![]() |
Di
Mana Allah MOHD HAIRI NONCHI |
|
Meluruskan Salah Faham Sebahagian Umat Islam
Terhadap Ayat-Ayat Yang Menunjukkan Sifat
al-Ma’iyyah (Kebersamaan) Allah Dengan
Makhluk[1]
Terdapat sebahagian pihak yang tersalah faham
terhadap beberapa ayat al-Qur’an yang
menunjukkan sifat al-Ma’iyyah
(kebersamaan) Allah dengan makhluk-Nya sehingga
yang demikian menyebabkan mereka beriktikad
bahawa Allah berada di mana-mana. Adapun
ayat-ayat al-Qur’an yang lazim dijadikan dalil
oleh mereka bagi mendukung keyakinan bahawa
Allah bersama dengan makhluk-Nya secara dzat
adalah sebagaimana berikut:
1)
Surah al-Hadid, ayat 4:
Dia bersama kalian di mana pun kalian berada.
2)
Surah al-Mujadalah, ayat 7:
Dia berada bersama mereka di mana pun mereka
berada
Para tokoh generasi al-Salaf al-Shalih
secara ijmak (bersepakat) telah menjelaskan
bahawa yang dikehendaki dengan makna
“kebersamaan” (ma’iyyah) Allah di dalam
kedua-dua ayat di atas ini bukanlah kebersamaan
secara dzat Allah dengan makhluk kerana Maha
suci Allah daripada bercampur gaul dengan para
makhluk-Nya.
Sebaliknya apa yang dikehendaki oleh kedua-dua
ayat di atas adalah kebersamaan Allah dengan
ilmu-Nya di mana Allah memerhatikan, menyaksikan
dan mengetahui segala tindak-tanduk makhluk-Nya
sebagaimana yang disebutkan oleh ahli tafsir.
Berkata al-Imam al-Qasimi rahimahullah
berkenaan dengan maksud bagi kalimah
“ma’iyyah” dalam ayat-ayat di atas:
[2]
Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam
tajuk yang lain yang jelas lafaz “bersama atau
berserta” dalam bahasa (Arab) sekalipun
menunjukkan berkumpul, berserta dan bersama,
maka ia jika dilibatkan dengan para hamba (maka
ia tetap) tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan
ketinggian ‘Arasy-Nya. Maka kesimpulan lafaz “ma’iyyah”
(bersama) dalam segala tempat mengikut
perkiraan-Nya, berserta semua makhluk ilmu-Nya,
kudrat-Nya dan kekuasaannya dan dikhususkan
sebahagian mereka dengan pertolongan, kemenangan
dan bantuan-Nya.
Dr. ‘Asim bin Abdullah al-Quryyuti, iaitu salah
seorang pembantu professor di Universiti Islam
Madinah al-Munawwarah berkata:
Tidak pernah dapat satu dalil pun yang
menyebutkan bahawa Allah Ta’ala
berada di
mana-mana dengan dzat-Nya. Ini kerana mereka
yang menyatakan demikian menafikan bahawa Dia
boleh berada di beberapa tempat yang tercemar
dan selainnya. Ahli kiblat tidak bertentangan
dengan hal ini. Maka batallah dalil-dalil yang
mereka telah adakan dengan ayat ini di atas
dakwaan wujud Allah dengan dzat-Nya di
mana-mana.
Agar para pembaca lebih jelas, sila perhatikan
semula kedua-dua ayat di atas dengan memberi
tumpuan kepada perkataan yang penulis gariskan
serta komentar para ulamak yang mengikutinya
sebagaimana berikut di bawah ini:
Firman-Nya dalam surah al-Hadid, ayat 4:
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam
enam masa kemudian Dia bersemayam di atas
´Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam
bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa
yang turun dari langit dan apa yang naik
kepada-Nya dan Dia beserta kalian di mana pun
kalian berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang
kalian kerjakan.
Berkata al-Imam Ibn Katsir rahimahullah
menerusi Tafsir Ibn Katsir, jld. 4, ms.
304 ketika menerangkan maksud ayat ini:[3]
Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala
perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama
ada di daratan atau di lautan, di malam hari
atau di siangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau
di luar rumah. Maka segala-galanya itu dalam
pengetahuan-Nya (ilmu-Nya) tanpa terkecuali.
Segala-galanya adalah di bawah penglihatan-Nya,
pendengaran-Nya, maka Dia mendengar percakapan
kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua
rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia
telah berfirman (dalam surah al-Hud, ayat 5):
Ingatlah sesungguhnya (orang munafik itu)
memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan
diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah, di waktu
mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah
mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa
yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui segala isi hati.
Seterusnya Allah ‘Azza wa Jalla
berfirman
(dalam surah al-Ra’d, ayat 10):
Sama saja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang
merahsiakan ucapannya dan siapa yang
berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa
yang bersembunyi di malam hari dan yang berjalan
(menampakkan diri) di siang hari.
Ibn Abi Hatim rahimahullah mengeluarkan
riwayat dari Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu
tentang firman Allah: Dan Dia beserta kalian
di manapun kalian berada. Katanya: Allah
Maha Mengetahui tentang kalian di manapun kalian
berada.[4]
al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) di
dalam bukunya al-Asma’ wa al-Sifat, ms.
429 meriwayatkan:
[5]
al-Imam Abu Hanifah telah berkata kepada seorang
wanita yang telah bertanya kepadanya: Di manakah
Tuhanmu yang engkau sembah itu? Dia menjawab:
Sesungguhnya Allah itu ada di langit, bukan di
bumi. Lalu tampillah seorang pemuda mengajukan
pertanyaan: Bagaimana dengan ayat....
Dia
tetap bersama-sama kamu... (surah al-Hadid:
4). Abu Hanifah menjawab: Dia seperti engkau
menulis surat kepada salah seorang lelaki dengan
mengatakan: Sesungguhnya aku selalu bersamamu,
padahal engkau tidak ada di sampingnya.
Dalam pada itu, Dr. Muhammad Khalil Haras
menerusi kitabnya, Syarah al-’Aqidah
al-Wasithiyah Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
menerangkan maksud sebenar ayat di atas:
[6]
Di dalam ayat tersebut, Allah
Subhanahu wa
Ta’ala menceritakan diri-Nya bahawasanya Dia
sendiri yang menciptakan langit dan bumi dengan
tertib selama enam masa. Setelah itu, Dia beristiwa’
di atas ‘Arasy untuk mengendalikan semua urusan
makhluk-Nya. Meskipun Dia berada di atas ‘Arasy
tiada yang samar dan melemahkan diri-Nya, sama
ada alam atas ataupun alam bawah. Dia mengetahui
segala apa yang masuk ke dalam bumi, apa yang
keluar daripadanya, apa yang turun dari langit
dan apa yang naik kepadanya. Tidak diragukan
lagi bahawa dzat yang ilmu-Nya meliputi segala
sesuatu tentu dapat dikatakan bahawa Dia selalu
berserta itu semua.
Selanjutnya, perhatikan pula firman-Nya dalam
surah al-Mujadalah, ayat 7 di bawah ini:
Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di
bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga
orang, melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada
(pembicaraan antara) lima orang, melainkan
Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan
antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih
banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di
mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan
memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat
apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya
Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
Terhadap ayat ini, Abu al-Qasim al-Ashbahani
rahimahullah (535H) berkata:
[7]
Jika dikatakan, kalian telah mentakwilkan firman
Allah Ta’ala: “Dan Dia bersama kalian di mana
pun kalian berada” dan kalian tafsirkan
dengan ilmu. Kami menjawab: Kami tidak
mentakwilkannya, akan tetapi ayat itu
menunjukkan bahawasanya yang dimaksud dengan
ilmu kerana akhirnya Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu.
Turut memberi komentar terhadap ayat di atas
ialah al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah
(241H) di mana beliau berkata:
Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan
diakhiri dengan memperkatakan ilmu.[8]
Ketika menafsirkan firman Allah: Tiada
pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan
Dialah yang keempat, al-Hafiz Ibn
Katsir rahimahullah (774H) berkata di
dalam kitabnya, Tafsir Ibn Katsir, jld.
4, ms. 322:
[9]
Ertinya, Allah mengamati mereka dan mendengar
pembicaraan mereka, rahsia mereka dan
pembicaraan rahsia. Bahkan juga para utusan-Nya
dan bersama itu pembicaraan di antara mereka
juga ditulis padahal Allah mengetahui dan
mendengar semuanya, sebagaimana firman-Nya:
Apakah mereka mengira, bahawa Kami tidak
mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka?
Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan
(malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi
mereka.
[Surah al-Zukhruf: 80]
Inilah sebabnya disampaikan oleh banyak ulamak
tegaknya ijma’
terhadap maksud dari ayat
ini adalah kebesertaan (kebersamaan) Allah
dengan ilmu-Nya dan tidak diragukan bahawa itu
sesuai dengan kehendak Allah.
Dalam kitabnya yang sama, Tafsir Ibn
Katsir, jld. 4, ms. 322 al-Hafiz Ibn Katsir
rahimahullah sekali lagi menegaskan
bahawa:[10]
Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan
bukan seorang, malah secara ijmak atas
kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh
ayat ini ialah Allah bersama seseorang (dengan)
ilmu-Nya.
Manakala, Dr. Muhammad Khalil Haras pula
berkata:[11]
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
hingga
akhir ayat menetapkan bahawasanya ilmu Allah
meliputi segala sesuatu. Dan sesungguhnya tidak
ada yang samar bagi-Nya dari dua orang yang
berbisik tentang rahsia. Dia selalu menyaksikan
dan melihat segala sesuatu.
Idhafah dari
lafaz najwaa
pada lafaz thalaathatun
merupakan idhafah
sifat
ilal mausuf
(menyandarkan sifat pada yang disifatinya).
Jadi, jika ditampakkan iaitu:
thalaathatun
najwaa (tiga orang yang berbisik tentang
rahsia).
Selanjutnya, Walid Abdussalam Bali menerusi
kitabnya al-Kalimat an-Nafi’ah fil Akhtha’
asy-Syai’ah berkata ketika mengomentari
surah al-Mujadalah ayat ke-7 di atas:
[12]
Ini adalah ayat ma’iyyah al-ilm wa al-ihathah
(kebersamaan dalam ilmu) kerana ayat ini
dibuka dengan: “Tidakkah kamu perhatikan
bahawa sesungguhnya Allah mengetahui....”,
dan ditutup dengan ilmu: “Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Adapun jika
yang ia maksud adalah ma’iyyah ad-dzat
(kebersamaan dengan dzat) bahawa Allah berada di
segala tempat dengan dzat-Nya, maka ini salah.
Kerana Dia mengkhabarkan tentang diri-Nya bahawa
Dia di atas langit ke tujuh di atas ‘Arasy. Dia
berfirman (dalam surah Taha, ayat 5 yang
bermaksud): “Yang Maha Pemurah bersemayam di
atas Arasy.” Jadi, Dia bersemayam di atas
‘Arasy dengan kaifiyyat
(cara, hakikat)
yang selaras dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya
yang tidak kita ketahui.
Dengan melihat kepada keseluruhan teks
kedua-dua ayat al-Qur’an di atas maka jelas bagi
kita bahawa konteks perbincangan ayat-ayat
tersebut sebenarnya adalah berkisar tentang
pengetahuan Allah yang meliputi segala
tindak-tanduk para makhluk-Nya.
Dengan penerangan ini maka terbatallah hujah
mereka yang meyakini bahawa Allah berada di
mana-mana atau setiap tempat serta mereka yang
beriktikad kebersamaan Allah dengan makhluk
secara dzat sebagaimana yang menjadi fahaman
sebahagian para penganut sufi (tarekat kesufian)
dan mereka yang berpegang kepada agama Kristian
(Nasrani).
Dr. ‘Asim bin Abdullah al-Quryyuti setelah
menerangkan maksud sebenarnya kedua-dua ayat di
atas, mengulas:
[13]
Terdapat sebahagian seruan daripada mereka yang
mempunyai akal yang singkat yang berkata:
“Daku berjalan dan bulan pun berjalan”.
Tidak semestinya daripada itu bahawa bulan
bergerak di sisimu di atas bumi sedangkan bulan
di langit dan kamu di bumi. Begitu juga seperti
kamu mengatakan: “Bahawa daku bersama hakim si
fulan”.
Sedangkan apa yang dimaksudkan adalah bahawa
hakim tersebut berada di bandar yang lain dan
kamu di bandar kamu. Jadi yang dikehendaki
bahawa kamu bersamanya dengan bantuan dan
pertolongan kamu kepadanya dan tidak semestinya
dzatnya (dirinya) bersamamu. Daripada penerangan
ini jelaslah agar kamu memahami.
Alangkah indahnya apa yang telah
diungkapkan oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
rahimahullah sebagaimana yang dinyatakan
oleh pengarang kitab Syarah al-’Aqidah
al-Wasithiyah Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
seperti berikut:
[14]
Di dalam fasal ini, pengarang menjelaskan
masalah ketinggian Allah Subhanahu wa Ta’ala
istiwa’-Nya
di atas ‘Arasy dan mengawasi
sekalian makhluk-Nya. Demikian sebagaimana
diterangkan di dalam al-Qur’an, sunnah dan ijmak
ulamak Salaf. Penuturan di sini sebagai penegas
bahasan terdahulu dan untuk menundukkan golongan
yang mengingkarinya seperti golongan
al-Jahmiyyah dan
al-Muktazilah
dan
para pengikutnya dari sebahagian golongan
Asy’ariyyah.
Diterangkan bahawasanya keberadaan Allah di atas
‘Arasy ini tidak mengingkari kepenyertaan-Nya
dan kedekatan-Nya kepada makhluk. Kerana
ma’iyyah (kepenyertaan) Allah
Subhanahu
wa Ta’ala bukan bererti Dia berbaur atau
berdampingan dengan makhluk secara inderawi.
Pengarang menegaskan hal ini dengan memberikan
contoh nyata berupa bulan yang berada di langit,
akan tetapi selalu menyertai para musafir di
mana sahaja berada. Ini dalam erti dia muncul
dan sinarnya menyertai musafir tersebut.
Jika hal ini sah dinisbahkan pada bulan yang
merupakan sebahagian kecil makhluk Allah
Subhanahu wa Ta’ala,
apakah tidak mungkin
hal yang seperti ini dinisbahkan kepada dzat
Yang Maha Lembut dan Mengetahui segala tindakan
hamba-Nya? Dia selalu menyaksikan, mendengar,
melihat dan mengetahui segala yang samar dan
terang-terangan.
Selanjutnya, mari kita lihat pula firman Allah
dalam surah Qaf, ayat 16 berikut:
Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan)
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat
lehernya.
Selain daripada dua buah ayat yang telah kita
sentuh terdahulu (surah al-Hadid, ayat 4 dan
al-Mujadalah, ayat 7), ayat di atas ini juga
adalah di antara dalil yang sering dijadikan
hujah oleh golongan yang beriktikad bahawa Allah
berada bersama hamba-Nya secara dzat.
Ketika mengulas ayat ini, Syaikh Abdul Rahman
al-Barrak berkata:
[15]
Kebanyakan ulamak menyatakan bahawa maksud Allah
dekat dengan hamba-Nya ialah melalui para
Malaikat yang menjaga amalan mereka. Menurut
pendapat yang dipegang oleh
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah, perkara itu disebabkan Allah
mengetahui setiap gerak-geri hamba-Nya.
(Sebaliknya), sebahagian golongan sesat seperti
al-Jahmiyyah menafikan kemuliaan dzat
Allah yang bersemayam di atas ‘Arasy dan
mengatakan Allah berada di merata tempat. Semoga
Allah memberi petunjuk kepada mereka dan seluruh
kaum Muslimin kepada akidah yang sahih.
¯
Meneliti Pandangan Para Tokoh Ahl al-Sunnah
wa al-Jama’ah Mengenai Ayat-Ayat
al-Ma’iyyah.[16]
1 - Al-Imam Malik (179H).
Disebutkan dalam al-Siyar A’lam al-Nubala’
bahawa al-Imam Malik rahimahullah
berkata:
[17]
Allah
di langit dan Ilmu-Nya berada di setiap tempat,
tidaklah tertinggal darinya (Ilmu Allah) apa
jua.
Berkata Abdullah bin Ahmad:[18]
Aku disampaikan oleh bapaku (al-Imam Ahmad) dari
Suaraij bin Nu’man, Abdullah bin Nafi’ bahawa
Malik bin Anas pernah berkata: Allah di atas
langit dan ilmu-Nya di setiap tempat. Dia
membaca firman Allah: Tiada perbicaraan
rahsia antara tiga orang melainkan Dialah yang
keempatnya.
2 - Al-Imam Ahmad bin Hanbal (241H).
Abu Thalib pernah bertanya kepada Ahmad
bin Hanbal tentang seorang laki-laki yang
mengatakan: Allah bersama kita, lalu membaca
firman Allah: Tiada perbicaraan rahsia
antara tiga orang melainkan Dialah yang keempat.
Al-Imam Ahmad menjawab:
[19]
Orang tersebut telah menjadi
al-Jahmiyyah,
hanya mengambil akhir ayat tersebut dan
meninggalkan potongan awalnya. Tidakkah dia
membaca firman Allah: Tidakkah kamu
perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi?, maka ilmu-(Nya) yang bersama mereka.
Dan Allah berfirman di dalam surah Qaf (yang
bermaksud): Dan Kami mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat
kepadanya dari urat leher(nya).”
Maka, ilmu
Allah yang bersama mereka.
3 - Muhammad Bin Utsman Bin Abi Syaibah (297H).
Berkata Muhammad
bin Utsman bin Abi Syaibah di dalam kitab
al-Arasy:[20]
Mereka menyebutkan bahawa golongan
al-Jahmiyyah mengatakan (berpandangan):
Sesungguhnya tidak ada hijab (penghalang) antara
Allah dengan makhluk-Nya. Kemudian mereka
mengingkari ‘Arasy dan mengingkari bahawa Allah
bersemayam di atasnya dan mereka mengatakan:
Allah di setiap tempat.
Beliau menyebutkan banyak hal sampai
beliau mengatakan:
Para ulamak menafsirkan:
“Dan Dia bersama
kalian....” ertinya adalah, dengan ilmu-Nya.
Terdapat banyak sekali khabar-khabar (hadis dan
atsar) bahawasanya Allah menciptakan
Arasy dan Dia bersemayam di atasnya, maka Dia di
atas ‘Arasy dengan dzat-Nya, bebas dan terpisah
dari makhluk-Nya.
4 - Abu al-Hasan al-Asy’ari (324H).
Abu al-Hasan berkata di dalam kitab Abu
al-Hasan Risalahtun Ila Lahli ats-Tsaghar,
ms. 234:
[21]
Allah mengetahui rahsia dan apa yang lebih
tersembunyi dari rahsia. Tidak ada suatu pun
yang ghaib daripada-Nya di langit ataupun di
bumi sampai seakan-akan Dia hadir bersama segala
sesuatu dan itu telah menunjukkan kepada hal itu
di dalam firman-Nya: “Dan Dia bersama kalian
di mana pun kalian berada” , dan ayat ini
ditafsirkan oleh para ulamak bahawasanya
ilmu-Nya meliputi mereka di mana pun mereka
berada.
5 - Syaikh al-Islam Abdul Qadir al-Jailani
(561H).
Syaikh al-Islam Abdul Qadir al-Jailani
rahimahullah menjelaskan:
[22] Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Dia berada di tiap-tiap tempat, bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Dia di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Dia telah berfirman: “(Allah) Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Dia beristiwa’
6 - Al-Imam Abu Umar ath-Thalamanki (129H).
Berkata al-Imam Abu ‘Umar ath-Thalamanki
rahimahullah dalam kitabnya al-Wushul ila
Ma’rifat al-Ushul:[23]
Telah bersepakat umat Islam daripada kalangan
Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah atas firman
Allah: “Dan Allah tetap bersama-sama kamu di
mana sahaja kamu berada” dan ayat yang
seumpama, bahawa ia bermaksud (kebersamaan dari
sudut) ilmu-Nya (dan bukan dzat-Nya). Allah di
atas langit dengan dzat-Nya, Istawa’ di
atas ‘Arasy dengan cara yang layak bagi-Nya. Dan
berkata para tokoh Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah terhadap firman-Nya: “(Allah)
Ar-Rahman yang bersemayam di atas ‘Arasy”,
bahawa Allah al-Istawa’ di atas ‘Arasy
secara hakikat dan bukan kiasan.[24]
7 - Al-Imam al-Baihaqi (458H).
Berkata al-Imam Abu Bakar bin Husain
al-Baihaqi di dalam al-I’tiqad:
[25]
Di dalam banyak ayat terdapat dalil yang
membantah pandangan orang-orang dari golongan
al-Jahmiyyah yang mengatakan bahawa Allah
dengan dzat-Nya di setiap tempat. Yang
dimaksudkan dalam firman-Nya: “Dan Dia
bersama kalian di manapun kalian berada”
adalah hanya semata dengan ilmu-Nya dan bukan
dengan dzat-Nya.
8 - Al-Imam Ibn Abdil Barr (463H).
al-Imam Ibn Abdil Barr berkata:
[26]
Adapun mengenai hujah mereka dengan firman Allah
Ta’ala: “Tiada pembicaraan rahsia antara tiga
orang, melainkan Dialah yang keempatnya...”,
sama sekali tidak ada hujah yang membela mereka
dari zahir ayat kerana para ulamak dari kalangan
sahabat dan tabi’in – yang menjadi sumber
tafsir-tafsir al-Qur’an – menafsirkan ayat ini,
Dia Allah di atas ‘Arasy dan ilmu di setiap
tempat dan tidak ada seorang pun yang menentang
mereka dalam tafsir tersebut dari orang-orang
yang memang pandangannya dijadikan sebagai
hujah.
9 - Al-Imam al-Baghawi (510H).
al-Imam al-Baghawi rahimahullah berkata
mengenai firman Allah Ta’ala: Tiada
pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan
Dialah yang keempatnya:
Bahawa itu dalam ilmu.[27]
10 - Al-Imam asy-Syaukani (1250H).
al-Imam asy-Syaukani menafsirkan firman
Allah: Dan Dia bersama kalian di manapun
kalian berada, sebagai: Dengan Kuasa,
Kekuasaan dan ilmu-Nya.[28]
Sedang dalam menafsirkan firman-Nya: Tiada
pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan
Dialah yang keempatnya, asy-Syaukani
rahimahullah menjelaskan:
[29]
Sebuah perbandingan untuk menyatakan ketinggian
ilmu-Nya yang meliputi semua detail segala
sesuatu.... Sedangkan makna, “Di mana pun
kalian berada” adalah jangkauan ilmu-Nya
dengan segala pembicaraan yang keluar dari
mereka di tempat manapun mereka berada.
11 - Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di.
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di
rahimahullah berkata dalam kitabnya,
at-Tanbihat al-Lathifah, ms. 66:
[30]
Dan apabila ada yang bertanya: Sesungguhnya
Allah itu Maha Tinggi di atas makhluk-Nya,
bagaimana mungkin boleh dikatakan Allah bersama
dan dekat dengan mereka? Maka jawapannya seperti
yang sudah dibahas bahawa Allah tetap bersama
hamba-Nya, tetapi Dia Maha Tinggi di atas
makhluk-Nya dan pokok ini adalah pokok yang
telah tetap di dalam al-Qur’an, al-Sunnah dan
ijmak ummat. Dan Allah itu tidak sama dengan
sesuatu apa pun juga dalam semua sifat-Nya.
¯
Pembahagian sifat kebersamaan (al-Ma’iyah)
Allah kepada umum dan khusus.
Hendaklah difahami bahawa menurut
perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
yang bermanhaj al-Salaf al-Shalih, sifat
kebersamaan (al-Ma’iyyah) Allah
Subhanahu wa Ta’ala ini dapat dibahagikan
kepada dua bentuk; iaitu kebersamaan Allah
secara umum dan kebersamaan Allah secara khusus.
Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin
rahimahullah menjelaskan di dalam kitab
Syarah Riyadh as-Shalihin:
[31]
Firman Allah: Sesungguhnya Allah menyertai
(menolong) orang-orang yang sabar. Maksud
penyertaan di sini adalah kebersamaan yang
khusus. Ini kerana kebersamaan Allah terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
·
Pertama:
Kebersamaan Allah secara umum dan meliputi semua
orang sebagaimana yang disebut di dalam
firman-Nya:
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam
enam masa kemudian Dia bersemayam di atas
´Arasy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam
bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa
yang turun dari langit dan apa yang naik
kepada-Nya dan Dia beserta kalian di mana pun
kalian berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang
kalian kerjakan.
[Surah al-Hadid: 4]
Kemudian Allah berfirman lagi:
Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di
bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga
orang, melainkan Dia-lah keempatnya.
Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang,
melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula)
pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu
atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama
mereka di mana pun mereka berada.
Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka
pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala
sesuatu.
[Surah al-Mujadalah: 7]
Kebersamaan Allah di dalam ayat ini meliputi
semua makhluk-Nya. Tidak ada satu makhluk yang
ada melainkan Allah sentiasa bersamanya,
mengetahuinya, menguasainya, mendengarnya,
melihatnya dan sebagainya.
·
Kedua:
Kebersamaan Allah yang khusus adalah kebersamaan
yang menjurus kepada pemberian pertolongan,
kemenangan dan membantu memberikan kekuatan dan
ketabahan. Keadaan ini khusus untuk para rasul
dan pengikut-pengikut mereka sahaja, tidak
kepada setiap orang akan tetapi kepada
orang-orang tertentu sahaja.
Firman Allah Ta’ala (maksudnya):
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
bertaqwa dan orang-orang yang berbuat baik.
Firman Allah lagi (maksudnya): Dan Allah
bersama orang-orang yang sabar. Bahkan
banyak lagi ayat-ayat yang menggambarkan
kebersamaan Allah secara khusus ini.
Walau bagaimanapun, kebersamaan Allah dalam
kedua-dua bentuk ini tidaklah bermaksud Allah
bersama manusia di tempat mereka, akan tetapi
Dia bersama manusia dalam keadaan Dia masih
berada di langit ‘Arasy-Nya. Keadaan seperti ini
bukanlah suatu yang mustahil kerana kebiasaannya
sesuatu yang berada di atas akan sentiasa
bersama anda. Tidakkah anda pernah mendengar
orang Arab berkata: ketika kami berjalan, bula
selalu mengikuti kami.
Setiap orang tahu bahawa bulan berada di langit,
orang Arab berkata: ketika kami berjalan,
bintang-bintang itu berada di langit. Lalu apa
pendapat anda tentang Dia yang Maha Mencipta,
sedangkan Dia berada atas segala sesuatu, beristiwa’
di atas singgahsana-Nya. Walaupun begitu,
Dia menguasai segala sesuatu dan bersama dengan
setiap insan. Walau Dia hanya satu, namun Dia
mengetahui keadaanmu, menguasaimu, mendengarmu
dan sebagainya.
[1]
Para
pengingkar
al-Sifat Allah
memiliki
sejumlah hujah
yang mendukung
fahaman mereka
yang menetapkan
keberadaan Allah
di mana-mana dan
menafikan sifat
al-Istiwa’ Allah
di atas ‘Arasy
di atas langit.
Walau
bagaimanapun
hujah-hujah
tersebut dilihat
terlalu rapuh
untuk dijadikan
dasar bagi
mendukung
kefahaman
mereka. Ia telah
berjaya ditolak
secara ilmiah
oleh para tokoh
Ahl al-Sunnah wa
al-Jama’ah.
Lebih lanjut,
sila rujuk:
1)
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh Jilid 1
oleh
Ustaz Rasul bin
Dahri
(Perniagaan
Jahabersa, Johor
Bahru).
2)
Allah Bersama
Anda (al-Ma’iyah),
Dr. M. Khalifah
Ali At-Tamimi;
terjemahan oleh
Abd. Rahman
as-Sasaki (Akbar
Media Eka
Sarana,
Jakarta).
[2]
Lihat
Bahaya Kejahilan
Bagi Kebanyakan
Ketetapan Akidah
karya
Dr. ‘Asim bin
Abdullah
al-Quryyuti, ms.
34.
[3]
Lihat
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld. 1, ms.
112-113.
[4]
Lihat
Ad-Durul
Mantsur,
jld. 6, ms. 171;
dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi, ms.
31.
[5]
Lihat
Kaedah Memahami
Nama-Nama &
Sifat-Sifat
Allah karya
Mohd Yaakub Mohd
Yunus, ms. 83.
[6]
Lihat
Syarah
al-’Aqidah
al-Wasithiyah
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyah
karya Dr.
Muhammad Khalil
Haras,
ms. 105.
[7]
Lihat
al-Hujjah fi
Bayan
al-Mahajjah,
jld. 2, ms. 291;
dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 55-56.
[8]
Lihat
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld. 1, ms.
107.
[9]
Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 55.
[10]
Lihat
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld. 1, ms.
108.
[11]
Lihat
Syarah
al-’Aqidah
al-Wasithiyah
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
karya Dr.
Muhammad Khalil
Haras,
ms. 105-106.
[12]
Lihat
al-Kalimat
an-Nafi’ah fil
Akhtha’
asy-Syai’ah
karya
Wahid Abdussalam
Bali, ms. 45.
[13]
Lihat
Bahaya Kejahilan
Bagi Kebanyakan
Ketetapan Akidah
karya Dr. ‘Asim
bin Abdullah
Al-Quryutti,
ms. 34.
[14]
Lihat
Syarah
al-’Aqidah
al-Wasithiyah
Syaikh al-Islam
Ibnu Taimiyah
karya Dr.
Muhammad Khalil
Haras,
ms. 146-147.
[15]
Lihat
Fatwa Iman:
Menghurai Segala
Persoalan Iman
selenggaraan
Sakinah Ariff
Johor,
ms. 32.
[16]
Terlalu
banyak ungkapan
para tokoh
Ahl al-Sunnah
yang tidak
sempat penulis
kemukakan di
sini kerana jika
dikemukakan
kesemuanya,
pastilah ia akan
mengambil
puluhan
mukasurat. Atas
dasar ini
penulis
merasakan adalah
memadai
disenaraikan
pernyataan
sebahagian para
tokoh yang
masyhur dikenali
di sisi
masyarakat umum
sahaja. Lebih
lanjut, sila
rujuk
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi, ms.
31-60.
[17]
Lihat
Kaedah Memahami
Nama-Nama &
Sifat-Sifat
Allah karya
Mohd Yaakub Mohd
Yunus, ms. 85.
[18]
Dikeluarkan oleh
Abu Daud dalam
Masa’il
al-Imam Ahmad
(no. 263),
Abdullah bin
al-Imam Ahmad
dalam
as-Sunnah,
jld. 1,
ms. 106-107 (no.
11) dan jld. 1,
ms. 280 (no.
532), al-Ajurri
dalam
asy-Syari’ah,
jld.
3, ms. 1076-1077
(no. 652-653),
Ibn Baththah
dalam
al-Ibanah,
jld. 3, ms. 153
(no. 110), Ibn
Mandah di dalam
at-Tauhid,
jld.
3, ms. 307 (no.
839),
al-Lalika’i
dalam Syarh
Ushul I’tiqad
Ahlis Sunnah Wal
Jama’ah,
jld. 3,
ms. 401, Ibn
Abdil Barr dalam
at-Tamhid ,
jld. 7, ms.
138, al-Qadhi
‘Iyadh dalam
Tartib
al-Madarik,
jld. 2,
ms. 43. Kemudian
disebutkan oleh
Syaikh al-Islam
dalam Majmu’
al-Fatawa,
jld. 5, ms. 183
dan juga dalam
Dar’u Ta’arud
al-’Aql wa
an-Naql,
jld. 6, ms. 262
dan dia berkata:
Semua
sanad-sanad ini
adalah sahih
adanya. Dan
disebutkan juga
oleh adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 103, dalam
Siyar
al-A’lam
al-Nubala’ ,
jld. 8, ms. 101,
dalam
al-Arba’in,
ms. 59 (no.39)
dan dalam
al-’Arasy,
jld. 2,
ms. 178
(no.155). Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms.
36.
[19]
Disebutkan oleh
Ibn Baththah
dalam
al-Ibanah,
3/159-160 (no.
116), al-Qadhi
dalam Ibthal
at-Ta’wil,
jld. 2,
ms. 289 (no.
286),
adz-Dzahabi
dalam
al-’Uluw,
ms. 130, juga
dalam
al-Arba’in,
ms. 64-65 (no.
49) dan juga
oleh Ibn
al-Qayyim
al-Jauzi dalam
Ijtima’
al-Juyusy
al-Islamiyah,
ms. 200-201.
Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms. 36.
[20]
Lihat
al-Arasy
oleh Ibnu Abi
Syaibah,
ms. 276-292;
dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms.
49.
[21]
Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali
At-Tamimi,
ms.
49.
[22]
Lihat
Fatwa Hamwiyah
Kubra, ms.
84; dalam
Koleksi
Kuliah-Kuliah
Akidah Ahli
Sunnah Wal
Jamaah Menurut
Manhaj Salaf
As-Soleh
karya Ustaz
Rasul bin Dahri,
jld. 1, ms. 40.
[23]
Lihat
Dar’u Ta’arudh,
jld. 6, ms. 250;
dalam
Menjawab 17
Fitnah Terhadap
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyah
karya Syaikh
Murad Syukri,
ms. 84.
[24]
Para
pengingkar dan
pentakwil
sifat-sifat
Allah mendakwa
bahawa nas-nas
al-Sifat
sebagaimana yang
dijelaskan di
dalam al-Qur’an
dan al-Sunnah
adalah kiasan (al-Majaz)
semata-mata dan
ia bukanlah
sifat yang
hakikat (al-Haqiqah)
bagi Allah
seperti yang
difahami di sisi
Ahl al-Sunnah.
Sebagai contoh,
sifat Tangan
Allah adalah
kiasan kepada
kekuatan Allah,
Wajah Allah
adalah kiasan
kepada keredhaan
Allah dan sifat
al-Istiwa’
Allah di
atas ‘Arasy
adalah kiasan
kepada
penguasaan Allah
ke atas ‘Arasy.
Terhadap dakwaan
ini, Ahl
al-Sunnah
menegaskan
bahawa
pembahagian
sesuatu ayat
kepada kiasan (al-Majaz)
dan hakikat (al-Haqiqah)
itu sendiri
adalah sesuatu
yang baru di
sisi syariat
Islam.
Pembahagian ini
tidak pernah
disebut
sekalipun oleh
seorang jua dari
kalangan para
tokoh Islam
terkemuka,
khususnya mereka
yang hidup pada
kurun Salaf (al-Salaf
al-Shalih).Oleh
yang demikian
tidak mungkin ia
dapat
diaplikasikan di
dalam memahami
nas-nas al-Sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala.
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyyah
rahimahullah
(728H) di dalam
kitabnya,
Majmu’ al-Fatawa
menjelaskan:
Pembahagian ini
hanya berlaku
selepas tiga
kurun yang
pertama. Ia
tidak pernah
disebut oleh
seorang jua
daripada
kalangan para
sahabat dan
tabi’in yang
dikenali
keshalihan
mereka. Tidak
juga oleh
seorang jua
daripada imam
yang masyhur
dalam keilmuan
mereka seperti
Malik,
ats-Tsauri,
al-Auza’ie, Abu
Hanifah dan
asy-Syafie.
Bahkan ia tidak
disebut oleh
imam bahasa dan
nahu seperti
al-Khalil,
Sibawayh, Abi
‘Amr al-‘Ala dan
semisal mereka.
....
Sesungguhnya
istilah ini (al-Haqiqah
wa al-Majaz)
adalah sesuatu
yang baru dan
kemungkinan
besar digunakan
oleh aliran
al-Muktazilah
dan sebahagian
daripada
kalangan aliran
al-Mutakallimin.
Ia tidak pernah
wujud dalam
perkataan
seorang pun
daripada
kalangan ahli
fiqh, ahli
ushul, ahli
tafsir, ahli
hadis dan
selainnya
daripada
generasi
al-Salaf
al-Shalih.
[Lihat Majmu’
al-Fatawa,
jld. 7, ms.
87-88; dalam
Menjawab 17
Fitnah Terhadap
Syaikh al-Islam
Ibn Taimiyah
karya Syaikh
Murad Syukri,
ms. 149-150.]
Walau
bagaimanapun,
tidak dinafikan
bahawa terdapat
sebahagian di
kalangan para
tokoh Ahl
al-Sunnah
yang turut
mengaplikasikan
kiasan di dalam
tulisan-tulisan
mereka. Akan
tetapi:
1)
Ia tidak
melibatkan
nas-nas al-Sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
sebagaimana yang
difahami di sisi
Ahl al-Bid’ah
dari
kalangan para
pengingkar dan
pentakwil
nas-nas al-Sifat
Allah
Subhanahu wa
Ta’ala
khususnya
golongan
al-Muktazilah
dan
al-Mutakallimin.
2)
Hakikatnya ia
adalah
berdasarkan
kepada salah
satu kaedah yang
digariskan oleh
Ahl al-Sunnah
itu sendiri
di mana menurut
kaedah tersebut,
sesuatu ayat
atau perkataan
daripada
al-Qur’an dan
al-Hadis
hendaklah
difahami secara
hakikat
melainkan
terdapat bukti
ilmiah yang
menunjukkan ia
harus difahami
kepada maksud
yang lain. Walau
bagaimanapun,
sehingga kini
tidak ditemui
satu jua bukti
ilmiah daripada
ayat-ayat
al-Qur’an atau
hadis Rasulullah
shallallahu ‘alaihi
wasallam
yang sahih yang
menunjukkan
bahawa nas-nas
al-Sifat Allah
Subhanahu wa
Ta’ala harus
difahami secara
kiasan
sebagaimana
dakwaan Ahl
al-Ta’thil
dan Ahl al-Takwil.
[25]
Lihat
al-I’tiqad
oleh al-Baihaqi,
ms. 112-115.
Disebutkan juga
oleh adz-Dzahabi
di dalam al-’Uluw,
ms. 184-185
dan di dalam
al-’Arasy,
jld. 2,
ms. 355
(no.271). Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali At-Tamimi,
ms. 54.
[26]
At-Tamhid,
ms. 138-139
dan disebutkan
juga oleh
adz-Dzahabi di
dalam al-Arasy,
jld. 2, ms.
356 (no. 272).
Lihat
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali At-Tamimi,
ms. 54-55.
[27]
Lihat
Tafsir al-Baghawi,
jld. 4, ms.
307 dan
disebutkan oleh
adz-Dzahabi di
dalam al-Arasy,
jld.
2, ms. 368 (no.
280); dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali At-Tamimi,
ms. 55.
[28]
Lihat
Fathul Qadir,
jld.
5, ms. 166;
dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali At-Tamimi,
ms. 58.
[29]
Lihat
Fathul Qadir,
jld. 5, ms.
187; dalam
al-Ma’iyyah
karya Dr. M.
Khalifah Ali At-Tamimi,
ms. 58.
[30]
Lihat
Syarah ‘Aqidah
Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah
karya Ustaz
Yazid bin
Abdul Qadir
Jawas,
ms. 211.
[31]
Lihat
Syarh Riyadh al-Shalihin
min Kalam Sayyid
al-Mursalin li
al-Imam al-Nawawi
karya Syaikh
Muhammad Shalih
al-‘Utsaimin,
jld. 2,
ms. 102-104 (syarah
kepada hadis no.
24).
|