![]() |
Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
|
Makna Sebenar al-Istiwa’ Allah Di Atas ‘Arasy Di Atas Langit
al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani
rahimahullah (852H) menyatakan dalam
kitabnya, Fath al-Baari, jld. 13,
ms. 406 bahawa Ibn Baththal rahimahullah
berkata:
[1]
Ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan kalimah
(الإسواء)
mengenai firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
(dalam surah al-Baqarah, ayat 29):
Kemudian
Dia menuju ke langit.
Menurut pendapat golongan Muktazilah berdasarkan
istilah bahasa Arab adalah
bermaksud (الإستيلاء)
iaitu kasar dan mengalahkan dengan zalim
berdalilkan sebuah syair Arab berbunyi:[2]
قد
استوى بشر على العراق
من غير سيف ودم مهراق
(Maksudnya): Orang ramai telah menuju
(menyerang) ke atas Iraq tanpa pedang tetapi
darah berciciran.
Tetapi, golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
menolak pendapat mereka. Menurut mereka,
pendapat golongan al-Muktazilah
itu
dianggap fasid
(membawa kerosakan pada
makna al-Qur’an) dan tidak boleh diterima kerana
Allah tidak layak disifatkan dengan bersifat
kasar dan mengalahkan dengan zalim.
Menurut mereka, pendapat paling sahih dan benar
mengenai pentafsiran kalimah adalah bermakna
kedudukan paling tinggi. Inilah pendapat yang
dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Allah sendiri mensifatkan diri-Nya dengan
kedudukan yang Maha Tinggi. Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala (dalam surah Yunus, ayat
18):
Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi kedudukan-Nya
dari apa yang mereka sekutukan. Jelaslah bahawa kedudukan Allah di tempat paling tinggi termasuk salah satu daripada sifat-sifat dzat-Nya.
al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani
rahimahullah berkata sebagaimana yang
dinukil daripada kitab Syarh al-’Aqidah
al-Wasathiyyah oleh al-Hirash, ms. 91:
[3] Boleh dikatakan bahawa pendapat paling tepat mengenai kalimah (استوى) ialah ia termasuk salah satu daripada sifat-sifat perbuatan Allah yang berkait rapat dengan dzat-Nya.
al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani
rahimahullah menjelaskan lagi dalam
kitabnya, Fath al-Baari, jld. 13, ms.
406:[4]
Dinukilkan daripada Abu Ismail al-Harawi dalam
kitab al-Faruq yang mana sanadnya sampai
kepada Daud bin Ali bin Kholaf, katanya: Ketika
kami bersama-sama Abdullah bin al-’Arabi
(Muhammad bin Jiyad al-Lughawi) seorang lelaki
telah bertanya mengenai firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala (surah Taha, ayat 5):
Al-Rahman (Allah), Dia berada di suatu keadaan
yang amat tinggi di atas ‘Arasy.
Abdullah bin al-’Arabi (seorang pakar bahasa
Arab) menjawab: Dia berada di atas ‘Arasy
seperti mana yang disifatkan oleh-Nya. Lelaki
itu berkata: Wahai Abdullah! Sesungguhnya apa
yang aku tahu bahawa makna al-Istawa’
ialah (استول),
iaitu mentadbir di mana-mana. Abdullah berkata:
Diam! Jangan sekali-kali kamu mengatakan
al-Istiwa’ ialah bermaksud Istaula,
iaitu mentadbir atas sesuatu perkara (urusan) di
mana-mana sedangkan berlawanan dengan apa yang
difirmankan oleh Allah. Orang yang berada di sekeliling Abdullah berkata: Jikalau (استوى) bermakna (استول), iaitu mentadbir di mana-mana tanpa pengkhususan berada di atas ‘Arasy, mustahil kerana perkara itu berlaku ke atas semua makhluk.
Sementara itu, Syaikh Abd al-Qadir
al-Jailani rahimahullah (561H) menulis di
dalam kitabnya, al-Ghunya li Thalibi Tariq
al-Haqq:[5]
وينبغي إطلاق صفة الاستواء من غير تأويل, وأنه
استواء الذات على العرش لا على معنى القعود
والمماسة كما قالت المجسمة والكرامية ولا على معنى
العلو والرفعة كما قالت الأشعرية ولا على معنى
الاستيلاء والغلبة كما قالت المعتزلة.
لأن الشرع لم يرد بذلك ولا نقل عن أحد من الصحابة
والتبعين من السلف الصلح من أصحاب الحديث ذلك, بل
المنقول عنهم حمله على الإطلاق.
Sebetulnya perkataan
al-Istiwa’ digunakan
secara terus tanpa al-Takwil,
iaitu
al-Istiwa’ al-dzat di atas ‘Arasy. Ia
bukanlah bererti duduk dan bersentuhan (dengan
objek yang diduduki) sebagaimana dakwa
orang-orang al-Mujassimah
dan
al-Karamiyyah. Tidak juga bererti tinggi dan
kemuliaan sebagaimana dakwa orang-orang
al-Asya’irah dan tidak juga bererti
kekuasaan atau dominasi sebagaimana dakwa
orang-orang al-Muktazilah.
Ini kerana al-Syari’
(Allah) tidak
mengkehendaki (takwilan) yang sedemikian. Dan
(takwilan) sedemikian tidak kami nukil daripada
seorang jua daripada kalangan para sahabat,
tabi’in daripada kalangan orang-orang
terdahulu yang salih (al-Salaf al-Shalih)
daripada kalangan Ahl al-Hadis.[6]
Sebaliknya yang diterima daripada mereka
menunjukkan bahawa ia (sifat
al-Istiwa’)
difahami secara terus.
Kesimpulannya, wajib golongan Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah menetapkan bahawa Allah berada
di atas ‘Arasy mentadbir segala urusan. Haram
sama sekali mengatakan bahawa Allah mentadbir
makhluk-Nya di mana-mana kerana ia merendahkan
sifat Allah yang Maha Berkuasa Mentadbir makhluk
tanpa perlu berada di mana-mana. Hanya berada di
‘Arasy, Allah Mengetahui segala perbuatan
makhluk-Nya. Berbeza dengan makhluk yang
mentadbir di atas muka bumi. Mereka perlu kepada
pengkhususan tempat untuk mentadbir.
Yang peliknya, pengikut-pengikut fahaman
Asya’irah,[7]
termasuk masyarakat nusantara mengguna pakai
fahaman al-Muktazilah ini. Mereka
menafsirkan kalimah (استوى)
bermakna (استول)
dan perkara ini tersebar luas pada sesetengah
kitab tafsir, tauhid dan pendapat-pendapat para
ulamak terkemudian.
Mereka mengingkari ketinggian Allah yang berada
di atas ‘Arasy. Sedangkan perkara itu tsabit
daripada al-Qur’an, hadis Nabi yang sahih,
pendapat para sahabat, tabi’in dan imam-imam
mujtahid. Bahkan, pendapat mereka itu berlawanan
dengan bahasa Arab sebenar yang difahami oleh
seluruh bangsa Arab dan tidak perlu kepada
takwilan (pengubahsuaian ayat dan makna) kerana
al-Qur’an itu sendiri diturunkan menurut bahasa
mereka. Apakah mereka masih memerlukan kalimah
bahasa Arab yang lain untuk memahamkan firman
Allah itu?
Jika jawapannya ya! Sudah tentu tidak ada
perbezaan antara golongan ini dengan bangsa
Yahudi yang melampau dalam mentakwil dan
mengubah maksud firman Allah yang asal dengan
tangan mereka. Ibn al-Qayyim rahimahullah
berkata:
[8]
Allah telah memerintahkan orang yang Yahudi
supaya berkata (حطة)
iaitu yang bermaksud bebaskanlah kami daripada
dosa. Tetapi, mereka mengatakan (حنطة),
iaitu bermaksud gandum atau bijirin. Mereka
telah menukar (tahrif) kalimah asalnya.
Begitu juga perbuatan golongan yang suka
mentakwil (mengubah makna asal) ayat Allah.
Apabila Allah mendatangkan kalimah (استوى)
iaitu bermaksud kedudukan paling tinggi di atas
‘Arasy tetapi mereka mentakwilkan kepada (استول),
iaitu mentadbir di mana-mana. Lihatlah bagaimana
mereka menyamakan perbuatan mereka hanya dengan
menambah huruf lam pada kalimah (استوى)
menjadi (استول)
sama seperti perbuatan Yahudi menambah huruf
nun (ن)
pada kalimah (حطة)
menjadi (حنطة).
Akhir sekali, perhatikan ucapan Syaikh
al-Albani rahimahullah di bawah ini,
beliau berkata:[9]
Subhanallah!
Istaula. Kata tersebut dalam bahasa Arab
mengharuskan bahawa di sana terdapat pertarungan
antara Allah dengan selain-Nya dan yang
selain-Nya ini tidak lain ialah sebahagian
makhluk-Nya, lalu Allah menguasai kerajaan-Nya!!
Siapakah yang mengatakan ucapan ini?
Mereka telah mengetahui dan salah seorang
pembesar mereka dari kalangan yang menyimpang
dari al-Salaf al-Shalih
telah menjelaskan
mengenai takwil ayat-ayat sifat dan hadis-hadis
sifat. Ia menjelaskan: “Perkataan kami mengenai
takwil ayat: Istawa bermakna istaula dengan
menarik makna muhalabah (saling
mengalahkan).”
[1]
Lihat
Fahami Al-Qur’an
Menurut Kaedah
Para Ulama
karya
Mohd Sabri
Mohammed, ms.
34-36.
[2]
Dr. ‘Asim
bin Abdullah
al-Quryutti
menjelaskan
bahawa
pendalilan pihak
Ahl
al-Takwil
kepada bait
(rangkap)
Masnuq Mukhtaliq
di atas bagi
membolehkan
kaedah
al-Takwil
diaplikasikan ke
atas sifat
al-Istiwa’
Allah kepada
al-Istila’
adalah tertolak
kerana bait
tersebut
bukanlah syair
Arab, sebaliknya
adalah sebuah
syair yang
berasal daripada
agama Nasrani
(Kristian).
Tambahnya lagi,
jika disifatkan
Allah dengan
sifat
al-Istila’
ke atas
‘Arasy-Nya
sebagaimana
al-Istila’
manusia ke atas
Iraq maka ia
adalah suatu
bentuk
penyerupaan (tasyabbuh)
antara Allah
dengan makhluk.
Ini bercanggah
dengan firman
Allah dalam
surah asy-Syura
ayat 11 dan
al-Ikhlas ayat 4
yang menegaskan
bahawa Allah
adalah
bebas
daripada
memiliki apa-apa
bentuk kesamaan
dengan sifat
makluk-Nya. Sila
lihat keterangan
ini dalam buku
beliau yang
berjudul
Bahaya Kejahilan
Bagi Kebanyakan
Ketetapan Akidah
(terjemahan oleh
Abu Abdul Rahman
Radhi Abdul
Karim Abdul
Rahman
al-Khudri), ms.
37-38.
[3]
Lihat
Fahami Al-Qur’an
Menurut Kaedah
Para Ulama
karya
Mohd Sabri
Mohammed,
ms. 36.
Para
ulamak Salaf
membahagikan
sifat Ketinggian
(al-’Uluw)
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
kepada
dua iaitu:
1)
Ketinggian
sifat-Nya (al-’Uluw
al-Sifat),
maknanya adalah
bahawa
sifat-sifat
Allah itu adalah
tinggi dan tidak
ada pada
sifat-Nya
apa-apa
kekurangan. Ini
adalah
berdasarkan
kepada firman
Allah dalam
surah al-Naml,
ayat 60 yang
bermaksud:
Dan Allah
mempunyai sifat
yang Maha
Tinggi.
2)
Ketinggian
dzat-Nya (al-’Uluw
adz-Dzati),
dalam erti kata
Allah berada di
atas segala
makhluk-Nya dan
tidak ada satu
jua daripada
makhluk-Nya yang
dapat mengatasi
atau
meliputi-Nya.
Ini adalah
berdasarkan
kepada
firman-Nya dalam
surah
al-Baqarah, ayat
255 yang
bermaksud:
Dan Dia Maha
Tinggi lagi Maha
Besar.
[4]
Lihat
Fahami Al-Qur’an
Menurut Kaedah
Para Ulama
karya
Mohd Sabri
Mohammed,
ms. 36-37.
[5]
Lihat
Pembongkaran
Jenayah Ilmiah
Buku Salafiyah
Wahabiyah
karya Hafiz
Firdaus Abdullah,
ms. 303-304.
[6]
Pendedahan
Syaikh Abd
al-Qadir al-Jailani
rahimahullah
(561H)
di atas
membuktikan
bahawa
pengaplikasian
kaedah al-Takwil
ke atas
nas-nas al-Sifat
Allah itu
bukanlah
merupakan manhaj
generasi al-Salaf
al-Shalih
melainkan ia
adalah bid’ah
yang
diada-adakan
oleh sebahagian
ulamak
mutakhkhirin
(khalaf).
Lebih lanjut,
sila lihat
Artikel # 2
yang penulis
lampirkan
bersama buku ini
bagi melihat
kelemahan dan
kemudaratan di
sebalik
pengaplikasian
kaedah al-Takwil
ke atas
nas-nas al-Sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
[7]
Pada
hakikatnya,
al-Asy’ariyyah
(aliran al-Asya’irah)
tidak dapat
dinisbatkan
kepada
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah
kerana beberapa
perbezaan
prinsip yang
mendasar,
antaranya:
1)
Golongan al-Asy’ariyyah
mentakwil
sifat-sifat
Allah
Ta’ala
sebagaimana yang
telah ditetapkan
oleh Allah dan
Rasul-Nya,
seperti sifat
al-Istiwa’,
Wajah, Tangan,
al-Qur’an
Kalamullah dan
lain-lain.
2)
Golongan al-Asy’ariyyah
menyibukkan diri
mereka dengan
ilmu kalam (falsafah),
sedangkan ulamak
Ahl al-Sunnah
justeru mencela
ilmu kalam,
sebagaimana
penjelasan
al-Imam
asy-Syafi’i
ketika mencela
ilmu kalam. (Perkara
ini akan penulis
sentuh dalam
beberapa halaman
yang akan datang,
Insya’ Allah).
3)
Golongan al-Asy’ariyyah
menolak
khabar-khabar
yang sahih
tentang
sifat-sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala,
mereka
menolaknya
dengan akal dan
qiyas (analogi)
mereka.
Lihat keterangan
ini dalam
Syarah ‘Aqidah
Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah
karya Ustaz
Yazid bin
Abdul Qadir
Jawas,
ms.44.
[8]
Lihat
al-Qasidah al-Nuniyyah
karya Ibn
al-Qayyim; dalam
Fahami
Al-Qur’an
Menurut Kaedah
Para Ulama
karya
Mohd Sabri
Mohammed, ms.
37-39 diikuti
dengan beberapa
tambahan
daripada penulis.
[9] Lihat
at-Ta’liiqaatus
Saniyyah Syarh
Ushulud Da’wah
as-Salafiyyah
karya Syaikh
Muhammad
Nashiruddin al-Albani,
ms. 118-119.
|