![]() |
Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
|
MUKADIMAH
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ
باالله من شرور انفسنا, ومن سيئات اعمالنا, من
يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له.
ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له
ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.
egala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami
memohon pertolongan-Nya dan kami memohon
keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala dari keburukan diri
kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa
yang diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala maka tiadalah kesesatan baginya dan
sesiapa yang disesatkan oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala maka tiadalah petunjuk baginya.
Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah
yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami
bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan
Rasul-Nya.
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala :
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa
kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati
melainkan dalam keadaan beragama Islam.
[Surah Ali-’Imran :102]
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu
yang telah
menciptakan kamu dari seorang diri, dan
dari padanya Allah menciptakan isterinya. Dan
dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan
laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan
bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu.
[Surah al-Nisa’:
1]
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu
kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,
nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu
dan mengampuni bagimu dosa-dosamu dan
barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar.
[Surah al-Ahzab: 70-71]
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:[1]
إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ
وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ
الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ
بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ
ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.
Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah
kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk
Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan
seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam
urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah
bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua
yang sesat tempat kembalinya adalah neraka.
Setiap Muslim wajib beriman dengan nama-nama dan
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala
sebagaimana yang tersebut dalam al-Qur’an dan
al-Sunnah kerana keimanan kepada nama-nama dan
sifat-sifat itu merupakan salah satu cara untuk
mengenali-Nya, sedangkan mengenal Allah
Subhanahu wa Ta’ala itu adalah asas bagi
akidah Islam.[2]
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang
mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya
dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah
orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam
masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan
mendapat balasan mengenai apa yang telah mereka
kerjakan.
[Surah al-A’raf: 180]
Termasuk dalam perkara yang dituntut ke atas
setiap umat Islam berhubung dengan keimanan
kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah
Subhanahu wa Ta’ala, sekaligus menjadi bukti
pengenalan mereka terhadap Rabb sekalian alam
ialah kewajipan untuk beriman kepada sifat
keberadaan Allah Subhanahu wa Ta’ala di
atas langit dan beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya
sebagaimana yang akan penulis bahaskan di dalam
buku ini.
¯
Pandangan umum sebahagian umat Islam tentang
persoalan “di mana Allah”.
Jika dilontarkan pertanyaan kepada sebahagian
kaum muslimin tentang keberadaan Allah (di mana
Allah), lazimnya antara jawapan yang sering kita
temui adalah:
Terhadap golongan yang pertama, ia adalah
keyakinan yang batil dan merupakan pegangan
golongan sesat khususnya mereka yang beraliran
al-Jahmiyyah dan al-Muktazilah
iaitu dua aliran yang telah disepakati
kesesatannya di sisi para tokoh Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah.
Sebagaimana golongan yang pertama di atas,
mereka yang duduk dalam kategori kedua
juga memiliki keyakinan yang salah kerana
keyakinan seperti ini merupakan suatu bentuk
kemiripan (tasyabbuh) kepada akidah
orang-orang Nasrani (Kristian) yang berasaskan
kepada konsep Trinity (keyakinan kepada
kesatuan Tuhan dengan Nabi Isa dan Roh Kudus).
Inilah yang biasa disebut-sebut sebagai
Wahdat al-Wujud, Hulul atau
Ittihad[3]
sebagaimana yang menjadi pegangan dalam
kalangan kebanyakan kaum sufi (tarekat kesufian).[4]
Terkecuali daripada kedua-dua kelompok di atas
ialah mereka yang berada dalam kategori yang
ketiga di mana mereka memiliki keyakinan
bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala berada
di atas langit dan beristiwa’ di atas ‘Arasy-Nya.
Golongan ini dikenali sebagai Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah iaitu satu-satunya aliran yang
masih berpijak di atas manhaj Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dan para
sahabat radhiallahu ‘anhum serta para
imam muktabar yang berpegang teguh kepada manhaj
generasi al-Salaf al-Shalih.
Demikian secara ringkas pengenalan kepada tiga
kelompok umat Islam di dalam berinteraksi dengan
persoalan “di manakah Allah”. Buku yang berjudul
أين الله؟
(Di
Mana Allah?)[5]
sebagaimana yang sedang berada di tangan anda
ini disusun khas oleh penulis bagi mengupas
secara lebih terperinci berkaitan persoalan “di
manakah Allah” sebagaimana menurut perspektif
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang bermanhaj
al-Salaf al-Shalih.
[6]
¯
Harapan dan penghargaan.
Penulis berdoa kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala semoga dengan kehadiran buku ini
ianya dapat membawa sidang pembaca sekalian
kepada pemahaman yang tepat lagi benar berhubung
dengan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
yang bermanhaj al-Salaf al-Shalih
dalam
persoalan “di manakah Allah”.
Di samping itu, penulis juga mengharapkan agar
segala informasi yang ditampilkan menerusi buku
ini sedikit sebanyak dapat mencerahkan kembali
kesamaran atau salah faham sebahagian pihak
terhadap pegangan sebenar para pendukung al-Sunnah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
yang selama ini sering dimomokkan sebagai
golongan yang berfahaman al-Mujassimah
dan al-Musyabbihah.
Ribuan terima kasih penulis tujukan teristimewa
kepada kedua ibu bapa penulis, guru-guru serta
rakan-rakan yang selama ini sentiasa memberi
sokongan dan dorongan yang kuat kepada penulis
untuk terus bergiat dalam bidang dakwah
penulisan ini. Penulis mendoakan semoga Allah
Subhanahu wa Ta’ala membalas mereka dengan
apa yang lebih baik di dunia dan di akhirat
kelak. Amin yaa Rabbal ‘Alamin.
Tidak lupa juga, sekalung penghargaan penulis
tujukan khasnya kepada saudara Mohd Hazim Mohd
Kasim, saudara Datu Ramlee Datu Amir Husin,
saudara Mohd Safwan Rusydi, saudari Widada Amir
dan saudari Solehatun Naqiyah Abdul Malik di
atas kesudian mereka meluangkan sedikit masa
untuk membaca pruf dan memberikan sedikit
pembaikan kepada manuskrip buku ini.
Alhamdulillah, segala kritikan dan cadangan
mereka telah banyak membantu penulis di dalam
menyempurnakan penyusunan buku ini.
Walau bagaimanapun sekiranya terdapat kelemahan
di dalam buku ini maka ia adalah di atas
tanggungjawab penyusun. Pada waktu yang sama,
penulis menjemput sidang pembaca yang budiman
sekalian agar dapat memberi teguran dan kritikan
yang positif lagi membina seandainya terdapat
kekhilafan atau ketersasulan yang penulis tidak
sengajakan sepanjang penyusunan buku ini. Segala
teguran dan kritikan positif yang dihulurkan
dalam rangka pembaikan penyusunan buku ini
penulis dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian, selamat membaca.
Assalamu’alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh.
Al-Faqir ila Allah,
Mohd Hairi Nonchi
Kampung Puyut,
Lahad Datu, Sabah.
[1]
Hadis
riwayat al-Nasa’i
di dalam
Sunan al-Nasa’i
(no. 1560).
[2]
Lihat
15 Asas Jati
Diri Muslim
Cemerlang
karya Dr. Azwira
Abdul Aziz, ms.
63.
[3]
Secara
lebih terperinci:
1)
Wahdat al-Wujud ialah kefahaman kesatuan wujud
iaitu tiada yang
wujud yang lain
selain Allah di
alam ini. Dalam
tasawwuf Islam,
konsep Wahdat
al-Wujud
atau Pantheisme
ini berasal
daripada ajaran
Muhyidin Ibn ‘Arabi
(1165-1242H).
Bagi Ibn ‘Arabi,
segala yang
wujud di alam
ini adalah
sebenarnya satu,
tunggal atau Esa,
iaitu Allah
sendiri.
2)
Hulul ialah kepercayaan bahawa Allah bersemayam di dalam tubuh
seseorang. Teori
ini dikaitkan
dengan salah
seorang tokoh
sufi yang
dikenali sebagai
al-Hallaj.
3)
Ittihad ialah kepercayaan sufi bahawa dirinya bercantum dengan
Allah. Teori ini
dikaitkan dengan
seorang tokoh
sufi yang
dikenali sebagai
Abu Yazid al-Bustami.
Walaupun dari segi
perinciannya
terdapat
perbezaan antara
ketiga-tiga
teori atau
doktrin ini,
namun pada
umumnya terdapat
persamaan yang
menjolok kerana
masing-masing
bertolak
daripada fahaman
kesatuan manusia
atau makhluk
dengan Tuhan
belaka. Lebih
lanjut tentang
perkembangan
ketiga-tiga
teori ini, sila
rujuk Aliran
Dakwah Di
Malaysia Satu
Titik Pertemuan
karya
Dr. Abdul Rahman
Hj. Abdullah (Karya
Bestari Sdn Bhd,
Selangor).
[4]
Di sini
terdapat dua
golongan yang
dilihat sebagai
esktrim dalam
berinteraksi
dengan ilmu
tasawwuf di
mana:
1)
Mereka yang menerima seratus peratus apa sahaja perkara yang disandarkan
kepada ilmu
tasawwuf tanpa
terlebih dahulu
meneliti apakah
perkara-perkara
tersebut adalah
sesuatu yang
selari
dengan petunjuk
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih
atau sebaliknya.
2)
Mereka yang menolak ilmu tasawwuf secara total tanpa dibezakan terlebih
dahulu antara
perkara-perkara
yang bersesuaian
dengan ajaran
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih
di dalam ilmu
tasawwuf dengan
perkara yang
bertentangan
dengan kedua-dua
sumber wahyu
tersebut.
Adapun Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah,
mereka adalah
golongan yang
berada di
pertengahan
antara kedua-dua
kelompok ekstrim
di atas di mana
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah
menerima
aliran tasawwuf
sebagai salah
satu disiplin
ilmu yang
penting di dalam
ajaran Islam
sebagaimana
disiplin ilmu
yang lainnya
seperti
‘Ushul al-Fiqh,
Ushuluddin,
Musthalah
al-Hadith,
Tafsir dan
sebagainya yang
tidak pernah
muncul pada
zaman Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam.
Namun pada masa yang sama
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah
juga bertegas di
dalam menolak
apa jua perkara
yang disandarkan
kepada ilmu
tasawwuf
sekiranya ia
jelas bercanggah
atau tidak
selari dengan
petunjuk
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang sahih.
Lebih lanjut berkaitan aliran
tasawwuf menurut
perspektif
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah,
sila lihat:
1)
Pandangan Ibn Taimiyyah Dalam Tasawwuf karya
Hafiz Firdaus
Abdullah yang
dimuatkan di
dalam buku
beliau yang
berjudul
Himpunan Risalah
Dalam Beberapa
Persoalan Ummah
Buku 6
(Perniagaan
Jahabersa, Johor
Bahru).
2)
Fiqh Tasawwuf: Satu Perbahasan Tentang Tasawwuf
Berdasarkan
al-Qur’an dan
al-Sunnah karya Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah; terjemahan oleh Dr.
Basri bin
Ibrahim
al-Hasani
al-Azhari,
(Perniagaan
Jahabersa, Johor
Bahru).
[5]
Dalam
edisi ini (edisi
baru) beberapa
perubahan telah
penulis lakukan,
antaranya adalah
seperti berikut:
1)
Membetulkan kesalahan terjemahan ke atas beberapa ayat al-Qur’an, al-Hadis
dan kata-kata
ulamak yang
terdapat pada
edisi pertama.
2)
Menggugurkan Artikel # 1: Menangkis Fitnah K.H Siradjuddin Abbas & K.H
Tengku
Zulkarnain Ke
Atas Syaikh
al-Islam Ibn
Taimiyyah
yang dilampirkan
bersama cetakan
pertama dan
hanya
mengekalkan dua
artikel
berikutnya
sebagaimana yang
terdapat dalam
edisi ini (sila
lihat lampiran).
Ada pun artikel
yang telah
digugurkan
tersebut, ianya
telah penulis
kembangkan
menjadi sebuah
buku yang khas
berjudul
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah:
Pencetus akidah
Tasybih &
Tajsim?
terbitan
Perniagaan
Jahabersa, Johor
Bahru, 2011.
3)
Memuatkan beberapa maklumat tambahan sebagai penguat kepada hujah-hujah yang
terdapat dalam
perbincangan
buku ini.
[6]
Ditekankan “yang
bermanhaj al-Salaf
al-Shalih”
kerana pemahaman
generasi al-Salaf
al-Shalih
adalah yang
paling benar
berhubung dengan
agama Islam yang
dibawa oleh
al-Qur’an dan
al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi
wasallam.
Generasi al-Salaf
al-Shalih
yang dimaksudkan
di sini ialah
merujuk kepada
mereka yang
hidup pada tiga
kurun pertama
menurut kalendar
Islam iaitu yang
bermula pada
zaman Rasulullah
shallallahu ‘alaihi
wasallam (para
sahabat
radhiallahu’anhum),
generasi
setelah kurun
mereka iaitu
generasi
tabi’in dan
seterusnya ialah
generasi setelah
tabi’in
yang dikenali
sebagai generasi
tabi’ut
tabi’in.
Perintah untuk
berpegang teguh
kepada manhaj
generasi ini dan
keutamaannya
telah pun
diisyaratkan
menerusi banyak
ayat al-Qur’an
dan al-Sunnah
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam.
Antara ayat yang
dimaksudkan
adalah
sebagaimana
firman-Nya:
Golongan
terdahulu yang
terawal (memeluk
Islam) dari
kalangan
Muhajirin dan
Ansar serta
orang yang
mengikuti (manhaj)
mereka dengan
baik Allah redha
kepada mereka
dan mereka pun
redha kepada
Allah, dan Allah
menyediakan bagi
mereka
syurga-syurga
yang mengalir
sungai-sungai di
dalamnya,mereka
kekal di
dalamnya
selama-lamanya.
Itulah
kemenangan yang
besar. [Surah
at-Taubah: 100]
Demikian juga sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam:
خَيْرُ أُمَّتِي
قَرْنِيْ ثُمَّ
الَّذِيْنَ
يَلُونَهُمْ
ثُمَّ الَّذِيْنَ
يَلُوْنَهُمْ.
Sebaik-baik
umatku ialah
kurunku (zamanku)
kemudian kurun
selepas mereka (tabi’in)
kemudian kurun
selepas mereka (tabi’ut
tabi’in).
[Hadis riwayat al-Bukhari
dalam
Shahih al-Bukhari
(no.3650)]
Ini
adalah suatu
perkara yang
amat mustahak
untuk dicermati
oleh setiap umat
Islam
memandangkan
pada
ketika ini telah
bermunculan
begitu banyak
firqah dan
aliran kesesatan
yang turut
melabelkan
firqah atau
aliran mereka
sebagai Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Akan tetapi
dengan sedikit
sahaja
pemerhatian ke
atas pegangan
dan amalan
mereka dalam
beragama
membuktikan ia
adalah suatu
yang bercanggah
dengan pegangan
dan amalan
generasi al-Salaf
al-Shalih,
yakni
generasi terbaik
umat ini (khairul
qurun) yang
juga merupakan
pencetus kepada
aliran Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah
itu sendiri.
Atas dasar ini maka hendaklah
kita semua umat
Islam sentiasa
mengambil
langkah
berpada-pada
agar tidak
terpalit dengan
sesuatu firqah
atau aliran yang
hanya sekadar
mengaku sebagai
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah
akan tetapi
hakikatnya
adalah penganut
dan penegak
sebenar kepada
fahaman dan
amalan bid’ah
dalam agama
serta merupakan
penentang tegar
kepada pegangan
atau manhaj
generasi al-Salaf
al-Shalih
serta para
pendukungnya.
|