![]() |
Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
|
Bukti-Bukti Kesepakatan
Para Tokoh Ahl al-Sunnah Dalam Menetapkan
(Ithbat) Sifat al-Istiwa’ Allah Di
Atas ‘Arasy Di Atas Langit
Para Salaf telah ijmak (bersepakat)
terhadap penetapan sifat ketinggian bagi dzat
Allah dan keberadaan-Nya di atas langit, maka
wajib menetapkan sifat tersebut tanpa tahrif,
ta’thil, takyif dan tamsil.[1]
Sedangkan Ahl al-Ta’thil, mereka
benar-benar telah mengingkari keberadaan Allah
dengan dzat-Nya yang berada di atas langit dan
mereka menafsiri maknanya dengan mengatakan
bahawa yang berada di atas langit adalah
kerajaan-Nya, kekuasaan-Nya dan yang sejenisnya[2].
Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitakan
tentang Fir’aun yang terlaknat, bahawasanya ia
pernah berkata kepada Haman (pembantunya):
Dan berkatalah Fir’aun: Hai Haman,
buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi
supaya aku sampai ke pintu-pintu (iaitu)
pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat
Ilah Musa dan sesungguhnya aku memandangnya
seorang pendusta. [Surah al-Mukmin:
36-37]
Fir’aun berkata demikian kerana ia mendengar
Musa mengkhabarkan bahawa Rabbnya (Allah) berada
di atas langit[3].
Para ulamak dan tokoh-tokoh Imam dari kalangan
Salaf tidak pernah berbeza pendapat bahawa Allah
‘Azza wa Jalla berada di atas ‘Arasy-Nya
dan ‘Arasy-Nya berada di atas tujuh lapis
langit. Mereka menetapkan (ithbat) segala
yang ditetapkan Allah, mengimaninya serta
membenarkannya. Mereka menyatakan seperti yang Allah katakan kepada mereka bahawa Allah bersemayam di atas ‘Arasy-Nya. Mereka membiarkan makna ayat itu berdasarkan zahirnya dan menyerahkan hakikatnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka mengatakan:
Kami mengimani, semuanya itu dari
sisi Rabb kami dan tidak dapat mengambil
pengajaran (daripadanya) melainkan orang-orang
yang berakal. [Surah Ali-Imran: 7][4]
Sebagaimana kewajipan meyakini pensifatan Allah
Subhanahu wa Ta’ala terhadap diri-Nya
yang ada pada kitab al-Qur’an dengan menjauhi
tahrif, ta’thil, takyif dan tamstil,
demikian juga wajib mengimani semua sifat yang
diceritakan oleh Nabi Muhammad shallallahu
‘alaihi wasallam dalam sunnahnya. Bentuk
keyakinan ini harus pula menjauhi tindakan
tahrif, ta’thil, takyif dan tamtsil
dan sebaliknya menerapkan pengertian-pengertian
sifat yang sesuai dengan pengagungan Allah
Subhanahu wa Ta’ala.[5]
Berdasarkan kepada prinsip inilah, Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah yang berpegang teguh
kepada manhaj al-Salaf al-Shalih sentiasa
mengimani secara sempurna dan menerima (taslim)
apa sahaja yang dikhabarkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta’ala mengenai
sifat-sifat-Nya.
Berkata al-Imam az-Zuhri rahimahullah
sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam
al-Baghawi (510H) rahimahullah dalam
kitab Syarhus Sunnah, jld. 1, ms. 217:
[6]
Risalah itu datangnya dari Allah, sementara
tugas Rasul adalah menyampaikan (risalah
tersebut), sedangkan kewajipan kita adalah
taslim (menerima dan patuh).
Dasar yang menjadi pegangan Ahl al-Sunnah
ini juga adalah berlandaskan kepada perintah
Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana
yang difirmankan-Nya menerusi surah al-Nur, ayat
51:
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh
orang-orang mukmin ketika mereka diajak kepada
Allah dan Rasul-Nya supaya menjadi hakim
memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah
mereka berkata: kami mendengar dan kami taat dan
mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
Bagi mengukuhkan kenyataan di atas, berikut
penulis akan paparkan beberapa kenyataan para
ulamak muktabar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
yang bermanhaj al-Salaf al-Shalih
berhubung dengan kesepakatan mereka terhadap
manhaj penetapan (ithbat) nas-nas
al-Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Termasuk dalam hal ini adalah penetapan ke atas
sifat al-Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy di
atas langit. Antara mereka yang dimaksudkan
ialah:
1 - Al-Hafiz Ibn Katsir (774H).
al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H)
menerusi kitabnya yang berjudul Tafsir Ibn
Katsir berkata:[7]
Pandangan yang kami ikuti berkenaan dengan
masalah (tauhid al-Sifat) ini adalah pandangan
al-Salaf al-Shalih
seperti al-Imam Malik,
al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad,
al-Imam asy-Syafie, al-Imam Ahmad, Ishaq bin
Rahawaih dan imam-imam lainnya sejak dahulu
hingga sekarang iaitu membiarkannya seperti apa
adanya tanpa takyif
(mempersoalkan
kaifiyatnya/hakikatnya),
tanpa
tasybih
(penyerupaan) dan tanpa
ta’thil
(penolakan).
Dan setiap makna zahir yang terlintas pada benak
orang yang menganut fahaman
musyabbihah
(menyerupakan Allah dengan makhluk), maka makna
tersebut sangat jauh dari Allah kerana tidak ada
sesuatu pun dari ciptaan Allah yang
menyerupai-Nya.
Seterusnya dalam kitab yang sama, jld. 2, ms.
123 dan jld. 4, ms. 136 beliau berkata ketika
menafsirkan firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala
dalam surah az-Zukhruf, ayat 84:[8]
Dia-lah Allah Tuhan bagi makhluk yang di langit
dan makhluk yang di bumi dan Dia disembah oleh
penghuni keduanya.
2 - Al-Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H).
al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah
(463H) berkata menerusi kitabnya,
al-Kalam ‘Ala ash-Shifat:
[9]
Adapun pembicaraan tentang sifat-sifat Allah
adalah setiap hadis-hadis sahih yang
meriwayatkan tentang sifat-sifat Allah,
maka mazhab Salaf telah menetapkan dan
membiarkan sesuai zahirnya serta menafikan
kaifiyyat
(tidak
menanyakan bagaimana sifat-Nya) dan
tasybih
(tidak menyamakannya dengan makhluk).
3 - Al-’Allamah Siddiq Hasan Khan (1307H).
al-’Allamah Siddiq Hasan Khan rahimahullah
(1307H) berkata sebagaimana yang dinukil
daripada kitab Quthfuts Tsamar, ms.
47-48:
[10]
Mazhab kita adalah mazhab Salaf yang mengithbatkan
(menetapkan) sifat-sifat Allah dengan tidak mentasybih-Nya
dengan sifat-sifat makhluk untuk mentanzih
(mensucikan) Allah dari penyerupaan terhadap
makhluk tanpa menta’thil (menidakkan)
atau mengingkari seluruh atau sebahagian
sifat-sifat Allah.
Ini merupakan mazhab para imam Islam seperti
Malik, asy-Syafie, ats-Tsauri, Ibn al-Mubarak,
al-Imam Ahmad dan lainnya dengan tidak
ada perselisihan di antara mereka dalam
masalah Ushuluddin. Juga Abu Hanifah,
akidah beliau serupa dengan akidah mereka, sama
dengan apa yang dituturkan oleh al-Qur’an dan
al-Sunnah...
4 -
Muhammad bin Hasan al-Shaibani (189H).
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Hasan
al-Shaibani (189H):
[11]
Bersepakat para ahli fiqh seluruhnya daripada
Barat sehingga ke Timur atas (kewajipan) beriman
kepada al-Qur’an dan al-Hadis yang berasal
(daripada para perawi) yang terpercaya daripada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
tentang sifat-sifat Rabb (Allah)
‘Azza wa
Jalla tanpa mengubahnya dan tanpa
menjelaskan (ciri-cirinya) dan tanpa
menyerupakannya.
Barangsiapa di satu masa menafsirkan sesuatu
daripada yang sedemikian maka sungguh telah
terkeluar dia daripada apa yang berada di
atasnya (agama) Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam dan berpecah dia daripada
al-Jama’ah (kaum Muslimin).
Kerana
sesungguhnya mereka (para ahli fiqh dari Barat
sehingga ke Timur) tidak menjelaskan ciri-ciri
dan tidak menafsirkan akan tetapi mereka
berfatwa sebagaimana apa yang ada dalam al-Kitab
dan al-Sunnah kemudian mendiamkannya.
5 - Abd Allah bin Mas’ud (32H).
Dari Abd Allah bin Mas’ud radhiallahu‘anh,
dia berkata:[12]
Antara langit yang paling tinggi dengan Kursy
adalah lima ratus tahun dan antara Kursy dengan
air juga demikian. ‘Arasy di atas air dan Allah
di atas ‘Arasy dan tidak sesuatupun yang
tersembunyi atas-Nya dari amal perbuatan kalian.
6 - Ka’ab al-Ahbar.
Ka’ab radhiallahu‘anh berkata:
[13]
Allah berfirman di dalam (kitab) Taurat: Aku di
atas hamba-hamba-Ku, ‘Arasy-Ku di atas
makhluk-makhluk-Ku dan Aku di atas ‘Arasy,
mengatur semua urusan hamba-hamba-Ku. Tidak ada
sesuatu pun yang tersembunyi dari-Ku di langit
dan tidak juga di bumi.
7 - Syaikh Abu Nashr al-Sijzi (444H).
Berkata Syaikh Abu Nashr al-Sijzi
rahimahullah (444H) dalam kitabnya
al-Ibanah:
[14]
Para imam kami (iaitu para imam
Ahl al-Sunnah)
seperti Sufyan ats-Tsauri, Malik (bin Anas),
Sufyan bin ‘Uyainah, Hammad bin Salamah, Hammad
bin Zaid, ‘Abd Allah bin al-Mubarak, Fudhail bin
‘Iyadh, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuyah
semuanya bersepakat mengatakan bahawa Allah pada
dzat-Nya (beristiwa’) di atas ‘Aras
( ان
الله بذاته فوق العرش.
8 - Syaikh Abu ‘Umar al-Thalamanki (429H).
Berkata Syaikh Abu ‘Umar al-Thalamanki
rahimahullah (429H) dalam kitabnya
al-Wushul ila Ma’rifat al-Ushul:
[15]
Telah bersepakat umat Islam daripada kalangan
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
atas firman
Allah (dalam surah al-Hadid, ayat 4 yang
bermaksud): “Dan Allah tetap bersama-sama
kamu di mana sahaja kamu berada”
dan ayat
lain yang seumpama[16],
bahawa ia bermaksud ilmu-Nya (dan bukan
dzat-Nya).
Allah di atas langit dengan dzat-Nya,
al-Istiwa’ di atas ‘Arasy dengan cara yang
layak baginya. Dan berkata para tokoh
Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah terhadap firman-Nya
(dalam surah Taha, ayat 5 yang bermaksud):
(Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas
‘Arasy, bahawa Allah
al-Istiwa’
di
atas ‘Arasy secara hakikat dan bukan kiasan.
9 - Al-Imam Ahmad bin Hanbal (241H).
Berkata al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah
(241H):[17]
Benar! Allah di atas ‘Arasy-Nya dan tidak
sesiapa pun yang tersembunyi daripada
pengetahuan-Nya.
Dalam kesempatan yang lain, al-Imam Abu Abdillah
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal rahimahullah
(241H) berkata:[18]
Kami mengimani dan membenarkannya dengan tanpa
takyif (menanyakan bagaimana hakikat
sifat-sifat Allah), tanpa memaknakannya (dengan
makna yang menyimpang) dan tanpa menolak sedikit
pun darinya. Kami mengetahui bahawa apa yang
dibawa oleh Rasulullah adalah benar, sehingga
kami tidak berani membantah beliau
shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan kami tidak
mensifati Allah melebihi apa yang telah Allah
sifatkan untuk diri-Nya tanpa membatasi dan
menentukannya.
Kami mengatakan apa yang telah Allah katakan dan
mensifati Allah dengan apa yang telah Allah
sifatkan untuk diri-Nya. Kami tidak akan
bertindak melampaui batas dan Allah tidak akan
dapat dicapai oleh orang yang mensifati
diri-Nya. Kami mengimani al-Qur’an seluruhnya
baik ayat-ayat yang muhkamat
(jelas
maknanya) mahupun yang mutasyabihat
(samar maknanya).
Kami tidak membuang satu sifat pun dari
sifat-sifat Allah kerana anggapan kurang baik
(terhadap sifat-sifat tersebut)[19]
dan kami tidak melampaui batas terhadap
al-Qur’an dan al-Hadis. Kami tidak mengetahui
bagaimana hakikat dari hal itu semua kecuali
dengan pembenaran dari Rasulullah
shallallahu
‘alaihi wasallam dan penetapan dari
al-Qur’an.
Berkata Yusuf Ibn al-Qaththan:
[20]
Dikatakan kepada Abu Abdillah, Allah di atas
langit ketujuh di atas Arasy-Nya dan ilmu-Nya
serta kuasa-Nya di setiap tempat?. Jawabnya: Ya.
10 - Al-Imam Qutaibah bin Sa’di.
al-Imam Qutaibah bin Sa’di berkata:[21]
Inilah pendapat para imam Islam
Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah bahawa kami mengetahui Rabb
kami di atas langit-Nya ketujuh di atas
‘Arasy-Nya.
11 - Al-Imam al-Hafiz adz-Dzahabi
(748H).
al-Imam adz-Dzahabi rahimahullah (748H)
telah berkata:[22]
Ucapan para Salaf dan Imam-Imam Sunnah bahkan
para sahabat, Allah, Nabi dan seluruh kaum
muslimin Allah di atas langit dan di atas
‘Arasy, dan bahawasanya bahawa Allah turun ke
langit dunia. Hujah-hujah mereka adalah
hadis-hadis dan atsar-atsar yang sangat banyak.
12- Al-Imam Ali bin Madini.
al-Imam Ali bin Madini rahimahullah
pernah ditanya mengenai pendirian Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah, maka beliau
rahimahullah
berkata:
[23]
Mereka beriman dengan
ru’yah (iaitu
melihat Allah pada hari Kiamat dan di Syurga
yang khusus bagi kaum mukminin) dan dengan kalam
Allah (iaitu bahawa Allah berkata-kata) ‘Azza
wa Jalla di atas langit di atas ‘Arasy-Nya
Dia al-Istiwa’.
13 - Al-Imam al-Hafiz Ishaq bin Rahawaih (238H).
al-Imam adz-Dzahabi rahimahullah (748H)
menerusi kitabnya, al-’Uluw lil ‘Aliyyil
Ghaffar meriwayatkan bahawa al-Imam al-Hafiz
Ishaq bin Rahawaih rahimahullah (238H)
ketika mengomentari surah Taha, ayat 5 yang
bermaksud: Rabb Yang Pemurah Yang Bersemayam
di atas ‘Arasy, berkata: .[24]
Para ulamak bersepakat bahawa Dia bersemayam di
atas ‘Arasy dan mengetahui segala sesuatu di
bawah lapisan bumi yang tujuh.
14 - Al-Imam Ibn Qudamah.
al-Imam Ibn Qudamah berkata ketika menjelaskan
kesepakatan para tokoh Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah yang bermanhaj al-Salaf
al-Shalih terhadap penetapan sifat Allah di
atas ‘Arasy di atas langit-Nya:[25]
Amma
ba’du:
Sesungguhnya Allah mensifati diri-Nya bahawa Dia
tinggi di atas langit, demikian juga Nabi
Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam
–
penutup para Nabi – mensifati Allah dengan
ketinggian juga dan hal itu disepakati oleh
seluruh para ulamak dari kalangan sahabat yang
bertakwa dan para imam yang mendalam ilmunya,
hadis-hadis tentangnya juga
mutawwatir
sehingga mencapai darjat yakin, demikian pula
Allah menyatukan semua hati kaum muslimin dan
menjadikannya sebagai fitrah semua makhluk.
15 - Syaikh al-Islam Ibn Tamiyyah
(728H).
Sementara itu, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
rahimahullah (728H) berkata:
[26]
Pendapat bahawa Allah di atas ‘Arasy adalah
pendapat yang disepakati oleh para Nabi
seluruhnya dan itu disebutkan dalam setiap kitab
yang diturunkan kepada setiap Nabi yang diutus
sebagai Rasul. Soal itu telah disepakati pula
oleh generasi pendahulu umat ini serta oleh
kalangan imam mereka dari semua golongan.
16 – Al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah (751H).
al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (751H)
menulis dalam kitabnya yang berjudul Ijtima’
al-Juyusy al-Islamiyah ‘ala Ghazwi
al-Mu’aththilah wa al-Jahmiyyah untuk
menjelaskan masalah tinggi-Nya Allah di atas
‘Arasy-Nya dan kebersertaan (ma’iyyah)-Nya
dengan hamba-hamba-Nya.
Ia mengutip dalil-dalil dari al-Qur’an dan
al-Sunnah, perkataan-perkataan para sahabat dan
tabi’in serta ulamak-ulamak besar setelah
mereka. Juga menyebutkan adanya ijmak
(kesepakatan) dari banyak ulamak itu atas hal
tersebut.
Begitu juga dalam kitab lainnya ash-Shawa’iq
al-Mursalah, serta dalam bait-bait
qasidah yang memuat banyak hal menyangkut
masalah ini.[27]
17 - Al-Imam al-Auza’i (157H).
al-Imam al-Auza’i rahimahullah yang
dianggap Imam ahli Syam di zamannya telah
menegaskan:
[28]
Adalah kami dan generasi tabi’in seluruhnya
bersepakat berkata: Sesungguhnya Allah
Ta’ala
menyebut diri-Nya berada di atas ‘Arasy-Nya, dan
kami beriman dengan apa yang datang dari
al-Sunnah tentang sifat-sifat-Nya (yang Maha)
Agung dan Tinggi.
18 - Syaikh Nashr al-Maqdisi (490H).
Berkata Syaikh Nashr al-Maqdisi rahimahullah
(490H) dalam kitabnya al-Hujjah ‘ala
Taraka al-Mahajjah, sekiranya ada orang
bertanya:[29]
Sesungguhnya anda telah menyebut bahawa yang
wajib ke atas umat Islam ialah mengikuti
al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam
serta apa yang
menjadi kesepakatan para imam dan ulamak
sehingga menjadi dasar Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah. Maka sebutlah mazhab mereka umat
Islam dan apa yang telah mereka sepakati dalam
perkara akidah dan apa yang patut kita ikut
berdasarkan kesepakatan mereka.
Maka jawapannya:
Apa yang telah saya terima daripada para ilmuan
dan orang yang saya temui dan orang yang saya
ambil (riwayat) daripada mereka ialah (maka dia
menyebut sejumlah dasar Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah... di antaranya) sesungguhnya
Allah al-Istawa’
di atas ‘Arasy-Nya (dan
Dia) terpisah daripada makhluk-Nya.
19 - Al-Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie
(204H).
al-Imam asy-Syafie rahimahullah berkata:
[30]
Pegangan dalam sunnah Rasulullah yang aku berada
di atasnya dan aku lihat sahabat-sahabat kita
(para ulamak) yang berada di atasnya. Mereka itu
Ahl al-Hadis (ulamak hadis) seperti
Sufyan bin ‘Uyainah, Malik (Imam mazhab Malik)
dan selain mereka. Aku ambil daripada mereka:
Ikrar dengan penyaksian bahawa tiada
Ilah
(Tuhan yang diabdikan diri) selain Allah dan
Muhammad itu Rasulullah. Sesungguhnya Allah
berada di atas ‘Arasy-Nya di langit. Dia
menghampiri sesiapa yang dikehendaki-Nya di
kalangan makhluk-Nya dengan cara yang Dia
kehendaki. Allah turun ke langit dunia mengikut
kehendak-Nya.
Dalam kesempatan yang lain, al-Imam asy-Syafie
rahimahullah berkata:
[31]
Aku beriman kepada Allah dan kepada apa yang
telah datang dari Allah sesuai dengan yang
dimaksudkan oleh Allah, dan aku beriman kepada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
serta apa yang telah datang dari Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam
sesuai dengan
apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah.
Setelah membawakan perkataan al-Imam asy-Syafie
rahimahullah di atas, asy-Syaikh Muhammad
bin Shalih al-’Utsaimin rahimahullah
(1421H) berkata:
[32]
Di dalam perkataan al-Imam
asy-Syafie
rahimahullah tersebut terdapat bantahan
terhadap Ahl al-Takwil Ahl
dan Ahl
al-Tamtsil (kelompok yang menyamakan sifat
Allah dengan sifat makhluk). Sebab masing-masing
dari mereka tidak beriman terhadap apa yang
datang dari Allah dan Rasul-Nya, sesuai dengan
apa yang dimaksudkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Ahl al-Takwil bertindak
mengurangi-ngurangi, sedangkan
Ahl al-Tamtsil
bertindak menambahi-nambahi (dari
sifat-sifat Allah).
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
rahimahullah
(728H) menerangkan:
[33]
(al-Imam) asy-Syafie berkata: Kekhalifahan Abu
Bakar ash-Shiddiq adalah
haq
(benar) yang telah diputuskan Allah
Ta’ala
dari atas langit-Nya, dan Dia telah
menghimpunkan hati hamba-hamba-Nya kepada Abu
Bakar ash-Shiddiq.
20 - Yunus Ibn ‘Abd al-’Ala.
Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Yunus Ibn
‘Abd al-’Ala, katanya:
[34]
Aku
mendengar (al-Imam) asy-Syafie berkata: Allah
mempunyai nama-nama dan sifat-sifat (al-Asma’
wa al-Sifat) yang tidak boleh sesiapa pun
menolaknya, dan sesiapa yang menyalahinya
setelah nyata hujah ke atasnya, maka
sesungguhnya dia telah kufur. Adapun sebelum
tertegaknya hujah, maka sesungguhnya dia
dimaafkan di atas kejahilan itu kerana ilmu yang
demikian itu tidak boleh dicapai melalui akal,
mimpi, atau fikiran. Maka kita menetapkan (ithbat)
sifat-sifat ini dan kita juga menafikan
tasybih (penyerupaan) dari-Nya sebagaimana
dia menafikan dari diri-Nya.
21 - Abdullah bin al-Mubarak (181H).
Terdapat riwayat yang sahih dari Ali Ibnu
al-Hasan bin Syaqiq guru al-Imam al-Bukhari, dia
berkata:
Saya pernah bertanya kepada Abdullah bin
al-Mubarak bagaimana kita mengetahui Tuhan kita?
Katanya: Di langit ke tujuh di atas ‘Arasy-Nya.
Dalam lafaz lain: Di atas langit ketujuh di atas
‘Arasy-Nya dan kita tidak mengatakan sebagaimana
yang dikatakan al-Jahmiyah
bahawasanya
Allah di sini, di bumi.
Ali juga berkata:
[35]
Saya pernah bertanya kepada
Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana
seharusnya kita mengenal Tuhan kita?. Dia
menjawab: Di atas langit ketujuh di atas
‘Arasy-Nya dan kita tidak mengatakan sebagaimana
orang al-Jahmiyyah
berkata bahawasanya
Allah ada di bumi ini.
22 - Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab (1206H).
Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah
(1206H) berkata ketika menjelaskan
pegangannya kepada penduduk al-Qasim:
[36]
Antara (ciri) keimanan dengan Allah ialah
beriman dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya
dengannya dalam kitab-Nya melalui lidah
Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam,
tanpa tahrif
(mengubah atau menukar ganti
makna) dan tanpa ta’thil
(menafikan sifat
bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala). Bahkan
aku beriktikad bahawa Allah
Subhanahu wa
Ta’ala tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Justeru aku tidak menafikan dari-Nya apa yang
Dia sifatkan diri-Nya dengannya, aku juga tidak
tahrifkan kata-kata (Al-Quran) dari
maksud-maksudnya, aku juga tidak mengilhadkan
(menolak secara anti) nama-nama serta
ayat-ayat-Nya, aku juga tidak mentakyif
(menggambarkan rupa bentuk) dan tidak mentamtsil
(mengumpamakan makna) sifat-sifat-Nya yang Maha
Tinggi dengan sifat-sifat makhluk-Nya, kerana
Dia Maha Tinggi, tiada persamaan, tiada
kesetaraan dan tiada sekutu bagi-Nya, Dia tidak
boleh diqiyaskan (dianalogikan) dengan
makhluk-Nya kerana sesungguhnya Dia yang Maha
Suci lebih mengetahui tentang diri-Nya dan yang
selain-Nya.
Dia yang paling benar dan paling elok
percakapan-Nya, Dia mensucikan Diri-Nya daripada
apa yang disifatkan pada Diri-Nya dengannya oleh
para penyeleweng dari kalangan ahli
takyif
dan tamtsil, dan (Dia juga mensucikan
diri-Nya) daripada apa yang dinafikan dari-Nya
oleh para penafi dari kalangan ahli
tahrif
dan ta’thil, lalu Dia berfirman
(maksudnya): Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang
mempunyai keagungan dari apa yang mereka
sifatkan, dan selamat sejahtera ke atas sekalian
Rasul, dan segala pujian bagi Allah Tuhan
sekalian alam.
‘Abd. Allah bin ‘Ali al-Qasimi berkata di dalam
kitabnya al-Thaurah al-Wahhabiyyah, ms.
12 tentang pegangan Syaikh Muhammad bin
Abdul Wahhab rahimahullah (1206H) seperti
berikut:[37]
Dia (Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab) beriman
berdasarkan apa yang termaktub di dalam
al-Qur’an dan al-Hadis yang sahih. Di antara
yang dinyatakan al-Qur’an ialah Allah
Subhanahu wa Ta’ala
beristiwa’
di
atas ‘Arasy-Nya. Dia beriman kepadanya
dengan tidak menyamakannya dengan
istiwa’nya
makhluk. Dalam hal ini, golongan menyalahi
kebenaran yang dinyatakan oleh Syaikh al-Imam
(Muhammad bin Abdul Wahhab) menghendaki
menyamakan apa yang dinyatakannya dengan
al-Tajsim serta
al-Tasybih
terhadap
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala
dengan makhluk-Nya. Oleh itu, Syaikh al-Imam
menolak pandangan karut mereka dengan katanya:
Keseluruhan kitab yang didatangkan dari langit
menyatakan demikian dengan jelas tanpa perlu
diperdebatkan lagi. Allah Subhanahu wa Ta’ala
Maha Mengetahui ketika menyifati diri-Nya dengan
apa yang harus serta apa yang tidak harus pada
diri-Nya. Tanpa sebarang pertikaian, apa yang
aku nyatakan ini hakikatnya merupakan pegangan
kaum Muslimin sebelum munculnya pandangan
golongan yang salah ini.
23 -
Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (324H).
al-Imam al-Asy’ari rahimahullah
(324H)[38]
dalam sebuah risalahnya yang ditujukannya
kepada penduduk negeri Tsaghar berkata:
[39]
Dan mereka berijmak bahawasanya Allah berada di
atas langit-langit-Nya di atas ‘Arasy-Nya, bukan
di bumi.
24 - Syaikh al-Islam Abd al-Qadir al-Jailani
(561H).
Syaikh Abd al-Qadir al-Jailani rahimahullah
(561H) berkata sebagaimana yang dinukil daripada
kitabnya, Ghinyah, jld. 1, ms. 54:[40]
Dia berada di atas, bersemayam di atas ‘Arasy di
atas singgahsana, Ilmu-Nya meliputi segala
sesuatu. (Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan
yang baik dan amal yang salih dinaikkan-Nya).
(Dia mengatur urusan dari langit ke bumi,
kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu
hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun
menurut perhitunganmu).
Dalam keterangannya yang lain sebagaimana
nukil Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah
dalam Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah,
ms. 79, beliau berkata:[41]
وَالله ُ تَعَالَى بِذَاتِهِ عَلَى الْعَرْشِ،
عِلْمُهُ مُحِيْطٌ بِكُلِّ مَكَانٍ.
Dan dzat Allah bersemayam di atas ‘Arasy
sedangkan ilmu-Nya meliputi di setiap tempat.
Beliau sekali lagi menegaskan di dalam
kitabnya, al-Ghinyah, ms. 73:[42]
فَاْلإِسْتِوَاءُ مِنْ صِفَاتِ الذَّتِ.
Maka (sifat) al-Istiwa’
merupakan sifat
dzatiyyah (Allah Subhanahu wa Ta’ala).
25 - Muhammad Hassan al-’Attas (1305H).
Menerusi risalahnya, Tanzih al-Dzat wa
al-Sifat min Darn al-Ilhad wa al-Syubhat,
Muhammad Hassan al-’Attas rahimahullah
(1305H) telah mengemukakan pandangan salah
seorang ulamak Najd berkaitan pegangan mereka
terhadap tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
Allah. Ia seperti berikut:
[43]
Ketahuilah! Kami beriman dengan segala
sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala
sebagaimana kami beriman terhadap dzat-Nya yang
Maha Suci. Kami memahami kewujudkan Allah
Subhanahu wa Ta’ala
dengan membezakan sama
sekali dzat-Nya dengan dzat segala makhluk serta
membezakan keadaan sifat-sifat-Nya dengan
sifat-sifat makhluk. Ini dilakukan dengan
menghindari segala bentuk takyif, tamtsil,
tasybih dan
ta’thil. Kami berkata
sebagaimana al-Salaf al-Shalih
berkata
iaitu seperti berikut:
Kami beriman kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala
dengan apa yang dikehendaki Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Tidak ada sesuatu yang
menyerupai-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Melihat. Adapun (sifat) al-Istiwa’, ia
termaklum di dalam a-Qur’an yang tidak ada
kebatilan padanya sama sekali. Dan segala apa
yang Allah Subhanahu wa Ta’ala
sifati
diri-Nya, kami wajib beriman terhadapnya
sebagaimana kami wajib beriman terhadap dzat-Nya
dengan tidak menyatakan sebarang
kaifiyyat
terhadap keduanya sebagai mematuhi firman
Allah seperti berikut:
Tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya dan Dia
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
[Surah asy-Syura: 11]
Dalam hal ini, tidak dapat diberi gambaran
terhadap dzat serta sifat Allah
Subhanahu wa
Ta’ala sama ada dari sudut syari’at agama
mahupun penggunaan akal fikiran manusia.
Walhasil daripada pernyataan para tokoh di atas,
maka dapatlah dirumuskan bahawa:
·
Pertama:
Telah menjadi pegangan di sisi Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah yang bermanhaj al-Salaf
al-Shalih dalam menetapkan (ithbat)
apa-apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala
sifatkan ke atas diri-Nya, baik menerusi
al-Qur’an mahupun al-Sunnah Rasul-Nya, Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.
·
Kedua:
Memahami makna nas-nas al-Sifat secara zahir
sesuai dengan kaedah bahasa Arab itu sendiri;
serta
·
Ketiga:
Menyerahkan (al-Tafwidh) akan ciri-ciri,
cara dan bentuk (kaifiyyat) nas-nas
al-Sifat tersebut secara mutlak kepada
pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta’ala
dengan disertai keyakinan bahawa tidak ada
sesuatu jua dari kalangan makhluk Allah yang
semisal atau sebanding dengan-Nya, baik dari
segi sifat mahupun dari segi dzat-Nya.[44]
al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H)
menulis di dalam kitabnya, al-Fiqh al-Akbar:[45]
Seluruh sifat-sifat-Nya berbeza dengan sifat
para makhluk. Dia Maha Mengetahui, tidak seperti
pengetahuan kita, Dia Maha Kuasa, tidak seperti
kekuasaan kita dan Dia juga Melihat, tidak
seperti penglihatan kita.
Demikianlah beberapa keterangan daripada para
imam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang
bermanhaj al-Salaf al-Shalih yang sempat
penulis kemukakan sebagai pembuktian tentang
kesepakatan mereka
di dalam memahami persoalan yang amat
mendasar lagi terpenting ini iaitu tauhid
al-Sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Justeru, amatlah menjauhi kebenaran apabila
kesepakatan yang terbina di kalangan para imam
yang mulia ini dikatakan sebagai suatu kesesatan
walhal Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah bersabda:
إِنَّ الله َ تَعَالَى قَدْ أَجَارَ أُمَّتِيْ
مِنْ أَنْ تَجْتَمِعَ عَلَى ضَلاَلَةٍ.
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
melindungi umatku dari berkumpul (bersepakat) di
atas kesesatan.[46]
Justeru, tidak ada yang menyelisihi kesepakatan
ini melainkan golongan yang sememangnya telah
menyimpang jauh daripada pegangan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama’ah. Dalam hal ini,
al-Imam asy-Syafie rahimahullah berkata
menerusi kitabnya, ar-Risalah, ms.
475-476:[47]
Barangsiapa berpendapat sesuai dengan jama’ah
kaum Muslimin maka bererti dia berpegang kepada
jama’ah mereka dan barangsiapa yang menyelisihi
jama’ah kaum Muslimin maka dia menyelisihi
jama’ah yang dia diperintahkan untuk
mengikutinya. Sesungguhnya kesalahan itu ada
dalam perpecahan, adapun jama’ah maka tidak
mungkin semuanya bersatu menyelisihi al-Qur’an,
al-Sunnah dan qiyas,
insya’ Allah.
al-Imam asy-Syafie juga berkata:[48]
Kaum muslimin telah
ijmak (bersepakat)
bahawa sesiapa sahaja yang telah jelas baginya
sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam (yang sahih), maka haram baginya
meninggalkan sunnah yang telah jelas di
hadapannya itu hanya lantaran (terpengaruh
dengan) pernyataan seseorang sahaja.
Sebelum kita melangkah ke bahagian seterusnya,
marilah kita perhatikan sejenak perkataan
al-Imam adz-Dzahabi rahimahullah di bawah
ini untuk dijadikan sebagai sumber pedoman
bersama:[49]
Seandainya kita harus menukil seluruh ucapan
para imam tentang masalah al-Sifat (Allah),
tentu hal itu tidak mencukupi halaman buku.
Kalau penentang masih belum puas dengan apa yang
kami sebutkan atau tidak percaya, maka itu
petanda Allah Subhanahu wa Ta’ala
tidak
memberinya petunjuk.
Demi Allah!, sungguh tidak ada kebaikan bagi
orang yang menolak ucapan ulamak seperti
az-Zuhri, Makhul, al-Auza’i, ats-Tsauri, Laits
bin Sa’ad, Malik, Ibn Uyainah, Ibn al-Mubarak,
Muhammad bin Hasan, asy-Syafie, al-Humaidi, Abu
Ubaid, Ahmad bin Hanbal, at-Tirmizi, Ibn Suraij,
Ibn Jarir at-Thabari, Ibn Khuzaimah, Zakariyya
as-Saji, Abu al-Hasan al-Asy’ari atau ucapan
orang yang menukil ijmak (kesepakatan) mereka
seperti al-Khathabi, al-Isma’ili, ath-Thabrani,
Abu Ahmad al-’Assal.... dan Syaikh Abd al-Qadir
al-Jailani, yang mereka semua adalah jantung
umat ini.
[1] Secara
lebih
terperinci:
1)
Tahrif
bermaksud
mengubah atau
mentakwilkan
sesuatu nas
al-Sifat kepada
makna yang lain
yang menyimpang
dari makna asal
nas al-Sifat
tersebut.
Contohnya
mentakwilkan
sifat Tangan
bagi Allah
kepada makna
“kekuasaan” atau
“kekuatan” dan
Sifat
al-Istiwa’
Allah di atas
‘Arasy sebagai
menguasai
‘Arasy.
2)
Ta’thil
bermaksud
menafikan atau
menolak sesuatu
nas al-Sifat
Allah. Contohnya
menolak sifat
Tangan (al-Yad),
Bersemayam (al-Istiwa’),
Wajah (al-Wajh)
dan lain-lain
sebagai sifat
yang hakiki bagi
Allah,
sebaliknya
menganggap ianya
hanyalah sebagai
suatu bentuk
kiasan (majaz).
3)
Takyif
iaitu
membayangkan
atau memikirkan
secara mendalam
tentang
ciri-ciri,
bentuk dan cara
sesuatu nas
al-Sifat Allah.
4)
Tamtsil
iaitu memisalkan
atau
mengumpamakan
Allah dengan
sesuatu yang
lain seperti
mengatakan sifat
Tangan bagi
Allah adalah
sama seperti
sifat tangan
bagi makhluk
yang beranggota
dan berjisim.
Ini sebagaimana
yang menjadi
pegangan
golongan
al-Musyabbihah
dan
al-Mujassimah.
[2]
Lihat
Lum’atul I’tiqad
al-Hadi ila
Sabilir Rasyad
karya
al-Imam Ibn
Qudamah
al-Maqdisi, ms.
87.
[3]
Oleh itu,
mereka yang
menolak sifat
al-’Uluw
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
samalah dengan
Fir’aun yang
mendustai Nabi
Musa ‘alaihis
salam
melihat Tuhannya
di atas langit.
Justeru, sesiapa
yang menafikan
bahawa Allah
Subhanahu wa
Ta’ala di
atas langit maka
dia adalah
pengikut
Fir’aun.
Sebaliknya
sesiapa yang
menetapkan Allah
Subhanahu wa
Ta’ala di
atas langit maka
dia adalah
pengikut Nabi
Musa ‘alaihi
salam
sekaligus
pengikut Nabi
Muhammad
shallallahu
‘alaihi wasallam.
[4]
Lihat
‘Aqidah Salaf
Ashabul Hadis &
Ashlus Sunnah wa
I’tiqodud Dien
al-Imam Abu
Ismail
ash-Shabuni dan
al-Imam Ibn Abi
Hatim ar-Razi,
ms.18.
[5]
Lihat
Syarah
al-’Aqidah
al-Wasithiyah
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
karya Dr.
Muhammad Khalil
Haras,
ms. 123.
[6]
Lihat
al-Wajiiz fii
‘Aqiidatis
Salafish Shaalih
(Ahlis Sunnah
wal Jama’ah)
karya
‘Abdullah bin
‘Abdul Hamid
al-Atsari, ms.
87.
[7]
Lihat
Tafsir Ibn
Katsir,
jld. 2, ms. 146;
dalam
Syarah
‘Aqidah Ahlus
Sunnah Wal
Jama’ah
karya Ustaz
Yazid bin
Abdul Qadir
Jawas, ms. 205.
[8]
Ayat yang
dimaksudkan
adalah seperti
berikut:
Dan Dialah yang
di langit
(sebagai) Tuhan
dan di bumi
(sebagai) Tuhan
dan Dia Maha
Bijaksana (dan)
Maha Mengetahui.
[9]
Lihat
at-Ta’liiqat
as-Saniyah Syarh
Ushulu ad-Da’wah
as-Salafiyah
karya
Syaikh Muhammad
Nashiruddin
al-Albani, ms.
119.
[10]
Lihat
I’tiqadul
Aimmatil Arba’ah
karya
Dr. Muhammad
Abdurrahman
al-Khumais, ms.
6.
[11]
Lihat
Pembongkaran
Jenayah Ilmiah
Buku Salafiyah
Wahabiyah
karya Hafiz
Firdaus Abdullah,
ms. 46.
[12]
Dikeluarkan oleh
al-Lalika’i
dalam Syarh
Ushul I’tiqad
Ahlis Sunnah wa
al-Jama’ah,
jld. 3, ms.
395-396
(no.659),
al-Baihaqi dalam
al-Asma’ wa
al-Shifat,
jld. 2, ms.
186-187,
ad-Darimi dalam
ar-Raddu
al-Jahmiyyah,
ms. 275, Ibn
Khuzaimah dalam
at-Tauhid,
jld. 1, ms.
242-243 (no.
149),
ath-Thabrani
dalam
al-Mu’jam
al-Kabir,
jld. 9, ms. 228,
Abu asy-Syaikh
dalam
al-Azhamah,
jld. 2, ms.
688-689 (no.
279), Ibn Abdil
Barr dalam
at-Tamhid,
Ibn Qudamah
dalam
Ithbat Shifat
al-’Uluw,
ms. 104-105 (no.
75) dan
disebutkan juga
oleh adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 64 dan dia
berkata:
Sanadnya sahih.
Juga disebutkan
Ibn al-Qayyim
al-Jauziyyah
dalam
Ijtima’
al-Juyusy
al-Islamiyyah,
ms. 122 dan
disebutkan
al-Haitsami
dalam
Majma’
az-Zawa’id,
jld. 1, ms. 86
dan beliau
berkata: Para
perawinya adalah
rawi-rawi yang
sahih. Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 63.
[13]
Dikeluarkan oleh
Abu asy-Syaikh
dalam
al-Zhamah,
jld. 2, ms.
625-626 (no.
244), Ibn
Baththah dalam
al-Ibanah,
jld. 3, ms.
185-186 (no.
137), Abu Nu’aim
dalam
al-Hilyah,
jld. 6, ms. 7,
Abu Ya’la dalam
Ithbat
at-Ta’wilat,
ms. 149, Abd
al-Qadir
al-Jailani dalam
al-Ghunyah Li
Thalibi Thariq
al-Haq, jld.
1, ms. 57,
adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 92 dan dia
berkata: Para
rawinya
tsiqah
(terpercaya).
Kemudian
disebutkan juga
oleh Ibn
al-Qayyim
al-Jauziyyah
dalam Ijtima’
al-Juyusy
al-Islamiyyah,
ms. 129, no.
260 dan pada
nombor
sebelumnya dia
berkata:
Diriwayatkan
oleh Abu Nu’aim
dengan sanad
yang sahih dari
Ka’ab. Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms.
64.
[14]
Lihat
Dar’u Ta’arudh,
jld. 6, ms. 250;
dalam
Menjawab 17
Fitnah Terhadap
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
karya Syaikh
Murad Syukri,
ms. 83.
[15]
Lihat
Dar’u Ta’arudh,
jld. 6, ms. 250;
dalam
Menjawab 17
Fitnah Terhadap
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
karya Syaikh
Murad Syukri,
ms. 83-84.
[16]
Maksud
beliau adalah
merujuk kepada
selain ayat ke-4
dari surah
al-Hadid yang
menunjukkan
al-Ma’iyyah
(kebersamaan/kebesertaan)
Allah dengan
makhluk-Nya.
Antaranya
ayat-ayat yang
dimaksudkan
adalah surah
al-Mujadah: 7,
al-Nisa’: 108,
al-Nahl: 128,
al-Baqarah: 128,
at-Taubah: 40
dan Taha: 48.
“Kebersamaan”
Allah dengan
para hamba-Nya
menerusi
ayat-ayat ini
pula dapat
dibahagikan
kepada dua
kategori iaitu
kebersamaan
secara umum dan
kebersamaan
secara khusus.
Insya Allah
perkara ini akan
penulis sentuh
secara ringkas
dalam
perbincangan
yang akan
datang.
Walau
bagaimanapun,
untuk
perbincangan
yang lebih
mendalam penulis
mengesyorkan
kepada para
pembaca yang
budiman sekalian
agar dapat
meneliti sendiri
kitab berjudul
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi yang
kini telah pun
diterjemahkan ke
bahasa Indonesia
oleh saudara
Abd. Rahman
as-Sasaki di
atas judul
Allah Bersama
Anda,
terbitan Akbar
Media Eka
Sarana, Jakarta.
[17]
Lihat
Mukhtasar
al-’Ulum,
ms. 188; dalam
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul Bin Dahri,
jld. 1, ms. 39.
[18]
Lihat
Lum’atul I’tiqad
al-Hadi ila
Sabilir Rasyad
karya al-Imam
Ibn Qudamah
al-Maqdisi, ms.
43-44.
[19]
Ini
sebagaimana
sikap para
pengingkar
al-Sifat Allah (al-Mu’athilah)
yang sering
menaruh sangkaan
negatif terhadap
sebahagian
nas-nas al-Sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Salah satu
contoh yang
dapat kita
kaitkan dalam
masalah ini
ialah berkenaan
sifat Tangan
bagi Allah.
Para pengingkar
al-Sifat Allah
mendakwa bahawa
penyandaran
sifat tersebut
kepada Allah
sebagai salah
satu sifat yang
hakiki bagi-Nya
adalah suatu
yang tidak benar
kerana tindakan
yang sedemikian
seolah-olah
melazimkan sifat
makhluk bagi
Allah. Apa yang
benar - menurut
sangkaan negatif
mereka - sifat
Tangan tersebut
hanyalah satu
bentuk kiasan (majaz)
yang
menggambarkan
‘kekuasaan’ atau
‘kekuatan’ bagi
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Berdasarkan
kepada
‘sangkaan’
inilah, maka
para pengingkar
al-Sifat Allah
mendakwa bahawa
menjadi satu
kewajipan sifat
Tangan Allah itu
ditakwilkan
kepada
pengertian
“kekuasaan” atau
“kekuatan” bagi
mengelakkan
tasybih dan
tajsim.
Sebagai
natijahnya,
berlakulah
pembatalan (ta’thil)
ke atas sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
[20]
Dikeluarkan oleh
Ibn Baththah di
dalam
al-Ibanah,
jld. 3,
ms. 159
(no.115). Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 70.
[21]
Lihat
Dar’u Ta’arudh
Naql wa al-Aql,
jld. 6, ms.
260; dalam Di
Mana Alloh?
Pertanyaan
Penting Yang
Terabaikan!
karya Abu
Ubaidah
As-Sidawi,
ms. 22.
[22]
Lihat
al-’Uluw,
ms. 143; dalam
Di Mana
Alloh?
Pertanyaan
Penting Yang
Terabaikan!
karya Abu
Ubaidah
As-Sidawi,
ms. 18.
[23]
Lihat
al-Masaa-il
karya Ustaz
Abdul Hakim Amir
Abdat,
jld. 1,
ms. 129.
[24]
Lihat
al-Wajiiz fii
‘Aqiidatis
Salafish Shaalih
karya
‘Abdullah bin
‘Abdul Hamid
al-Atsari, ms.
81.
[25]
Lihat Ithbat
Shifat al-’Uluw,
ms. 12; dalam
Di Mana Alloh?
Pertanyaan
Penting Yang
Terabaikan!
karya Abu
Ubaidah
As-Sidawi,
ms. 23.
[26]
Lihat Manhaj
al-Imam
asy-Syafi’i
Rahimahullah
Ta’ala fii
Itsbat
al-’Aqidah
karya Dr.
Muhammad bin
A.W. al-’Aqil,
ms. 441.
[27]
Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 90-91.
[28]
Dikeluarkan oleh
al-Baihaqi dalam
al-Asma’ wa
al-Shifat,
ms. 515 dan
sanadnya dinilai
sahih oleh Ibn
al-Qayyim
al-Jauziyyah
dalam Ijtima’
al-Juyusy
al-Islamiyyah,
ms. 69.
Lihat Manhaj
al-Imam
asy-Syafi’i
Rahimahullah
Ta’ala fii
Itsbat
al-’Aqidah
karya Dr.
Muhammad bin
A.W. al-’Aqil,
ms. 441.
[29]
Lihat
Dar’u Ta’arudh,
jld. 6, ms.
251; dalam
Menjawab 17
Fitnah Terhadap
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
karya Syaikh
Murad Syukri,
ms. 84-85.
[30]
al-Imam
asy-Syafi’ie
dalam
Wasiyyah al-Imam
asy-Syafi’ie,
ms. 53-58,
adz-Dzahabi
dalam Siyar
A’lam
al-Nubala’,
jld. 1, ms.
79-80,
adz-Dzahabi
dalam
Mukhtasar
al-’Uluw li
al-’Ali
al-Ghaffar,
ms. 176. Riwayat
ini sahih. Para
muhaqqiq
(penganalisa)
bagi kedua-dua
kitab
adz-Dzahabi,
iaitu Syaikh
al-Albani dan
Syaikh Syu’aib
al-Arnauth
mengakui
kesahihannya.
Lihat penjelasan
ini dalam
al-Imam
al-Syafi’i:
Kegemilangan
Ilmu & Pemikiran
selenggaraan
Sakinah Ariff
Johor, ms. 67.
[31]
Dinukil
daripada
Lum’atul I’tiqad
al-Hadi ila
Sabilir Rasyad
karya al-Imam
Ibn Qudamah
al-Maqdisi,
ms. 44-45.
[32]
Lihat
Lum’atul I’tiqad
al-Hadi ila
Sabilir Rasyad
karya al-Imam
Ibn Qudamah
al-Maqdisi, ms.
47.
[33]
Lihat Manhaj
al-Imam
asy-Syafi’i
Rahimahullah
Ta’ala fii
Itsbat
al-’Aqidah
karya Dr.
Muhammad bin
A.W. al-’Aqil,
ms. 443.
[34]
Lihat
Siapakah Ahli
Sunnah Yang
Sebenar?
karya Dr. Azwira
Abdul Aziz, ms.
77-68.
[35]
Dikeluarkan oleh
al-Bukhari dalam
Khalqu Af’al
al-Ibad, ms.
8, ad-Darimi
dalam
ar-Raddu Ala
al-Marisi,
ms. 103, juga
dalam
ar-Raddu Ala
al-Jahmiyah,
ms. 50, Abdullah
bin al-Imam
Ahmad dalam
as-Sunnah,
jld. 1,
m.s 111 (no.2),
dan jld. 1, ms.
174-176
(no.216), Ibn
Baththah dalam
al-Ibanah,
jld.
3, ms. 155-156
(no. 112), Ibn
Mandah dalam
at-Tauhid,
jld. 3,
ms. 308 (no.
899),
ash-Shobuni
dalam Akidah
as-Salaf,
ms. 20 (no. 28),
al-Baihaqi dalam
al-Asma’ wa
al-Shifat,
jld. 2, ms. 336
(no. 903), Ibn
Abdil Barr dalam
at-Tamhid,
jld.
7,
ms. 142 dan Ibn
Qudamah dalam
Itsbat Shifat
al-’Uluw,
ms. 117-118 (no.
99, 100).
Disebutkan juga
oleh Ibn
Taimiyyah dalam
Dar’u Ta’arud
an-Naql wa
an-Naql,
jld. 6, ms. 264
dan al-Fatawa
al-Hamwiyah,
ms. 91 dan dia
berkata:
Abdullah bin
al-Imam Ahmad
meriwayatkan
dari Abdullah
bin al-Mubarak
dengan
sanad-sanad yang
sahih. Kemudian
disebutkan pula
oleh adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 110,
Siyar A’lam
al-Nubala’,
jld. 8,
ms. 402, dalam
al-Arba’in,
ms. 40
(no.10) dan
al-’Arsy,
jld. 2,
ms. 187 (no.
161-162). Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 65.
[36]
Lihat
Katakan Tidak
Pada Wahabi
susunan Mohd
Hairi Nonchi,
ms. 66-69.
[37]
Lihat
Membersihkan
Salah Faham
Terhadap Dakwah
Syaikh Muhammad
Bin Abdul Wahhab
(Edisi Lengkap)
karya
Abdul Aziz bin
Muhammad bin Ali
al-Abd.
Al-Lathif, ms.
210.
[38]
Beliau
ialah ‘Ali bin
Isma’il bin
Ishaq bin Salim
bin Ismail bin
Abdullah bin
Musa bin Abi
Burdah bin Abi
Musa al-Asy’ari.
Kepada beliau
disandarkan
mazhab
al-Asya’irah
iaitu salah
aliran yang
condong kepada
manhaj mentakwil
nas-nas
al-Sifat
Allah. Pada
mulanya al-Imam
Abu al-Hasan
al-Asy’ari
adalah penganut
kepada fahaman
al-Muktazilah,
malah merupakan
tokoh besar yang
menegakkan
mazhab tersebut
selama 40 tahun.
Walau
bagaimanapun,
beliau akhirnya
telah beralih
kepada mazhab
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah
dan kekal dengan
aliran tersebut
sehinggalah
beliau
menghembuskan
nafasnya yang
terakhir.
al-Hafiz Ibn
Katsir
rahimahullah
(774H)
menjelaskan
bahawa akidah
yang dipegangi
oleh Abu
al-Hasan
al-Asy’ari dapat
dilihat melalui
tiga fasa
berikut, iaitu:
· Pertama:
Berpegang teguh
kepada akidah
I’tizaliyyah.
· Kedua:
Berpegang teguh
kepada akidah
yang mentsabitkan
(menetapkan)
beberapa sifat
aqliyyah
seperti
Hayat, ‘Ilm,
Qudrah, Iradah,
Basar, Kalam
serta
mentawilkan
sifat-sifat
khabariyyah
seperti:
Wajah, Yadain,
Qidam dan
lain-lain lagi.
· Ketiga:
Berpegang teguh
kepada mentsabitkan
kesemua
sifat-sifat
Allah tanpa
sebarang bentuk
bayangan atau
penyerupaan
dengan
sifat-sifat
makhluk, sama
seperti akidah
yang dipegang
oleh al-Salaf
al-Shalih
dan itulah dia
akidahnya
sebagaimana yang
terdapat dalam
keterangannya
sendiri dalam
kitab
al-Ibanah
yang telah
dikarang semasa
akhir hayatnya.
[Lihat
Koleksi Kertas
Kerja Seminar
Ahli Sunnah Wal
Jamaah
susunan Hafiz
Firdaus
Abdullah, ms.
136]
Lebih lanjut
berkaitan dengan
sejarah
pengembalian
beliau ke
pangkuan Ahl
al-Sunnah wa
al-Jama’ah
yang bermanhaj
al-Salaf
al-Shalih,
sila rujuk
buku-buku dan
artikel berikut:
1) ‘Aqidah Salaf
Pegangan
Terakhir Imam
Al-Asy’ari,
asy-Syaikh Hamad
bin Muhammad
al-Ansari (Dinie
Publishers,
Kuala Lumpur).
2)
Pembongkaran
Jenayah Ilmiah
Buku Salafiyah
Wahabiyah,
Hafiz Firdaus
Abdullah
(Perniagaan
Jahabersa, Johor
Bahru).
3)
Pokok-Pokok
Akidah Salaf
Yang Diikrarkan
Imam Al-Asy’ari,
Dr. Muhammad
Abdurrahman
al-Khumais
(Darul Haq,
Jakarta).
4)
Imam Abu
Al-Hassan
Al-Asy’ari
oleh Dr. Mohd
Radzi Hj.
Othman. Sila
lihat risalah
ini dalam
Koleksi Kertas
Kerja Seminar
Ahli Sunnah Wal
Jamaah
(Perniagaan
Jahabersa, Johor
Bahru).
[39]
Lihat
Pokok-Pokok
Akidah Salaf
Yang Diikrarkan
Imam al-Asy’ari
karya
Dr. Muhammad
Abdurrahman
al-Khumais
(Darul Haq,
Jakarta), ms.
22.
[40]
Lihat
asy-Syaikh Abdul
Qadir al-Jailani
wa Arauhu
al-I’tiqadiyah
wa ash-Shufiyah
karya
Dr. Sa’id bin
Musfir
al-Qahthani, ms.
144.
[41]
Lihat
Di Mana Allah?:
Akidah Wahhabi,
Asy’ari Atau
Asy-Syafie?
karya Ustaz
Rasul Dahri, ms.
61.
[42]
Lihat
Di Mana Allah?:
Akidah Wahhabi,
Asy’ari Atau
Asy-Syafie? ?
karya Ustaz
Rasul Dahri,
ms. 63.
[43]
Lihat
Majmu’ah
al-Rasa’il wa
al-Masa’il,
jld. 4, ms. 681;
dalam
Membersihkan
Salah Faham
Terhadap Dakwah
Syaikh Muhammad
Bin Abdul Wahhab,
ms. 206-207.
[44]
Sebagaimana
dzat-Nya tidak
menyerupai dzat
makhluk-Nya,
demikian juga
sifat-sifat-Nya
tidak dapat
disamakan dengan
sifat-sifat
makhluk-Nya.
Tidak ada yang
menyamai-Nya,
tidak ada yang
setara
dengan-Nya,
tidak ada yang
sebanding
dengan-Nya dan
Dia tidak boleh
dianalogikan (diqiyaskan)
dengan
makhluk-makluk-Nya.
Bagi memudahkan
kefahaman para
pembaca, mari
kita perhatikan
sejenak surah
asy-Syura, ayat
11 sebagaimana
berikut yang
maksudnya:
Tidak ada
sesuatu pun yang
serupa (semisal)
dengan-Nya dan
Dialah yang Maha
Mendengar lagi
Maha Melihat.
Berdasarkan
kepada ayat ini,
dapat dibuat
kesimpulan
bahawa:
1) Lafaz ayat
Tidak ada
sesuatu pun yang
serupa (semisal)
dengan-Nya
merupakan
bantahan kepada
golongan yang
menyamakan
sifat-sifat
Allah dengan
makhluk-Nya
(iaitu golongan
al-Mujassimah
dan
al-Musyabbihah).
2) Sedangkan lafaz
ayat Dan
Dialah yang Maha
Mendengar lagi
Maha Melihat
adalah
bantahan kepada
orang yang
menafikan (mengingkari)
sifat-sifat
Allah (iaitu
golongan al-Jahmiyyah,
al-Muktazilah
dan seumpama
dari kalangan
Ahl al-Ta’thil).
Demikian
mudahnya untuk
kita memahami
manhaj Ahl
al-Sunnah
dalam
berinteraksi
dengan tauhid
al-Asma' wa al-Sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala ini.
Amatlah malang
apabila manhaj
Ahl al-Sunnah
yang amat
mudah
dimengertikan
ini tidak dapat
difahami oleh
para pendukung
bid’ah sehingga
yang demikian
mereka dilihat
begitu mudah
mengaitkan
Ahl al-Sunnah
dengan
pegangan al-Musyabbihah
dan al-Mujassimah
sebagaimana
yang sering
ditemui di dalam
kenyataan-kenyataan
mereka.
[45]
Lihat
Tahdzib Syarh
ath-Thahawiyah
karya Abdul
Akhir Hammad al-Ghunaimi,
ms. 75.
[46]
Hadis
riwayat Ibn Abi
‘Ashim Kitab
as-Sunnah
(no. 82)
daripada sahabat
Ka’ab bin ‘Ashim
al-’Asy’ari
radhiallahu‘anh.
[47]
Lihat Di Mana
Alloh?
Pertanyaan Yang
Terabaikan!
karya Abu
Ubaidah As-Sidawi,
ms. 21.
[48]
Lihat
Wasiat & Prinsip
Imam Syafi’i
Tentang Taqlid
Buta & Fanatisme
Madzhab
karya Ibnu Saini
bin Muhammad bin
Musa, ms. 53.
[49]
Lihat Di Mana
Alloh?
Pertanyaan Yang
Terabaikan!
karya Abu
Ubaidah As-Sidawi,
ms. 25-26.
|