Tauhid 3T: Penjelasan Dan Pembelaan.

 

 Oleh: al-Syeikh ‘Abd.al-Razzaq bin ‘Abd. al-Muhsin al-Badr

Terjemahan: Mohd Amin Yaacob

 

 

Persoalan 1:

Dakwaan Pembahagian Tauhid Merupakan Akidah Triniti

 

 

Hassan bin Ali al-Saqqaf berkata (hlm. 3): “Ini merupakan bahagian berguna bagi menetapkan kebatilan Triniti dalam pembahagian tauhid kepada tauhid al-Uluhiyyah, al-Rububiyah serta al-Asma’ wa al-Sifat.”

 

Dakwaan ini dapat dijawab seperti berikut:

 

Pertama:

Secara realiti Triniti merupakan akidah kepercayaan Kristian yang merosakkan. Ia berasaskan konsep bahawa Tuhan itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Sang Bapa, Sang Anak dan Ruh al-Qudus. Dalam konteks ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyatakan hukum kafir terhadap kepercayaan golongan Kristian menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

لَّقَدۡ ڪَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَـٰثَةٍ۬‌ۘ وَمَا مِنۡ إِلَـٰهٍ إِلَّآ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۚ

 

وَإِن لَّمۡ يَنتَهُواْ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Ma’idah 5:73)

 

 

Kedua:

Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian: iaitu tauhid al-Rububiyah, tauhid al-Uluhiyyah serta tauhid al-Asma’ wa al-Sifat atau kepada dua bahagian iaitu tauhid Ma’rifah (Pengenalan) serta Ithbat (Penetapan) yang merujuk kepada tauhid al-Rububiyah dan tauhid al-Asma’ wa al-Sifat dan Tauhid Iradah (Kehendak) wa Talab (Tuntutan) yang merujuk kepada tauhid al-Uluhiyyah merupakan akidah kaum muslimin yang beriman kepada al-Qur’an dan al-Sunnah secara pasti. Ia menyalahi akidah golongan pembuat bid’ah serta kesesatan.

Tauhid al-Rububiyah bermaksud: Iktikad secara pasti Allah satu-satunya Pencipta, Pemberi rezeki, Yang menghidupkan dan mematikan serta Yang mengurus keseluruhan urusan makhluk serta tiada sekutu baginya dalam perkara tersebut.

Tauhid al-Uluhiyyah bermaksud: Mengesakan Allah dengan tunduk serta menyerahkan segala bentuk peribadatan kepada-Nya sahaja dan menjauhkan diri dari perbuatan syirik yang berkait urusan peribadatan.

Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat bermaksud: Beriman secara pasti dengan Asma’ (nama-nama) Allah serta Sifat-sifat-Nya yang termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dengan menetapkannya tanpa sebarang tahrif (perubahan), ta’thil (pembatalan), takyif (bagaimana) dan tamthil (persamaan).

Sehubungan ini adakah pembahagian tauhid sebegini merupakan suatu kesesatan? (Bezakan bahawa akidah Trinity membahagikan tuhan kepada tiga manakala akidah al-Rububiyah, al-Uluhiyah dan al-Asma’ wa al-Sifat membahagikan tauhid kepada tiga bahagian sementara Allah tetap satu dalam al-Rububiyah, al-Uluhiyah dan al-Asma’ wa al-Sifat – penterjemah)

 

 

Ketiga:

Perlu difahami tauhid al-Rububiyah adalah penetapan secara pasti bahawa Allah satu-satunya Pencipta, Pemberi rezeki, Yang menghidupkan dan mematikan serta Yang mengurus keseluruhan urusan makhluk serta tiada sekutu baginya dalam perkara tersebut. Apabila seseorang itu menyakini wujud satu kuasa bersama Allah yang turut melaksanakan perkara-perkara di atas (mencipta, memberi rezeki dan sebagainya), maka itu adalah keyakinan yang salah.

 

 

Keempat:

Perlu difahami tauhid al-Asma’ wa al-Sifat ialah bermohon kepada Allah dengan keseluruhan nama serta sifat yang disifati oleh diri-Nya serta yang disifati oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam. Ini dilakukan tanpa sebarang tasybih (penyerupaan) serta tamthil (persamaan). Menyalahi kedua perkara ini menyebabkan seseorang itu dikategorikan sebagai seorang al-Ilhad (kufur/tidak beriman). Keterangannya seperti berikut:

 

4-A     Seseorang itu dikategorikan sebagai al-Ilhad (kufur/tidak beriman) apabila menafikan atau membatalkan sifat-sifat kesempurnaan Allah sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.

 

4-B     Seseorang itu dikategorikan sebagai al-Ilhad (kufur/tidak beriman) apabila menyerupakan (tasybih) sifat Allah dengan sifat makhluk-Nya. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

 

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura 42:11)

 

يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِۦ عِلۡمً۬ا

 

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. (Surah Toha 20:110)

 

Perlu difahami Tauhid al-Uluhiyyah adalah penyerahan segala bentuk peribadatan kepada Allah sahaja dengan menjauhkan diri dari perbuatan syirik kepada-Nya yang berkait urusan peribadatan. Perbuatan syirik merupakan perkara yang dilakukan majoriti golongan kafir yang menyalahi perutusan para rasul ‘alayhimussolatuwassalam.[1]

 

 

Kelima:

Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ini berdasarkan banyak kenyataan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia seperti berikut:

          Dalil kepada Tauhid al-Rububiyah ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُ‌ۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

 

Kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah al-A’raf 7:54)

 

قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ قُلِ ٱللَّهُ‌ۚ

 

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". (Surah al-Ra’d 13:16)

 

قُل لِّمَنِ ٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهَآ إِن ڪُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ‌ۚ قُلۡ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

 

قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلسَّبۡعِ وَرَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

 

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ‌ۚ قُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ

 

قُلۡ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيۡهِ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ‌ۚ قُلۡ فَأَنَّىٰ تُسۡحَرُونَ

 

Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?" Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?" Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!" Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?" (Surah al-Mu’minun 23:84-89)

 

ذَٲلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّڪُمۡۖ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

 

Yang demikian (kekuasaan-Nya dan kemurahan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu; maka nyatalah kelebihan dan kemurahan Allah, Tuhan sekalian alam. (Surah Ghafir 40:64)

 

ٱللَّهُ خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَكِيلٌ۬

 

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. (Surah al-Zumar 39:62)

 

          Dalil kepada Tauhid al-Uluhiyyah ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

 

Segala puji bagi Allah. (Surah al-Fatihah 1:2)

 

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ

 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah 1:5)

 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

 

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (Surah al-Baqarah 2:21)

 

فَٱعۡبُدِ ٱللَّهَ مُخۡلِصً۬ا لَّهُ ٱلدِّينَ

 

أَلَا لِلَّهِ ٱلدِّينُ ٱلۡخَالِصُ‌ۚ وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦۤ أَوۡلِيَآءَ مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰٓ

 

Oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", (Surah al-Zumar 39: 2-3)

 

قُلِ ٱللَّهَ أَعۡبُدُ مُخۡلِصً۬ا لَّهُ ۥ دِينِى

 

فَٱعۡبُدُواْ مَا شِئۡتُم مِّن دُونِهِۦ‌ۗ

 

Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya. (Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)." (Surah al-Zumar 39: 14-15)

 

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ

 

وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ

 

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (Surah al-Bayyinah 98:5)

         

Dalil kepada Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Fatihah 1:3)

 

 

قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَـٰنَ‌ۖ أَيًّ۬ا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". (Surah al-Isra’ 17: 110)

 

هَلۡ تَعۡلَمُ لَهُ ۥ سَمِيًّ۬ا

 

Adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dengan-Nya? (Surah Maryam 19:65)

 

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ

 

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang baik. (Surah Toha 20:8)

 

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

 

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura 42:11)

 

 

Keenam:

Antara ayat al-Qur’an yang mengandungi ketiga-tiga pembahagian tauhid di atas ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا فَٱعۡبُدۡهُ وَٱصۡطَبِرۡ لِعِبَـٰدَتِهِۦ‌ۚ هَلۡ تَعۡلَمُ لَهُ ۥ سَمِيًّ۬ا

 

Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dengan-Nya?" (Surah Maryam 19:65)

 

al-Syeikh al-allamah ‘Abd. al-Rahman bin Sa’di rahimahullah menjelaskan ayat di atas dengan berkata:

…Terkandung dalam pengertian ayat di atas tauhid al-Rububiyah. Dalam konteks ini Allah merupakan Tuhan kepada segala sesuatu, Pencipta, Pemberi rezeki serta Yang menguruskan makhluk-Nya. Tauhid al-Uluhiyyah turut diperjelaskan di mana Allah sahaja yang berhak diibadati. Sehubungan ini penetapan kepada tauhid al-Rububiyah semestinya diikuti dengan tauhid al-Uluhiyyah. Ini terbukti menerusi ungkapan huruf Fa (oleh itu) yang terdapat pada ayat fa’bud’hu (maka sembahlah engkau akan Dia). Ia bermaksud apabila Allah merupakan Tuhan segala sesuatu maka Dia sahajalah yang berhak diabdikan diri. Dalam konteks ini bersabar dalam melakukan peribadatan serta mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran kepada-Nya merupakan jihad yang utama. Ayat di atas turut menyatakan kesempurnaan keseluruhan al-Asma’ (nama) serta Sifat Allah yang tidak mempunyai persamaan serta bandingan dengan sesuatu yang lain.[2]

 

 

Ketujuh:      

Imam Ibn al-Qayyim ketika menghuraikan kategori tauhid berkata:

Tauhid yang didakwahkan para rasul terbahagi kepada dua jenis: tauhid al-Ma’rifah (pengenalan) wa al-Ithbat (penetapan) serta tauhid fi al-Mutallab wa al-Qasd (tuntutan).

Tauhid al-Ma’rifah (pengenalan) wa al-Ithbat (penetapan) berkait dengan Allah, al-Asma’ wa al-Sifat serta al-Af’al (perbuatan)-Nya serta ketinggian-Nya di ‘Arash di atas langit yang tujuh. al-Qur’an menjelaskan tauhid ini dengan nyata sepertimana di permulaan surah al-Hadid, surah Taha, akhir surah al-Hasyr, permulaan surah al-Sajdah, permulaan surah Ali Imran, surah al-Ikhlas serta selainnya.

Tauhid fi al-Mutallab wa al-Qasd (tuntutan) termaktub menerusi ayat Qul ya ayyuhal Kafirun dan ayat yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu. (Surah ali Imran ayat 64), permulaan surah Yunus serta pertengahannya, permulaan surah al-A’raf serta akhirnya dan beberapa ayat surah al-An’am. Apa yang menarik, keseluruhan surah al-Qur’an mengandungi kenyataan mengenai kedua jenis tauhid ini.

Oleh yang demikian kami mengatakan, keseluruhan ayat al-Qur’an mengandungi pengertian tauhid serta menyeru (manusia) kepadanya. Apabila al-Qur’an memberitahu mengenai Allah serta Asma’ (nama-nama)-Nya, keseluruhan Sifat serta Perbuatan-Nya, ia merupakan tauhid (al-‘Ilmi al-Khabari). Apabila al-Qur’an menyeru kepada peribadatan kepada Allah Yang Maha Esa serta menjauhkan segala perbuatan syirik kepada-Nya maka ia merupakan tauhid (al-Iradi al-Tolabi).

Begitu juga apabila al-Qur’an memerintahkan supaya mentaati perintah serta menjauhi larangan Allah maka ia merupakan tauhid. Selain itu apabila Allah menyatakan balasan baik di akhirat kepada golongan yang mentauhidkan-Nya serta mentaati-Nya maka ia merupakan tauhid. Sehubungan ini apabila Allah menyatakan balasan buruk di akhirat kepada golongan yang menyekutukan-Nya serta menghukum perbuatan mereka di akhirat ia merupakan perkhabaran kepada golongan yang tidak mentauhidkan-Nya.[3]

 

Sebagai contoh, apabila diteliti surah al-Fatihah maka akan didapati kenyataan seperti berikut:

Segala puji tertentu bagi Allah. Ini ialah tauhid.

Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Ini ialah tauhid.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Ini ialah tauhid.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan. Ini ialah tauhid.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah. Ini ialah tauhid.

Dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Ini ialah tauhid.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Ini ialah tauhid kerana merujuk hidayah kepada golongan yang mentauhidkan Allah.

Bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Ini ialah tauhid kerana ia merujuk golongan yang menyalahi jalan tauhid.[4]

 

 

Kelapan:       

al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti rahimahullah berkata:

 

al-Qur’an mengandungi ayat mentauhidkan Allah kepada tiga bahagian. Ia seperti berikut:

Tauhid al-Rububiyah: Ia merupakan tauhid yang diakui semulajadi naluri manusia yang sihat akalnya. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ

 

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!" (Surah al-Zukhruf 43:87)

 

 

قُلۡ مَن يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أَمَّن يَمۡلِكُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ

 

وَمَن يُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَيُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ ٱلۡأَمۡرَ‌ۚ فَسَيَقُولُونَ ٱللَّهُ‌ۚ

 

فَقُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ

 

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Surah Yunus 10:31)

 

Dalam konteks ini, Fir’aun mengingkari tauhid al-Rububiyah menerusi kenyataannya:

 

قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

 

Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?" (Surah al-Syu’ara 26:23)

 

Pengingkaran di sini bukan penolakan menafikan kewujudan Tuhan. Ini sebagaimana firman Allah yang berbunyi:

 

قَالَ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَآ أَنزَلَ هَـٰٓؤُلَآءِ إِلَّا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ بَصَآٮِٕرَ

 

Nabi Musa menjawab: "Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui: tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran”; (Surah al-Isra’ 17:102)

 

Hakikatnya Fir’aun mengingkari tauhid al-Rububiyah kerana sifat zalim, angkuh serta kesombongan yang wujud pada dirinya. Firman Allah dalam ayat lain:

 

وَجَحَدُواْ بِہَا وَٱسۡتَيۡقَنَتۡهَآ أَنفُسُہُمۡ ظُلۡمً۬ا وَعُلُوًّ۬ا‌ۚ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُفۡسِدِينَ

 

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah al-Naml 27:14)

 

Tauhid al-Rububiyah tidak bermanfaat kecuali dengan mengikhlaskan peribadatan kepada Allah. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

وَمَا يُؤۡمِنُ أَڪۡثَرُهُم بِٱللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشۡرِكُونَ

 

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain. (Surah Yusuf 12:106)

 

Tauhid al-Uluhiyyah: Ia ialah mentauhidkan Allah dari sudut peribadatan. Kriteria kepada tauhid al-Uluhiyyah ialah menetapkan makna La ilaha illallah. Ia tersusun dari pengertian nafi serta ithbat (penetapan). Nafi bermaksud membuang segala jenis penyembahan kepada selain Allah dalam keseluruhan jenis peribadatan. Ithbat bermaksud kepada Allah sahaja dilakukan segala jenis peribadatan yang berasaskan ketetapan Allah serta para rasul-Nya dengan ikhlas.

al-Qur’an mengandungi banyak ayat yang menunjukkan kepada tauhid al-Uluhiyyah. Ia merupakan tauhid yang melibatkan perlawanan serta pertentangan antara para rasul dengan umat mereka. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berbunyi:

 

أَجَعَلَ ٱلۡأَلِهَةَ إِلَـٰهً۬ا وَٲحِدًا‌ۖ إِنَّ هَـٰذَا لَشَىۡءٌ عُجَابٌ۬

 

Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan! (Surah Sod 38:5)

 

Antara dalil tauhid al-Uluhiyyah ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti berikut:

 

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ

 

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan. (Surah Muhammad 47:19)

 

وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِى ڪُلِّ أُمَّةٍ۬ رَّسُولاً أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّـٰغُوتَ‌ۖ

 

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. (Surah al-Nahl 16:36)

 

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدُونِ

 

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Surah al-Anbiya’ 21:25)

 

وَسۡـَٔلۡ مَنۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلۡنَا مِن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ءَالِهَةً۬ يُعۡبَدُونَ

 

Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah. (Surah al-Zukhruf 43:45)

 

قُلۡ إِنَّمَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُڪُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّسۡلِمُونَ

 

Katakanlah: "Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?" (Surah al-Anbiya’ 21:108)

 

Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat: Ia ialah mentauhidkan Allah dari sudut al-Asma’ (nama-nama) serta al-Sifat-Nya. Ia terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut. Pertama, mempersucikan sifat Allah dari penyerupaan dengan makhluk. Ini sebagaimana firman-Nya yang berbunyi:

 

لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ

 

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya). (Surah al-Syuraa 42:11)

 

Kedua, beriman kepada apa yang disifatkan Allah terhadap diri-Nya serta apa yang disifatkan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam. Ini sebagaimana firman-Nya dalam ayat di atas yang bermaksud: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya), maka ia diikuti dengan ayat berbunyi:

 

وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syuraa 42:11)

 

Sehubungan ini dilarang memikirkan bagaimana keadaan sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini sebagaimana firman-Nya yang berbunyi:

 

يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِۦ عِلۡمً۬ا

 

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi. (Surah Toha 20:110)

 

al-Qur’an banyak berhujjah dengan golongan kafir yang mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. al-Qur’an mewajibkan mereka mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari sudut peribadatan (al-Uluhiyyah). Sehubungan ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala berhujjah dengan mereka mengenai tauhid al-Rububiyah dalam bentuk al-Istifham al-Taqrir (pertanyaan berbentuk penetapan).

 

Dalam konteks ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, al-Qur’an menjadikan pengakuan mereka sebagai penghujahan terhadap mereka. Allah Subhanahu Wa Ta’ala semestinya ditauhidkan dari sudut peribadatan (al-Uluhiyyah). Oleh itu Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela golongan kafir sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka terhadap tauhid al-Rububiyah disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ini walaupun mereka mengakui Allah sebagai Tuhan. Ini disebabkan pengakuan tersebut semestinya diikuti dengan pengakuan Allah sahaja yang berhak ditauhidkan dari sudut peribadatan (tauhid al-Uluhiyyah). Antara ayat al-Qur’an yang menegaskan perkara ini ialah firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti berikut:

 

قُلۡ مَن يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ أَمَّن يَمۡلِكُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ

 

Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? (Surah Yunus 10:31) hingga kepada firman-Nya yang berbunyi:

 

فَسَيَقُولُونَ ٱللَّهُ‌ۚ

 

(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya!” (Surah Yunus 10:31)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang dilakukan kepada selain-Nya. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

فَقُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ

 

Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” (Surah Yunus 10:31)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

قُل لِّمَنِ ٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهَآ إِن ڪُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ‌ۚ

 

Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". (Surah al-Mu’minun 23:84-85)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

قُلۡ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?" (Surah al-Mu’minun 23:85)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلسَّبۡعِ وَرَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

 

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ‌ۚ

 

Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?" Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". (Surah al-Mu’minun 23:86-87)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

قُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" (Surah al-Mu’minun 23:87)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

قُلۡ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيۡهِ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ‌ۚ

 

Tanyakanlah lagi: “Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!" Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". (Surah al-Mukminun 23:88-89)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang dilakukan kepada selain-Nya. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

قُلۡ فَأَنَّىٰ تُسۡحَرُونَ

 

Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?" (Surah al-Mu’minun 23:89)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ قُلِ ٱللَّهُ‌ۚ

 

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". (Surah al-Ra’d 13:16)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

أَفَٱتَّخَذۡتُم مِّن دُونِهِۦۤ أَوۡلِيَآءَ لَا يَمۡلِكُونَ لِأَنفُسِهِمۡ نَفۡعً۬ا وَلَا ضَرًّ۬ا‌ۚ

 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" (Surah al-Ra’d 13:16)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ

 

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Surah al-Zukhruf 43:87)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

 

(Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan-Nya)? (Surah al-Zukhruf 43:87)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ

 

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". (Surah al-‘Ankabut 29: 61)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ

 

Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)? (Surah al-‘Ankabut 29: 61)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِ مَوۡتِهَا لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ

 

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". (Surah al-‘Ankabut 29:63)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka disebabkan perbuatan syirik yang mereka lakukan. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ

 

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian),

 bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah al-‘Ankabut 29: 63)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۚ

 

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". (Surah Luqman 31:25)

 

Berdasarkan ayat ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

 

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (Surah Luqman 31:25)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَسَلَـٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَىٰٓ‌ۗ ءَآللَّهُ خَيۡرٌ أَمَّا يُشۡرِكُونَ

 

أَمَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَأَنزَلَ لَڪُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ

 

حَدَآٮِٕقَ ذَاتَ بَهۡجَةٍ۬ مَّا ڪَانَ لَكُمۡ أَن تُنۢبِتُواْ شَجَرَهَآ‌ۗ ٓ‌ۗ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat sejahtera kepada hamba-hamba-Nya (Nabi-nabi) yang dipilih-Nya. Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagi-Nya? Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya.” (Surah al-Naml 27:59-60)

 

Tiada sebarang keraguan bahawa jawapan di atas bukan berbentuk penetapan terhadap Tuhan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hakikatnya hanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja Yang Maha Berkuasa menjadikan langit dan bumi. Jawapan di atas turut menyatakan tiada sebarang kebaikan kepada benda-benda yang tidak mampu melakukan sesuatu. Apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka. Ia sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ بَلۡ هُمۡ قَوۡمٌ۬ يَعۡدِلُونَ  

 

Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid). (Surah al-Naml 27:60)

 

Perhatikan juga ayat berikut:

 

أَمَّن جَعَلَ ٱلۡأَرۡضَ قَرَارً۬ا وَجَعَلَ خِلَـٰلَهَآ أَنۡهَـٰرً۬ا وَجَعَلَ لَهَا رَوَٲسِىَ وَجَعَلَ بَيۡنَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ حَاجِزًا‌ۗ

 

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? (Surah al-Naml 27:61)

 

Tiada sebarang keraguan bahawa jawapan di atas bukan berbentuk penetapan terhadap Tuhan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini sebagaimana kenyataan terdahulu. Apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ بَلۡ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ

 

Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) Bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui. (Surah al-Naml 27:61)

            

            Firman-Nya lagi:

 

أَمَّن يُجِيبُ ٱلۡمُضۡطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكۡشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجۡعَلُڪُمۡ خُلَفَآءَ ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ

 

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? (Surah al-Naml 27:62)

 

Jawapan kepada persoalan ini sebagaimana kenyataan terdahulu. Apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَذَڪَّرُونَ

 

Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Surah al-Naml 27:62)

               

            Firman-Nya lagi:

 

أَمَّن يَهۡدِيڪُمۡ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَمَن يُرۡسِلُ ٱلرِّيَـٰحَ بُشۡرَۢا بَيۡنَ يَدَىۡ رَحۡمَتِهِۦۤ‌ۗ

 

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmat-Nya? (Surah al-Naml 27:63)

 

Jawapan kepada persoalan ini sebagaimana kenyataan terdahulu. Apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ تَعَـٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ

 

Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. (Surah al-Naml 27:63)

            

            Firman-Nya lagi:

 

أَمَّن يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ۥ وَمَن يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۗ  

 

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? (Surah al-Naml 27:64)

 

Jawapan kepada persoalan ini sebagaimana kenyataan terdahulu. Apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

أَءِلَـٰهٌ۬ مَّعَ ٱللَّهِ‌ۚ قُلۡ هَاتُواْ بُرۡهَـٰنَكُمۡ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

 

Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar". (Surah al-Naml 27:64)

 

Firman-Nya lagi:

 

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ ثُمَّ رَزَقَكُمۡ ثُمَّ يُمِيتُڪُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ‌ۖ هَلۡ مِن شُرَكَآٮِٕكُم مَّن يَفۡعَلُ مِن ذَٲلِكُم مِّن شَىۡءٍ۬‌ۚ

 

Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? (Surah al-Rum 30:40)

 

Tiada sebarang keraguan bahawa jawapan di atas bukan berbentuk penetapan terhadap Tuhan selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia merujuk perbuatan golongan kafir menjadikan segala makhluk yang dijadikan Allah sebagai sekutu di samping Allah tidak berupaya melakukan sesuatu. Ia seperti menciptakan sesuatu, memberi rezeki, mematikan serta menghidupkan. Apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencela mereka sebagai bantahan terhadap pengakuan mereka. Ini menerusi firman-Nya yang berbunyi:

 

سُبۡحَـٰنَهُ ۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ

 

Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan (dengan-Nya). (Surah al-Rum 30:40)

 

Berdasarkan keseluruhan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa keseluruhan persoalan yang berkaitan dengan tauhid al-Rububiyah berbentuk Istifhamat Taqrir (pertanyaan berbentuk penetapan). Sehubungan ini apabila golongan kafir mengakui kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ia diikuti dengan pencelaan terhadap pengakuan mereka. Ini disebabkan pengakuan tauhid al-Rububiyah semestinya disertai dengan pengakuan terhadap tauhid al-Uluhiyyah. Dalam konteks ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman yang berbunyi:

 

أَفِى ٱللَّهِ شَكٌّ۬

Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah? (Surah Ibrahim 14:10)

 

قُلۡ أَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَبۡغِى رَبًّ۬ا

 

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah?”, (Surah al-An’am 6:164)

 

Sebahagian ilmuan mendakwa pertanyaan ayat di atas berbentuk Istifham Ingkar (pertanyaan berbentuk penolakan). Namun al-Qur’an menegaskan bahawa pertanyaan di atas yang berhubung dengan tauhid al-Rububiyah merupakan bentuk Istifham Taqrir (pertanyaan berbentuk penetapan). Ini disebabkan golongan kafir tidak menolak kerububiyahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia sebagaimana penjelasan ayat-ayat al-Qur’an di atas.[5]

         

Daku mengemukakan kenyataan guruku al-Syanqithi secara meluas disebabkan kepentingan memahami perkara ini. Beliau menyatakan kepada kita bahawa pembahagian tauhid kepada tiga bahagian berasaskan kepada al-Qur’an serta merupakan hakikat dari ajaran Islam. Ia bukan perkara istilah yang diasaskan sebahagian ilmuan Islam.[6] al-Syeikh al-‘Allamah Bakr Abu Zaid hafizahullah berkata:

Pembahagian tauhid kepada tiga bahagian merupakan perkara yang termaktub pada pengetahuan tokoh ilmuan salaf. Ia seperti Ibn Mandah, Ibn Jarir al-Tobari serta selain keduanya. Ia merupakan penetapan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah serta Ibn al-Qayyim, al-Zubaidi menerusi kitabnya Taj al-‘Arus dan guru kami al-Syanqithi menerusi kitabnya Adhwa’ al-Bayan. Ia merupakan pembahagian yang berasaskan kepada al-Qur’an. Betapa jelas perkara ini sehingga menyamai pengetahuan masyarakat arab terhadap pembahagian tatabahasa arab kepada isim, fi’il serta huruf.[7]

 

 

Kesimpulan:

Seseorang individu tidak beriman kepada tauhid melainkan dengan penetapan terhadap tiga pembahagian tauhid yang berasaskan kepada al-Qur’an. Dalam konteks ini tauhid yang dikehendaki Islam ialah beriman kepada keesaan Allah dari sudut al-Rububiyah, al-Uluhiyyah serta al-Asma’ wa al-Sifat.

          Hakikatnya kalimah tauhid Lailahaillallah yang merupakan akidah serta asas kepada al-Din mengandungi tiga pembahagian tauhid ini. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah mengulas:

 

Pengakuan La ilaha illallah mengandungi tiga perkara pokok iaitu: tauhid al-Rububiyah, al-Uluhiyyah serta al-Asma’ wa al-Sifat. Ketiga perkara pokok ini merupakan ajaran yang di bawa sekalian para rasul ‘alayhimussolatuwassalam.

Bagi sesiapa yang meneliti kalimah La ilaha illallah, maka ternyata ia menunjukkan kepada tauhid al-Uluhiyyah iaitu menetapkan peribadatan kepada Allah sahaja dengan menafikan kepada selain-Nya. Ia menunjukkan kepada tauhid al-Rububiyah dengan menetapkan bahawa sesuatu yang memiliki sebarang kekurangan/kelemahan tidak layak menjadi Tuhan. Ia menunjukkan kepada tauhid al-Asma’ wa al-Sifat yang secara hakiki hanya layak diperuntukkan kepada Allah sahaja.

Ini sebagaimana kenyataan sebahagian ilmuan: seorang al-Musyabbih (yang menyerupakan sifat Tuhan dengan makhluk) menyembah berhala manakala seorang al-Mu’thil (yang membatalkan sifat Tuhan) menyembah sesuatu yang tidak wujud. Sebaliknya seorang al-Muwahhid (mentauhidkan Allah) menyembah Tuhan yang menjadikan langit dan bumi.[8]

 

Berdasarkan keseluruhan penjelasan di atas, ternyata kenyataan Hassan bin ‘Ali al-Saqqaf bahawa pembahagian tauhid kepada tiga bahagian ialah akidah Triniti merupakan kenyataan yang karut lagi menyesatkan. Ini disebabkan dia menjadikan pembahagian tauhid yang secara hakiki bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah menyerupai akidah Kristian yang sesat.


 

[1] Hafiz Hukmi, Ma’rij al-Qabul, Jil. 1, hlm. 418.

[2] al-Mawahib al-Rabbaniyyah min al ayat al-Qur’aniyyah, hlm. 44-45

[3] Imam al-Syaukani rahimahullah dalam kitabnya Irsyad al-Thiqat ila Ittifaq al-Syara’ie’ ‘ala al-Tauhid wa al-Mi’ad wa al-Nubuwat mengulas:

Ketahuilah! Keseluruhan ayat al-Qur’an menetapkan mengenai tauhid. Bagi sesiapa yang membaca al-Qur’an serta berhenti pada ayat yang dikehendakinya ia akan mendapati perkara ini. Ia termaktub dalam surah al-Fatihah sehingga penghujung al-Qur’an. (hlm. 4)

[4] Madarij al-Salikin, Jil. 3, hlm. 449-450.

[5] Adhwa’ al-Bayan, Jil.3 , hlm. 410-414.

[6] Dalam konteks ini suatu yang merosakkan apabila diteliti penulisan bertajuk al-Thawabit wa al-Mutaghoyirat fi Masiroh al-‘Amal al-Islami al-Mu’asir yang ditulis Dr. Sallah al-Sowi. Ini menerusi kenyataannya di hlm. 154 seperti berikut:

                Secara hakiki pembahagian tauhid sebegini merupakan perkara istilah. Ia bertujuan menetapkan hukum serta penyusunan pembelajaran terhadapnya. Ini sebagaimana pengistilahan yang dicipta para ilmuan terhadap nama-nama istilah pembelajaran. Sehubungan ini tidak wujud sempadan secara pasti terhadap tauhid al-Rububiyah, al-Uluhiyyah serta al-Asma’ wa al-Sifat.

                Penulis merasa hairan kenyataan Dr Sallah al-Sowi. Bagaimana individu yang dikatakan memberi perhatian terhadap pengamalan Islam di zaman masa kini boleh mengeluarkan kenyataan sebegini.

[7] al-Tahzir min Mukhtasirot al-Sobuni fi Tafsir, hlm. 3.

[8] Kenyataan Ibn Taimiyyah diperolehi dari kitab al-Tanbihat al-Sunniyyah ‘ala al-‘Aqidah al-Wasotiyyah karangan ‘Abd. al-‘Aziz bin Nasir al-Rasyid, hlm. 9.