|
Risalah #6
Mengapa Bid’ah Lebih Dicintai Iblis
Berbanding Maksiat?
Mohd. |
|
Salah seorang
tokoh Salaf yang
terkenal,
al-Imam Sufyan
ats-Tsauri
rahimahullah
(161H) pernah
berkata:[1]
Perbuatan bid’ah
lebih dicintai
oleh Iblis
daripada
kemaksiatan.
Pelaku
kemaksiatan
masih mungkin
untuk dia
bertaubat dari
kemaksiatannya
sedangkan pelaku
bid’ah sulit
untuk bertaubat
daripada
bid’ahnya.
Pasti ada di
kalangan para
pembaca yang
budiman ketika
ini sedang
tertanya-tanya,
mengapakah dalam
kenyataannya di
atas Sufyan
ats-Tsauri
rahimahullah
mengatakan
bahawa bid'ah
itu lebih
dicintai oleh
Iblis berbanding
maksiat?
Bukankah bid'ah
itu adalah suatu
perbuatan
berbentuk
ibadah
dan niat
pelakunya ingin
menghampirkan
diri kepada
Allah, lalu
bagaimana
mungkin ia boleh
dianggap sebagai
suatu perbuatan
yang lebih keji
berbanding
maksiat?
Agar para
pembaca yang
budiman sekalian
dapat memahami
maksud sebenar
kenyataan di
atas, maka
izinkan penulis
memberikan
sedikit komentar
mengenainya
sebagaimana
tercatat di
bawah ini:
Pertama:
Ahl al-Bid’ah
amat yakin
bahawa bid’ah
yang mereka
kerjakan adalah
sesuatu yang
baik lagi mulia
di sisi Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Sebab itu kita
lihat golongan
ini amat mudah
melenting
apabila
dikatakan kepada
mereka bahawa
apa yang
diamalkan oleh
mereka itu
adalah sesuatu
yang bercanggah
dengan ajaran
Islam.
Masakan tidak,
amalan bid’ah
tersebut
kelihatan mirip
kepada ibadah
sebagaimana yang
sedia wujud
dalam
syariat Islam
dan menurut
sangkaan mereka,
sesiapa jua yang
melakukannya
pastilah beroleh
ganjaran pahala
daripada Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Atas sangkaan
ini, mereka
berpendapat
tidak mungkin ia
dianggap sebagai
satu perbuatan
yang salah lagi
keji di sisi
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala,
apatah lagi
menganggapnya
bukan sebahagian
daripada ajaran
Islam. Mungkin
inilah yang
dimaksudkan oleh
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
menerusi
firman-Nya pada
ayat berikut:[2]
Maka apakah
orang dijadikan
(syaitan)
menganggap baik
perbuatannya
yang buruk, dia
meyakini
perkerjaannya
itu baik?
Hal ini berbeza
dengan para
pelaku maksiat,
mereka tetap
sedar bahawa apa
yang mereka
lakukan adalah
perbuatan yang
salah dan keji
di sisi ajaran
agama, jauh
daripada
menganggapnya
sebagai suatu
amalan yang
terpuji.
Kedua:
Sebab kedua
mengapa bid’ah
dikatakan lebih
disukai iblis
berbanding
maksiat kerana
para pelaku
bid'ah lazimnya
terjerumus
kepada perbuatan
menghalalkan apa
yang telah
diisytiharkan
sebagai haram
oleh Allah dan
Rasul-Nya.
Sejauh kajian
penulis, tiada
khilaf
(perselisihan)
di kalangan para
ulama bahawa
apabila
seseorang itu
menghalalkan
sesuatu yang
diharamkan di
dalam Islam maka
dia telah jatuh
kepada perbuatan
kufur. Demikian
juga sebaliknya,
jika dia
mengharamkan
sesuatu yang
dihalalkan oleh
Allah dan
Rasul-Nya
maka dia
telah jatuh
kepada perbuatan
kufur.
Sama-sama kita
maklumi bahawa
bid'ah adalah
perbuatan yang
keji di sisi
Allah dan
Rasul-Nya, malah
ia dianggap
sebagai perkara
yang paling
buruk di dalam
urusan agama
sebagaimana
sabda Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam:[3]
... dan
seburuk-buruk
perkara adalah
yang
diada-adakan
(dalam urusan
agama) ...
Bahkan lebih
jauh dari itu,
sebahagian
amalan bid’ah
dilihat
berpotensi
mengheret para
pelakunya kepada
perbuatan
syirik, iaitu
menjadikan
sesuatu selain
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
sebagai
penggubal
syariat (asy-Syari’)
yang menandingi
kesempurnaan
syariat-Nya
sebagaimana yang
sedia tertera di
dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah
Rasul-Nya yang
sahih.
Ini sebagaimana
firman-Nya dalam
surah asy-Syura,
ayat 21:
Apakah mereka
mempunyai
sembahan-sembahan
selain Allah
yang
mensyariatkan
untuk mereka
agama yang tidak
diizinkan Allah?
Dengan mengutip
kenyataan Syeikh
Muhammad
al-Ghazali
rahimahullah,
Syeikh Sa’ad
Yusuf Abu Aziz
menulis di dalam
bukunya
Mausu’ah
as-Sunan wa
al-Mubtada’at
menulis:[4]
Orang yang
membuat bid’ah
dalam agama
memberikan
dirinya
kedudukan yang
tidak
sepatutnya.
Kerana pembuat
syariat hakiki
hanyalah Allah
dan tidak ada
yang
menyekutui-Nya.
Bagaimana
seseorang – apa
pun niat dan
kedudukannya –
mencampurkan
hukum-hukum
Allah dengan
hukum yang
berasal dari
dirinya sendiri?
Bagaimana dia
mengatakan: “Ini
adalah perbuatan
sama ada yang
sebaiknya
dilakukan dan
perbuatan buruk
yang sebaiknya
ditinggalkan,
walaupun tidak
diturunkan
hukumnya oleh
Allah dan tidak
disunnahkan oleh
Nabi-Nya?” Allah
berfirman dalam
surah asy-Syura,
ayat 21:
Patutkah mereka
mempunyai
sekutu-sekutu
yang menentukan
– mana-mana
bahagian dari
agama mereka –
sebarang
undang-undang
yang tidak
diizinkan oleh
Allah?.
Ini merupakan
bahagian dari
pengakuan
menjadi Tuhan,
yang mana jika
sudah demikian,
seseorang yang
melakukannya
bererti melampau
batasan-basatan
kedudukannya
sebagai manusia.
Akan tetapi
malangnya amalan
bid'ah yang
jelas
pengharamannya
di sisi ajaran
agama ini telah
dianggap sebagai
‘halal’ lagi
baik oleh
kebanyakan para
pencipta dan
penggemarnya.
Dengan anggapan
tersebut maka
tanpa disedari
mereka telah
jatuh kepada
perbuatan
menghalalkan
perkara yang
diharamkan oleh
Allah dan
Rasul-Nya.
Berbeza dengan
maksiat yang
dilakukan oleh
para pelakunya
dimana mereka
tahu bahawa apa
yang mereka
amalkan itu
adalah perkara
yang jelas
diharamkan di
sisi agama.
Tidak pernah
sama sekali
mereka terfikir
bahawa maksiat
itu adalah
sesuatu yang
dihalalkan di
sisi ajaran
Islam, bahkan
mana-mana jua
agama di dunia
ini.
Ketiga:
Ahl al-Bid’ah
amat bangga
dengan
amalan-amalan
bid’ah mereka.
Dengan
kebanggaan itu
mereka tidak
sedikit pun
memiliki
perasaan malu
kepada Allah dan
Rasul-Nya serta
orang-orang
beriman.
Berbeza dengan
ahli maksiat,
mereka tetap
merasakan apa
yang dikerjakan
oleh mereka itu
adalah sesuatu
yang keji di
sisi ajaran
agama serta
bercanggah
dengan
norma-norma
masyarakat.
Dengan kesedaran
itu mereka
sentiasa merasa
malu kepada
Allah dan
Rasul-Nya serta
kepada
orang-orang yang
beriman.
Keempat:
Amat jarang
ditemui di
kalangan para
pelaku maksiat
yang berani
membantah
ayat-ayat
al-Qur'an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang disampaikan
kepada mereka.
Sekalipun ada,
ia hanyalah
sebilangan kecil
sahaja dan
kebanyakan
mereka ini
adalah terdiri
daripada
golongan yang
sememangnya
jahil di dalam
memahami
ilmu-ilmu agama.
Berbeza dengan
pelaku bid'ah
yang majoritinya
terdiri dari
kalangan mereka
yang dikenali
sebagai orang
yang berilmu dan
penggiat ibadah
(‘abid),
namun dilihat
begitu tegar di
dalam
mempertahankan
bid’ah dan
sentiasa
membantah
al-Qur'an dan
al-Sunnah yang
sahih yang
dibentangkan di
hadapan mereka.
Ini terutamanya
apabila nas-nas
al-Qur’an dan
al-Sunnah itu
dilihat sebagai
sesuatu yang
bercanggah
dengan
amalan-amalan
bid’ah mereka.
Bantahan ini
dilakukan dengan
pelbagai cara;
dengan cara
mendahulukan
akal, sangkaan
dan perasaan di
atas nas,
‘memaksumkan’
perkataan ‘tok
guru’ serta
mengunggulkan
kebiasaan atau
tradisi
masyarakat
melebihi apa
yang dibawa oleh
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Kelima:
Perbuatan
maksiat adalah
sesuatu yang
jelas
kemungkarannya
di sisi ajaran
agama dan ini
amat mudah
difahami
sekalipun oleh
mereka yang amat
minimum
kefahamannya
terhadap
hukum-hakam
agama. Ini
berbeza dengan
bid'ah yang pada
zahirnya
kelihatan baik,
indah lagi
mempersona bagi
setiap yang
memandangnya. Ia
amat sukar
difahami
hatta oleh
mereka yang
memiliki ilmu
pengetahuan
agama sekalipun,
melainkan mereka
yang telah
diberi rahmat
dan bashirah
oleh Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Berkata Syeikh
‘Abdurrahman bin
Hasan
rahimahullah
(1258H):[5]
Tidak ada yang
sanggup
membezakan
antara bid’ah
dan sunnah
selain orang
yang Allah
kurniakan
kepadanya
semangat mencari
al-haq
(kebenaran)
dengan penuh
kesungguhan,
mencari
kitab-kitab
Ahl al-Sunnah
serta memahami
dengan baik
dalil-dalil
al-Qur’an,
sunnah dan
pemahaman al-Salaf
al-Shalih.
Maka sebab itu
kita dapati para
ulama Ahlus
Sunnah wal
Jama'ah yang
bermanhaj
Salaf amat
memberi
penekanan kepada
usaha
membanteras
kemungkaran
syirik dan
bid'ah
berbanding
kemungkaran-kemungkaran
maksiat lainnya.
Keenam:
Mereka yang
melakukan bid’ah
pada hakikatnya
ialah orang yang
tidak meyakini
kesempurnaan dan
kelengkapan
ajaran Islam
yang dibawa oleh
junjungan kita
Nabi Muhammad
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Jauh di sudut
hati mereka,
mereka merasakan
seakan-akan
wujud kekurangan
pada agama ini
yang masih
memerlukan
kepada
pengubahsuaian
bagi menjadikan
ia lebih
‘lengkap’ dan
‘sempurna’
berbanding apa
yang telah
termaktub di
dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Muhammad
al-Ghazali
rahimahullah
berkata:[6]
Mengapa
seseorang
membuat hal baru
dalam agamanya,
mencampuri
dengan agama
agar yang
dibuatnya itu
masuk dalam
agama dan
dianggap suci?
Apakah kerana
kekurangan yang
dilihatnya pada
ajaran yang
diturunkan oleh
Allah? Jika hal
tersebut adalah
sebagai alasan
seseorang
membuat bid’ah,
maka dia
termasuk orang
yang bodoh. Hal
itu kerana Allah
telah berfirman:
Pada hari ini
telah Aku
sempurnakan
untuk kamu agama
kamu dan telah
Aku cukupkan
kepada kamu
nikmat-Ku dan
telah Aku redai
Islam itu
menjadi agama
kamu.
Maka barangsiapa
menyangka bahawa
dalam ajaran
Islam terdapat
kekurangan, yang
membuatnya perlu
tambahan
sehingga layak
untuk meluruskan
jiwa manusia,
maka hal itu
adalah kebodohan
dan
pengingkaran.
Dalam
mentafsirkan
firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala pada
ayat 3 dari
surah al-Maidah
berikut:
Pada hari ini,
Aku telah
sempurnakan bagi
kamu agama kamu
dan Aku telah
cukupkan
nikmat-Ku kepada
kamu dan Aku
telah reda Islam
itu menjadi
agama untuk
kamu.
al-Hafiz Ibnu
Katsir
rahimahullah
berkata:[7]
Ini merupakan
nikmat Allah
terbesar yang
diberikan kepada
umat ini (umat
Islam), tatkala
Allah
menyempurnakan
agama mereka
sehingga mereka
tidak memerlukan
agama lain dan
tidak pula Nabi
lain selain Nabi
mereka iaitu
Nabi Muhammad
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Oleh kerana itu,
Allah menjadikan
baginda sebagai
penutup para
Nabi dan
mengutuskannya
kepada seluruh
manusia dan jin
sehingga tidak
ada yang halal
kecuali yang
baginda
halalkan, tidak
ada yang haram
kecuali yang
baginda haramkan
dan tidak agama
kecuali yang
disyariatkannya.
Semua yang
dikhabarkannya
adalah haq,
benar dan tidak
ada kebohongan
serta tidak ada
pertentangan
sama sekali.
Penulis kitab
al-Bid’ah
Dhawabithuha wa
Atsaruha
as-Sayyi’ fi
al-Ummah,
Dr. Ali bin
Muhammad Nashir
al-Faqihi
menjelaskan:[8]
Ini adalah
konsekuensi dari
keadaan seorang
penyeru
kebid’ahan (mubtadi’)
atau ucapannya.
Seakan dia
mengatakan:
Sesungguhnya
syariat ini
belum sempurna
dan masih
tersisa sesuatu
yang wajib atau
sunat untuk
diralat.
Sebab, seandainya dia meyakini akan kesempurnaan syariat ini dari segala sisinya maka dia tidak akan berbuat bid’ah dan tidak akan meralatnya. Dan seandainya ada orang yang mengatakan demikian atau meyakininya, maka dia adalah orang yang tersesat dari jalan yang lurus.
Dalam sebuah
hadis yang
bersumberkan
daripada Abu
Dzar
radhiallahu’anhu,
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:[9]
Tidak tertinggal
sesuatu pun yang
mendekatkan
(kamu) ke syurga
dan menjauhkan
(kamu) dari
neraka kecuali
sesungguhnya
telah dijelaskan
kepada kamu.
Berdasarkan
hadis di atas
Ustaz Abdul
Hakim bin Amir
Abdat
hafizhahullah
menjelaskan:[10]
Sesungguhnya
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
telah
menjelaskan
kepada umatnya
segala sesuatu,
baik berupa
perintah atau
larangan atau
khabar dan
lain-lain
(berhubung
dengan agama
ini). Untuk itu,
Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang mulia telah
bersabda:
Tidak tertinggal
sesuatu pun yang
mendekatkan
(kamu) ke syurga
dan menjauhkan
(kamu) dari
neraka kecuali
sesungguhnya
telah dijelaskan
kepada kamu.
Oleh kerana itu,
sesiapa yang
mencari jalan
menuju jannah
atau syurga dan
menjauhkan
dirinya dari
naar atau
api neraka tanpa
mengikuti
al-Kitab dan
al-Sunnah Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang mulia
bahkan dia
merasa cukup
dari keduanya,
maka
sesungguhnya dia
telah menempuh
jalan yang tidak
pernah
dijelaskan dan
diterangkan oleh
Allah dan
Rasul-Nya.
Kerana tidak ada
jalan bagi
seseorang hamba
untuk memperoleh
keselamatan dan
kebahagiaan
dunia dan
akhiratnya
kecuali dengan
beriman kepada
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
dengan
sebenar-benar
keimanan dan
mengikuti
sunnahnya.
Inilah yang
dimaksudkan
dengan mentaati
baginda, iaitu
dengan
ittiba’
kepada
baginda.
Ketujuh:
Ahli maksiat
memiliki harapan
untuk bertaubat
setelah mendapat
kesedaran.
Sebaliknya
Ahl al-Bid’ah
amat sukar untuk
bertaubat kerana
merasakan apa
yang mereka
lakukan itu
adalah suatu
kebaikan di sisi
agama. Sebab itu
seringkali kita
lihat para
pelaku bid’ah
ini amat sukar
untuk menerima
nasihat yang
disampaikan
kepada mereka.
Ini sekalipun
mereka menyedari
bahawa apa yang
mereka lakukan
itu adalah
bercanggah
dengan al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Amat benarlah
apa yang
disabdakan oleh
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam:[11]
Sesungguhnya
Allah menahan
taubat dari
setiap pelaku
bid’ah sampai
dia meninggalkan
bid’ahnya.
Hakikat bahawa
para pelaku
bid’ah adalah
golongan yang
amat degil untuk
menerima nasihat
dan kebenaran
yang disampaikan
kepada mereka
ini telah pun
dijelaskan oleh
al-Imam asy-Syathibi
rahimahullah.
Beliau
menyatakan
di dalam
kitabnya yang
terkenal,
al-I’tisham,
jilid
2,
ms.
268:[12]
Ahl al-Bid’ah
selalu bersikap
degil dengan
nasihat, tidak
mahu menerima
dalil dan tidak
peduli terhadap
kritikan seperti
para pendahulu
bid’ah. Satu
contoh Ma’bad
al-Juhani, Amr
bin Ubaid dan
selain mereka,
meskipun mereka
banyak mendapat
kritikan pedas
dan sorotan
semua penjuru,
tetapi tidak
bertambah
kecuali jauh
dari
Allah
dan bertahan
(berkeras) di
atas bid’ah
mereka. Ini
sebagaimana
firman
Allah
(dalam surah
al-Maidah ayat
41 yang
bermaksud):
Barangsiapa yang
Allah
menghendaki
kesesatannya,
maka sekali-kali
kamu tidak akan
mampu menolak
sesuatu pun
(yang datang)
dari Allah.
Besarnya bahaya
yang dibawa
bid’ah ini
sehingga
menghalangi para
pelakunya
bertaubat telah
pun dijelaskan
oleh
Syeikh ‘Abdul
Muhsin bin
Hammad al-‘Abbad
al-Badr
hafizhahullah
sebagaimana
katanya:[13]
Bahaya bid’ah
adalah besar,
urusannya adalah
perkara yang
mengkhuatirkan
dan musibah yang
ditimbulkannya
adalah besar. Ia
lebih berbahaya
daripada dosa
maksiat, kerana
pelaku maksiat
mengetahui
bahawa dirinya
telah terjatuh
kepada perkara
yag haram
sehingga dia
akan
meninggalkannya
dan bertaubat
daripada maksiat
tersebut.
Adapun pelaku
bid’ah, dia
memandang
dirinya di atas
kebenaran
sehingga dia
akan terus
menerus di atas
bid’ahnya hingga
mati. Padahal
sebenarnya dia
adalah pengikut
hawa nafsu dan
seorang yang
keluar dari
jalan yang
lurus.
Sementara
itu Syeikh
al-Islam Ibnu
Taimiyah
rahimahullah
turut
mengulas
lanjut perkara
ini dimana
beliau berkata:[14]
Oleh sebab itu,
para alim ulama
sunnah seperti
Sufyan
ats-Tsauri dan
yang lain
berpendapat
bahawa Ahl
al-Bid’ah
lebih dicintai
iblis daripada
maksiat, kerana
bid’ah tidak
mempunyai
harapan untuk
bertaubat. Sebab
Ahl al-Bid’ah
yang membuat
ajaran yang
buruk menyangka
baik terhadap
keburukan
tersebut.
Dan selama dia
memandang baik,
maka tidak
mungkin
bertaubat.
Kerana awal
pintu taubat
terbuka ketika
seseorang
menyedari
perbuatannya
buruk atau dia
merasa telah
meninggalkan
perintah, baik
yang bersifat
wajib atau
sunat. Selagi
dia menganggap
bahawa perbuatan
buruk tersebut
suatu kebaikan,
maka sangat
susah untuk
bertaubat.
Kelapan:
Antara faktor
lain mengapa
Iblis amat
menyukai bid’ah
yang
diada-adakan di
dalam agama ini
adalah,
melaluinya umat
Islam
berpecah-belah
dan bermusuhan
antara sesama
sendiri, padahal
perpecahan itu
amatlah disukai
oleh syaitan.
Sabda Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
di dalam sebuah
hadis yang
diriwayatkan
oleh Ibnu Hibban
dalam Shahih
Ibnu Hibban,
no. 4577:
Sesungguhnya
Tangan Allah
bersama
al-Jama’ah dan
sesungguhnya
syaitan berlari
bersama orang
yang
memecahbelahkan
al-Jama’ah.
Baginda
juga bersabda
dalam hadis yang
lain ketika
menggambarkan
suasana
perpecahan yang
akan melanda
umat Islam
sebagai akibat
daripada bid’ah
yang mereka
ada-adakan di
dalam ajaran
Islam. Sabdanya:[15]
Dan sesungguhnya
kumpulan ini
(umat Islam)
akan berpecah
kepada tujuh
puluh tiga
(kumpulan),
tujuh puluh dua
daripadanya akan
masuk Neraka dan
hanya satu
daripadanya akan
masuk Syurga
iaitu
al-Jama’ah.
Dalam riwayat
yang lain:
[16]
Mereka yang
mengikuti jalan
hidupku dan para
sahabatku.
Justeru
satu-satunya
cara untuk
bersatu adalah
dengan kembali
sepenuhnya
kepada kebenaran
yang berpaksikan
kepada petunjuk
al-Qur’an dan
al-Sunnah yang
sahih sesuai
dengan kefahaman
generasi
al-Salaf
al-Shalih.
‘Abdullah bin
Mas’ud
radhiallahu
’anhu pernah
berkata:[17]
Al-Jama’ah ialah
apa yang
menepati
kebenaran
sekalipun engkau
seorang diri.[18]
Kesembilan:
Faktor terakhir
yang mendorong
Iblis menyukai
bid’ah
melebihi
kemungkaran
lainnya adalah
kerana bid’ah
akan menjadikan
agama Islam
sebagai satu
ajaran yang amat
sukar lagi
menjenguhkan
para
penganutnya.
Dengan kesukaran
ini, Iblis telah
berjaya
melemahkan umat
manusia daripada
terus
mengamalkan
ajaran Islam
dalam
kehidupannya,
sekaligus
memisahkan diri
mereka daripada
mendekati Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Penulis
membawakan satu
contoh mudah
iaitu berkaitan
dengan urusan
perkahwinan.
Jika kita
perhatikan
tradisi
perkahwinan
dalam kalangan
masyarakat Islam
masa kini –
secara khusus
umat Islam di
nusantara - akan
didapati tidak
sedikit padanya
yang mengandungi
unsur-unsur
bid’ah yang
menyulitkan para
pengantin.
Padahal Islam
amat
menitikberatkan
kemudahan dalam
urusan
perkahwinan.
Demikian juga
dengan lain-lain
perkara yang
berkait terus
dengan
pelaksanaan
syariat Islam
seperti urusan
pengendalian
jenazah,
pelaksanaan
ibadah solat,
puasa dan
sebagainya.
Boleh dikatakan
hampir kesemua
perkara yang
disebutkan tidak
terlepas
daripada seribu
satu macam unsur
bid’ah yang amat
menyusahkan umat
Islam.
Semua ini
bercanggah
dengan ajaran
Islam yang
sentiasa
memberikan
kemudahan kepada
umatnya di dalam
melaksanakan
segala suruhan
perintah dan
larangannya.[19]
Firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala:[20]
Allah
menghendaki
kemudahan bagi
kamu dan tidak
menghendaki
kesulitan
bagimu.
Sabda
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
dalam sebuah
hadisnya yang
masyhur:
[21]
Sesungguhnya
agama ini (agama
Islam adalah)
mudah. Tidak
seseorang yang
memaksakan diri
dalam agama
melainkan akan
menemui
kesulitan.
Sabdanya lagi
dalam hadis yang
lain:[22]
Mudahkanlah dan
janganlah
menyusahkan, dan
berilah khabar
gembira dan
janganlah
membuat orang
lari (dari agama
ini).
¯
Kata Penutup
Demikian
beberapa catatan
mengenai jurang
perbezaan antara
bid’ah dan
maksiat yang
dapat saya
huraikan
menerusi
perbincangan
singkat ini.
Berdasarkan
huraian ini,
dapat
diperhatikan
bahawa bid’ah
membawa bahaya
yang jauh lebih
besar jika
dibandingkan
dengan maksiat
yang dilakukan
oleh kebanyakan
umat manusia,
khususnya umat
Islam.
Ini kerana
bid’ah secara
halus berpotensi
mengheret setiap
pelakunya kepada
perbuatan kufur,
di samping
menghalangi
mereka untuk
bertaubat
daripada
kemungkaran
bid’ah yang
dilihat sebagai
benar dan indah
pada pandangan
mereka.
Inilah yang
terjadi pada
umat terdahulu
dari kalangan
ahli kitab
disebabkan oleh
sikap mereka
yang suka
berlebih-lebihan
di dalam
mempraktikkan
ajaran agama
yang diturunkan
oleh Allah
melalui
perantaraan para
Rasul dan
kitab-Nya,
sehingga
akhirnya
menjadikan
mereka sebagai
umat terlaknat
dan kafir di
sisi Tuhannya.
Sama-samalah
kita memelihara
diri, keluarga
dan masyarakat
kita agar tidak
terjerumus ke
lembah bid’ah
yang amat
berbahaya ini.
Wallahu a’lam.
[1] Riwayat al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah dan al-Lalika’i dalam Syarh Ushul al-I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah, no. 238. [2] Surah Fathir, ayat 8. [3] Hadis riwayat Abu Daud, no. 1097, at-Tirmidzi, no. 1105, Ibnu Majah, no. 1892 dan lain-lain. [4] Lihat Mausu’ah as-Sunan wa al-Mubatada’at karya Syeikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz, ms. 29. [5] Lihat Mulakhkhas Min Minhaj as-Sunnah karya Syeikh ‘Abdurrahman bin Hasan bin Muhammad bin ‘Abdul Wahhab, ms. 200. [6] Lihat Mausu’ah as-Sunan wa al-Mubatada’at karya Syeikh Sa’ad Yusuf Abu Aziz, ms. 30. [7] Lihat Tafsir Ibnu Katsir karya al-Hafiz Ibnu Katsir, jld. 3, ms. 18. [8] Lihat al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali bin Muhammad Nashir al-Faqihi, ms. 18. [9] Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 1647. [10] Lihat Al-Islam: Kemudahan & Kesempurnaannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ms. 56-57. [11] Hadis riwayat ath-Thabrani dengan sanad yang bagus (jayyid), bersumberkan daripada Anas radhiallahu’anhu, secara marfu’. Lihat Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah, no. 1620. [12] Lihat Mauqifu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah min Ahl al-Ahwa’ wa al-Bid’ah karya Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, ms. 200. [13] Lihat Al-Hatstsu ‘Ala at-Tiba’i as-Sunnah wa at-Tahdziru min al-Bida’i wa Bayanu Khatharaha karya Syeikh ‘Abdul Muhsin bin Hammad al-‘Abbad al-Badr, ms. 69. [14] Lihat Mauqifu Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah min Ahl al-Ahwa’ wa al-Bid’ah karya Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, ms. 198. [15] Diriwayatkan oleh sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah maksud yang sama. Lafaz hadis di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud, no. 4429. Hadis ini adalah hadis sahih. Disahihkan oleh at-Tirmizi, al-Hakim, adz-Zahabi dan al-Juzani dalam kitab al-Abathil 1/302, al-Baghawi dalam Syarah al-Sunnah 1/213, asy-Syathibi dalam al-I’tisham 2/698, tahqiq Syeikh Salim al-Hilali, Ibnu Taimiyyah dalam al-Majmu’ al-Fatawa 3/345, Ibnu Katsir dalam Tafsir Ibnu Katsir 1,/390, Ibnu Hajar dalam Takhrij al-Kasysyaf, ms. 63, al-‘Iraqi dalam al-Mughni ‘an Hamlil Asfar, no. 3240, al-Bushairi dalam Mishbah az-Zujajah 4/180, Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah, no. 203 dan lain-lain yang banyak jumlahnya. [16] Hadis riwayat at-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, no. 2565. [17] Dikeluarkan oleh al-Lalika’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, no. 160. Diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Damshiq 46/409 dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam al-Misykat al-Mashabih 1/56. [18] Kata-kata ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ’anhu merupakan satu tamparan yang hebat ke atas sebahagian pihak yang sering sahaja menjadikan kuantiti orang yang berada di dalam sesebuah firqah atau kelompok sebagai kayu ukur dalam menentukan kebenarannya. Sedangkan menurut Islam kebenaran satu-satu kelompok itu bukanlah diukur degan berdasarkan kuantiti orang yang berada di atasnya akan tetapi ialah berdasarkan kepada prinsip atau dasar ia berpijak. [19] Lebih lanjut berkenaan ajaran Islam dan ciri-ciri kemudahannya, sila lihat Al-Islam: Kemudahan & Kesempurnaannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat (Jakarta: Maktabah Mu’awiyah bin Abi Sufyan). [20] Surah al-Baqarah, ayat 185. [21] Hadis riwayat al-Bukhari 1/23. [22] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 69 dan Muslim, no, 1734.
|