|
Risalah #4
Mengenal Watak Dan
Ciri-Ciri Ahl al-Bid’ah
Mohd. |
|
Jika kita
mengkaji
kitab-kitab
peninggalan para
ulama muktabar
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah
yang
membicarakan
secara khusus
mengenai
persoalan
bid’ah,
maka kita akan
dapati mereka
amat memberikan
perhatian yang
serius terhadap
bid’ah dan
hal-hal yang
berhubung kait
dengannya.[1]
Keperihatinan
dan kesedaran
mereka terhadap
hal ini memberi
petunjuk akan
implikasi bahaya
yang dibawa
bid’ah tersebut
ke atas agama
mahupun umat
Islam
seluruhnya.
Di atas
dasar
keperihatinan
mereka inilah,
maka kita dapati
para tokoh yang
mulia ini telah
pun meninggalkan
begitu banyak
wasiat dan
peringatan
sebagai usaha
bagi memelihara
umat Islam
daripada
terperangkap
oleh jeratan
bid’ah dan tipu
daya para
penyerunya.
Melalui
perbincangan ini
penulis akan
mendedahkan
kepada sidang
pembaca yang
budiman sekalian
beberapa
keterangan
daripada para
ulamak muktabar
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah
yang
bermanhaj
al-Salaf
al-Shalih
mengenai
ciri-ciri yang
lazim terdapat
pada golongan
Ahl al-Bid’ah.
Pengenalan
kepada ciri-ciri
Ahl al-Bid’ah
ini adalah suatu
yang teramat
penting sebagai
langkah
pemeliharaan
diri kita semua
agar tidak
terjatuh ke
dalam jurang
bid’ah yang
pastinya akan
mengundang
kemurkaan Allah
Subhanahu wa
Ta’ala,
na’udzubillahi
min dzalik.
¯
Larangan
al-Qur’an kepada
umat Islam
daripada
melakukan bid’ah
dan bermu’amalah
dengan para
penyerunya.
Sebagai
mukadimah,
marilah kita
perhatikan
terlebih dahulu
firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala dan
keterangan
daripada salah
seorang tokoh
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah
yang
mengikutinya di
bawah ini.
Firman-Nya dalam
surah al-An’am,
ayat 68:
Apabila engkau melihat orang-orang yang sengaja mengeluarkan perkataan kotor terhadap ayat-ayat Kami, jauhkan dirimu daripada mereka sehingga mereka berbicara perkara yang lain. Jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), janganlah engkau ulangi duduk bersama-sama kaum yang zalim itu lagi setelah engkau mendapat peringatan (mengenai larangan itu).
Ayat ini
menerangkan
kepada setiap
manusia agar
menjauhi
golongan yang
suka berbohong
terhadap agama
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Ini
kerana, mereka
sanggup mengubah
dan menukar
ayat-ayat Allah
Subhanahu wa
Ta’ala dan
meletakkannya
sesuatu yang
bukan pada
tempatnya.
Maksud kalimah
al-Zhalimin
الظا لمين
ialah golongan
terdiri daripada
kaum musyrikin,
mereka yang
merubah atau
menukar ayat
Allah dan mereka
yang melakukan
bid’ah dalam
agama.[2]
al-Imam
Ibnu al-Qayyim
al-Jauziyyah
rahimahullah
(751H)
telah menegaskan
perkara ini di
dalam kitabnya,
Kitab
at-Tafsir,
ms. 630, beliau
berkata:[3]
Siapa yang
bergaul atau
berkawan dengan
golongan Ahl
al-Bid’ah
sebenarnya dia
telah
menghancurkan
keseluruhan
syariat agama.
Bergaul dengan
mereka
seolah-olah
memakan racun
dan sebagainya.
Sedangkan Allah
sendiri telah
memberi
perumpaan kepada
manusia tentang
perkara ini
bahawa mereka
ini adalah
golongan bid’ah
dan golongan
yang sesat.
Mereka menyekat
seseorang dari
melakukan
suruhan Allah
dan Rasul-Nya
dan mengajak
manusia
menyanggahi
perintah Allah.
Selain itu,
mereka juga
menghalangi
manusia dari
mengikuti jalan
Allah lalu
memesongkan
mereka. Bahkan,
golongan ini
sanggup mengubah
suai amalan
bidaah sehingga
dianggap sunnah
dan sebaliknya
berusaha
menjadikan
sunnah sebagai
bid’ah.
Apa yang mereka
harapkan,
perkara
makruf
dikatakan
mungkar dan
perkara mungkar
dianggap
makruf.
Antara ungkapan
dan perbuatan
yang biasa
mereka gunakan
dalam usaha
menentang sunnah
dan mengelirukan
masyarakat agar
menjauhinya
serta
mengamalkan
bid’ah:
1.
Apabila
berbicara
perkara
berkaitan
tauhid, mereka
mengatakan masih
ada kekurangan
pada wali-wali
yang soleh
seperti generasi
al-Salaf
al-Shalih.
Sebab itulah
boleh menokok
tambah dalam
agama.
2.
Apabila diminta
agar mengikuti
sunnah
Rasulullah,
mereka
mengatakan
patutkah kita
meninggalkan
pendapat
imam-imam
muktabar yang
menjadi pegangan
mazhab kita?
3.
Apabila Allah
mensifatkan
diri-Nya dengan
sifat yang
selayaknya bagi
Dzat-Nya
sedangkan
Rasulullah dan
imam mazhabnya
sendiri
mensifatkan
seperti mana
yang disifatkan
oleh Allah tanpa
mentakwil atau
melampau, mereka
mengatakan
golongan yang
menetapkan
sifat-sifat
Allah secara
mutlak ialah
golongan Musyabbihin
(menyamakan
Allah dengan
makhluk).
4.
Apabila mereka
diminta
mengikuti
perintah Allah
dan Rasul-Nya
supaya melakukan
perkara makruf dan
meninggalkan
perbuatan
mungkar yang
menyanggahi
perintah Allah
dan Rasul-Nya,
mereka menuduh
golongan ini
sebagai golongan
pembawa fitnah
yang boleh
memecah-belahkan
masyarakat.
5. Apabila kita
mengikuti sunnah
Nabi dan
meninggalkan apa
yang
bertentangan
dengan sunnah
(bid’ah), mereka
menuduh golongan
ini termasuk
pengikut bid’ah
yang
menyesatkan.
6.
Apabila kita
cuba mendekatkan
diri dengan
Allah lalu
menjauhi
golongan mereka
serta
menghindari diri
daripada
menikmati
kehidupan yang
tidak bermakna
itu (penuh
dengan syirik,
bid’ah dan
khurafat),
mereka menuduh
golongan ini
hanya
berpura-pura.
Apabila kamu
meninggalkan
sunnah dan kamu
sentiasa
mengamalkannya
dan menurut
kehendak hawa
nafsu mereka
(mengamalkan
bid’ah), kamu
sebenarnya
termasuk orang
yang paling
(dibenci) di
sisi Allah.
Manakala ketika
bersama mereka,
engkaulah orang
yang paling
munafik.
Walau
apapun yang
bakal berlaku,
berpeganglah
dengan apa yang
diredhai oleh
Allah dan
Rasul-Nya
sekalipun mereka
marah, tidak
mencampuri usaha
mereka dalam
mempermainkan
agama dan tidak
mempedulikan
ancaman yang
bakal mereka
lakukan kerana
pegangan kamu
berada di atas
kebenaran.
Demikian
penjelasan
ringkas daripada
salah seorang
tokoh muktabar
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah,
al-Imam Ibnu
al-Qayyim
al-Jauziyyah
rahimahullah
(751H)
mengenai
ciri-ciri umum
golongan ahli
bid’ah dan
reaksi mereka
terhadap para
pendukung
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam.
Seterusnya akan
diterangkan pula
ciri-ciri khusus
yang lazim
terdapat pada
kebanyakan
Ahl al-Bid’ah.
¯
Ciri-ciri khusus
Ahl al-Bid’ah.
Sebelum ini
telah
diterangkan
beberapa
ciri-ciri umum
Ahl al-Bid’ah
dan hujah-hujah
penolakan mereka
ke atas dakwah
Salafiyyah[4]
yang dibawa
oleh para
pendukung
al-Sunnah
Rasululah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Pada kesempatan
ini kita akan
meneliti pula
secara lebih
terperinci
ciri-ciri khusus
yang dimiliki
oleh golongan
tersebut.
Tumpuan akan
diberikan kepada
tujuh ciri-ciri
utama Ahl
al-Bid’ah
sebagaimana
menurut
keterangan para
tokoh Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah.
Tujuh ciri-ciri
yang dimaksudkan
adalah seperti
berikut:
Ciri #1: Gemar
memberikan
pelbagai gelaran
(laqob)
buruk ke atas
Ahl as-Sunnah.
Antara ciri
utama golongan
Ahl al-Bid’ah
ialah sikap
mereka yang
gemar memberikan
pelbagai gelaran
buruk ke atas
para pendukung
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam.
Antara
gelaran-gelaran
yang masyhur
dilontarkan oleh
golongan ini
kepada Ahl
al-Sunnah
termasuk mereka
yang berada di
Malaysia ialah
seperti ‘Wahhabi’,
‘Kaum Muda’,
al-Musyabbihah’[5]
dan lain-lain
seumpama.
al-Imam Abu
Hatim al-Razi
rahimahullah
menulis di dalam
kitabnya,
Ahl al-Sunnah
wa I’tiqad
ad-Din
sebagaimana
nukil al-Imam
al-Lalaka’i
rahimahullah
di dalam kitab
beliau Syarh
Ushul I’tiqad
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah,
no. 321 dan
al-Imam
al-Barbahari
rahimahullah
dalam Syarh
as-Sunnah (tahqiq
Khalid bin
Qasim
al-Radady), ms.
116:[6]
Tanda Ahl
al-Bid’ah
adalah mencela
Ahl al-Atsar
(Ahl
as-Sunnah).
Tanda
orang-orang
Zindiq
adalah mereka
menamakan Ahl
al-Atsar
dengan sebutan
al-Hasyawiyyah,
mereka ingin
mematikan
atsar.
Tanda
orang-orang
al-Jahmiyyah
mereka menamakan
Ahl al-Sunnah
dengan sebutan
al-Musyabbihah
(menyamakan
sifat Allah
dengan sifat
makhluk). Tanda
orang-orang
al-Qadariyyah
ialah mereka
menamakan
Ahl al-Sunnah
dengan sebutan
al-Mujabbirah.
Tanda
orang-orang
Murjiah
ialah mereka
menamakan
Ahl al-Sunnah
dengan sebutan
al-Mukhalifah
dan
al-Nuqshaniyyah.
Tanda
orang-orang (Syi’ah)
al-Rafidhah
ialah mereka
menamakan
Ahl al-Sunnah
dengan sebutan
al-Nashibah.
Padahal
Ahl al-Sunnah
tidak mempunyai
nama kecuali
satu nama sahaja
dan mustahil
nama-nama
tersebut berpadu
dalam diri
mereka.
Sementara itu
al-Imam
al-Barbahari
rahimahullah
(329H) menulis
di dalam
kitabnya,
Syarh as-Sunnah:[7] Jika anda mendengar seseorang mencela atsar atau (menolak atsar) atau menginginkan selain atsar, maka jadikanlah dia seorang yang tertuduh dalam Islam dan janganlah (anda ragu-ragu) dia seorang pengikut hawa nafsu dan Ahl al-Bid’ah.
Sebenarnya sikap
Ahl al-Bid’ah
yang suka
melontarkan
pelbagai gelaran
buruk ke atas
Ahl al-Sunnah
ini bukanlah
sesuatu yang
baru dalam
lembaran sejarah
dakwah
Salafiyyah.
Malah perkara
yang sama juga
pernah berlaku
ke atas
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
ketika manhaj
ini didakwahi
baginda ke atas
masyarakat Arab
jahiliah pada
suatu ketika
dahulu.
Antara
gelaran-gelaran
buruk yang
diberikan oleh
masyarakat Arab
jahiliah ini ke
atas Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
dalam usaha
mereka menolak
dakwah yang
disampaikan oleh
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
adalah dengan
menggelarinya
sebagai seorang
ahli sihir,
gila, bodoh dan
pendusta.
Malah yang lebih
berat dari itu,
baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam
juga pernah
diugut untuk
dibuang negeri,
dibakar,
disembelih,
dipenjara dan
lain-lain
seumpama.
Hakikat ini
telah pun
dirakamkan di
dalam al-Qur’an.
Firman Allah
Subhanahu wa
Ta’ala dalam
surah Shad, ayat
4:
Dan mereka (yang
mengingkari
kerasulan Nabi
Muhammad itu)
merasa hairan
bahawa mereka
didatangi oleh
seorang Rasul
pemberi amaran
dari kalangan
mereka sendiri.
Dan mereka yang
kafir itu
berkata: Orang
ini adalah
seorang ahli
sihir lagi
pendusta.
Dalam surah
al-Furqan, ayat
41 Allah
menjelaskan:
Dan apabila
mereka melihatmu
(wahai
Muhammad),
mereka hanyalah
menjadikanmu
ejek-ejekan
(sambil mereka
berkata): Inikah
orangnya yang
diutuskan oleh
Allah sebagai
Rasul-Nya?
Firman-Nya lagi
dalam ayat yang
lain pada surah
as-Shaffah, ayat
36:
Serta mereka
berkata:
Patutkah kami
mesti
meninggalkan
tuhan-tuhan yang
kami sembah
kerana dengan
ajakan seorang
penyair gila?
Kemudian dalam
surah
al-Qashash, ayat
57, Dia
berfirman:
Dan mereka
(golongan kafir)
berkata: Kalau
kami menyertaimu
menurut petunjuk
yang engkau bawa
itu nescaya kami
dengan serta
merta ditangkap
dan diusir dari
negeri kami.
Syeikh Abu
‘Uthman Ismail
bin ‘Abdur
Rahman
ash-Shabuni
rahimahullah
(449H) menulis
di dalam
kitabnya,
‘Aqidah
ash-haabil
Hadith, ms.
105:[8]
Aku melihat
Ahl al-Bid’ah
dalam
memberikan
laqab
(gelaran)
nama-nama ini
(iaitu
gelaran-gelaran
yang negatif)
terhadap Ahl
al-Sunnah
mengikuti jejak
kaum musyrikin
dalam bersikap
terhadap
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
.
Mereka
terbahagi-bahagi
dalam menamai
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi
wasallam,
ada di antara
mereka yang
menggelarnya
sebagai tukang
sihir, dukun,
penyair, orang
gila, orang yang
terfitnah dan
ada pula
menamainya
sebagai
pendusta.
Sedangkan Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
sendiri jauh dan
berlepas diri
daripada aib-aib
tersebut.
Baginda tiada
lain hanyalah
seorang Rasul
dan Nabi yang
terpilih. Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
berfirman:[9]
Lihatlah
bagaimana mereka
membuat
perumpamaan-perumpamaan
terhadapmu
kerana itu
mereka menjadi
sesat dan tidak
dapat lagi
menemukan jalan
(yang benar).
Demikian pula
Ahl al-Bid’ah
– semoga Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
menghinakan
mereka – mereka
terbahagi-bahagi
dalam memberikan
gelaran (yang
buruk) terhadap
para pembawa
berita-berita
dan atsar-atsar
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
dan
para perawi
hadis Nabi yang
sentiasa
mengikutinya dan
berpetunjuk
dengan
sunnahnya.
Maka di antara
mereka (Ahl
al-Bid’ah)
ada yang menamai
Ahl al-Sunnah
dengan nama
al-Hasyawiyyah
(orang hina)
dan ada pula
menamainya
dengan
al-Musyabbihah
(golongan yang
menyerupakan
sifat-sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
dengan
sifat-sifat
makhluk-Nya).
Sementara Ahl
al-Hadith
sentiasa terjaga
(terpelihara),
berlepas diri
dan suci dari
aib-aib
tersebut. Mereka
tiada lain
adalah Ahl
al-Sunnah
yang (berada di
atas manhaj)
terang-benderang,
orang-orang yang
riwayat hidupnya
diredai (oleh
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala),
jalannya lurus
dan
hujah-hujahnya
kuat.
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala telah
memberikan
taufiq-Nya
kepada mereka
untuk sentiasa
mengikuti
Kitab-Nya,
wahyu-Nya dan
perintah-Nya dan
agar sentiasa
berqudwah
(mengikuti)
kepada Rasul-Nya
di dalam
hadis-hadisnya.
Dan Allah
Subhanahu wa
Ta’ala juga
telah menolong
mereka dalam
berpegang teguh
dengan sirah
Nabi-Nya dan
komitmen dengan
sunnahnya. Dia
telah
melapangkan
dada-dada mereka
untuk mencintai
para imam (yang
memelihara)
syariat-Nya dan
para ulama
umat-Nya.
Sesiapa
mencintai
sesuatu kaum
maka ia
(dibangkitkan)
bersama mereka
pada hari
Kiamat...
Mungkin ada di
kalangan para
pembaca yang
tertanya-tanya,
mengapakah para
pendukung bid’ah
– khususnya di
Malaysia - amat
gemar melabelkan
gelaran ‘Wahhabi’
ke atas setiap
pendukung dakwah
Salafiyyah?
Terdapat
beberapa faktor
yang menyumbang
kepada perkara
ini, antaranya
ialah kesedaran
mereka terhadap
kebenaran dakwah
Ahl al-Sunnah
dan
ancamannya
terhadap
pegangan dan
amalan mereka
yang selama ini
sebenarnya
adalah sebuah
kesesatan yang
bersembunyi
disebalik jenama
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah.
Para pendukung
bid’ah ini amat
yakin dan
percaya bahawa
jika
gelaran-gelaran
buruk seumpama
ini tidak
disandarkan ke
atas para
pendukung dakwah
Salafiyyah
maka lambat
laun masyarakat
awam akan
mendekati
fahaman yang
dibawa oleh para
pendukung
al-Sunnah.
Jika ini yang
berlaku maka
segala fahaman
dan amalan
bid’ah yang
mereka sandarkan
secara dusta ke
atas Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah
selama ini akan
ditinggalkan
oleh masyarakat.
Ini secara tidak
langsung akan
mengakibatkan
segala
kepentingan dan
kemasyhuran yang
mereka raih
disebalik slogan
“pembela Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah”
selama ini juga
akan lenyap
serta-merta.
Maka di atas
kesedaran inilah
mereka merasakan
adalah perlu
dimomokkan isu ‘Wahhabi’
ini sebagai
salah satu
strategi bagi
mempertahankan
segala
kepentingan yang
mereka raih
hasil daripada
penipuan mereka
kepada orang
ramai.
[10]
Ciri #2: Amat
keras permusuhan
dan kebenciannya
terhadap Ahl
al-Sunnah.
Hal ini
sebagaimana yang
diterangkan oleh
Syeikh Abu
‘Utsman
al-Shabuni
rahimahullah
(449H). Katanya:[11]
Tanda-tanda
bid’ah yang ada
pada ahlinya
adalah nampak
jelas. Di antara
tanda-tanda yang
paling jelas
terdapat pada
diri mereka
terhadap
orang-orang yang
meriwayatkan
hadis-hadis
Rasulullah (Ahl
al-Hadith).
Ahl al-Bid’ah
menghina dan
merendah-rendahkan
mereka.
Berkata al-Imam
Ahmad bin Sinan
al-Qaththan:[12]
Tidak ada
seorang pun
mubtadi’
(yang berbuat
bid’ah) di dunia
ini melainkan
dia (pasti)
membenci Ahl
al-Hadith (Ahl
al-Sunnah).
Jika seseorang
berbuat bid’ah
pasti kemanisan
hadis akan
tercabut dari
hatinya.
Abu Nashr
al-Faqih
berkata:[13]
Tiada suatu yang
lebih berat dan
lebih dibenci
oleh orang-orang
yang mulhid
(berpaling
daripada agama
Allah
selain) daripada
mendengarkan
hadis dan
meriwayatkannya
dengan sanadnya.
Ciri #3: Gemar
mengampu para
pemerintah.
Ahl al-Bid’ah
amat menyedari
bahawa dengan
hanya
melontarkan
gelaran-gelaran
buruk ke atas
Ahl al-Sunnah
sahaja
adalah tidak
memadai bagi
menjauhkan umat
Islam dari
mendekati dakwah
yang cuba
diterap dan
disuburkan oleh
para pendukung
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Lebih-lebih lagi
dalam suasana
umat Islam hari
ini yang
terdedah kepada
pelbagai sumber
ilmu pengetahuan
agama yang
berteraskan
kepada dalil dan
hujah. Pasti
sahaja ini
merupakan satu
kelebihan kepada
Ahl al-Sunnah
yang terkenal
sebagai manhaj
yang berdiri di
atas landasan
ilmiah untuk
menarik
keyakinan umat
Islam kepada
manhaj Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah.
Senario ini
telah memberi
kesedaran kepada
Ahl al-Bid’ah
betapa
perlunya untuk
mereka mengambil
satu pendekatan
yang bersifat
radikal bagi
menghindarkan
umat Islam
daripada
dipengaruhi oleh
para pendukung
manhaj
Salafiyyah.
Antara usaha
yang dilakukan
oleh golongan
ini dalam rangka
mencapai hasrat
tersebut adalah
dengan cara
mempengaruhi
para pemimpin
Islam untuk
turut serta
memerangi dakwah
Salafiyyah.
Inilah yang
berlaku di
Malaysia juga
dimana
sesetengah pihak
yang tidak
menyenangi
dakwah ini cuba
mempengaruhi
para pemimpin
tempatan dan
menjadikan
kedudukan mereka
di sisi pemimpin
berkenaan
sebagai sarana
untuk memerangi
dakwah
Salafiyyah
dan para
pendukungnya.
Amat benarlah
apa yang telah
diungkapkan oleh
al-Imam
asy-Syathibi
rahimahullah:[14]
Seorang pelaku
bid’ah, jika
merasa seruannya
(dakwahnya) yang
dilakukan dengan
mengancam tidak
membuahkan
hasil, maka dia
pasti berusaha
menjilat para
penguasa (agar
penguasa
tersebut menekan
masyarakat)
supaya seruannya
(kepada bid’ah)
lebih mudah
untuk diterima.
Oleh yang
demikian,
bukanlah satu
keasingan
apabila kita
melihat para
tokoh muktabar
Ahl al-Sunnah
terdahulu
seperti Imam
Ahmad bin
Hanbal, Syeikh
al-Islam Ibnu
Taimiyyah,
Syeikh Muhammad
bin ‘Abdul
Wahhab serta
Ahl al-Haq
lainnya sering
mendapat ancaman
daripada para
pemerintah yang
zalim sebagai
akibat daripada
api fitnah yang
dimarakkan oleh
Ahl al-Bid’ah
ke atas mereka.
al-Imam
asy-Syathibi
sekali lagi
menjelaskan:[15]
Bukankah anda
telah melihat
keadaan Ahl
al-Bid’ah
pada zaman
tabi’in dan
setelah mereka?
Sehingga mereka
mampu mencapai
kedudukan (di
sisi) para
sultan dan
bergelut dengan
pecinta dunia,
sedangkan orang
yang tidak
mencapai hal
tersebut
menyembunyikan
dirinya dengan
bid’ahnya serta
menghilang dari
kehidupan
masyarakat dan
menjalankan
semua amal
perbuatannya
hanya sebagai
pelindung bagi
dirinya.
Ciri #4:
Ghuluw
(berlebih-lebihan)
dalam beribadah.
Ahl al-Bid’ah
terkenal dengan
sikap mereka
yang amat tekun
di dalam
mengerjakan
pelbagai
ibadah.
Akan tetapi amat
disayangkan
kerana
kesungguhan
mereka di dalam
mengerjakan
ibadah-ibadah
tersebut tidak
didasarkan
kepada petunjuk
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Sebaliknya ia
dilandaskan
kepada sangkaan
dan menurut hawa
nafsu
semata-mata,
hasil daripada
bisikan dan tipu
daya Syaitan ke
atas mereka.
Mungkin inilah
yang dimaksudkan
oleh Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
menerusi
ayat-ayat-Nya
seperti berikut:
Firman-Nya dalam
surah Yunus,
ayat 36:
Kebanyakannya
mereka, tidak
menuruti
melainkan
sesuatu sangkaan
sahaja, (walhal)
sesungguhnya
sangkaan itu
tidak dapat
memenuhi
kehendak
menentukan
sesuatu dari
kebenaran
(iktikad).
Sesungguhnya
Allah Maha
Mengetahui akan
apa yang mereka
lakukan.
Dalam ayat yang
lain
Allah
berfirman:[16]
Dan jika engkau
menuruti
kebanyakan orang
yang berada di
muka bumi,
nescaya mereka
akan
menyesatkanmu
dari jalan
Allah, tiada
yang mereka
turuti melainkan
sangkaan
semata-mata, dan
mereka tidak
lain hanyalah
berdusta.
Firman-Nya lagi
dalam ayat yang
lain:[17]
Mereka tidak
lain hanyalah
mengikuti
sangkaan-sangkaan,
dan apa yang
diingini oleh
hawa nafsu
mereka dan
Sesungguhnya
telah datang
petunjuk kepada
mereka dari
Tuhan mereka.
Ramai di
kalangan umat
Islam –
khususnya orang
awam – mudah
terikut-ikut
dengan fahaman
dan amalan yang
dibawa oleh
Ahli Bid’ah
disebabkan oleh
akhlak dan
ibadah yang
ditampilkan
olehnya. Padahal
semua ini adalah
gimik
atau helah
Ahli Bid’ah
tersebut bagi
mengelabui mata
orang awam dari
melihat
kebatilan yang
dibawa oleh
mereka,
disamping
mengharapkan
sanjungan dan
pujian daripada
orang awam
terhadap akhlak
dan ibadah
mereka.
Disebutkan di
dalam kitab
Thabaqat
al-Hanabilah,
jilid 1, ms.
233-234, no. 325[18]
bahawa ada
seorang lelaki
mengadu kepada
al-Imam Ahmad
rahimahullah
berkenaan
seorang lelaki
tua yang suka
bergaul dengan
salah seorang
tokoh bid’ah,
Harith al-Qashir
yang dilihatnya
sebagai seorang
yang lembut
akhlaknya,
khusyuk dalam
ibadah dan
pelbagai
kebaikan
lainnya.
Mendengarkan
yang demikian,
al-Imam Ahmad
dengan marah
berkata
kepadanya:
Janganlah kau
tertipu dengan
kekhusyukan dan
kelembutannya.
Dan jangan kau
terpedaya dengan
kebiasaannya
menundukkan
kepalanya (iaitu
menzahirkan
sifat rendah
dirinya) kerana
sesungguhnya dia
adalah lelaki
yang jahat (Ahl
al-Bid’ah).
Dia itu tidaklah
mengetahuinya
kecuali yang
telah
berpengalaman
dengannya!.
Sehubungan
dengan hal ini,
Syeikh Walid bin
Muhammad Nubaih
menulis di dalam
kitabnya,
Syarhu Ushulu
Sunnah:[19]
Sebahagian orang
tertipu dengan
Ahl al-Bid’ah
disebabkan
kezuhudan dan
kekhusyukan
serta tangisan
atau selainnya
dari banyaknya
ibadah yang
mereka lihat
pada mereka (Ahl
al-Bid’ah).
Akan tetapi hal
ini bukanlah
suatu barometer
yang benar dalam
mengetahui
kebenaran. Nabi
telah bersabda
kepada para
sahabatnya,
menyebutkan
sebahagian sifat
Ahl al-Bid’ah:
يُحْقِرُ
أَحَدُكُمْ
صَلاَتَهُ قِي
صَلاَتِهِ،
وَصِيَامَهُ فِي
صِيَامِهِ.
Salah seorang di
antara kamu
merasa hina
solatnya (jika)
dibandingkan
solat mereka
(Ahl al-Bid’ah
Khawarij) dan
puasanya (jika)
dibandingkan
puasa mereka.[20]
Telah
diriwayatkan
dari al-Auza’i,
ia berkata:
“Telah sampai
kepadaku bahawa
barangsiapa yang
berbuat bid’ah
yang sesat maka
Syaitan akan
menjadikannya
cinta beribadah
dan meletakkan
pada dirinya
rasa khusyuk dan
menangis agar ia
dapat
memburunya.
Dalam pada itu
al-Hafiz Ibnu
Hajar
al-‘Asqalani
rahimahullah
menulis di dalam
kitabnya Fath
al-Bari
dengan katanya:[21]
Orang-orang
Khawarij (Ahl
al-Bid’ah)
ini digelar
al-Qurra’
(para pembaca
al-Qur’an)
disebabkan
kesungguhan dan
ketekunannya
dalam membaca
al-Qur’an dan
beribadah.
Hanya saja,
mereka salah
faham dalam
mentafsirkan
makna al-Qur’an
dan lebih
mengkedepankan
pendapat
peribadi. Di
sisi lain, sikap
mererka sangat
berlebihan di
dalam
menjalankan
kezuhudan,
kekhusyukan
serta ibadah
lainnya.....
Ciri #5:
Cenderung
berhujah dan
berpegang kepada
ayat-ayat
mutasyabihat.
Ciri-ciri Ahl
al-Bid’ah
yang seterusnya
ialah sikap
mereka yang
cenderung
mengambil
ayat-ayat
mutasyabihat
(ayat-ayat yang
sukar difahami
maknanya)
daripada
al-Qur’an lalu
menjadikannya
sebagai
sebahagian
daripada prinsip
atau dasar di
dalam beragama.
Kewujudan
golongan ini
telah pun
diisyaratkan
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
sebagaimana
dalam ayat-Nya
berikut:[22]
Dialah yang
menurunkan
kepadamu (wahai
Muhammad) Kitab
Suci al-Qur’an.
Sebahagian besar
daripada
al-Qur’an itu
ialah ayat-ayat
‘muhkamat’
(iaitu ayat-ayat
yang jelas
maknanya);
ayat-ayat
muhkamat itu
ialah ibu (atau
pokok) isi
al-Qur’an. Dan
yang lain ialah
ayat-ayat
‘mutasyabihat’.
Oleh sebab itu
(timbullah faham
yang berlainan
menurut
kandungan hati
masing-masing).
Adapun
orang-orang yang
dalam hatinya
kecenderungan ke
arah kesesatan,
maka mereka
selalu menurut
apa yang
samar-samar
(mutasyabihat)
dari
al-Qur’an untuk
mencari fitnah
dan mencari-cari
takwilnya.
Padahal tidak
ada yang
mengetahui
takwilnya
(tafsir
maksudnya yang
sebenar)
melainkan Allah.
Dan orang-orang
yang tetap teguh
serta mendalam
pengetahuannya
dalam ilmu-ilmu
agama, berkata:
Kami beriman
kepadanya,
semuanya itu
datangnya dari
sisi Tuhan kami
dan tiadalah
yang mengambil
pelajaran dan
peringatan
melainkan
orang-orang yang
berfikiran.
Sehubungan
dengan ayat ini
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
bersabda:[23]
Apabila engkau
melihat
orang-orang yang
mengikuti
ayat-ayat
mutasyabihat
(maka) mereka
itulah yang
dimaksudkan oleh
Allah maka
berwaspadalah
terhadap mereka.
Kewujudan
golongan bid’ah
yang cenderung
mengikuti
ayat-ayat
mustasyabihat
dan
mengambil
syubhat-syubhat
(kekeliruan)
dari
al-Qur’an ini
juga pernah
diisyaratkan
sendiri oleh
Amirul Mukminin
‘Umar bin
al-Khaththab
radhiallahu’anhu.
Justeru beliau
mengingatkan
umat Islam agar
hendaklah mereka
berpegang teguh
dengan al-Sunnah
dan
menjadikannya
sebagai senjata
dalam mematahkan
syubhat
fitnah golongan
tersebut. Beliau
berkata:[24]
Akan datang
sekelompok
manusia yang
akan membantah
kamu dengan
syubhat
al-Qur’an, maka
bantahlah mereka
dengan al-Sunnah
kerana
orang-orang yang
(berpegang
teguh) pada
al-Sunnah lebih
mengerti tentang
Kitabullah
(al-Qur’an).
Ayyub
al-Sikhtiyani
rahimahullah
turut memperakui
ucapan Amirul
Mukmin di atas
dengan katanya
sebagaimana yang
tersebut di
dalam kitab
al-Ibanah
jilid 2, ms.
501:[25]
Saya tidak
mengetahui ada
seorang dari
Ahl al-Ahwa’
(Ahl
al-Bid’ah)
yang berdebat
kecuali dengan
perkara (ayat)
mustasyabihat.
Tambah beliau
lagi:[26]
Sesungguhnya
Ahl al-Ahwa’
adalah para
penganut
kesesatan. Aku
tidak melihat
tempat kembali
mereka, kecuali
Neraka.
Ciri #6: Sering
mendahulukan
sesuatu yang
lain di atas
al-Qur’an dan
al-Sunnah yang
sahih.
Termasuk
ciri-ciri khusus
Ahl al-Bid’ah
ialah sikap
mereka yang
dilihat sering
mengunggulkan
sesuatu yang
lain di atas
al-Qur’an dan
al-Sunnah yang
sahih berupa
ajaran mazhab,
akal fikiran,
ucapan-ucapan
manusia,
sangkaan dan
sebagainya.
Terhadap
golongan ini,
Amirul Mukminin
‘Umar bin
al-Khattab
radhiallahu’anhu
sekali lagi
mengingatkan:[27]
Janganlah kamu
duduk dengan
orang-orang yang
berpegang kepada
rasional (lojik
akal) mereka,
kerana
sesungguhnya
mereka itu
musuh-musuh
sunnah
Rasulullah,
mereka tidak
mampu menghafal
(memelihara)
sunnah, mereka
lupa (dalam
sebuah riwayat
disebut: mereka
diserang)
hadis-hadis
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
sehingga mereka
pun tidak mampu
untuk
memahaminya.
Mereka ditanya
tentang hal yang
tidak mereka
ketahui lalu
merasa malu
untuk
menyatakan: Kami
tidak tahu,
sehingga mereka
pun berfatwa
dengan akal
mereka, maka
mereka tersesat
dari jalan yang
lurus.
Sesungguhnya,
Nabimu
(Muhammad)
tidaklah
diwafatkan
kecuali setelah
Allah mencukupi
dengan wahyu dan
menjauhi lojik
akal dan
seandainya akal
itu lebih utama
daripada Sunnah,
nescaya mengusap
bahagian bawah
kedua sepatu
(khuf) lebih
utama daripada
mengusap
bahagian
atasnya.
Dalam pada itu
Ahl al-Bid’ah
ini juga
terkenal sebagai
kelompok yang
amat keras di
dalam bertaklid
kepada ajaran
mazhab mereka
sehingga sesiapa
sahaja yang
menyelisihi
ajaran mazhab
tersebut
dianggap sebagai
sesat, bahkan
telah terkeluar
daripada ajaran
Islam.
Dasar mereka di
dalam beragama
bukanlah ajaran
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasululullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih akan
tetapi ialah
ajaran mazhab
tersebut. Oleh
itu setiap ayat
atau hadis yang
bersesuaian
dengan ajaran
mazhab mereka,
ianya diterima
lalu
ditonjol-tonjolkan
sebagai bukti
bahawa kononnya
mazhab mereka
adalah berada di
atas landasan
al-Quran dan
al-Sunnah.
Namun
sebaliknya, jika
terdapat sesuatu
ayat atau hadis
yang tidak
berpadanan
dengan ajaran
mazhab mereka,
ayat atau hadis
tersebut akan ditakwil
atau dipaksa
tafsirannya
sehinggalah ia
kelihatan
seakan-akan
searah dengan
ajaran mazhab
mereka. Hakikat
ini dijelaskan
oleh al-Imam
Ibnu al-Qayyim
al-Jauziyyah
rahimahullah
(751H)
di dalam
kitabnya
I’lam
al-Muwaqqi’in
jilid 2, ms.
195:
Yang lebih pelik
dari semua itu
ialah sikap kamu
wahai golongan
taklid! Kamu ini
jika mendapati
ayat al-Qur’an
yang bersesuai
dengan mazhab
kamu maka kamu
akan terima apa
yang jelas
daripada ayat
itu dan
berpegang
kepadanya. Teras
kamu dalam
perkara
berkenaan ialah
pendapat mazhab
kamu, bukan ayat
tersebut.
Jika kamu dapati
ayat lain yang
setanding
dengannya
menyanggahi
pendapat mazhab
kamu (maka) kamu
tidak akan
menerimanya.
Kamu akan cuba
membuat pelbagai
takwilan
dan
mengeluarkannya
daripada
maksudnya yang
jelas kerana
tidak
bersesuaian
dengan mazhab
kamu.
Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas sunnah. Jika kamu dapat satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu (maka) kamu menerimanya. Kamu kata: Kami ada sabda Nabi begini dan begitu. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadis sahih yang berbeza dengan mazhab kamu (maka) kamu tidak pandang kepadanya walaupun satu hadis.
Demikian secara
ringkas beberapa
ciri-ciri umum
dan khusus yang
lazim dimiliki
oleh golongan
Ahl al-Bid’ah
yang sempat
penulis paparkan
menerusi
perbincangan ini.
¯
Adakah setiap
orang yang
melakukan bid’ah
layak dihukumi
sebagai Ahl
al-Bid’ah?
Jawapannya
adalah tidak.
Ini kerana wujud
kemungkinan
ketika dia
mengerjakan
sesuatu amalan
bid'ah dia ialah
seorang yang
jahil.
Disebabkan
kejahilan ini,
dia tidak dapat
membezakan
antara amalan
yang benar-benar
tsabit daripada
Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
dan para sahabat
radhiallahu’anhum
dengan amalan
yang sebenarnya
adalah bid'ah di
sisi ajaran
agama.
Justeru dalam
hal ini dia
dimaafkan dan
hukuman sebagai
Ahl al-Bid'ah
ditangguhkan ke
atasnya. Berkata
Ustaz Abdul
Hakim bin Amir
Abdat
hafizhahullah:[28]
Setiap orang
yang mengerjakan
bid’ah belum
tentu dia
sebagai Ahl
al-Bid’ah (mubtadi’).
Kerana
adakalanya dia
jahil atau dia
seorang
mujtahid
yang salah di
dalam ijtihadnya.
Akan tetapi
orang yang
terus-menerus di
dalam
(melakukan)
bid’ahnya
sesudah nyata
baginya
kebenaran kerana
mengikuti (taqlid)
kepada nenek
moyangnya, atau
kaumnya, atau
golongannya, dan
dia berpaling
dan menentang
kebenaran, atau
tidak
menerimanya
kerana tidak
sesuai dengan
pemahamannya
atau mazhabnya
(taksub), maka
orang yang
seperti ini
tidak syak lagi
atau tidak ragu
lagi dia telah
masuk ke dalam
golongan Ahl
al-Bid’ah (mubtadi’).
Demikian juga
terhadap para
ulama yang
terkenal dengan
kejujurannya
namun dalam
beberapa masalah
dia tersilap di
dalam
mengeluarkan
sesuatu
ijtihad,
maka dalam hal
ini dia
dimaafkan. Ini
berdasarkan
kepada hadis
Nabi
shallallahu
‘alaihi wasallam
seperti yang
tertera di bawah
ini:[29] Apabila seorang hakim itu menghukum lalu dia berijtihad kemudian menepati kebenaran maka baginya dua pahala. Sementara apabila dia menghukum lalu dia berijtihad kemudian silap maka baginya satu pahala.
Dr. Ali bin
Muhammad Nashir
al-Faqihi
menulis di dalam
kitabnya
berjudul
al-Bid’ah
Dhawabithuha wa
Atsaruha
as-Sayyi’ fi
al-Ummah:[30]
Adapun orang
yang tersalah
dalam sebahagian
permasalahan,
yang terkenal
akan manhaj dan
perilakunya yang
baik serta
ilmunya yang
syar’i, jika
orang seperti
ini berbuat
kesalahan, maka
tidak akan
menurunkan
keadaannya
mahupun
mengurangi
kedudukannya.
Kemudian di
dalam kitab yang
sama, beliau
mengutip ucapan
Syeikh al-Islam
Ibnu Taimiyyah
rahimahullah
sebagaimana yang
termaktub di
dalam Majmu’
al-Fatawa
jilid 11, ms. 13
dengan katanya:[31]
Adapun orang
yang di
tengah-tengah
umat telah
mempunyai buah
tutur yang baik
lagi menyeluruh
dimana dia
disanjung dan
dipuji oleh
kebanyakan
pelbagai
golongan umat,
mereka itulah
para imam
petunjuk dan
pelita penerang.
Kesalahan mereka sangatlah sedikit (jika) dibandingkan dengan kebenarannya dan kebanyakannya (kesalahan mereka itu hanyalah) pada tempat-tempat ijtihad (dimana mereka diberi dua pahala jika benar dan satu pahala jika tersalah). Merekalah orang-orang yang mengikuti ilmu dan keadilan. Mereka adalah orang-orang yang jauh dari kebodohan dan sikap mengikuti persangkaan dan hawa nafsu.
Tambah Syeikh
al-Islam lagi:[32]
Hendaklah
diketahui bahawa
tidak ada
seorang pun dari
(para) imam –
yang dipercayai
umat secara umum
– yang sengaja
menyelisihi
sunnah
Rasulullah
sedikitpun, baik
yang mendalam
mahupun yang
terang. Mereka
semua bersepakat
secara pasti
akan kewajipan
berittiba’
(mengikuti)
Rasulullah, juga
bahawa setiap
orang dapat
diambil dan
ditolak
ucapannya
kecuali
Rasulullah.
Akan tetapi,
jika didapati
salah seorang
ulama
mengeluarkan
pendapat yang
menyalahi hadis
sahih, tentunya
dia mempunyai
uzur (halangan
atau sebab)
dalam
meninggalkan
hadis itu.
Sementara itu
mantan mufti
umum bagi
Kerajaan Arab
Saudi, Syeikh
‘Abdul ‘Aziz bin
‘Abdullah bin
Baz
rahimahullah
menegaskan:[33]
Para ulama,
mereka mempunyai
sebahagian
kesalahan, akan
tetapi Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
dengan
Kelembutan dan
Kebaikan-Nya
mengampuni atas
mereka apa yang
terjadi dari
kesalahan
tersebut
demikian itu
kerana,
kesalahan
tersebut terjadi
setelah adanya
ijtihad
dan upaya untuk
mencari
kebenaran.
Sehingga Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
membalasi mereka
atas ijtihadnya
dengan
memberikan satu
pahala dan
memberikan dua
pahala jika
menepati
kebenaran. Para
ulama adalah
pewaris para
Nabi dan mereka
adalah para
saksi akan
keesaan Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
berfirman:[34]
Allah menyatakan
bahawasanya
tidak ada Rabb
(yang berhak
disembah)
melainkan Dia
yang menegakkan
keadilan. Para
Malaikat dan
orang-orang
berilmu (juga
menyatakan
demikian itu).
Tidak ada Rabb
(yang berhak
disembah)
melainkan Dia,
yang Maha
Perkasa lagi
Bijaksana.
Maka yang wajib
adalah
mengetahui
kedudukan
mereka, berbaik
sangka terhadap
mereka,
mengertikan
perbuatan mereka
kepada
kemungkinan yang
paling baik dan
menyebutkan
kebaikan-kebaikan
mereka.
Adapun yang
terjadi dari
kesalahan, maka
mereka bukanlah
orang-orang yang
maksum sehingga
mereka yang
menepati
kebenaran akan
mendapat dua
pahala,
sedangkan yang
salah akan
mendapat satu
pahala atas
kesabaran dan
ijtihad
mereka. Semoga
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
mengampuni dan
menjadikan kita
semua termasuk
pengikut mereka.
Pengecualian
kepada pelaku
bid'ah yang
telah sampai
kebenaran
kepadanya dan
hujjah telah
ditegakkan ke
atasnya (iqamatul
hujjah) akan
tetapi dia tetap
berdegil di
dalam
mempertahankan
bid'ah yang
dilakukannya
serta aktif
menyebarkan
bid’ah tersebut
kepada orang
ramai, maka
dalam hal ini
dia adalah layak
dihukumi sebagai
Ahl
al-Bid'ah.
Manakala para
ulama Ahlu
al-Sunnah
berkewajipan
menjelaskan
keburukannya
kepada umum umat
Islam agar
mereka dapat
mewaspadainya.
Sehubungan
dengan hal ini
Ustaz Abdul
Hakim bin Amir
Abdat menulis:[35]
Setiap orang
yang mengerjakan
bid’ah belum
tentu dia
sebagai Ahl
al-Bid’ah (mubtadi’).
Kerana
adakalanya dia
jahil atau dia
seorang mujtahid
yang salah di
dalam
ijtihadnya. Akan
tetapi orang
yang
terus-menerus di
dalam
(melakukan)
bid’ahnya
sesudah nyata
baginya
kebenaran kerana
mengikuti
(taklid) kepada
nenek moyangnya,
atau kaumnya,
atau
golongannya, dan
dia berpaling
dan menentang
kebenaran, atau
tidak
menerimanya
kerana tidak
sesuai dengan
pemahamannya
atau mazhabnya
(taksub), maka
orang yang
seperti ini
tidak syak lagi
atau tidak ragu
lagi dia telah
masuk ke dalam
golongan Ahl
al-Bid’ah (mubtadi’).
Syeikh Soleh
Fauzan al-Fauzan
pernah ditanya
tentang manhaj
para ulama Salaf
terhadap Ahl
al-Bid’ah,
beliau
menjelaskan:[36]
Apabila telah
jelas bahawa
seseorang
melakukan bid’ah
dalam agama dan
dia enggan untuk
meninggalkannya,
maka manhaj
ulama Salaf
adalah
memboikotnya
(memulaukannya),
menjauhinya
serta tidak
bermajlis
(duduk)
bersamanya.
Inilah manhaj
mereka.
Akan tetapi
sebagaimana
telah saya
sebutkan tadi,
setelah terbukti
bahawa dia
benar-benar
Ahl al-Bid’ah
dan setelah
dinasihati
kemudian dia
tidak mahu
kembali daripada
perbuatan
bid’ahnya, maka
ketika itu (dia)
diboikot, agar
bahayanya tidak
menjalar dengan
orang yang duduk
dan berhubungan
dengannya. Juga,
dengan tujuan
agar manusia
diperingatkan
daripada
(keburukan)
Ahl al-Bid’ah
dan
perbuatannya.
¯
Kata Penutup
Akhir sekali,
marilah kita
merenungi
sejenak beberapa
buah nasihat dan
peringatan
daripada para
tokoh Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah,
antaranya ialah
Fudhail bin
‘Iyadh di mana
dia berkata:[37]
أَدْرَكْتُ
خِيَارَ
النَّاسِ،
كُلُّهُمْ
أَصْحَابُ
سُنَّةٍ
وَيَنْهَوْنَ
عَنْ أَصْحَابِ
الْبِدَعِ.
Aku mendapati
orang-orang
terbaik,
semuanya adalah
penjaga-penjaga
sunnah dan
mereka melarang
bersahabat
dengan
orang-orang yang
melakukan
bid’ah.
‘Abdullah bin
‘Abbas pernah
berkata:[38]
Janganlah kamu
merasa aman dari
Ahl al-Bid’ah
atas
agamamu, jangan
kamu ajak dia
musyawarah
dalam urusanmu
dan duduk
dengannya!
Barangsiapa yang
duduk dengan
Ahl al-Bid’ah
maka Allah akan
mewariskan
kepadanya
kebutaan (iaitu
di dalam
hatinya).
Amirul Mukminin
dalam riwayat
Sufyan al-Tsauri
pula berkata:[39]
Barangsiapa yang
mendengarkan
(perkataan)
Ahl al-Bid’ah
sedang dia
mengetahui
bahawa dia
Ahl al-Bid’ah
maka ishmahnya
(keterpeliharaannya
dari kesalahan)
pasti akan
dicabut dan
disandarkan
kepada dirinya
sendiri.
Sementara itu,
Ibnu Wadhah
menerusi
kitabnya yang
berjudul
al-Bida’ wa
al-Nahyu ’anha
menulis
bahawa
al-Imam
al-Auza’i pernah
berkata:[40]
Janganlah kamu
memberi
kesempatan
Ahl al-Bid’ah
untuk berdebat
kerana ia akan
menjadikan
hatimu penuh
keraguan
disebabkan
fitnahnya.
[1] Antara kitab-kitab muktabar yang membicarakan secara khusus persoalan bid’ah adalah al-I’tisham oleh asy-Syathibi, Iqtidha’ ash-Shirath al-Mustaqim oleh Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, Inkar al-Hawadits wa al-Bida’ oleh Ibnu Wadhdhah, al-Ba’its ‘ala Inkari al-Bida’ wa al-Hawadits oleh Syeikh Abu Syamah asy-Syafie, al-Ibda’ fi Madharri al-Ibtida’ oleh Syeikh Ali Mahfuzh, Risalah at-Tahdzir min al-Bida’ oleh Syeikh ‘Abdul Aziz bin Bazz, as-Sunan wa al-Mubatada’at al-Muta’alliqah bi al-Adzkar wa ash-Shalawat oleh Muhammad bin Ahmad al-Syuqairi al-Hawamidi dan lain-lain. [2] Lihat Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama karya Mohd Sabri Mohammed, ms. 209. [3] Lihat Fahami Al-Qur’an Menurut Kaedah Para Ulama karya Mohd Sabri Mohammed, ms. 209. [4] Apakah dakwah Salafiyyah? Ustaz Abdul Wahab Bustami hafizhahullah menerangkan: Dakwah Salafiyyah ialah seruan kepada manusia untuk kembali kepada Kitabullah dan al-Sunnah Rasulullah berdasarkan pemahaman yang benar iaitu sesuai dengan pemahaman para sahabat baginda dan setiap generasi ulama yang mengikuti manhaj mereka dalam semua aspek, baik dalam persoalan akidah, ibadah, muamalah, akhlak, adab dan sebagainya. Dakwah Salafiyyah tidak pernah mengajak manusia kepada jamaah tertentu ataupun aliran tertentu dan ideologi serta perkumpulan tertentu. Tidak pula fanatik kepada tokoh-tokoh tertentu yang tidak maksum. Tetapi dakwah Salafiyyah mengajak umat kepada Allah. Dakwah ini merupakan dakwah semua Rasul. – Lihat Membela Sunnah Nabawiyah karya Ustaz Abdul Wahab Bustami, ms. 148. [5] al-Musyabbihah merujuk kepada golongan yang menyamakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. Keyakinan mereka yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk inilah yang disebut sebagai tasybih. Golongan ini menganggap bahawa apa jua yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya mengenai sifat-sifat-Nya seperti memiliki Tangan (al-Yad), Wajah (al-Wajh), Turun (al-Nuzul) dan lain-lain seumpama, semua itu adalah sama dengan apa yang ada di sisi makhluk-Nya.
Ini berbeza dengan Ahl al-Sunnah di mana Ahl al-Sunnah beriman kepada sifat-sifat Allah sebagaimana yang dikhabarkan-Nya menerusi perantaraan kitab-Nya al-Qur’an dan al-Hadis Nabi-Nya yang sahih, menetapkannya (ithbat) tanpa menyamakannya dengan sifat-sifat makhluk. Dengan kata mudah: 1. Ahl al-Sunnah menetapkan sifat-sifat Allah tanpa menyamakannya dengan makhluk. 2. al-Musyabbihah menetapkan sifat-sifat Allah lalu menyamakannya dengan sifat makhluk. Alhamdulillah penulis sendiri memiliki sebuah buku khas berkenaan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah di dalam berinteraksi dengan tauhid al-Sifat Allah. Sila rujuk buku penulis Aina Allah? (Di Mana Allah?), terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru. [6] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari, ms. 222. [7] Lihat Syarh as-Sunnah karya al-Imam al-Barbahari, ms.129. [8] Lihat Syarhu Ushulus Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih, ms. 49-50. [9] Surah al-Isra’, ayat 48. [10] Alhamdulillah kini terdapat begitu banyak kitab yang telah menjawab pelbagai fitnah yang dilontarkan Ahl al-Bid’ah ke atas Ahl al-Sunnah yang dimasyhurkan dengan gelaran ‘Wahhabi’ ini. Antaranya: 1) Islamiyah Laa Wahhabiyah karya Prof. Dr. Nashir bin Abdul Karim al-‘Aql; edisi terjemahan oleh Abdur Rosyad Siddiq di atas judul Hanya Islam Bukan Wahhabi (Jakarta: Darul Falah). 2) Meluruskan Sejarah Wahhabi karya Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi (Gresik: Pustaka Al-Furqon). 3) Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syeikh Muhammad bin Abd al-Wahhab karya Abdul Aziz bin Muhammad bin Ali Abdul Lathif (Johor: Perniagaan Jahabersa). 4) Haqiqat Da’wat al-Imam Muhammad Ibn Abd al-Wahhab wa Namadzij min Rasa-ilihi, Wasyahadati Ulama’ al-Haramain Lahu karya Syeikh Abdurrahman bin Hammad al-Umr; edisi terjemahan oleh Abdur Rosyad Siddiq di atas judul Hakikat Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (Jakarta: Darul Falah). [11] Lihat al-Risalah fii I’tiqad Ahl al-Sunnah wa Ash-haab al-Hadith wa al-Aimmah karya Syeikh Abu ‘Uthman Ismail bin ‘Abdur Rahman al-Shabuni, ms. 138. [12] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari, ms. 209. [13] Lihat Syarhu Ushulus Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih, ms. 49. [14] Lihat al-I’tisham karya al-Imam asy-Syathibi, jld. 1, ms. 189. [15] Lihat al-I’tisham karya al-Imam asy-Syathibi, jld. 1, ms. 131. [16] Surah al-An’am, ayat 116. [17] Surah al-Najm, ayat 23. [18] Lihat 29 Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf karya Syeikh Abu Abdillah Jamal bin Farihan al-Harithi, ms. 45-46. [19] Lihat Syarhu Ushulus Sunnah karya Syeikh Walid bin Muhammad Nubaih, ms. 53. [20] Potongan dari hadis yang panjang bersumberkan daripada Abu Sa’id al-Khudri. Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahih Muslim, no. 1064. [21] Lihat Fath al-Bari, jld. 12, ms. 283; dalam al-Fitnah wa Mauqiful Muslim Minha karya Dr. Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-‘Aqil, ms. 138. [22] Surah ali-Imran, ayat 7. [23] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 4547, Muslim, no. 2665 dan Abu Daud, no. 4598. [24] Atsar riwayat ad-Darimi 1/49, al-Ajurri dalam asy-Syari’ah, no. 93 dan 102 dan lain-lain. [25] Lihat 29 Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf karya Abu Abdillah bin Farihan al-Harithi, ms. 28. [26] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari; ms. 215. [27] Atsar riwayat Ibnu Abi Zumanain dalam Ushulu Sunnah, no. 8, al-Lalika’i dalam Syarh Ushul al-I’tiqad, no. 201 dan lain-lain. [28] Lihat Telah Datang Zamannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ms. 19. [29] Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 7352. [30] Lihat al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali bin Muhammad Nashir al-Faqihi, ms. 50. [31] Lihat al-Bid’ah Dhawabithuha wa Atsaruha as-Sayyi’ fi al-Ummah karya Dr. Ali bin Muhammad Nashir al-Faqihi, ms. 51. [32] Lihat Raf’ul Malaam ‘An al-Aimmatil A’lam karya Syeikh al-Islam Ahmad bin Taimiyyah, ms. 13. [33] Lihat Zhahirah at-Tabdi’ wa Tasfiq wa Dhawabithuha karya Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan, ms. 72-73. [34] Surah ali Imran, ayat 18. [35] Lihat Telah Datang Zamannya karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, ms. 19. [36] Lihat Zhahirah at-Tabdi’ wa Tasfiq wa Dhawabithuha karya Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan, ms. 95-96. [37] Lihat Syarh Ushul al-I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 267. [38] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari; ms. 212. [39] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari; ms. 213. [40] Lihat al-Wajiz fii ‘Aqidatis Salafish Shalih karya ‘Abdullah bin ‘Abdul Hamid al-Atsari; ms. 213.
|