![]() |
Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
|
Bantahan Ke Atas Golongan
Yang Mentakwilkan Sifat
al-Istiwa’ Allah Dengan al-Istila’
[1]
Orang yang mula-mula dikenal sebagai pelaku
penyelewengan ini adalah sebahagian pengikut
Jahm bin Shafwan[2]
dan golongan al-Muktazilah. Adapun dalil
mereka ialah sebagaimana yang dungkapkan oleh
ahli syair katanya:
Sesungguhnya seorang
lelaki telah menakluki Iraq tanpa pedang atau
darah yang berselerak.
Adapun bantahan terhadap mereka itu, dapat kita
kemukakan dengan pelbagai bentuk iaitu:
Selain daripada itu, perlu juga dijelaskan
bahawa penguasaan Allah ke atas ‘Arasy telah
berlaku sebelum Dia menciptakan langit dan juga
sesudahnya. Berdasarkan ini, dapatlah kita
ketahui bahawa bersemayam di ‘Arasy itu hanyalah
khusus untuk Allah, bukan penguasaan umum
atasnya atau atasnya benda-benda lain.
Selanjutnya apabila ditemukan satu kata yang
banyak digunakan dalam semua sumbernya atas
maksud yang sama, maka semuanya diminta untuk
dialihkan kepada pengertian yang tidak pernah
digunakan kata itu padanya. Maka jelaslah
tindakan ini tidak tepat atau merosak kaedah
bahasa, dan orang yang menghendaki keterangan
yang jelas tidak akan bermaksud demikian dan
tidak pula akan melakukannya. Hal ini telah
dijelaskan oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah
kepada 42 bentuk dalam bukunya, Mukhtashar
al-Shawa’iq, jilid 2 dan hal yang telah kita
sentuh di atas adalah sebahagian daripadanya.
Tentunya ada yang bertanya: apakah jawapan yang
paling tepat yang sepatutnya diberikan kepada
mereka yang bertanyakan perihal (kaifiyat)
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala,
khususnya tentang sifat persemayaman-Nya di atas
‘Arasy di atas langit?
Dr. Abdul Aziz Muhammad as-Salman memiliki
jawapan yang amat baik mengenai persoalan ini
sebagaimana yang diungkapkan oleh beliau di
dalam sebuah buku susunanya yang berjudul
al-Asilatu wa al-Ajwibatul Ushuliyyah ‘Ala
al-‘Aqidah al-Wasithiyyah. Beliau menulis:
[3]
Jawapan yang diberikan oleh al-Imam Malik
rahimahullah adalah merupakan jawapan yang
paling lengkap dan menyenangkan terhadap
orang-orang yang bertanyakan tentang
kaifiyyat persemayaman Allah.
Apabila timbul pertanyaan dengan
kaifiyat
sifat-sifat Allah selain dari persemayaman, maka
jawapan yang beliau berikan ini dapat dijadikan
contoh. Umpamanya, apabila bertanya seseorang
tentang cara Allah Mendengar, maka jawapannya
adalah: Mendengar itu diketahui, tetapi
(bagaimana) cara-Nya mendengar itu adalah
majhul (tidak diketahui), namun beriman
kepada hal itu adalah wajib dan bertanya-tanya
dalam masalah itu adalah suatu perbuatan bid’ah
(penyimpangan).
Demikian jugalah jawapan-jawapan tentang
sifat-sifat Allah yang lain, apabila ditanya
orang tentang kaifiyatnya
seperti sifat
basyar (melihat), sifat
redha
(meredai), sifat ajab
(hairan), sifat
yad (tangan), sifat
nafs (diri),
sifat kurh (benci),
hayat (hidup),
sifat qudrat (kuasa), sifat
Quwwat
(kuat) dan segala (sifat-sifat Allah) yang lain.
[1]
Lihat
al-Asilatu wa
Ajwibatul
Usuliyyah 'Alal
Aqidatil
Wasathiyah
karya Dr. Abd
Aziz Muhammad
As-Salman, ms.
175-177.
[2]
Beliau
ialah tokoh
besar bagi
aliran al-Jahmiyyah.
Kepada beliau
nama aliran
tersebut
disandarkan (iaitu
Jahm kepada
al-Jahmiyyah).
Antara
pemikiran sesat
aliran ini yang
terkenal adalah
mendakwa
al-Qur'an
sebagai makhluk
Allah, Allah
berada di merata
tempat (di
mana-mana),
menafikan (ta'thil
atau
meniadakan)
sebahagian
sifat-sifat
Allah khususnya
sifat al-Istiwa'
(bersemayam)
Allah di atas 'Arasy
di atas langit,
Tangan (al-Yad)
Allah dan lain-lainnya.
Dilihat dari
segi sejarah
asal-usul
kelahiran aliran
ini, al-Jahmiyah
dipercayai
berasal daripada
Ja'd ibn Dirham,
daripada Aban
ibn Sam'an,
daripada Thaluth
iaitu anak
kepada saudara
perempuan Lubaid
ibn al-A'sham,
seorang
Yahudi yang
pernah menyihir
Rasulullah
shallallahu 'alaihi
wasallam.
Jahm bin Shafwan
telah meninggal
dunia pada tahun
127H akibat
daripada dibunuh
oleh Salm bin
Ahwaz.
Lihat penjelasan
ini dalam
Pembongkaran
Jenayah Ilmiah
Buku Salafiyah
Wahabiyah
karya Hafiz
Firdaus Abdullah,
ms. 33.
[3]
Lihat
al-Asilatu wa
Ajwibatul
Usuliyyah 'Alal
Aqidatil
Wasathiyah
karya Dr. Abd
Aziz Muhammad
As-Salman,
ms. 180-181.
|