Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
Mohd
Hairi Nonchi, anak kelahiran Kampung Puyut,
daerah Lahad Datu, Sabah ini telah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan 3
Lahad Datu dan kemudian melanjutkan pelajarannya
ke peringkat menengah di SMK Sepagaya Lahad Datu,
Sabah. Setelah menamatkan pelajarannya di
peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM), beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran
ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan
Pendidikan Dengan Sains Sosial (Pendidikan
Sejarah dan Geografi) di Universiti Malaysia
Sabah (UMS).
Kini beliau menjawat jawatan sebagai
seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di
daerah Lahad Datu, Sabah.
Mohd Hairi Nonchi mula menceburkan diri dalam
dunia penulisan pada tahun 2009. Usia muda
bukanlah penghalang buatnya menterjemahkan minat
dan ilmu untuk dikongsi bersama. Tempoh
pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
telah membuka peluang yang luas untuknya bergaul
rapat dan bertukar-tukar fikiran dengan golongan
berilmu. Justeru pendedahan yang amat bernilai
ini telah memberinya keyakinan dan terhasillah
buku ini.
Antara karya-karya beliau yang telah berjaya
diterbitkan setakat ini adalah seperti berikut:
|