana Dia menguji golongan kebenaran dengan golongan kebatilan supaya terhasil jihad. Ia sama ada menerusi senjata, penulisan serta lisan bagi mempertahankan kebenaran serta penolakan kepada kebatilan. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

 

وَلَوۡ يَشَآءُ ٱللَّهُ لَٱنتَصَرَ مِنۡہُمۡ وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَاْ بَعۡضَڪُم بِبَعۡضٍ۬‌ۗ

 

Demikianlah, sekiranya Allah menghendaki tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. (Surah Muhammad: 47:4)

 

         Di zaman mutakhir wujud golongan kebatilan yang bercakap mengenai sesuatu yang mereka tidak fahami serta mengulangi kenyataan golongan terdahulu yang menentang kebenaran. Namun golongan ini tidak berupaya lantas mati dengan kemarahan memenuhi hati mereka. Sehubungan ini golongan kebatilan mutakhir mengingini berpegang teguh kepada tindakan golongan terdahulu dan membalas dendam serta mengubati kemarahan mereka. Namun wujud golongan kebenaran yang berpegang teguh dengan al-Qur’an dan al-Sunnah serta memiliki keperibadian kukuh dalam menyatakan penentangan terhadap kebatilan. Insha Allah semestinya kesudahan ke atas golongan kebatilan sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

 

أَلَمۡ نُہۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ, ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأَخِرِينَ, كَذَٲلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ ,وَيۡلٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ لِّلۡمُكَذِّبِينَ

 

Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu? Kemudian kami akan iringi mereka dengan kaum-kaum yang datang kemudian. Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa (mereka datang silih berganti generasi demi generasi). Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan! (Surah al-Mursalaat: 77: 16-19)

 

Di kalangan golongan kebatilan mutakhir yang dikalahkan ini ialah individu bernama Hassan bin Ali al-Saqqaf. Dia memenuhi penulisannya dengan kepalsuan dengan matlamat menyembunyikan kebenaran, menyebarkan kebatilan dan menghidupkan tatacara yang memusuhi kebenaran. Ini jelas dilihat pada kepalsuan penulisan dia yang menentang akidah tauhid bertajuk: al-Tandid bi man ‘Addada al-Tauhid: Ibtal Muhawalah al-Taslith fi al-Tauhid wa al-‘Aqidah al-Islamiyah. Tindakannya ini menyamai tingkah laku tukang-tukang sihir (al-Kuhhan) yang secara realiti memalukan dirinya. Sekiranya dia mendiamkan diri ia lebih baik kepada diri sendiri serta menutup kejahilannya. Namun Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingin menyingkap golongan kebatilan serta menyatakan kemenangan terhadap golongan kebenaran. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

 

يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

 

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka. (Surah al-Taubah: 9:32)

 

Semoga Hassan bin Ali al-Saqaf mengambil pengiktibaran dari kejayaan perjuangan golongan kebenaran terdahulu mengatasi golongan kebatilan di zaman mereka.

Dalam konteks ini antara pejuang kebenaran mutakhir yang berjaya menyingkap serta membasmi kebatilan dia ialah Dr ‘Abd. al-Razzaq bin ‘Abd. al-Muhsin al-‘Ibbad. Beliau berjaya mengemukakan fakta serta penghujahan kukuh sehingga ternyata kepalsuan serta kejahilan Hasan bin Ali al-Saqqaf. Hakikatnya pejuang kebenaran pasti mengatasi pejuang kebatilan. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

 

 

وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ

 

Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan. (Surah al-Saafat: 37:173)

 

Daku telah meneliti bantahan al-Syeikh Dr ‘Abd. al-Razzaq terhadap Hasan bin Ali al-Saqqaf dan mendapati ia merupakan bantahan yang amat bernilai serta sesuai dengan maksud. Penulisan beliau dikuatkan dengan penghujahan sahih serta mengikuti manhaj al-Salaf al-Solih di kalangan ilmuwan serta mempunyai mata-hati (al-Basiroh). Sehubungan ini Imam Ahmad rahimahullah pernah berkata:\

 

Segala puji bagi Allah yang menjadikan di setiap zaman golongan ilmuan yang mengikuti petunjuk rasul-rasul sehingga menerangi hati golongan buta (mata-hati) serta menghidupkan dengan al-Qur’an golongan yang mati (mata-hati). Mereka menentang menerusi al-Qur’an golongan kebatilan serta pentakwilan golongan jahil.

 

Kenyataan Imam Ahmad ini membenarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud: “Kekal sekumpulan di kalangan umatku di atas kebenaran. Tidak memberi mudarat kepada mereka sesiapa yang meninggalkan mereka serta sesiapa yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah sedangkan mereka tetap (di atas kebenaran).”

 

          Semoga Allah mengurniakan ganjaran sebaik-baiknya kepada al-Syeikh Dr ‘Abd. al-Razzaq dalam usahanya membantu kebenaran serta membasmi kebatilan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang sesat sehingga kembali kepada jalan kebenaran. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam serta para sahabat baginda.

 

          Solih bin Fauzan bin ‘Abd. Allah al-Fauzan

          15/3/1414H