Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

 Penulis - Mohd Yaakub bin Mohd Yunus : Disemak Oleh - Tuan Hassan Tuan Lah

 

BIODATA

 

MOHD YAAKUB BIN MOHD YUNUS dilahirkan di Bentong, Pahang Darul Makmur pada tahun 1973 tetapi dibesarkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Organizational Communication. Beliau pernah menjawat jawatan Presiden bagi Forum Pelajar-Pelajar Komunikasi UIAM dan juga telah terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi Jabatan Komunikasi UIAM pada tahun 1997.

 

Di UIAM beliau telah terdedah kepada masyarakat Islam yang datang dari pelbagai negara dan berpegang kepada pelbagai mazhab. Pensyarah-pensyarah yang datang dari seluruh dunia Islam sedikit sebanyak telah mencorak pemikiran beliau untuk terbuka terhadap perbezaan pendapat yang wujud di antara mazhab-mazhab di dalam Islam. Setelah tamat pengajian di UIAM, beliau telah menghadiri kelas-kelas agama yang dipimpin oleh para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah di tanah air. Melalui bimbingan serta tunjuk ajar mereka beliau mendapati bahawa umat Islam bukan hanya perlu terbuka kepada perbezaan pendapat yang timbul di antara mazhab-mazhab, tetapi juga harus berusaha untuk berpegang kepada pendapat yang lebih tepat menurut al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana difahami oleh generasi al-Salafussoleh. Ini mendorong beliau untuk meningkatkan penyelidikan dan kefahaman tentang agama Islam supaya bertepatan dengan Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  

          

Alhamdulillah kini beliau telah berjaya menulis beberapa buah buku, membentang kertas kerja di seminar serta forum, menyumbang artikel di majalah-majalah serta akhbar-akhbar di dalam rangka untuk melakukan amar ma’ruf (mengajak ke arah kebaikkan) dan nahi mungkar (menjauhkan dari perkara yang bertentangan dengan syarak). Beliau pada masa ini bertugas di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad.

 

Di antara buku-buku beliau yang telah diterbitkan adalah:

 

a)      Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah, Jahabersa, 2004.

b)      Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah, Jahabersa, 2005.

c)      Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat, Jahabersa, 2006.

d)      Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan oleh Akhbar Utusan Malaysia, Jahabersa, 2006.

e)      Menyambut Ramadan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W., Karya Bestari, 2007.

f)       25 Persoalan Semasa: Huraian & Penyelesaian, Karya Bestari, 2007

g)      Persiapan Menghadapi Kematian, Karya Bestari, 2007

  

 

kandungan