![]() |
Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
|
Bantahan Para tokoh
Ahl al-Sunnah
Ke Atas
Para Pengingkar Sifat
al-Istiwa’ Allah
Di Atas ‘Arasy Di Atas Langit
Telah bersepakat (ijmak) seluruh
kaum Muslimin bahawa barangsiapa yang menolak
Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai Tuhan
yang wajib diimani dan disembah, maka dia telah
kafir. Demikian juga, sesiapa yang mengingkari
salah satu sahaja daripada sifat-sifat Allah
Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang Dia
khabarkan di dalam al-Qur’an dan/atau al-Hadis
Rasul-Nya yang sahih adalah kafir kerana
mengingkari sifat-sifat Allah Subhanahu wa
Ta’ala adalah sama seperti mengingkari yang
empunya sifat itu sendiri iaitu Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
Sebagaimana halnya setiap muslim menetapkan
adanya Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia
juga wajib menetapkan adanya sifat-sifat Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Sebagaimana kita
tidak dapat mengetahui kaifiyyat dzat
Allah Subhanahu wa Ta’ala maka demikian
juga kita tidak mungkin dapat mengetahui hakikat
bagi kaifiyyat sifat-sifat yang dimiliki
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Oleh sebab itu, kita dapat perhatikan bahawa
para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
sejak zaman dahulu sehingga kini amat tegas di
dalam membantah golongan yang sengaja menolak
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala.[1]
Bagi melihat sejauh manakah tahap ketegasan
mereka di dalam mengingkari para penafi
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala
ini, mari kita melihat pernyataan mereka
sebagaimana yang dinukil di bawah ini.
1 - Abu Bakar Muhammad bin Ishaq Khuzaimah
(311H).
Abu Bakar Muhammad bin Ishaq Khuzaimah
rahimahullah (311H) berkata:
[2]
Barangsiapa yang tidak menetapkan (ithbat)
bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berada di
atas ‘Arasy-Nya (Dia beristiwa’) di atas
tujuh langit-Nya, maka dia adalah kafir terhadap
Tuhannya. Halal darah ke atasnya. Dia diminta
agar bertaubat. Sekiranya dia enggan, dia boleh
dipancung lehernya (dibunuh) dan mayatnya
dilemparkan ke tempat pembuangan kotoran agar
kaum Muslimin dan (المعاهدون)
(orang-orang bukan Islam yang telah membuat
perjanjian damai dengan pemerintah kaum
Muslimin) tidak terkena kotorannya itu dan bau
mayatnya.
Adalah hartanya menjadi harta rampasan, tidak
ada seorang pun kaum Muslimin yang boleh
mewarisi hartanya kerana seorang Muslimin tidak
berhak untuk mewarisi harta daripada orang kafir
sepertimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam (yang bermaksud): Seorang Muslim
tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak
mewarisi orang Muslim.
Dalam kenyataannya yang lain beliau menyebut:
[3]
Barangsiapa tidak menetapkan Allah Ta’ala di
atas ‘Arasy-Nya dan Allah al-Istiwa’
di atas tujuh langit-Nya, maka dia telah kafir
dengan Tuhannya.
2 - Al-Imam Utsman bin Sa’id ad-Darimi (280H).
Berkata al-Imam Utsman bin Sa’id ad-Darimi
rahimahullah (280H) ketika menegaskan:[4]
Allah Subhanahu wa Ta’ala berada di atas
‘Arasy, berada di atas langit-Nya, dan meliputi
makhluk-Nya. Barangsiapa yang tidak mengetahui
hal ini bererti dia tidak mengetahui (mengenal)
Tuhannya yang disembah. Pengetahuan
Allah terhadap hujung pangkal ciptaan-Nya
dari atas ‘Arasy-Nya adalah satu, tidak jauh
dari-Nya seperti firman-Nya (dalam surah Saba’,
ayat 3 yang bermaksud):
Tidak ada tersembunyi daripada-Nya seberat zarah
pun yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang
lebih kecil itu dan yang lebih besar, melainkan
tersebut dalam kitab nyata (Lauh Mahfuzh). Maha
Suci Allah daripada orang-orang yang menolak
sifat-sifat-Nya, sesungguhnya dia Maha Tinggi
lagi Maha Besar.
3 - Al-Imam Abu Hanifah (150H).
al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H)
berkata:
[5]
مَنْ أَنْكَرَ أَنَّ اللهَ عَزَّوَجَلَّ فِيْ
السَّمَاءِ فَقَدْ كَفَرَ.
Barangsiapa yang mengingkari bahawa Allah
‘Azza wa Jalla berada di atas langit maka
dia kafir.
Diriwayatkan oleh Syaikh al-Islam Abu Isma’il
al-Anshari dalam bukunya al-Faruq dengan
jalur sanadnya sendiri kepada al-Muthi’
al-Bakhi, bahawasanya beliau pernah bertanya
kepada Abu Hanifah tentang orang yang
menyatakan:[6]
Saya tak tahu, apakah Rabb saya di langit atau
di bumi? Beliau (al-Imam Abu Hanifah)
menyatakan: Orang itu kafir. Kerana Allah
berfirman: Ar-Rahman yang bersemayam di atas
‘Arasy. ‘Arasy itu berada di atas tujuh
langit. Aku bertanya: Bagaimana kalau dia
menyatakan bahawa Allah di atas ‘Arasy, tetapi
dia juga berkata: Saya tidak tahu apakah ‘Arasy
itu berada di langit atau di bumi. Beliau
menjawab: Orang itu kafir, kerana dia tidak
mempercayai bahawa Allah itu di langit. Orang
yang tidak mempercayai Allah itu di atas langit,
bererti dia kafir.
4 -
Al-Imam adz-Dzahabi (748H).
Hukum pengkafiran ke atas mereka yang
mengingkari Allah beristiwa’ di atas
‘Arasy-Nya di atas langit juga turut ditegaskan
oleh al-Imam adz-Dzahabi rahimahullah
iaitu salah seorang ulamak pembesar bagi mazhab
Syafie. Di dalam kitabnya, Mukhtasar al-’Uluw
li al-’Aliy al-Ghaffar, ms. 137, beliau
berkata:
[7]
Sesiapa
yang mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa Jalla
di langit, maka dia seorang yang kafir.
5 - Al-Imam Abu Zur’ah dan Abu Hatim.
Berkata al-Imam Abu Zur’ah dan Abu Harim:[8]
Ahli Islam telah bersepakat untuk menetapkan
sifat bagi Allah dan bahawasanya Allah di atas
‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya dan ilmu-Nya di
setiap tempat. Barangsiapa yang mengatakan
selain ini maka baginya laknat Allah.
6 - Wahhab bin Munabbih.
Telah diriwayatkan Yunus bin Abdus Samad
daripada ayahnya bahawa Ja’ad bin Dirham pernah
menemui Wahhab bin Munabbih menanyakan tentang
sifat-sifat Allah Ta’ala, lalu beliau
(Wahhab bin Munabbih) berkata:
[9]
Wahai Ja’ad! Celakalah engkau dalam beberapa
masalah! (kerana Ja’ad mengingkari sifat-sifat
Allah -pen). Sesungguhnya aku menganggapmu
seorang yang celaka. Wahai Ja’ad! Jika Allah
tidak memberitahu kepada kami di dalam kitab-Nya
al-Qur’an bahawa Dia memiliki Tangan, Mata dan
Wajah, tidaklah aku mengatakan yang demikian,
bertaqwalah (takutlah) engkau kepada Allah!”
Kemudian tidak berapa lama Ja’ad pun dibunuh dan
disalib.
7 - Khalid bin Abdillah al-Qisri.
Khalid bin Abdillah al-Qisri suatu ketika
berkhutbah pada hari raya ‘Aidul ‘Adha di
Basrah. Pada akhir khutbahnya ia berkata:
[10]
Pulanglah kamu ke rumah masing-masing dan
sembelilah kurban-kurban kamu. Semoga Allah
memberkahi korban kamu. Sesungguhnya pada hari
ini aku akan menyembelih Ja’ad bin Dirham kerana
dia berkata: ‘Tidak pernah mengangkat Ibrahim ‘alaihi
salam sebagai kekasih-Nya dan tidak pernah
mengajak Musa berbicara.’
Sungguh Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan
Ja’ad kerana kesombongan. Maka Khalid turun dari
mimbar dan menyembelih Ja’ad dengan tangannya
sendiri, kemudian memerintahkan untuk disalib.
8 - Al-Imam Malik bin Anas (179H).
Abu Nu’aim mentakhrijkan dari Ja’far bin
Abdillah, berkata:
[11]
Ketika kami berada di samping (al-Imam) Malik
bin Anas, datanglah seorang pemuda lalu
bertanya: Wahai Abu Abdillah, ar-Rahman (Allah
Yang Maha Pengasih) bersemayam di ‘Arasy,
bagaimana bersemayam-Nya? Mendengar pertanyaan
ini, al-Imam Malik menjadi berang dan marah.
Lalu dia menundukkan muka ke bumi seraya
menyandarkannya ke tongkat yang dipegangnya
hingga tubuhnya bersimbah peluh.
Setelah ia mengangkat kepalanya, dia lantas
berkata: Cara bersemayam-Nya tidak diketahui
(tidak dapat digambarkan), sedang al-Istiwa’
(bersemayam) telah jelas dan diketahui, beriman
kepadanya adalah wajib, dan bertanya tentangnya
adalah bid’ah.[12]
Aku menyangka engkau si pelaku bid’ah. Lalu
beliau menyuruh orang itu keluar.
9 - Yahya bin Mu’az ar-Razi (258H).
Yahya berkata:
[13]
Allah Ta’ala di atas ‘Arasy, terpisah
dari hamba-hamba-Nya. Allah telah meliputi
segala sesuatu dengan Ilmu-Nya dan telah
menghitung segala sesuatu. Tidak ada yang ragu
terhadap pandangan ini kecuali dia adalah
seorang
al-Jahmiyyah
yang busuk, sesat, binasa dan ragu-ragu kerana
dia mencampuradukkan Allah dengan makhluk-Nya
dan membaurkan dzat-Nya dengan kotoran dan
benda-benda busuk.
10 - Al-Imam Abu Yusuf (182H).
Bisyr Ibn al-Walid datang kepada Abu
Yusuf dan berkata kepadanya:
Anda melarang saya dari ilmu kalam sedangkan
Bisyr al-Marisi, Ali al-Ahwal dan si Fulan....
mengikuti ilmu kalam. Abu Yusuf menjawab: Apa
kata mereka?. Dia menjawab: Mereka mengatakan
Allah di setiap tempat. Maka, Abu Yusuf pergi
menemui mereka sambil berkata: Biarkan saya yang
menghadapi mereka.
Sampai Abu Yusuf mendatangi mereka dan
Bisyr telah berdiri lalu Ali al-Ahwal dan
seorang lainnya dibawa kepadanya. Abu Yusuf
berkata kepada tiga orang tersebut:[14]
Seandainya ada adab pada dirimu, nescaya saya
sebat kamu. Dan dia memerintahkan untuk
disumbatkan ke dalam penjara. Sedangkan Ali
al-Ahwal dipukul sambil diarak keliling.
11 - Abu Bakar al-Baqillani (403H).
Abu Bakar al-Baqillani rahimahullah
(403H) berkata di dalam kitab al-Ibanah:
[15]
Jika ada yang bertanya, apakah kalian
berpandangan bahawasanya Allah ada di setiap
tempat, maka jawablah, aku berlindung kepada
Allah dari pandangan seperti itu. Dia bersemayam
di atas ‘Arasy-Nya, sebagaimana yang Dia
khabarkan di dalam kitab-Nya:
Allah Yang Maha Penyayang bersemayam di atas
‘Arasy.
Kepada-Nya naik perkataan-perkataan yang baik
dan amal soleh yang dinaikkan-Nya.
Apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di
langit.
Jika Dia di setiap tempat, nescaya juga akan
berada di dalam perut dan mulut manusia, perut
binatang melata serta akan bertambah dengan
bertambahnya tempat. Kita juga nescaya dapat
menghadap kepada-Nya (dalam solat dan doa) ke
setiap arah bumi, ke arah belakang kita, ke
sebelah kanan atau sebelah kiri. Dan kaum
Muslimin telah ijma’ dalam menentang
pandangan ini dan menyalahkan orang yang
mengatakannya.
12 - Syaikh al-Islam Abd al-Qadir al-Jailani
(561H).
Atsar Syaikh al-Islam Abd al-Qadir al-Jailani
rahimahullah (561H) menjelaskan:
[16]
Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Dia berada di
tiap-tiap tempat, bahkan (wajib) mengatakan:
Sesungguhnya Dia di atas langit (yakni) di atas
‘Arasy sebagaimana Dia telah berfirman:
(Allah) Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Dia
beristiwa’. Dan patutlah memutlakkan sifat
al-Istiwa’ dengan dzat-Nya di atas
‘Arasy. Keadaan-Nya di atas ‘Arasy disebut pada
Nabi yang Dia utus tanpa (bertanya): Bagaimana
caranya (Allah al-Istiwa’ di atas
‘Arasy-Nya).
Beliau juga berkata:
[17]
Tentang bersemayamnya Allah di atas
‘Arasy, telah disebutkan dalam setiap kitab yang
diturunkan pada setiap nabi yang diutus, tanpa
perlu membayangkannya kerana Allah juga
disifatkan dengan (sifat di atas, berkuasa,
meliputi dan menang atas segala makhluk-Nya,
termasuk ‘Arasy dan lain-lain. Maka sifat
bersemayam tidak benar jika dialih maknanya
kepada makna-makna di atas. Ini kerana sifat
al-Istiwa’ termasuk sifat dzatiyah
setelah
dikhabarkan, dinaskan dan ditegaskan di dalam
tujuh ayat dalam kitab-Nya dan al-Sunnah
Rasul-Nya.
Bersemayam merupakan sifat yang lazim untuk-Nya
dan sesuai dengan-Nya; seperti Tangan, Wajah,
Pendengaran, Penglihatan, Hidup, Berkuasa,
Pencipta, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.
Dia disifatkan dengan semua itu dan kita tidak
boleh keluar dari al-Kitab dan al-Sunnah. Kita
baca ayat-ayat (al-Qur’an) dan hadis-hadis
(Rasulullah yang sahih), kita mengimaninya dan
kita serahkan kaifiyat (ciri-ciri,
tatacara dan bentuk) sifat-sifat itu kepada ilmu
Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Demikian beberapa keterangan daripada para tokoh
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berhubung
dengan penetapan mereka ke atas al-Sifat Allah
beristiwa’ di atas ‘Arasy di atas langit
serta pengingkaran mereka ke atas pihak yang
menolak penetapan tersebut. Ibn Abil ‘Izz
al-Hanafi rahimahullah di dalam bukunya
Syarh al-’Aqidah ath-Thahawiyyah, ms. 288
menyebut:
[18]
Semua itu (iaitu dalil tentang sifat
al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di atas
langit), kalau dihuraikan satu persatu secara
panjang lebar, akan mencapai seribu dalil. Oleh
kerana itu, orang yang mentakwilkannya harus
menjawab semuanya, tetapi ia tidak akan boleh
dan tidak akan mampu menemukan jawapan yang
sahih walaupun hanya sebahagiannya sahaja.
Oleh itu tiada jalan lain untuk kita beriman
kepada sifat-sifat Allah dengan keimanan yang
sempurna melainkan adalah dengan cara kembali
kepada manhaj Rasulullah, para sahabat dan
seluruh generasi al-Salaf al-Shalih iaitu
dengan menetapkan apa yang Allah sifatkan ke
atas Diri-Nya, memahami maknanya serta
menyerahkan ilmu mengenai hakikat ciri-ciri,
bentuk dan cara sifat-sifat tersebut kepada
Allah di samping mensucikan-Nya (tanzih)
daripada sebarang keyakinan yang boleh membawa
kepada mentasybihkan-Nya kepada sesuatu
selain-Nya.
al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah berkata sebagaimana
yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Lalika’i
(418H) dalam kitab Syarah Ushul I’tiqad Ahlis
Sunnah wal Jama’ah, no: 736:
[19]
Semua yang Allah Ta’ala sifatkan untuk
diri-Nya dalam al-Qur’an, maka bacaannya adalah
tafsirnya. Tidak perlu bertanya bagaimana dan
tidak ada yang serupa dengan-Nya.
Sementara itu, al-Imam al-Baghawi
rahimahullah menerusi kitabnya Syarhus
Sunnah, jld. 1, ms. 171 telah menukilkan
kata-kata al-Walid bin Muslim rahimahullah
di mana beliau (al-Walid bin Muslim)
berkata:[20]
Aku bertanya kepada al-Auza’i, Sufyan bin
‘Uyainah dan Malik bin Anas tentang hadis-hadis
dalam masalah al-Sifat (Allah) dan ru’yah,
maka mereka menjawab: Perlakukanlah sebagaimana
apa adanya tanpa menanyakan bagaimananya (kaifiyyat).
Hal yang sama juga ditegaskan oleh salah seorang
tokoh besar bagi mazhab Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah iaitu al-Imam Abu Hanifah
rahimahullah di mana beliau menyebut:
[21]
Seseorang tidak boleh berbicara sedikit pun
tentang dzat Allah, namun hendaklah ia
menyifatkan-Nya dengan sifat-sifat yang telah
Allah sifatkan untuk diri-Nya dan tidak
mengatakan dalam hal ini dengan pendapat semata.
Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi, Rabb semesta
alam.
Penegasan al-Imam Abu Hanifah rahimahullah
terhadap larangan membicarakan
sifat-sifat
Allah
dengan pendapat akal semata-mata menunjukkan
bahawa tindakan sedemikian bukanlah menjadi
manhaj di sisi
Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah,
sebaliknya ia adalah merupakan manhaj golongan
Ahl al-Bid’ah
dari
kelompok
al-Jahmiyyah, al-Muktazilah, al-Mu’athilah
dan
pelbagai aliran kesesatan lainnya.
Manhaj inilah yang menjadi penyebab utama dan
pertama yang membawa golongan ini kepada
kehancuran sebagaimana yang dituturkan oleh
al-Imam al-Barbahari rahimahullah di
dalam kitabnya, Syarhus Sunnah, ms. 69,
no. 99:[22]
Ketahuilah bahawa awal kehancuran aliran
al-Jahmiyyah adalah kerana mereka berfikir
tentang hakikat Rabb ‘Azza wa Jalla lalu
mereka menganjurkan pertanyaan kenapa dan
bagaimana. Mereka meninggalkan atsar
(al-Qur’an dan al-Sunnah) dan membuat qiyas
lalu mengukur agama dengan ra’yu (akal)
sehingga mereka datang membawa kekufuran secara
terang-terangan. Dan tidak diragukan bahawa yang
sedemikian adalah kufur, dan mereka mengkafirkan
makhluk dan mengingkari ciptaan kemudian
mengeluarkan pernyataan ta’thil
(menafikan sifat Allah).
al-Imam al-Baghawi rahimahullah menerusi
kitabnya Syarhus Sunnah, jld. 1, ms. 217
telah meriwayatkan bahawa al-Imam Malik bin Anas
rahimahullah telah berkata:[23]
Waspadalah kalian terhadap perbuatan bid’ah!
Beliau ditanya: Apakah bid’ah itu? Beliau
menjawab: Ahli al-Bid’ah adalah mereka
yang membincangkan asma’ Allah,
sifat-sifat-Nya, kalam-Nya, ilmu-Nya dan
kekuasaan-Nya. Mereka tidak diam seperti diamnya
para sahabat dan tabi’in iaitu orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik.
[1]
Walau
bagaimanapun
satu perkara
yang perlu
ditekankan di
sini bahawa
hukum
pengkafiran ke
atas golongan
yang mengingkari
sifat-sifat
Allah ini
hanyalah khusus
kepada mereka
yang telah
ditegakkan hujah
ke atasnya akan
tetapi mereka
sengaja
menolaknya,
padahal mereka
tahu akan
kesalahan
penolakan itu.
Bukanlah menjadi
manhaj Ahl
al-Sunnah –
sebagaimana
golongan
Khawarij dan
al-Muktazilah
–
untuk
bermudah-mudahan
di dalam
menjatuhkan
hukum kafir ke
atas seseorang
tanpa terlebih
dahulu
diperhatikan
faktor di
sebalik
penolakannya
terhadap nas-nas
al-Sifat Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Lebih-lebih lagi
dalam suasana
umat Islam hari
ini yang
terdedah kepada
pembanjiran
pelbagai fitnah
syubhat
(kekeliruan)
yang dicetuskan
oleh golongan
Ahl al-Bid’ah
sehingga
menyebabkan
ramai dalam
kalangan umat
islam yang kian
sukar untuk
mendapatkan
kefahaman yang
tepat lagi jelas
berkaitan tauhid
al-Sifat Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
sebagaimana yang
difahami di sisi
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah.
[2]
Lihat
al-Risalah fi
I’tiqad Ahlus
Sunnah wa Ashabi
al-Hadith wa
al-Aimmah au
‘Aqidah as-Salaf
Ashabi al-Hadith
karya asy-Syaikh
Abu Osthman
Ismail bin Abdur
Rahman
ash-Shobuni,
ms. 31-32.
[3]
Lihat
Ma’rifah ‘Ulum
al-Hadits,
ms. 84; dalam
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld. 1, ms.
39-40.
[4]
Lihat
asy-Syaikh Abdul
Qadir al-Jailani
wa Arauhu
al-I’tiqadiyah
wa ash-Shufiyah
karya
Dr. Sa’id bin
Musfir
al-Qahthani,
ms. 153.
[5]
Lihat
Mukhtasar
al-’Uluw lil
‘Aliyyil
Ghaffar, ms.
137 (no. 119)
tahqiq
Syaikh al-Albani
dan Syarhul
‘Aqidah
ath-Thahawiyyah,
ms. 386-387
takhrij dan
ta’liq
Syu’aib
al-Arnauth dan
‘Abdullah bin
‘Abdil Muhsin
at-Turki; dalam
Syarah
‘Aqidah Ahlus
Sunnah Wal
Jama’ah
karya Ustaz
Yazid bin
Abdul Qadir
Jawas,
ms. 207.
[6]
Lihat
Tahdzib Syarah
ath-Thahawiyyah,
ms. 137-138.
Lihat juga
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld. 1, ms.
39.
[7]
Lihat
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld.
1, ms. 118.
[8]
Lihat
Syarh Ushul
I’tiqad Ahl
al-Sunnah,
jld. 1,
ms. 198 karya
al-Lalika’i;
dalam Di Mana
Alloh?
Pertanyaan Yang
Terabaikan!
karya Abu
Ubaidah
As-Sidawi, ms.
22.
[9]
Lihat
al-Risalah fi
I’tiqad Ahlus
Sunnah wa Ashabi
al-Hadith wa
al-Aimmah au
‘Aqidah as-Salaf
Ashabi al-Hadith
karya asy-Syaikh
Abu Osthman
Ismail bin Abdur
Rahman
ash-Shobuni,
ms. 36.
[10]
Lihat
‘Aqidah Salaf
Ashabul Hadis &
Ashlus Sunnah wa
I’tiqodud Dien
karya al-Imam
Abu Ismail
ash-Shobuni dan
al-Imam Ibn Abi
Hatim al-Razi,ms.
20-21.
[11]
Lihat
Hilyatul Auliya’
, jld. 6, ms.
325-326. Juga
ditakhrijkan
oleh asy-Syabuni
dalam
‘Aqidatus Salaf
Ashab Hadith,
ms. 17-18
dari jalur
Ja’far bin
Abdillah dari
Malik. Ibn Abdil
Barr dalam
at-Tamhid,
jld. 5,
ms. 151 dari
jalur Abdullah
bin Nafi’ dari
Malik.
Al-Baihaqi dalam
al-Asma’ wa
al-Shifat,
ms. 498 dari
jalur Abdullah
bin Wahb dari
Malik. Ibn Hajar
dalam Fath
al-Baari,
jld. 13, ms.
406-407 berkata:
Isnadnya
jayyid
(baik) dan
disahihkan oleh
adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 103. Lihat
penjelasan ini
dalam
I’tiqadul
Aimmatil Arba’ah
karya Dr.
Muhammad
Abdurrahman
al-Khumais,
ms. 26.
[12]
Dikatakan
bid’ah kerana
bertanyakan
tentang
kaifiyyat
sifat
al-Istiwa’
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala itu
tidak pernah
diperintahkan
oleh Allah dan
Rasul-Nya. Tidak
ada seorang jua
manusia yang
mengetahui
hakikat sifat
al-Istiwa’
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
kecuali Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
sendiri. Para
sahabat
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
yang menerima
secara langsung
khabar-khabar
mengenai
sifat-sifat
Allah daripada
Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam
sendiri
tidak pernah
bertanyakan hal
tersebut
meskipun mereka
memiliki
kesempatan untuk
bertanyakan hal
terpenting
seumpama itu
kepada baginda
shallallahu
‘alaihi wasallam.
[13]
Lihat
al-Majmu’
al-Fatawa,
jld. 5,
ms. 49 dan
Ijtima’
al-Juyusy
al-Islamiyyah,
ms. 270;
dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 75.
[14]
Kisah ini
disebutkan oleh
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
dalam
Majmu’
al-Fatawa,
jld.
5, ms. 45 dan
dalam
Naqd Ta’sis
al-Jahmiyyah,
jld.
2, ms. 525-526,
adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 112 dan
disebutkan juga
oleh Ibn
al-Qayyim
al-Jauzi dalam
Ijtima’
al-Juyusy
al-Islamiyyah,
ms. 222 dan
berkata: Kisah
ini masyhur
adanya
sebagaimana
diriwayatkan
oleh Abdurrahman
bin Hatim. Kisah
ini juga
disebutkan Ibn
al-Qayyim
al-Jauzi dalam
Mukhtashar
ash-Shawa’iq
al-Mursalah,
jld.
2, ms. 212 dan
di sana ia
berkata: Bisyr
tidak
mengingkari
bahawasanya
Allah lebih
tinggi dari
‘Arasy, akan
tetapi
mengingkari
sebagai
al-Mana
U’aththilah
mengingkari
bahawa Allah
dengan dzat-Nya
di atas ‘Arasy.
Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 67.
[15]
Disebutkan oleh
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
dalam al-Majmu’
al-Fatawa,
jld. 5,
ms. 98-99 dan
telah dinukil
oleh adz-Dzahabi
dalam al-’Arasy,
jld.
2, ms. 338 (no.
261) dan
disebutkan
secara ringkas
dalam Siyar
A’lam al-Nubala’,
jld. 17,
ms. 558-559.
Lihat al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali At-Tamimi,
ms. 82.
[16]
Lihat
Fatwa Hamwiyah
Kubra, ms.
84; dalam
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld.
1, ms. 40.
[17]
Lihat
asy-Syaikh Abdul
Qadir al-Jailani
wa Arauhu al-I’tiqadiyah
wa ash-Shufiyah
karya Dr.
Sa’id bin Musfir
al-Qahthani,
ms. 151-152.
[18]
Lihat
Manhaj al-Imam
asy-Syafi’i
Rahimahullah
Ta’ala fii
Itsbaat al-’Aqiidah
karya Dr.
Muhammad bin
A.W. al-’Aqil,
ms. 430.
[19]
Lihat
al-Wajiiz fii ‘Aqiidatis
Salafish Shaalih
karya
‘Abdullah bin
‘Abdul Hamid al-Atsari,
ms. 87.
[20]
Lihat
al-Wajiiz fii ‘Aqiidatis
Salafish Shaalih
karya
‘Abdullah bin
‘Abdul Hamid al-Atsari,
ms. 88.
[21]
Lihat
al-Wajiiz fii ‘Aqiidatis
Salafish Shaalih
karya
‘Abdullah bin
‘Abdul Hamid al-Atsari,
ms. 88.
[22]
Lihat
Pembongkaran
Jenayah Ilmiah
Buku Salafiyah
Wahabiyah
karya Hafiz
Firdaus Abdullah,
ms. 164.
[23]
Lihat
al-Wajiiz fii ‘Aqiidatis
Salafish Shaalih
karya
‘Abdullah bin
‘Abdul Hamid al-Atsari,
ms. 88.
|